9 April 2012

Adik Angkat - Another Form of Unrequited Love?



Malam tadi lepas habis teater, aku balik rumah dan aku tak tahu nak buat apa, tiba-tiba aku terjumpa beberapa artifak lama aku, masa aku masa di sekolah Tingkatan enam dulu. Aku terkenang dengan beberapa orang adik angkat masa aku dulu-dulu.

Entah, sebenarnya aku tak pernah faham apa itu adik angkat. Aku pernah ada adik angkat - tapi aku tak pernah faham konsepnya. Pada masa itu, aku ada adik angkat sebab bandwagoncy - orang ada aku pun nak ada. Macam sesetengah orang - orang ada couple dia pun nak ada couple, so konseptual kepada apa dan kenapa dibuat tu tak pernah cuba difaham. Ada yang kata nak nampak hip dan trendy, ada yang kata nak nampak normal, ada yang kata nak jadi macam semua orang, hakikatnya semua orang pun tak faham apa yang mereka buat.

Menurut ex aku Ez - definisi adik angkat (bagi lelaki) atau abang angkat (bagi perempuan) ialah seseorang yang ingin dicinta tetapi gagal untuk dinaiktaraf menjadi boyfriend/girlfriend. Tapi aku bercakap dengan dia, dia sendiri pun ada adik angkat juga - dia kata, adik angkat (bagi perempuan) atau kakak angkat (bagi lelaki) adalah mempunyai nilai yang berbeza, mempunyai nilai tanggungjawab. Cheh, bullshit. Umur bukan faktor couple ke apa. Aku sendiri pernah ada kakak angkat. Aku sendiri pernah ada adik angkat. Tapi aku tak pernah ada abang angkat - entah, somehow orang yang lebih tua aku lebih selesa menganggap sebagai member je kalau lelaki.

Tapi memang betullah sikit, sikitlah - aku ada crush dengan adik angkat aku - semua. Even adik angkat aku sorang tu pun dia tau. Tapi ada sampai satu tahap, kau tak tahu hubungan kau ni difriendzonedkan ke, diadikberadikkan ke, atau dicintakan? Sebab kalau hubungan ini difriendzonedkan, kau takkan nak call hari-hari dan bercakap berjam-jam lamanya, misalnya. Kalau diadikberadikkan, mustahil - sebab aku dengan adik-beradik aku selalu bergocoh. Berbabi-babi dan mencarut-carut adalah lumrah biasa adik beradik. Mana ada adik beradik yang cakap dengan nada desibel rendah dan bermesra-mesraan. Tapi kalau bercinta, kenapa tak boleh bersatu?

Atas kekeliruan ini, aku terfaktab dalam hubungan ini. Aku dah ada awek back then, tapi sebab dah terlampau rapat dengan adik angkat ni, segala masalah dan perasaan dikongsi, manakala awek aku dulu tu back then tersangat busy dan jarang bercakap dengan aku, lama-lama aku fall dengan adik angkat aku.

It's awkward, you fall in love with someone that you called "adik". Memang awkward.

Aku ada 4 orang adik angkat sepanjang kehidupan aku, dan satu kakak angkat. Empat orang adik angkat aku tu namanya Aelisha, Farhana, Nadirah dan Sherina Ellyana(which berjaya dinaiktaraf menjadi girlfriend), dan seorang kakak angkat bernama Sharina(spelling dia lain). Setiap kali bila adik angkat aku ni berpakwe aku jadi emo lain macam, walhal tak ada relationship pun sebenarnya pun. Aku tak faham. Aku rasa macam nak hanggul-hanggul kepala aku dengan membetulkan korteks serebrum aku agar berfikir secara rasional dan bukannya emosional. Kecuali Sherina Ellyana(dia ni tak pernah ada boyfriend sebelum aku), yang lain semua pernah buat jiwa dan raga aku jadi kacau walhal patutnya tak ada benda.

Entah, lepas berlaku terfaktabnya relationship adik angkat dengan mereka ni, ada yang dah pindah lost contact, ada yang jadi girlfriend (eventually meninggal dunia), aku dah tak ada lagi dah adik angkat. Entah, mungkin aku sendiri dah tua dan merasakan benda ini sangat poyo. Ya, entahlah, sampai sekarang aku tak boleh nak define orang yang ada adik angkat atau abang angkat ni untuk apa, kalau ada adik sendiri tapi tak sayang pun tak guna juga, ye dak?

