Antara garisan
1) Semalam di pusat membeli belah...
Seorang perempuan gaya gaya moden, berskirt pendek paras paha.
Berjalan dengan lelaki tinggi lampai hitam manis elok rupa.
Sesekali kedengaran ketawa manja gadis, di usik jejaka agaknya.
Ada yang pandang saja, ada juga yang terteleng muka sambil mengata.
Apalah bala, moral anak anak kita sudah entah ke mana.
Bercinta berkasih di khalayak sudah jadi norma.
Pakainya pula entah serupa apa.
2) Semalam di pusat membeli belah..
Seorang perempuan bertudung berjalan berdua.
Jemari mulus digenggam erat oleh jejaka.
Dipaut pula pinggang si dara, biar lebih intim agaknya.
Terdengar bisik bisik seorang lelaki tua.
Apakah celaka dunia semasa.
Sudah elok bertutup, tapi perangai entah serupa apa.
-----------------
Kalian tahu? Kita boleh berubah kerana cinta.
Yang kita nampak pakainya moden mengikut arus semasa, yang kita fikir akhlaknya entah di mana level, yang terbentang di depan mata akan lepas laku perangainya.. Itu semua, sifatnya tidak lama. Manusia berubah. Manusia mampu berubah. Manusia akan berubah kalau dia benar benar mahu berubah, dan manusia akan berubah bila ada yang menjadi tali untuk dia pegang, untuk dia berpaut, untuk dijadi pemandu arah di sepanjang perjalannya.
Kadang kadang kita terlalu prejudis dalam menilai manusia. Kadang kadang kita terlalu berbangga dengan baiknya laku kita.
Bila sudah berubah, masuk pula cerita lain.
Dipersoal pula akan berubahnya dia kerana apa.
Berubah kerana lelaki yang dicinta? Sampai bila? Akankah bertahan lama? Bukan kita sepatutnya berubah kerana tuhan?
Funny.
Apa berdosa bila cinta berjaya merubah manusia?
Apa berdosa bila baiknya kita didorong manusia?
Apa berdosa bila hijrah kita bertitik tolak dari cinta kepada manusia?
-----------------
Kita boleh berubah kerana cinta.
Yang teguh menegakan prinsip kerana agama, tertewas jua di tangan jejaka.
Yang lantang menyuarakan halal haram segala, kalah jua dengan bujukan cinta.
Yang menutup setiap inci anggota, ternoda jua diulit panahan asmara.
Cinta akan jadi bermakna kalau kena akan letak tempatnya.
Cinta akan jadi istimewa bila kita tahu ke mana arah yang hendak dibawa.
Cinta akan lebih membahagiakan bila diarahkan menuju ke jalanNya.
Cinta ni, macam acuan kuih.
Terpulanglah pada kita hendak terap corak apa.
Ulasan
kawan saya bertudung labuh naik motor dengan tunang dia masuk UIA.pak gad bagi jek masuk.sebab ingat mereka suami isteri.yang roommate pakai jeans naik motor dengan husband tapi dimarahi pak gad sebab bukan muhrim.
oh dunia.who knows kan?:)
bukan nak cerita pasal depa dah kawen ka belum. nak cerita pasal berubahnya kita.
Bg sy, bila kita buat somethin, mulakn somethin [in relationship for example] dengan ikhlas, ada percentage utk kita brubah lbih baik.
nampak menarik tulisan permulaanye.
bila baca lagi dan lagi,
tahu ini tulisan akak yg punya.
suka!
comel!
dan besh!
XOXO
-adik :)