Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sumpah serius

Tentang keseriusan hubungan.

Imej
Assalamualaikum. Fuh! Laaaaaamaaaaaaaaa gilaaaaaaa rasanyaaaaaaa tak update entri kat sini. Nyeynyeynyey. Ya, aku tahu takdak orang yang heran pun aku update ke tak, tapi saje jela nak kabo yang aku bizi menyekolahkan kanak-kanak tak cukup umur kat tuiter nun. Okay habis mukadimah. Mari teruskan pembacaan dengan perasaan dan emosi yang lebih serius berbanding nyeynyeynyey. Tinggalkan nyeynyeynyey emotion di belakang, on kan mode serious anda sekarang! Dalam hidup ni, kita akan sampai satu fasa yang kita panggil sebagai looking forward to a marriage. Belum sampai tahap berkawen lagi, tapi ini adalah satu fasa sebelum berkawen. Fasa ini biasanya kita akan mula tercari-cari siapakah yang sudah pun dituliskan namanya bersama kita di Luh Mahfuz oleh Allah.  Pada fasa ini jugak kita akan didedahkan dengan pelbagai macam pilihan. Ada yang kita berkenan tapi dia tak berkenan kat kita. Ada yang kita tak berkenan tapi dia berkenan kat kita. Ada yang kita tak berkenan dan hek...

Nak jumpa mak saya?

Sepanjang gua berkasih sayang atau melalui sesi percintaan, gua tidak begitu cepat memperkenalkan makwe gua pada keluarga. Motifnya, tidak mahu memberikan harapan dan tidak mahu juga menyimpan harapan. Dalam hati gua tanamkan, andai kata hubungan itu benar benar serius seperti lagi dua tiga minggu nak pergi beli cincin tunang barulah gua kenalkan makwe gua pada mak. Gua risau kalau hari ini gua kenalkan pada keluarga tetiba esok putus cinta apa gua nak jawab pada mak. Nak jawab "takde jodoh" mungkin logik kalau sekali dua tapi kalau berulang kali gua kasi alasan yang sama dah tentu mak akan ingat gua mempermainkan jodoh. Raya tahun lepas gua bawak seorang kenalan berjumpa dengan mak. Tujuannya ialah kerana makwe itu ingin datang beraya. Makwe yang juga seorang doktor ini telah lama gua berkawan dengannya. Namun orang tua kadang kadang mudah menyimpan harapan, gua tak salahkan sesiapa. Hati mak manalah yang tak teringin bermenantukan seorang doktor berwajah manis, ber...

Perempuan Perhiasan Dunia.

Imej
" Aku jemu Aqram, jemu dah dengan lelaki " " Eh, kau kenapa Siti? Apa yang kau jemunya ? " " Aku bosan lah, kalau mesej, selalu tanya benda yang sama. Hari-hari nak mesej. Aku jemu. Aku kalau boleh mesej-mesej ni biarlah 3-4 hari sekali. Rasa nak cari boyfriend lain lah " " Ishh kau ni, jemu tu bukan masalah besar pun. Kau tu je takde aktiviti yang nak di buat bersama dengan boyfriend kau . " " Masalahnya Aqram, kitaorang jauh. Dia kat KL, aku kat Penang. Nak aktiviti apanya " " Lahh, dah tau tak boleh handle cinta jarak jauh, yang kau pergi layan buat apa? Kau dah declare ke couple dengan dia? " " Tak. Belum lagi " " Ceh, tu bukan boyfriend cik Siti. Tu teman mesra " ...................................................... D ilema . Masalah yang sering berlaku pada setiap perempuan lagi-lagi kalau bab bercinta. Kerana sifat malu yang ada pada perempuan, maka ramai perempuan sering patah hati bila lel...

Harapan Hitam Putih

Imej
Perasaan adalah sesuatu yang sangat abstrak. Satu hari kau suka, hari lain kau mungkin benci. Itu normal. Itu Manusia. Kita tak dapat lari dari kenyataan bahawa perasaan itu berubah, mengikut rentak yang kita mainkan. Tapi semua itu dipupuk. Pernah fikir tak logik yang kita pernah, sedang dan akan suka pada seseorang yang kita tak kenal? Total strangers. Sebab itu aku cakap perasaan itu dipupuk. Dan ia akan sentiasa berubah mengikut masa. Masa akan menentukan segalanya. Masa juga yang akan menentukan kau dan dia dapat bersama. Walaupun sekejap.  Tapi apa perasaan kau bila kau terlalu mengharap. Dan kau rasa kau diberi harapan untuk mengharap. Hope is for losers -Ez- . Mungkin betul, mungkin tidak. Harapan itu tak pernah konkrit, ianya abstrak. Bila kau pernah, sedang atau perlukan harapan, kau dah letakkan diri kau dalam bahaya. Kau dalam dilema untuk bangun atau jatuh tanpa kau sedari.  Bagi aku, harapan ada dua keputusan. Hanya hitam atau putih. Tiada kelabu. Sebab jawap...