Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perempuan

jujur - maaf - menang

Imej
Holaaaaa ! Amboi lama betul tak jumpa. Tadi aku ada twit pasal jujur dalam perhubungan. Jujur ni aku suka nak bahagikan kepada dua. Pertama, jujur kepada pasangan. Kedua, jujur kepada perasaan sendiri. Meh sini aku nak habaq, kalau kita gagal berlaku jujur dengan perasaan sendiri, ada possibility untuk kita tak jujur dengan pasangan pulak nanti. Here we go ! ---------- saling melengkapi. kau dan aku jujur menjalin rasa. [ sumber ] Jujur kepada pasangan ni ramai orang boleh buat, tapi aku tak pasti pulak dengan jujur kepada perasaan sendiri ni. Hampa paham dak jujur kepada perasaan sendiri tu macam mana? Selalunya kalau hampa tak puas hati dengan marka hampa, ada hampa habaq kat depa apa yang hampa tak puas hati tu? Aku rasa, kebanyakannya akan membiarkan saja ia berlalu dibawa angin bayu kan? Takpe, benda kecik je. Small the pieces. Maafkan saja lah. Kan? Gitu kan? Siapa tak ngaku ketiak dia banyak rambut ! Contoh mudah. Marka kau suka raba raba engkau. Tapi...

cinta buta

Imej
[ sumber ] Manusia cenderung untuk menjadi buta mata dan hati semata mata kerana perasaan cinta. Sedang cinta itu sebenarnya sebuah perasaan yang penuh dengan nikmat dan keindahan. Namun kerana cinta yang membuta tuli, perasaan itu tidak ubah seperti sebuah neraka, membuatkan bertahun tahun hidup kita jadi tersia. Cinta datangnya dari dalam hati. Cinta itu perasaan yang berjiwa. Tapi cinta tanpa akal boleh buat kita jadi gila. Itu lah yang akan membawa kita ke jurang neraka yang aku kata. Heh. Orang tua tua selalu bilang, ikut hati mati. Ikutkan rasa binasa. Tapi bila bercinta, selalunya kita akan ikutkan hati dan rasa. Waras akal jadi tidak berguna. Ditingkah, dilawan akan akal yang beradu-berbalah dengan hati dan jiwa. Akal tak reti bercinta, kata kita. Akal tak akan pernah faham akan jiwa, kata kita. Heh. Kita buta. Bila cinta sudah berkuasa, kita jadi buta. Sampai nanti bila kita sudah tersungkur, berderai jiwa... ... baru nanti kita tahu betapa kejamnya diri ...

perempuan

Imej
perempuan perempuan ini adalah manusia yang selembut lembut manusia. tuhan jadikan perempuan dengan hati yang lembut dan tulus. walau sekeras mana pun dia, walau segarang mana pun dia, walau sekental mana pun kau lihat dia, air matanya akan jatuh bila dia merasa terluka. perempuan dijadikan tuhan untuk dilindungi dan dikasihi dijadikan tuhan untuk dibelai dan diberi perhatian sekental mana pun dia sekeras mana pun hati dia gugur juga air mata bila dirinya dibentak bentak terguris juga hatinya jika tak dipeduli di kala dia perlu perempuan salahnya dia perlu dipandu kejadiannya bukan lurus malah bengkok dan keras itu fitrah fitrah kejadian manusia yang tertulis sejak azali lagi didik dia dengan hemah kasihi dia selayaknya perempuan...

