Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SK

TANGO SORANG-SORANG, ORANG TEPUK BERAMAI-RAMAI

Imej
Hai lamanya akak tak menulis kat sini. Akak tulis ni pun sebab benda ni fresh lagi, baru lagi berlaku. Kejap kejap lagi, kalau tertagak tagak nak tulis, tangguh tunggu nanti, pakai lupa terus la jawabnya. Masa dalam kelas tadi akak ada lah mengusik student akak ni. Student laki-laki. Akak kasi nama samaran dia Remy lah ye. Minggu lepasnya akak ada attend event budak budak ni. Kemudian ada la sesi fotografi. Masa nak bergambar tu, budak-budak lain kemain galak mengusik Sally dengan Remy. Sally ni berdiri sebelah Ali. Lepas tu budak-budak lain kata Sally berdiri salah tempat. "Sally salah tu Sally !!! Sally mana boleh berdiri sebelah Ali. Sally kena berdiri sebelah Remy !!" Yang lain-lain ikut bersorak. Sally dengan Remy dah malu-malu. Akak pun seronok la jugak nak ambil bahagian dalam acara sakat-menyakat ni. Lepas tu dengan malu-malunya Sally berjalan terkedek-kedek mengubah posisi. Dia pun berdiri sebelah Remy. Lepas acara bergambar tu akak pun balik. Anyway...

Tentang Hati

Assalamualaikum wbt. Hai semua ! Amboi lamanya dah tak menulis kat sini. Rindu pulak nak tulis. Jadi, macam mana dengan engkau orang semua? Sihat? Tu benda yang kaler merah kat belakang rusuk tu, sihat? Kalau orang yang tak merokok, tak ada tersedut asap rokok tu memang merah lah kalernya. Tapi kalau yang sekejap-sekejap nak berasap tu, entah kaler apa aku pun tak tahu. Kang sebut hati kaler hitam kang, ke lain pulak maksudnya. SK tak nak memceceh panjang-panjang. Jadi, topik apa mende yang SK nak tulis hari ni? Deng deng deng !! SK nak tulis tentang hati. Hati kita ni, ada masa dia seronok. Ada masa dia tak seronok. Ada masa dia nampak elok. Ada masa nampak keronyok-keronyok. Kadang-kadang macam pisang bonyok pun ada. Kita tidak akan sepanjang masa merasa gembira. Pasti akan ada harinya di mana kadang-kadang kita rasa nak keluarkan hati tu, lepas tu letak dalam peti sejuk di ruangan sejuk beku supaya kita tidak rasa ngilu dan sakitnya. Ewah ! Dramatik. Kita pernah fikir tak...

derhaka. sebuah catitan untuk kawan-kawan perempuan.

Aku selalu bilang, sebelum bertindak kita fikir dulu. Kalau sedang berjalan kita berhenti. Kalau sedang bercakap kita diam. Suluh dalam-dalam ke jurang sanubari kita. Apa benar tindakan kita? Apa betul kelaku kita? Punca masalah sebenarnya dari siapa? Dari orang? Kalau kita fikir salah itu datang dari orang lain, tanyakan kembali kepada diri apa benar salah itu bukan dari kita? Atau barangkali salah itu salah kita, cuma kita merasa terlalu malu mahu mengaku salah. Terlalu mahal perasaan bersalah itu untuk mencari tapak di dalam sanubari kita lalu ditempatkan ia di atas bahu orang lain. Suluh dalam-dalam. Orang perempuan selalu cepat hilang akal. Selalu sangat. Belum sempat ambil nafas, belum sempat beristighfar barang sebaris dua pun, terus diterkam orang yang kita anggap salah. Kita terus jatuhkan hukum. Padan muka. Biar koyak perasaan engkau. Orang perempuan selalu cepat hilang akal. Selalu sangat. Belum sempat ambil nafas, belum sempat beristighfar barang sebaris dua pun, ter...

