Jatuh Cinta Dengan Sahabat Baik.
Azrin Amiruddin(bukan nama sebenar) dari Johor Bahru(bukan tempat sebenar) telah e-mail kepada aku, "Dear Cob Nobbler aka Nami, first sekali aku ingin ucapkan congratulation kepada skuad Terfaktab kerana berjaya siapkan buku Kitab Terfaktab dan kepada kau sendiri kerana buku Awek Chuck Taylor. Aku harap kau dan semua penulis Terfaktab akan terus menulis dan berjaya. Aku nak bertanya kau, kalau kau ada masa - bolehlah jawab. Macam ni, aku ada seorang kawan baik. Perempuan. Dia ni aku kenal dari aku form 1 lagi. Dia ni kira rapat la dengan aku, sebab kitorang banyak aktiviti bersama, macam aku masuk Kadet Bomba sekali dengan dia, lepas tu kitorang pun duduk area yang dekat jugaklah. Dia ni memang baiklah dengan aku, kalau aku ada masalah dialah orang pertama aku mintak tolong. Soalan aku kat sini, aku rasa aku mula jatuh cinta(halamak ayat poyo la pulak) dengan dia. Aku rasa macam dia sorang je yang mampu faham tentang aku. Aku tak tau macam mana sebab aku takut kalau kitorang berci...