8 Julai 2012

Ahad Malam Bersama Abang Borhan

Asalamualaikom warahmatullah hiwabarokatuh.

Pikir-pikir balik, dah lama juge abang tak nulih kat sini. Bukak-bukak je dah habis minggu rabak. Terlepas abang gamaknya untuk menceritakan betapa rabaknya abang masa lepas bercerai engko tahu? Engko mana tahu perasaan lepas bercerai. Engko sekolah pun tak habeh. Engko sekarang sedaplah lep u lep me, amek gambar sana sini lepas kahwen. Asal sana sini berkepit dengan suami, dengan isteri. Bangun tido sebelah ada laki, ada bini. Nak nak pula dah ada anak satu. Punya semangat dia punya feeling-feeling bahagia kahwin tu. Suka tengok muka baby lah, suka tengok baby ketawa lah. Dan macam-macam lagi kebahagiaan yang abang nak kabor akan jadi sementara kalau engko tak jaga dan tak pernah dikabor tentang apa itu penceraian.

Buat pembaca yang pernah bercerai. Abang tahu, abang mengerti perasaannya. Bukan sedih, bukan pedih. Tapi macam hilang harapan ye dak?

Hilang harapan ni lebih kurang macam engko kena buang kerja lepas tu kau tak boleh bekerja. Ha, hilang harapan lah tu. Macam mana engko nak ada duit kalau tak kerja ye dak?

Untuk lelaki macam abang yang pernah bercerai. Abang tak rasa menyesal abang bercerai dengan bekas bini abang. Bagi abang, bekas bini abang mungkin bukanlah yang terbaik, tapi dia terbaik pada kaca mata anak abang. Jadi, apa yang terbaik untuk anak abang. Baik juga bagi abang. Sebab itu masa hak penjagaan, abang malas nak pikior banyak dah. Komfem lah bekas bini abang nak jaga anak dan takkan mengalah. Jadi, secara gentleman pun abang setel  baik-baik untuk beri hak penjagaan kepada bekas bini abang dan memberi nafkah bulanan seperti yang termaktub dalam perjanjian apa semua tu lah. Dan pulangannya, abang boleh jenguk anak abang bila-bila abang nak. Dan dalam sebulan, abang boleh ambil seminggu-dua untuk bawa bercuti. 

Orang lelaki bukan tak boleh jaga anak. Boleh. Tapi abang sedar bahawa anak lebih perlukan emaknya dari bapaknya. Jadi, abang beralah dan turunkan ego abang untuk tak bawak benda remeh jadi serabut. Ini abang tengok ada kes penceraian lain punyalah bergaduh nak rebut penjagaan anak sampai berselinsing lengan. Teruk gilerrr.

Ramai kawan-kawan abang tanya pada abang. Taknak rujuk dengan bekas bini ke? Demi anak katanya. Abang senyum nampak gigi taring abang yang menggoda ni je. Tak mahulah. Abang dah fikir panjang-panjang hal ini. Walaupun nampak tak logik pada sesetengah orang, tapi bagi abang inilah hakikat yang Tuhan dah coretkan atar takdir. Engko nak tahu apa?

Tak semua orang perlukan perkahwinan untuk kebahagiaan hidup. Perkahwinan mungkin boleh dijadikan penyambungan zuriat, namun perkahwinan bukan segala-galanya dalam kehidupan kita yang singkat ini. 



Abang rasa, tak salahnya kalau abang mati tanpa ada isteri. Bukan berdosa pun.

14 ulasan:

Wadi AR berkata...

perbezaan hidup orang lain lain kot

Tanpa Nama berkata...

Tapi kawen tu sunnah Nabi bang, hehehe..

miza kimbum berkata...

tapi kan sunyi bang,kan kan kan

eyjalukman berkata...

sabo jelah abg . lain org lain hal dan mslhnye .

muhsin.aminudin berkata...

duda market lagi tinggi skarang

Tanpa Nama berkata...

cayalah lu brahhh !

Hani Fadzil berkata...

baca entri pun dah mcm takde perasaan.

Tanpa Nama berkata...

ya banyak lagi benda boleh buat rasa gumbira

Syafik Coklat berkata...

hidup ini jangan berhenti bergembira =)

Tanpa Nama berkata...

gua faham bab hak penjagaan tu. tapi silap jugak sistem kita ni, dia tanya apa yang parents mahu. siapa parents yang nak amik anak, dan siapa taknak.
macam kes kenalan gua, si ibu nak.

tapi dalam hati semua anak nak duduk dengan bapa sebab bapa diorg penyayang. tapi sistem mahkamah, kalau bawah umur tertentu, hakim cenderung bagi ke mak. cis.

tapi gua respek ah, lu masih lagi mantain baik dengan anak. bagus gitu. jangan main tanam benci ke bekas pasangan, macam nak jadikan anak tu askar perang psikologi pulak. hmm

mimi berkata...

tabahnya abang borhann. thumbs up!

Tanpa Nama berkata...

setuju sangat2 dengan ayat abang borhan ni....'Tak semua orang perlukan perkahwinan untuk kebahagiaan hidup. Perkahwinan mungkin boleh dijadikan penyambungan zuriat, namun perkahwinan bukan segala-galanya dalam kehidupan kita yang singkat ini.' saya yg bujang ni pon rasa dah tak yakin dengan perkahwinan sekarang ni...rela membujang sampai mati daripada timbul masalah macam2 lepas kawen -diana bahijah

lin acik berkata...

. Takut la nak kawen kalau cenggini.

IR Chabal berkata...

salute!