Dia

Imej
Perjalanan hidup kita tidak pernah mudah. Kita diuji dengan berbagai cara, dan setiap dari ujian itu sebenarnya untuk menjadikan kita kuat. Lebih kuat dari yang sebelumnya. Perjalanan hidup kakak sendiri tak mudah. Koyak rabak punah ranap bersepai-sepai. Pernah. Sampai penat. Sehingga pernah bersumpah untuk kebumikan setiap cebis hati yang bersepai sepai. Tapi hidup tak seronok pun. Sepi. Kakak mula sedar bahawa penat dan putus asa itu sebenarnya lebih membunuh. Namun untuk bangkit kembali dan berjalan seperti tiada apa yang berlaku adalah sesuatu yang sangat sukar. Barangkali hampir kepada mustahil. Namun sebenarnya tidak ada yang mustahil kalau disandarkan setiap perih dan pedih kepada tuhan. "Hasbunallah wani'mal wakeel" Allah (alone) is sufficient for us, and He is the best disposer of affairs (for us) - Al Imran 3:173 Jadi untuk mendapatkan bahagia, minta kepada Dia. Untuk ditemukan dengan teman hidup, minta kepada Dia. Untuk diberi kekuatan membina ...

Perkahwinan adalah lebih indah, lebih romantis, lebih menyengat.

Imej
Perkahwinan membawa aku ke suatu dunia baru yang bernama realiti. Perkahwinan sama sekali tidak serupa dengan alam percintaan. Maksud aku, percintaan sebelum berkahwin. Perkahwinan adalah lebih indah, lebih romantis, lebih menyengat. Yang menyengat itu lah realitinya. Betapa selepas berkahwin, baru aku sedar bahawa bercinta selepas diikat dengan ijab dan kabul adalah lebih manis. Manisnya, apabila segalanya tentang pasangan adalah yang baru sebab sebelum ini kita tak pernah benar benar kenal dengan dia. Segalanya tentang dia adalah sesuatu yang kita harus belajar untuk pertama kali. Segala galanya juga adalah pengalaman untuk yang pertama kali. Faham maksud aku? Misalnya bila merajuk, untuk yang pertama kali kita dipujuk dengan pelukan. Kan manis. :) Bila bercinta lama lama sebelum kahwin, keindahannya adalah berbeza. Sementara nak biasa, kita akan rasa ada saja yang tidak kena. Aku kasi contoh. Leman dengan Timah bercinta tiga tahun. Sepanjang tiga tahun, setiap...

Versi Ibu Mertuaku ! Tips bertemu bakal mertua.

Imej
Amboi lama dah tak tulis kat sini. Ini juga betapalah effortless punya entry. So girls, this is for you ! ----------- Komunikasi adalah penting dalam kehidupan setiap insan. Bercakap, menangis, ketawa, waima pergerakan badan dan bahasa isyarat sekalipun adalah antara medium berkomunikasi. Tulisan dan lukisan jangan pula kita lupakan. Mereka tergolong di dalam medium komunikasi. Jadi sekarang ini kamu boleh teka apa yang sedang dilakukan oleh saya? Boleh teka? Ya ! Pandai ! Saya sedang berkomunikasi ! Okey okey.. back to the main issue. Sepandai pandai kita bercakap di depan public, sepandai pandai kita berpidato, berceramah, kita akan merasa gugup jua apabila berhadapan dengan bakal ibu dan bapa mertua. Siapa yang setuju angkat tangan ! See.. ramai yang setuju. Okey tipu. Tak nampak pun korang angkat tangan. The truth is, aku ni adalah seorang yang sangat sangat suka bercakap depan public. Bukan nak membangga bangga, tetapi realitinya kalau disuruh aku buat presentation...

