Sebuah Tips Dari Abang Aqram Kepada Saudara-Saudara Sekalian.

Saudara-saudara sekalian. Aku ingin berpesan kepada saudara-saudara sekalian. Kalau kita hendak tunjuk gentleman atau hero, biarlah bertempat. Atau lebih tepat, biarlah kena dengan kudrat. Sebab aku nak cerita satu situasi yang mungkin saudara-saudara boleh aplikasi di lain hari.

Saudara-saudara kalau sedang memandu. Syok punya syok tengah memandu sambil layan lagu The Smiths - Please please please, let me get I want, sebab saudara baru kehilangan cinta atau sedang mengenangkan kisah-kisah lama yang tak dapat saudara teruskan. Tiba-tiba saudara-saudara sekalian nampak kereta berhenti tepi jalan lebih kurang satu kilometer dari kereta saudara. Saudara-saudara sekalian secara pantas membulatkan mata apabila melihat kereta yang berhenti di tepi jalan itu ropa-ropanya tayar pancit.

Yang menyebabkan saudara-saudara membulatkan mata sebab kereta itu dibawa atau yang sedang berdiri sambil buat muka cemas minta tolong ialah seorang perempuan yang cantik dan hot. Memakai skirt paras lutut, shades wayfarer, rambut lurus, putih gebu serupa tepung kastard, bentuk muka dah sebiji Ramona Azween yang jadi model iklan Maxis sambil ada tiga orang meluncur guna papan selaju. Ha, memang Ramona Azween pun yang sedang melambai kereta saudara. Sebiji macam iklan Maxis tu.

500 meter makin dekat. Sah! Memang lawa. Memang Ramona Azween (misalnya lah). Ada can. Kata hati saudara-saudara sekalian. Saudara dah fikir dah, kalau saudara tolong saudari Ramona Azween yang keretanya pancit di tepi jalan. Mesti paling tidak, dengan modal ayat manis dan wajah bak Fizz Fairuz saudara itu, saudari Ramona Azween pasti dalam genggaman saudara-saudara sekalian. Paling tidak pun, nombor telefon mahupun akaun twitter dan accept friends di facebook. Bukan senang tu saudara. Takpe, aku faham.

Saudara juga dah berfikir. Mula-mula berhentikan kereta. Keluar pintu kereta, buat muka macho-macho monyet sambil menyapa 'pancit ke?' (padahal dah nampak 500meter tadi, saja gelabah tanya lagi), lantas saudara mendekati saudari Ramona dan mengatakan saudara boleh menolong. Saudari Ramona lantas membuat muka manja-terima kasih-panas gila-bagus juga ada kau boleh tolong kepada saudara. 

Saudara dengan sekali lagi gaya cool bagai perwira yang gagah pada tengahari tanpa peduli ketiak akan becak kejap lagi. Mengambil jek kereta dan T tyre-opener. Saudara letak jek bawah tulang tepi kereta, saudara pusing dan kereta terangkat. Selesai itu, saudara mulakan aktiviti memerah kudrat untuk membuka bal atau nat tayar yang melekat pada sport-rim. Nat pertama saudara cuba memusingkannya dengan T tyre-opener. Saudara pulas. Tak boleh. Saudara tambah lagi daya. Pulas. Tak boleh. Saudara pulas, pulas, dan pulas sambil mengerang 'Arhhhhh'. Tak jugak boleh bukak. Kemudian saudara geram, saudara guna kaki, pijak T tyre-opener tersebut. Tetap juga tak boleh buka. 

Ketiak dah becak. 20 minit berlalu. Saudari Ramona Azween memerhatikan saudara. Lalu dia berkata;

"Tak kuat ke?'

Saudara tertunduk malu sambil mengatakan. Cibai punya tayar!



STOP.

Sebenarnya saudara, sebelum saudara-saudara menolong saudari Ramona. Aku ingin mengingatkan. Atau aku ingin memberi pendapat, nasihat dan petua tak kena musibat. 500 meter sebelum saudara hendak menolong saudari Ramona, pastikan saudara mengenal pasti kereta apa yang saudari Ramona (atau selepas ini mana-mana perempuan lain kalau saudara jumpa) itu pakai. Adakah saudari Ramona menggunakan kereta buatan Asia seperti Proton? Toyota? ataupun Honda? Kalau saudari Ramona menggunakan kereta buatan Asia. Yes, you can proceed to stop your car and help her. Tapi saudara-saudara sekalian, kes yang terjadi yang aku ceritakan tadi, sebab saudari Ramona menggunakan kereta BMW 3 Series tahun 2011. 

