Desperado dan Sikap "Minta Member Tolong Adjas Kawan"


Satu petang ketika aku sedang minum petang sambil makan goreng sukun dan juga teh ais, aku telah dikejutkan oleh satu message dalam Facebook.

"Bro, boleh minta tolong tak?"

Gua ni kalau nak kata kaya nak tolong-tolong orang ni tak dapatlah, aku ni pun cukup makan. Ini pun dah semput-semput dah ni.

"Ha, nak apa?" balas cara yang pendek dan tak-nak-cerita-panjang.

"Aku bukan apa lah, umur aku dah nak lanjut. Aku tak ada girlfriend lagi. Aku tengok kau ni, dalam Facebook, Twitter, ramai je awek tegur kau. Cun-cun pulak tu. Aku nak ada awek jugak, tolonglah member. Pass la sorang. Aku sunyi tak ada teman."

Kata-kata ini menyebabkan aku terbazir tiga keping sukun goreng. Mati selera aku bila membaca message ini. Rasa macam nak panjat bangunan PKNS dan terjun sebanyak tujuh kali je bila member aku cakap macam tu.

OK, when I was single aku admit aku memang selalunya -- desperado. I keep thinking "life will be great if you have a companion". But it doesn't work that way, bukan cara member passing-passing.

Yes, selalunya orang yang single dan desperado memang eager nak cari girlfriend. Sampai satu tahap "tak kisahlah sesape pun asalkan aku ada awek". Come on, kau tak kisah ke bila kau main kaut je awek ended up kau sendiri tak puas hati dan rasa ini membebankan kau? Can't you have a patience a little bit more?

Desperado ini seperti Fernando Torres yang memburu jaringan gol dalam Chelsea - setelah sekian lama kau memburu - dan bila kau jaring tepat pada masanya, kena pada masanya - aku ada dengar dari fan Chelsea yang Fernando Torres bakal diangkat sebagai lagenda Chelsea. Uh, the whole point is, kalau dapat girlfriend yang kau memang suka, tatkala kau memang single dan desperado, kau akan tahu awek itu sungguh bermakna.

Bila aku single dulu, aku desperate dan hampir semua awek aku try, dan gagal. Sampai gagal paling epik pada birthday aku tahun sudah, aku stop fikir pasal awek. Sebulan lepas tu Erica pun datang. Benda akan datang dengan sendirinya. Actually, when you're single, the least you think about girlfriend, the more chances you'll get a girlfriend, berbanding dengan single dan desperado yang memburu awek dan tak kisah sesiapa pun. After all, bukan girlfriend ni kau ada harapan mahu jadikan dia sebagai isteri, tak gitu? Kau nak ke girlfriend yang tak cocok dengan kau lepas tu kau nak spend dengan dia hingga akhir hayat? Alhamdulilah lah kalau hayat kau cuma 2 tahun, kalau hayat kau panjang mahu sakit jiwa juga dapat bini yang tak masuk dengan jiwa, ye dak?

Soal awek cun - hmm, ini aku tak tahulah, tapi aku ada baca dalam Telegraph dulu bahawa jika kau mempercayai teori evolusi - kau akan faham ni - yang manusia berevolusi makin cun. Masa aku sekolah dulu jumlah awek cun tak seramai sekarang. Sekarang aku pergi sekolah menengah aku - aku rasa kadang-kala boleh terpedo juga aku. Tapi well, based on observation aku, memang awek cun makin ramai. Now, the only thing is, cun atau tak cun bukan faktor utama, yang penting ialah "plug sama yang boleh dicucuk", dalam erti kata lain, ngam. Macam aku dengan Erica, ada benda yang tak sama antara aku dengan dia (contoh dia suka Hindustan, aku suka tengok filem existentialis Eropah yang berbahasa Perancis atau Itali, dia suka doghoyan gua allergik doghoyan), tapi ada beberapa benda yang aku boleh click dengan dia. And that's a spark that can stand between both of us. Jikalaulah aku dapat girlfriend yang asyik nak membebel pasal soal ugama, pasal soal dressing, lepas tu suka tengok drama Melayu, pulak tu fan Manchester United (yang poseur pulak tu), aku boleh terjun bangunan MBSA sebanyak enam kali kau tahu?

Maka sebab itu semasa desperado inilah, kau kena cool macam Antonio Banderas, baru boleh dapat awek cun macam Salma Hayek. Dan aku paling tak suka kalau member mintak tolong member nak adjust awek, seriously, bila kau kahwin nanti kau ajak member kau sekali threesome ke dengan bini kau? Come on, masa nilah nak tunjuk kejantanan kau. Masa inilah nak membuktikan bahawa kau ni adalah sperma paling terbaik yang menewaskan sperma-sperma lain semasa kau racing berlumba untuk ke ovum. Dan mintak tolong member adalah kronisme paling lekeh - lebih lekeh dari syarikat lembu beli kondo. Lebih lekeh dari segala kronisme yang ada. Nak tackle awek pun mintak kabel, jadah apa?