berani

Imej
Akak kata, you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out - tapi saya tak berani. saya ada lukakan hati 'orang tu' and now he's gone :'\ [dari Formspring] Bukan semua orang berani untuk cakap; "Aku sayang kau." Bukan semua orang ada kekuatan untuk beritahu; "Kau dah guris hati aku tadi. Kau sedar tak?" dan bukan semua orang boleh tolak ego dia ke bawah dan bilang; "Aku salah tadi. Aku minta maaf" Hidup dengan menyimpan perasaan sendiri adalah tidak kena bagi aku. Kita suka, tapi kita tak berani untuk cakap. Kita takut berdepan dengan penolakan. Rela lah disimpan perasaan sendiri, membuang masa menanti yang tak pasti.  Hidup dengan menelan perasaan sendiri adalah menyakitkan untuk aku. Disakiti lagi dan lagi. Kadang kadang, orang tak sedar bahawa dia telah menyakitkan hati kita. Kadang kadang orang ingat perbuatan dia biasa saja, tidak ...

jujur - maaf - menang

Imej
Holaaaaa ! Amboi lama betul tak jumpa. Tadi aku ada twit pasal jujur dalam perhubungan. Jujur ni aku suka nak bahagikan kepada dua. Pertama, jujur kepada pasangan. Kedua, jujur kepada perasaan sendiri. Meh sini aku nak habaq, kalau kita gagal berlaku jujur dengan perasaan sendiri, ada possibility untuk kita tak jujur dengan pasangan pulak nanti. Here we go ! ---------- saling melengkapi. kau dan aku jujur menjalin rasa. [ sumber ] Jujur kepada pasangan ni ramai orang boleh buat, tapi aku tak pasti pulak dengan jujur kepada perasaan sendiri ni. Hampa paham dak jujur kepada perasaan sendiri tu macam mana? Selalunya kalau hampa tak puas hati dengan marka hampa, ada hampa habaq kat depa apa yang hampa tak puas hati tu? Aku rasa, kebanyakannya akan membiarkan saja ia berlalu dibawa angin bayu kan? Takpe, benda kecik je. Small the pieces. Maafkan saja lah. Kan? Gitu kan? Siapa tak ngaku ketiak dia banyak rambut ! Contoh mudah. Marka kau suka raba raba engkau. Tapi...

Antara garisan

1) Semalam di pusat membeli belah... Seorang perempuan gaya gaya moden, berskirt pendek paras paha. Berjalan dengan lelaki tinggi lampai hitam manis elok rupa. Sesekali kedengaran ketawa manja gadis, di usik jejaka agaknya. Ada yang pandang saja, ada juga yang terteleng muka sambil mengata. Apalah bala, moral anak anak kita sudah entah ke mana. Bercinta berkasih di khalayak sudah jadi norma. Pakainya pula entah serupa apa. 2) Semalam di pusat membeli belah.. Seorang perempuan bertudung berjalan berdua. Jemari mulus digenggam erat oleh jejaka. Dipaut pula pinggang si dara, biar lebih intim agaknya. Terdengar bisik bisik seorang lelaki tua. Apakah celaka dunia semasa. Sudah elok bertutup, tapi perangai entah serupa apa. ----------------- Kalian tahu? Kita boleh berubah kerana cinta. Yang kita nampak pakainya moden mengikut arus semasa, yang kita fikir akhlaknya entah di mana level, yang terbentang di depan mata akan lepas laku perangainya.. Itu semua, sifatnya...

tips: nak ubah diri jadi mature di depan perempuan yang kita minat.

Imej
Hye hye hye !! SK in the house ! Ah tak payah nak gedik sangat. Terus kepada isi perbincangan kita pada hari ini. Orang kabo, masa baru-baru bercinta, semuanya wangi. Segalanya indah. Tapi bila dah lama lama, mula lah satu persatu kelemahan pasangan ini tersingkap. Lepas tu mula lah nak mengungkit bagai. "Dulu abang tak macam ni pun. kenapa sekarang macam ni pulak?" "People change. So do I" Kikiki. Cliche ! Sebelum SK pergi lebih jauh, gemar lah SK untuk mendisclaimer kan di sini, bahawa intipati entry ini applied for both gender. Tak ada erti kata bias ke hape. Ngerti? Kita ni masa baru baru nak tekel perempuan yang kita minat, macam macam kita buat semata untuk meng-impress kan perempuan yang kita minat tu. Betul? Masa ni lah kita nak tunjuk kita tak tinggal solat lima waktu, masa ni lah nak tunjuk yang kita ni pesen pesen lelaki penyabar, masa ni lah kita nak tunjuk yang kenkonon kita ni pemurah-tak kedekut. Nak tarik perhatian perempuan yang kita ...