Tahukah saudara-saudara sekalian, kereta-kereta mahal buatan Eropah selalunya seperti BMW dan Mercedez-Benz, bal atau nat tayar mereka adalah nat khas yang selalu ada rust pada nat tersebut kerana jarang dibuka. Masakan saudara boleh membuka skru/nat yang berkarat ye dak? Selalunya saudara-saudara sekalian, kereta-kereta mahal tersebut menggunakan pneumatic tyre-opener untuk membuka tayar. Jadi, memang kerja bangang jugalah kalau saudara memerah kudrat dua belah tangan untuk membuka tayar tersebut. Hatta kalau saudara dukung saudari Ramona tadi dan sambil dukung, sambil itu saudara lompat ke atas T tyre-opener sekalipun, tetap juga nat/bal itu tak boleh dibuka. Percayalah. Walaupun teori dukung itu tadi adalah imaganisi liar semata.

Maka dengan itu saudara-saudara sekalian, berbijaklah dalam menolong perempuan yang pancit tayarnya. Ingat, kalau kereta Proton, Perodua, Toyota dan Honda tak mengapa. Kalau kereta BMW atau Benz, baik saudara sambung dengar lagu The Smiths itu tadi dan teruskan perjalanan tak payah berhenti. Kalau nak berhenti jugak, good luck aku ucapkan. Tayar tak boleh buka, nombor telefon tak dapat, accept friends entah ke mana. Ramona Azween aku yang sebat. Hehehe...

Chalo asalamualaikom!

Ulasan

Maria Ozawa berkata…
Aku tunggu Sebuah Tips Dari Abang Aqram Kepada Saudari-saudari Sekalian pula. .__.
Erzarita Scarlet berkata…
gelak aku bc....macho abis.....HAHA
Tanpa Nama berkata…
nat tu bukan tak boleh bukak bro...cara tak betul...ambik la paip kecik atau spana so T wrench tu bole jadi panjang sikit...pakai sikit sistem takal...otak guna...pulas sikit je dah terbukak..tak kira la pakai pneumatic ape lancau..msti boleh bukak...bole try..
Sis AI berkata…
Wakakaka! Pergh.. Bikin malu la bro..

Tp klu nk pnyelesaian best, bgtau je awek tu apa problem kreta tu n knapa tak boleh tlong. Lepas tu jmput msuk kreta, tlong hantar awek balik, haha!
Alexia Aqram berkata…
pakai T wrench panjang mmg boleh. tapi, mostly T-wrench adalah pendek. Kita perlu sambung T-wrench lain. namun, kerana gelojoh nak bukak tayar kereta makwe. begitulah jadinya.
azim~ berkata…
"Mengambil jek kereta dan T tyre-opener. Saudara letak jek bawah tulang tepi kereta, saudara pusing dan kereta terangkat. Selesai itu, saudara mulakan aktiviti memerah kudrat untuk membuka bal atau nat tayar yang melekat pada sport-rim. Nat pertama saudara cuba memusingkannya dengan T tyre-opener. Saudara pulas. Tak boleh."

bro salah step la bro..mungkin ko leh try buka nat tu dulu b4 jek kereta tu..sbb ble kereta dah naik..mmg susah nak pulas t tyre opener tu..pijak pun same sbb tyre akan berpusing bile on air..try longgarkan nat dulu masa kereta stil on ground..

dengan mempraktikkan perkara ini perbuatan anda jek kereta tu terlebih dahulu tidak sia2 jika nat terlalu ketat or rusty..

humble point of view..
:)
@JLoveAbd berkata…
Aku stop baca waktu kau cakap, dari 500 meter dah nampak tayar pancit.

Hebat tak hebatlah vision kau.
Cikya berkata…
okeh, gua terasa okeh.

kereta gua breakdown sebab tali kipas putus hot sentap temp. 120C

mati landing baik punya kat bengkel Mercs. Mentang gua pakai Proton, mekanik kat situ tersengih tengok gua parking baikk punya.

second dang, gua bengang.

gua tekan clutch + minyak. ala bajet drift, reverse and blah dari jejantans mekanik kereks.

lol.

kbai. tu je.
*diskriminasi*

nanti gua beli Audi S line gua nak g tayang balik kat bengkel tu.

hahahahaha *gelak kijam*

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.