Definisi Cantik

Imej
Leila Lopes Miss Angola Miss Universe 2011.[gambar hiasan] Aku pernah fikirkan satu perkara - bila aku di UK - kenapa aku tengok mat salleh waktu summer sanggup travel sejauh Ibiza, pulau Crete di Greece atau sejauh pulau Tioman untuk bersantai tepi pantai untuk menggelapkan kulit, manakala orang Malaysia sibuk membeli krim pemutih kulit untuk memutihkan wajah kulit. Aku jadi bingung - apa definisi bagi umat bumi ni? Macam mana mereka nak determine orang itu cantik, orang itu tidak cantik? Flashback kepada kehidupan aku. Seumur hidup aku ramai yang kata girlfriend aku cantik dan tak padan dengan kehuduhan dan kegemukan aku. Ya kadang-kadang buat aku down jugak fikir pasal benda tu tapi buat aku terfikir dari dulu lagi - apa dia yang cantik, dan apa dia yang tak cantik. Kadang-kadang aku tengok kaum perempuan sanggup spend sampai beribu-ribu hanya untuk "kelihatan cantik", tapi kadang-kadang hasil beribu-ribu tu bagi aku tak cantik mana pun. Sebelum aku bertanya kepada korang ...

cerita tentang kertas yang kita dah koyak dan buang semalam

Imej
[ sumber ] Benda yang paling tak best sekali dalam sesebuah perhubungan bila kita terpaksa sebut tentang bekas kekasih kepada kekasih kita yang sekarang ini. Ada orang bilang, kita masih belum boleh move on Ada pulak yang bilang, kita masih gagal tinggalkan kenangan lalu biarpun sudah move on Ada juga yang bilang, kita ini haloba, yang dulu mahu, yang sekarang juga mahu. Kadang-kadang, sedikit sebanyak perlakuan dan minat kita dipengaruhi oleh orang-orang tertentu. Mungkin ada dua atau tiga minat kita itu kelihatan sedikit menyimpang dari personaliti yang kita bawa. Misalkata kita ni sebenarnya orang yang jiwa-jiwa, alih alih ada pula minat ke lagu rock-rock keras. Mesti ada pengaruh lain yang mendedahkan kita kepada genre yang demikian. Dah tu bila ditanya, tak kan nak tipu pulak ye dok? Yang paling menjadi kepantangan dalam sesebuah perhubungan adalah perkara tipu menipu. Berkata benar walaupun pahit. Baik begitu. Bukan apa, sekali kita menipu, akan wujud tipu menipu yang l...

dongeng yang selalu kita dengar

Imej
Realiti yang mungkin berlaku bukan kepada hubungan kamu saja, malah kepada kebanyakan atau mungkin semua perhubungan.. perempuan: yu.... yu tengok la ni. tengok muka ai. nak naik jerawat.. lelaki: haih~ ai terima yu seadanya. apa nak kisah jerawat tu. karang-karang hilang lah tu sayang.. lelaki: ai tengok jerawat yu ni makin teruk la. nak cubit pipi pun rasa macam kertas pasir dah.. perempuan: yuuuuuu.. hari tu yu kata okey je.. lelaki: buat la something yang.. comel je awak dulu kan.. kesimpulannya? sejauh mana kesanggupan menerima itu boleh pergi? macam ni. realitinya, rupa tetap sesuatu yang kita titik beratkan. tapi.. jangan terus nak prejudis dengan entry ni. dengo dulu apa aku nak kabo. rupa kekasih kita, bukan ikut sedap mata orang lain yang memandang. ikut sedap mata kita sendiri. kalau orang pandang hidung kemek tu hodoh, boleh jadi kita kata hidung kemek tu comel. ye dok? kalau ada yang kita tak berkenan dengan kekasih kita, kabor awal-awal. jangan ikut sed...

Salahkah Menyukai Lelaki Lain Walaupun Dah Berpunya?