hati aku

berkali aku bilang, kau jangan dekat dengan aku sebab kau akan bikin aku jadi celaru aku bilang lagi seperti selalu kau jangan main dengan kata-kata palsu sebab itu akan bikin hati aku jadi beku dan aku juga bilang, kalau jadi begitu akan aku rejam muka kau dengan batu biar puas hati beku aku lihat muka kau hancur macam hati aku

#2 Musalmah dan Kasim -- prequel

Imej
[gambar sekadar hiasan] Hari itu Musalmah ke dewan seminar di bangunan fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Esok tarikh seminar berlansung, event yang menentukan lulus-gagal dalam salah satu subjek yang diambil. Setibanya di dewan, yang kelihatan cuma dua orang rakan sekelasnya. Musalmah berborak sebentar dengan seorang rakan yang juga pengarah projek seminar yang bakal berlansung. Dikisahkan akan perihal dirinya yang enggan menduduki perperiksaan akhir. "Rugi Musalmah," kata tuan pengarah projek kepadanya. Musalmah tersengih sahaja. Menyembunyikan gelodak perasaannya yang menjadi punca keengganannya menduduki perperiksaan.  Perbualan mereka terganggu dek kerana panggilan telefon yang diterima si pengarah projek. Sementelah tuan pengarah projek melayan panggilan yang diterima, Musalmah berjalan masuk meninjau ninjau keadaan dewan. Kelihatan seorang lagi rakan sekelas tadi sedang mengerjakan sesuatu. Musalmah tidak pernah bertegur sapa pun dengannya, walhal sudah beb...

cinta buta

Imej
[ sumber ] Manusia cenderung untuk menjadi buta mata dan hati semata mata kerana perasaan cinta. Sedang cinta itu sebenarnya sebuah perasaan yang penuh dengan nikmat dan keindahan. Namun kerana cinta yang membuta tuli, perasaan itu tidak ubah seperti sebuah neraka, membuatkan bertahun tahun hidup kita jadi tersia. Cinta datangnya dari dalam hati. Cinta itu perasaan yang berjiwa. Tapi cinta tanpa akal boleh buat kita jadi gila. Itu lah yang akan membawa kita ke jurang neraka yang aku kata. Heh. Orang tua tua selalu bilang, ikut hati mati. Ikutkan rasa binasa. Tapi bila bercinta, selalunya kita akan ikutkan hati dan rasa. Waras akal jadi tidak berguna. Ditingkah, dilawan akan akal yang beradu-berbalah dengan hati dan jiwa. Akal tak reti bercinta, kata kita. Akal tak akan pernah faham akan jiwa, kata kita. Heh. Kita buta. Bila cinta sudah berkuasa, kita jadi buta. Sampai nanti bila kita sudah tersungkur, berderai jiwa... ... baru nanti kita tahu betapa kejamnya diri ...

Poligami: Kalau aku lah...

