Nak jumpa mak saya?
Sepanjang gua berkasih sayang atau melalui sesi percintaan, gua tidak begitu cepat memperkenalkan makwe gua pada keluarga. Motifnya, tidak mahu memberikan harapan dan tidak mahu juga menyimpan harapan. Dalam hati gua tanamkan, andai kata hubungan itu benar benar serius seperti lagi dua tiga minggu nak pergi beli cincin tunang barulah gua kenalkan makwe gua pada mak.
Gua risau kalau hari ini gua kenalkan pada keluarga tetiba esok putus cinta apa gua nak jawab pada mak. Nak jawab "takde jodoh" mungkin logik kalau sekali dua tapi kalau berulang kali gua kasi alasan yang sama dah tentu mak akan ingat gua mempermainkan jodoh.
Raya tahun lepas gua bawak seorang kenalan berjumpa dengan mak. Tujuannya ialah kerana makwe itu ingin datang beraya. Makwe yang juga seorang doktor ini telah lama gua berkawan dengannya. Namun orang tua kadang kadang mudah menyimpan harapan, gua tak salahkan sesiapa. Hati mak manalah yang tak teringin bermenantukan seorang doktor berwajah manis, bertudung rapi dan bersopan santun ye dak? Namun kadang-kadang, kita mesti tahu siapa diri kita. Bulan takkan mampu berkawan dengan rumput di bumi..Ceeewaahhh..
Pada pendapat gua, apabila melibatkan keluarga ia adalah suatu perkara yang serius. Maka atas sebab itu, selagi tidak menemui makwe yang serius dan hubungan yang serius lebih baiklah ia tidak melibatkan keluarga. Berkeliaranlah di luar dan andai kata menjumpai seorang berlandaskan perasaan yang serius barulah bawa dia pulang ke rumah untuk berjumpa keluarga. Jika tidak, bawa sahajalah dia berjumpa dengan kawan kawan dulu untuk test market orang kabor.
Apapun, ini adalah pendapat peribadi gua. Lu orang nak bawak makwe jumpa family pun gua peduli apa ye dak? Bawak je lah tapi jangan sampai jiran sebelah kabor "anak bujang jiran sebelah ni dah 23 kali bawak calon menantu lain lain tapi tak kahwin kahwin jugak" cukuplah..
Oh ye, selamat berpuasa semua. Semoga ramadhan kali ni kita dapat menjumpa seorang yang serius untuk dibawa berkenalan dengan keluarga bila syawal menjelang nanti.
Tapi jumpa makwe yang serius tapi puasa tak serius gua boleh geleng kepala je la.
Ulasan
#pengalaman sendiri.
tapi yg bab jiran tu memang lawak hahahahaha . mmg jiran2 jenis cenggitu .
pakwe nk bwk blek makwe jumpa mak tu mmg dia betul-betul serius la org kabor . tp kalo byk kali bwk balek tu parah jugak
so, kedua - dua pihak perlu memainkan peranan dalam mengeratkan lagi hubungan.
apa yang penting komunikasi dua hala antara bf dan gf.
once dah bawak bf / gf anda jumpa orang tua memasing, tindakan seterusnya ialah KOMITMEN DALAM PERHUBUNGAN.
laksanakan lah langkah - langkah yang boleh mengekalkan hubungan anda berdua. bukan syok sendiri pastu putus / clash.
renung - renung kan dan selamat beramal.
kalau dah melibatkan ibu bapa, biasanya dah nak ke fasa yg serius..