The Checkmate (preview)

Source

Naja memegang kotak berbunga itu. Erat.

Pondok bas itu menjadi saksi penungguan selama tiga puluh minit dan setengah.
Siapa lagi yang ditunggu kalau bukan dia.

Akhirnya tiba susuk tubuh yang didambakan jiwa halus si Naja. Semakin lama semakin jelas kelihatan. Berbaju hitam, bersepatu sama rona.

“Maaf, lama menunggu?” tanya si empunya badan. Lelaki, umurnya tidak lebih tidak kurang Naja.

“Jadi. Seperti dijanjikan, kita main catur.” Kata Naja.

Bidak dan tir catur dikeluarkan daripada kotak berbunga tadi. Kristal putih dan hitam buatan Tanah Besar. Khaider dan Naja serentak menyusunnya di atas papan. Serentak, tanpa suara; Naja menjadi tir putih manakala Khaider, hitam.

Catur. Permainan penuh tipu daya dan samaran niat. Di mana pemain diumpan dengan ketamakan memakan tir musuh, yang acap kali terbayar dengan kehilangan tir sendiri. Peluang untuk melangkah satu petak ke hadapan disamarkan dengan ikatan perangkap bidak barisan hadapan.

---------------------------------------

Jejaka itu tunduk, sambil senyum. Ditolaknya biskop ke hadapan untuk memerangkap Naja di sisi kanan.

“Apa kata kita pertaruhkan sesuatu?”

“Ah, jadi apa yang hendak dipertaruhkan?"

“Isi hatimu.”

“Isi hatiku?

Naja ketawa. Khaider sambung lagi.

“Isi hatimu, Jaja. Awak perahsia. Awak mengajak saya ke sini bermain catur sedang ada lagi jutaan perkara boleh dilakukan di tengah hari Sabtu ini.”

“Kenapa tidak Khai? Tika orang lain boleh bermain boling dan berkaraoke, kenapa tidak kita bermain catur? Kreatif.”

“Isi hatimu. Jaja. Kalau saya menang.”

“Baiklah Khai. Dan sebaliknya juga, isi hati kamu. Boleh?”

“Boleh.”

Khaider mencuba peluang untuk ke barisan dalam raja putih dengan memakan kudanya menggunakan biskop. Ah, terlupa! Jaja telah menyiapkan Ratu di belakang kuda yang dimakan tadi. Habis ditewaskan!

Apa nak jadi, jadilah. Khaider memakan satu bidak putih dengan kuda hitamnya, meletakkan ia di kedudukan terbaik untuk memakan ratu Putih. Seperti tiada jalan lain, Jaja bertindak pantas melarikan ratu putih ke dalam kawasan kerajaan sang Hitam.

Bagus, fikir Khaider. Kini terbuka ruang luas di kerajaan Putih. Satu lagi langkah oleh kuda hitamnya ke ruang kosong itu, dan raja putih telah check.

Sangkaannya meleset! Terlupa ada satu lagi kuda putih milik Naja yang selama ini hanya sekali digerakkan. Tepat berada di kawasan serangan, kuda Hitam hilang dimakan.

Kemudian Khaider tersedar. Raja hitam terdedah luas, dengan sang ratu putih hanya empat tapak darinya.

“Oh, King’s Gambit.” Khaider mengangkat dagu dan membetulkan kedudukan.

“Ya, pergerakan yang sudah lama tidak digunakan, bukan?” Naja menguntum senyum.

Tiga langkah untuk kemenangan.

----------------------------------------

Habislah aku, fikir Khaider.

Kalau kalah, perlu meluahkan isi hati.

Perlu bercakap benar.

Dan tentunya akan ada satu soalan sahaja yang keluar dari mulut Naja.

“Apakah awak suka saya?”

Dalam hujan yang renyai, pada malam Ahad setahun yang lalu, Naja pernah meluahkan isi hatinya. Menyatakan bahawa perasaan dalam dasar jiwanya itu adalah lebih daripada sekadar teman sepermainan. Menyatakan bahawa jiwanya tersangkut dengan seorang lelaki, entah kenapa, peribadinya tertarik.

Dan entah kenapa, orang itu mestilah Khaider.

“Kenapa saya? Dalam banyak-banyak orang di sini? Awak bergurau, kan?” balas Khaider.
Dan dengan itu, dia berlalu pergi.

Meski mereka berkawan seperti biasa sejak detik itu, perkara itu tidak pernah ditimbulkan lagi selepasnya.

Mungkin hari ini harinya?
......................................................................

Ulasan

Unknown berkata…
sambung ke ? mane? kitab terfaktab kah ?
e4ezzati berkata…
serius tak sabar !
Nazrul Ashraff berkata…
cool!!!!!!!!!!!!!!!
TheBentPencil berkata…
sambung ke kitab terfaktab 2. ni copypaste dari kitab tu smlm. hehe
Tanpa Nama berkata…
this is yours sis?
greatt!
macam cerita lu dengan lu punya member freindzone lu je ni.

nais one.

-OC

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.