Manusia memang selalu tak puas dengan apa yang dia ada. Itu fitrah. Kalau boleh semua kita mahu ada, kalau boleh yang kita mahu itu mesti kita dapatkan. Tapi.. bukan semua yang kita mahu kita boleh dapat. Itu realiti. Berdebat dengan rakan rakan lelaki tantang isu curang. Kemudian berlanjutan pula sehingga ke isu poligami. Ya, subjek yang paling tidak digemari oleh perempuan sedunia. Aku persoalkan, apa alasan lelaki untuk berkahwin lebih dari satu? Salah satu sebabnya, kesempurnaan katanya. Tidak semua kualiti yang dia mahu, ada pada isterinya. Jadi kalau ada perempuan lain yang dapat melengkapkan kualiti yang digariskan, kan cukup cantik. Misalnya, isterinya pandai memasak, hebat di ranjang, pengasih dan sangat romantis. Tetapi tidak pandai mengemas pula. Rambut pula sudah serupa mi maggi. Disuruh luruskan nanti, kecil hati pula. Katanya tidak menerima seadanya. Ditakdirkan pula berkenalan dan bertemu dengan si Timah. Lawa orangnya. Berbudi pekerti, sesuai benar dijadikan cal...

perempuan dan laki laki

Imej
gambar recycle Hello Assalamualaikum ! *melengung lama* *panggung dagu* *taip padam taip padam* Yes ! sebenarnya SK tak tahu dari mana nak mula guys ! SK nak tulis pasal perempuan dengan laki laki. Tapi cari intro tak jumpa jumpa. SK terus terjun ke inti. Malas nak fikir fikir lagi. Selalunya perbalahan laki laki dengan perempuan ni terjadi sebab masing masing tak memahami. Lelaki cepat baran. Perempuan mudah emosi. Sini SK nak kabor. Lelaki ni, masa dia tengah baran, masa suhu dia naik lebih dari kepala, korang cakap la apa pun, tak akan masuk. Malah pada sesetengah situasi lebih menambahkan marah lagi ada la. Nak nak kalau menyentuh isu kawan baik dia, atau kaum keluarganya. Dua isu ni sensitif sikit. Malah sensitif banyakkkk ! Perempuan pulak, kalau berlaku krisis, selalunya perempuan tak sabar sabar nak selesaikan. Mahu penjelasan pada ketika itu juga. Lepas tu bila dah emosi, mula mengungkit dan membangkit perkara perkara yang lain. This is not the right w...

hati

Imej
Kala sunyi sendiri Dipanjat doa pada Illahi Kurniakan sekeping hati yang memberi Hingga ke akhir hayat berjanji menemani Tuhan mungkin mahu kita tunggu lagi Kita tunggu sambil pujuk hati Bersabar lah untuk sedikit masa lagi Akan tiba juga yang kita nanti nanti Tiba waktu segalanya tertepati Hati tidak sunyi sendiri lagi Berteman bahagia hari hari Syukur atas kurnia yang tak terperi Namun sekejap sahaja merasa serba mencukupi Teruji dengan masa yang selalu dengki Dulu dan kini sudah tidak serupa lagi Kalau mengadu, apakah nanti di kata tidak mensyukuri? Dipujuk pujuk hati untuk mengerti Tercari cari penawar mengubat sunyi Kita takut berteman sepi Bantu kita temukan diri careless, and you'll be happy

cinta obsesi

cinta ni kita tak boleh nak paksa paksa. kau ubah lah di kau macam mana pun. tapi, kalau orang dah tak mahu, apa daya engkau lagi? soooo... berhenti buat itu dan ini untuk mengemis cinta orang yang tak mahu ke engkau. jadi diri sendiri. sayangi diri engkau, dan kemudian nanti cinta akan datang sendiri ke engkau tanpa perlu kau nak mengemis ngemis. sumber: status facebook Terfaktab, 18 November 2011   Kadang kadang, kita ni rela untuk jadi macam macam demi untuk memenangi hati manusia yang kita suka. Kita fancy sangat dengan dia, jadi setiapnya yang jadi kesukaan dia mesti lah kita ambik tahu kan? Dia suka perempuan yang lemah lembut, dia suka perempuan yang rambut panjang, dia suka perempuan yang tak membantah bantah, dia suka perempuan yang pakai baju kurung, dia suka perempuan yang pakai baju warna putih, dia suka perempuan yang begitu, yang begini.. Semua kita ambil tahu. Kita tanya kawan kawan dia, kita tanya adik beradik dia. Malah kalau kita tak kenal sesiapa yang rapat ...

