Cemas menanti jodoh.

Tadi petang gua terserempak dengan satu pasangan paling tak dijangka kat sebuah shopping complex. Pasangan ni merupakan rakan sekolah gua dulu. Yang makwenya ialah perempuan paling hot di sekolah gua dulu. Sebut je nama dia, siapa yang tak terpikat? Budak kuat ponteng sekolah, budak bodek angkat buku cikgu, budak baca doa, pengawas sekolah, pengawas library, atlit sekolah, puaka sekolah, jaga sekolah, cikgu, pengetua semua tus air liur kalau nampak dia.

Yang pakwenya pulak ialah budak paling loser kat sekolah gua dulu. Dia punya loser kalau gua nak ceritakan memang berlinang air mata gua. Cukuplah gua katakan budak lelaki ni dulu masa tingkatan lima pun mati-mati ingat perempuan bersalin melalui pusat. Amboi, kalau baby keluar ikut pusat, entah macammanalah gayanya kaum wanita nak meneran time bersalin ye dak?

Gua buat-buat steady bila pasangan ni tadi serah kad kahwin diaorang ke gua, hujung bulan ni kenduri. Sebagai seorang melayu, gua anggap makwe ni tadi dah kena bomoh dengan budak loser ni untuk sedapkan hati gua sendiri. Apa gila pasangan camni pun wujud?

Tapi bila gua pikir-pikir, itu yang menariknya tentang jodoh. Jodoh ni misteri, penuh dengan surprise dan tak boleh dipaksa-paksa. Ciri-ciri suami idaman, sifat-sifat isteri impian memang boleh dibakulsampahkan kalau jodoh tu datang dalam bentuk orang yang kita tak pernah jangka. Yela, bajet boleh dapat isteri macam Cameron Diaz, tetiba dapat isteri macam Hamidah Wahab. Siapa boleh tahu kan?

Kita cuma mampu merancang, memilih, menapis siapa bakal pasangan kita nanti tapi pada akhirnya nanti Allah jualah yang akan menentukan jalan yang kita akan lalui. Adakah kita akan menerima jodoh apa adanya atau kita lebih senang mengelak jodoh sehingga waktu memakan kita?


Oh ye, tak puas hati punya pasal. Kad kahwin diaorang gua letak dalam peti surat pejabat pos.

Ulasan

shahirahkhairudin berkata…
Lu tunggu alep. Akan menjelma nanti jodoh lu. Persis hamidah wahab boleh jadi.
shahirahkhairudin berkata…
Lu tunggu alep. Akan menjelma nanti jodoh lu. Persis hamidah wahab boleh jadi.
Wadi AR berkata…
mana tahu jodoh leplep dgn fatin liyana. mana tahu kann
Pengejar Bintang berkata…
Hamidah Wahab gagagagaga
TheBentPencil berkata…
Blogger eykameow dah kahwin, anda bila lagi? lalala
Seri Ayu berkata…
jodoh bukan org yang jauh dari kita. betul ke?


:)
Zarith berkata…
Ya,manusia kadang terlalu mengharap pada jodoh yg diorang cuba rangka..tanpa sedar yg jodoh tu di tangan tuhan..tu yg sampai frust tak ingat dunia bila cinta sehidup semati kononnya entah hilang ke mana
KiD berkata…
dah jodoh diaorang.ada unsur jeles tu.hahah.
e4ezzati berkata…
melihat kepada kepuakaan leplep,mungkin jodohnya seorang retis
Tanpa Nama berkata…
makin tua makin cemas kot...ngee~~
Sis AI berkata…
Wakakaka!! Hahaha! Tak terkata. Tp itulah hakikat brader.. Slalunya yg pling loser dgn pling top ni la serasi bersama, wakaka! Sbb mcm magnet kot. Kutub sah2 berlainan, wakaka!
Eyka berkata…
gua harap jodoh lu dgn gua..mana tahuu kannnn...
kahkah ;p

kbai.
haha. kuciwa yang tak boleh belah!
Huda Diaz berkata…
suka hati je nak label orang berbomoh bagai. hahaha
Romeo Laut berkata…
Loser. Kadang-kadang dia yang lagi pandai bina hidup lepas zaman sekolah..
Tanpa Nama berkata…
aku tak penah tunggu jodoh aku... baik jadi andartu ja daripada dapat suami yg tak bertanggungjawab
KaiZeN berkata…
jeles sampi sanggup membakulsampahkan kad kawen dalam peti surat...hailaaah..
Ain Asrar berkata…
aku speechless wkwkwk
lin acik berkata…
. Leplep ni mesti peminat nombor satu hamidah wahab ni. Keh keh keh .

Catatan popular daripada blog ini

Cara Hendak Contact Balik EX Lama.

Perempuan, Perhubungan dan Seksual.

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)