Semasa aku single, aku tak pernah mintak tolong member untuk mengorat awek. Semua aku try sendiri, gagal gua belah cari lain. Ada member yang secara tak sengaja (contoh, awek yang kau nak ngorat tu member kau, situasi macam tu lah), macam tu kira okaylah. Tapi takdelah aku cakap dengan member aku tu "weh, tolonglah aku adjas awek tu untuk aku", jadah apanya macam tu.

Mungkin novel "Berahi" -  tentang kasanovanya Wan Rokok Nan Sebatang - kisah sebelum bertemu Romi - perlu diterbitkan secepat mungkin. Sebab dalam novel tu aku ada tulis teknik-teknik cara-cara nak mengorat awek, but then again, itu pun dari sudut akulah. Ada 3.5 billion perempuan dalam seluruh dunia, could it be ada 3.5 billion cara untuk mengorat awek anyway.

So, instead kau yang single tu desperate dan cuba mengorat, why not kau buat diri kau sampai ke level kau dingorat. Time tu baru kau ada kuasa untuk memilih, rather than kau just berharap kepada sesuatu yang tak pasti. Paling bangsat bila member kau sendiri yang sailang awek yang kau cinta dan kau puja tu, kehkehkeh!

Ulasan

Eyka berkata…
kahkah..suke ayat kau wey..gua pon byak kali mbr gua yg male suruh cari awek utk dy..ahh gua cakp dkat dy try sendri..muke ade..pehal gntung2 dgn org lain..face and ngorat laa..simple je kot..org yang malu ni sbnrnyer complicated org dy..seriusly..


your word ohsem ahh bai..kahkah :P
Unknown berkata…
ahh..takde mase aku nak cari2 kan orang..haa pakai skill sendiri.tak pasal2 aku pulak yang kau cinta.kih3
pepol berkata…
hahaha,bila awek kene sailang dengan member sendiri tu yg panas tu,hahaha
SN berkata…
aku terus nak stop mesej bila member suh kenal2 kan ni.
Sis AI berkata…
Mintak kabel ni susah la bro.. Lgi2 klu auto jdi org tengah. Tak pasal2 si kabel tu yg sngkut dgn awek sndiri. Prnh jgk ada bro mntak kabel kwn2 lawa kat sy. Sy hnya mampu tergelak jela. First time tau ada laki desperate. Serius.
Hakim. berkata…
Kadang2 yang si member tu saja je nganjing kita konon dia susah cari awek supaya korang puji dia balik sambil cakap..

"alah,"ko pun hensem" kot.Cari la sendiri."

Dia nak dengar perkataan "kau" dan "hensem" tu je.






kadang2 la.
samanosuke_04 berkata…
setuju sangat dengan kata2 ko.. its worth the wait orang kata.. biorlaa single sampaai 26 ke 27 ke.. tapi last2 bila dapat awek, maybe dapat kawen terus.. tak macam sesetengah orang.. awek belambak2. tapi still tak dapat cari yang nak dijadikan isteri :p
Tanpa Nama berkata…
nice!!!! aku ni terbalik plak....aku dok ejas member2 pompuan aku kat kawan laki aku ni...hahahah kesian tengok dia single...sedangkan orang lain dah kawen and kapel bagai dah...hhahaha..apa salahnya jadi matchmaker kan....dapat pahala...hahahah
Tanpa Nama berkata…
you got the point...

haha.. tapi pada aku bley je mintak tolong. cuma contohnya macam awek kau minat tu kawan ngan kawan kau.. mintak membe no telepon awek tu ke mintak tolong ajak lepak skali ke tolong kenalkan ok la.. pastu pandai2 la ngorat2, ejas2 sendiri..

ubai
betul. dah tahu diri tue bukan dalam red spot pandai2 la tonjol kan diri. baru ada yg bukak mata nampak.
Tanpa Nama berkata…
Ym kan ade.masok room la.hehehe
Tanpa Nama berkata…
Peh, dua hari sebelum ko entri ni masuk..kawan ak yg foreveralone (ppuan), mintak ak tolong edjas dgn sorg mamat ni. ZZZ apasal tak cari sendiri. Dahlah syarat dari segi fizikal.

Aku OK sebenarnya orang mintak aku jadi matchmaker, dengan syarat ko bukan mintak tolong edjas. Just kata "ada tak orang single yang sesuai dgn aku? Bak FB/twitter/YM dia." lepas tu, edjas sendiri la wei. Buat effort. Perkenalkan diri. Flirt. Apa susah sangat.
apa salahnya kalau mintak tolong org carikan tp bukan tuk awek jela. tolong la carikan yg sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. n xpayahla nak terjun bangunan MBSA 6 7 x tp beruntung la kalau dapat seseorg yg bley perbetulkan n menasihati kita dari soal agama.dapat mendekatkan kita dgn pencipta alam ini. plus sy ni mmg suka tgok drama melayu. peh terasa tuh but i`m chelsea fan ok..hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.