Minggu Penghargaan: Lima Bulan Satu Minggu Dua Hari di Terfaktab

Imej
Assalamualaikum all ! morning ! Salam hormat untuk semua :) Oh damai sungguh pagi ini. Cuaca redup, hawa pun dingin. Kalau sambung tidur memang enak lah. Hari ni hari Rabu, dan aku menulis untuk minggu penghargaan yang bermula Jumaat ini (di anjak pula ke Rabu. Maknanya jadi Lima bulan Dua hari la kan.). Aku tulis siap siap. Senang. Nanti karang, bila dah sibuk buat itu - ini, lupa pulak. Tak pasal pasal kena hentak dengan baldi. Bos yang kabo gitu. Sape tak buat kena hentak. Entry ni mungkin akan jadi panjang berjela sebab dah kata temanya penghargaan, harus lah feeling feeling penerima anugerah. Nak ucap terima kasih kat satu dunia. Thee hee.. Orait cut the crap ! Entry hari ni merupakan entry dedikasi, bersempena dengan sebulan penjualan Kitab Terfaktab di pasaran. Phew ~ Ai pening nak susun nama ni u ols. Mula mula sekali, setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih untuk Akram dan semua skuad Terfaktab sebab sudi melamar aku untuk menyertai skuad yang ohsem ini. Aku join...

#1 Musalmah dan Kasim

Imej
[gambar sekadar hiasan] Musalmah, gadis yang baru sahaja melepasi fasa rabak dalam hidupnya. Hampir hampir jahanam juga lah. Namun berbekalkan semangat yang kuat, Musalmah berjaya melepasi fasa rabak itu tanpa menjahanamkan hidup nya sendiri walaupun sebelum ini dia merasa seolah olah hilang harapan untuk hidup. Petang itu Musalmah bersiar siar dengan Kasim di sebuah taman. Sejak akhir akhir ini Kasim selalu menemani Musalmah. Musalmah senang sekali berbicara dengan Kasim. Kasim ini, hobinya mengambil gambar. Musalmah pula gemar bila gambarnya di ambil. Petang itu, ini lah aktiviti mereka. Musalmah duduk di tengah padang. "Pakcik, ambik gambar makcik duduk tengah padang boleh?" "Boleh. Pergi duduk. Posing lah macam mana pun" Lalu Musamah duduk bersila di tengah padang yang luas hijau. Selesai dua tiga petikan, Kasim join Musalmah duduk di tengah padang. "Err.. Makcik.. pakcik ada benda nak kasi tahu makcik" "Apa dia?" tanya Musalma...

paksa - rela

Imej
Assalamualaikum wbt.. eceh ! aku ni ada masa sibuk macam ibu ibu beranak lima. tapi tu kadang kadang je la. tadi siang aku bercengkarama di page terfaktab. tertangkap dek pandangan aku wall post pasal kahwin paksa. tak tahu bila punya post. kat bawah bawah ala jugak. aku merasa terpanggil untuk berkata kata sedikit tentang isu ini. kahwin paksa. dari segi istilahnya, maksud dia perempuan dengan lelaki, di kahwinkan bukan dengan kerelaan. selalunya perkahwinan yang kita namakan dia 'kahwin paksa' ini di aturkan oleh keluarga. pasangan yang ingin dijodohkan mungkin saling tidak mengenali, apatah lagi menaruh perasaan antara satu sama lain. pasangan ni pulak mungkin dah ada calon pilihan sendiri. atau mungkin tak mahu urusan masa hadapan mereka di atur sedangkan mereka sudah cukup dewasa untuk mengatur kehidupan sendiri. okey potong ! mukaddimah panjang benor. gini lah. Allah pernah kabo dalam perutusan warkahNya untuk kita kita "Boleh jadi kamu membenci se...