Akhirnya aku accept, seperti Romi dan Bunga Ramona dalam blovel "Rokok Nan Sebatang"  - hubungan yang difriendzonedkan memang perit untuk diterima, terutamanya kena cockblocked dengan member sendiri. Macam adik angkat aku tu, ada juga yang bercouple dengan member aku. Rasa macam sakit je hati, tapi aku tak boleh marah. Macam celaka.

Pada akhirnya, sayangilah adik sendiri sebelum nak beradik angkat. Kalau tak, sakit jiwa. Kalau tak ada adik, suruhlah mak ayah "adakan" adik baru. Papai.

12 ulasan:

Sis AI berkata...

Seumur hidup sy, tak wjud lg 'abg angkat' atau 'adik lelaki angkt'. Serius bro, mmg sjak dlu prhatikn org n dh tau dh motif berangkat2 ni.

Kakak angkt pun tak prnh wjud sbb rsa tak prlu kakak, ckuplah sy sorang. And yet, junior2 msa skolah menengah rmai yg nk jdi adik angkt. Oleh krana srba salah, so sy go on jela.

But heaven, mmg tak syok bro. Tak syok gila. Lagi2 bila sedar adik angkt tu gedik tahap kebabo. Nk mlayan diorg.. Aduyai.. Serius bro, kdang2 trasa mcm sy ni mrangkap 'boyfriend' diorg. Ke sbb prempuan ni suka pkai terms 'BFF'? I don't get it sbb sy ni ksar2 skit.

Still, slepas hritu bila ada org nk jdi adik angkt... Tolong la. Klu gua angkat lu, sapa nk angkat gua? Tidak3........

Tanpa Nama berkata...

Adik/abang angkat, adalah nama lain bagi "aku nak kat ko sebenarnya, tapi ada sebab tertentu menghalang so kau cuma jadi backup calon kekasih aje."

@ixxara_says

samanosuke_04 berkata...

huhu, istilah kakak/adik/abang angkat ataupun best friend nie biasanye orang guna sebab bleh bail out bila2 masa.. dan nak bagi nampak tak berdosa sket.. hakikatnya sama jer.. haha

rekbing berkata...

ending not soooo cob nobbler la.. cuwit lain macam. haha

Wadi AR berkata...

waktu sekolah dulu mmg galak jadah adik, abg, kakak angkat ni. haha.

nur atiqah berkata...

used to have abang angkat.at first, i have crush on him,tapi dia yang kata,"boleh tak jadi adik angkat i?"

bila dah kena jadi adik,so nak taknak kena lah terima hakikat tak layak jadi gf dia.

but at one point,out of sudden dia cakap,"eh sampai bila kita nak jadi adik angkat and abang angkat ni?"

saya just jawab,"ntah lah. you the one yg nak sgt kita jadi adik,so what say you?"

teros dua2 diam seribu bahasa.

tak tau lah ayat dia tu macam nak dinaiktaraf jadi girlfriend boyfriend ke ape.

Tanpa Nama berkata...

Bangsa lain ada ke amalkan konsep adik/abang/kakak angkat ni? Atau Melayu je? Just curious.

aisyah berkata...

aku suka lagu yg kat ats tu je..ahaha

Halimatun Sa'adiah berkata...

mse skolah dlu mmg tkenal sgt ngn konsep angkat mengangkat neh..nk cower in relatoinship sbenarnya..
bile ingt balik cm kelakar jea, nape x gnekn istilah kwn je ek??

fatinizzati berkata...

aku kenal sorang mamat ni lebih lama dari mamat tu kenal adik angkat die. and to be honest aku minat kat mamat tu but finally mamat tu boleh jadi bf adik angkat die pulak.

seriously dude, aku tak pernah percaya pada relationship 'angkat-angkat' ni kalau kata takde perasaan lain.

Tanpa Nama berkata...

xde keje betul yg nk b'angkat2 ni, adik-beradik sndiri blom tentu tjage, ade hati nk jage adik/kakak/abang orang lain..xpaham aku ~.~

Tanpa Nama berkata...

Saya ada boyfie ankat cer aner tu?hahahah