Imej
Sebelum ini aku menyentuh tentang cara seorang BF hendak explain kepada GF bila BF tu suka pada seorang perempuan lain di sini . Kali ini, aku hendak menyentuh cara bagaimana seorang GF hendak explain kepada BF bila GF suka pada lelaki lain . Topik cinta : Salahkah Menyukai Lelaki Lain Walaupun Dah Berpunya? Ada dua jawapan. TAK SALAH kalau BELUM BERKAHWIN . Dan, SALAH kalau SUDAH BERKAHWIN. Tak salah kalau belum berkahwin kerana perempuan pun manusia jugak. Ada pilihan apa yang mereka mahukan. Siapa yang nak pertaruh masa depan macam tu je? Kalau setakat cinta sahaja, tak guna jugak. Tapi, kena fikir jugak. Nak ke di cap playgirl ? Nak ke bermusuhan? Sanggup ke nak melukakan hati seorang lelaki yang mungkin dah banyak berkorban untuk kebahagiaan? Kalau kau tanya mana-mana typical perempuan. Jawapannya mesti tak sanggup. Tapi, kalau sekadar suka ' just kawa n' atau ' teman tapi mesra '. Ada caranya, takde masalah. Ha, teruskan membaca. Yelah, kengkadang kaw...

Salahkah Menyukai Perempuan Lain Walau Dah Berpunya?

Imej
Hiasan semata. Terfaktab sekarang berada dalam fasa baru. Beralih kepada semester baru. Disebabkan penulis-penulis lain ada yang berehat, malas, atau mungkin ketiadaan idea. Jadi, aku share je lah penulisan aku di sini.  Bila dah naik semester baru, jangan jadi bebal tulis esei. Tulis point-point macam ini. Ringkas, mudah dan padat. Sama macam bercinta. Jangan complicated . Ringkas kan selagi boleh. Senang pemeriksa nak tanda. Topik cinta yang nak di buka ialah mengenai 'Salahkah Menyukai Perempuan Lain Walau Dah Berpunya?'. Bincangkan. Tak salah. Tapi kena ada batas dan kesedaran sivik bahawa diri dah berpunya. Kejujuran adalah penting. Tetapi bergantung pada situasi. Contoh, jika menyukai perempuan yang lebih menawan dari girlfriend sendiri. Mesti sediakan ayat yang terbaik untuk nak bagi jelas kat girlfriend. Ayat yang manis dan menyedapkan hati. Jika tak berterus-terang, dan terus suka, serta menterjemahkan dengan perbuatan. Itu di panggil lelaki gatal. M...

Perempuan mana ada yang masuk akal

Imej

Perbezaan lelaki dan perempuan

Imej

Orang Kata Perempuan Itu Lemah

Imej
Tolong jangan buat aku kehilangan senyuman dengan kata-kata kamu yang hanya mahu menikam belati dari belakang. Ah, betapa kau tidak suka aku mengukir senyuman kepada dunia ya? Bukankah kau sudah menjadi pemilik senyuman pada suatu masa yang lama? Aku manusia beku yang seringkali senyum tidak mengira dengan siapa. Mungkin aku sudah terbiasa dengan konsep, senyum dengan sesiapa sahaja dan aku biasanya menambah kenalan di mana-mana dengan dimulakan oleh senyuman. Ah, memang di saat ini aku merasakan dengan senyuman, aku lebih kuat untuk menghadapi apa sahaja. Ya, semuanya baik apabila aku senyum dan merelakan apa yang terjadi. ******* Dari penulisan lama aku . Coretan aku kali ini sebagai menjawab hujanan pertanyaan di Twitter , surat elektronik peribadi dan juga di pesanan Mukabuku. Bukan aku tidak mahu melayan, tetapi ketahuilah satu perkara, aku sibuk dengan urusan bersama anak bangsa. Mohon maaf kalau aku tidak mampu melunaskan semua pertanyaan. ******* [ Su...

No relationship is all sunshine...but two people can share one umbrella if they huddle real close

Imej
Untuk bakal suami... ingat lagi malam itu? malam yang tak sejuk, tak juga panas kita berbual seperti lazimnya berbual perkara biasa-biasa awak kata awak sayang saya awak lamar saya saya tatap mata awak, mencari-cari ketulusan dari bait-bait yang buat jantung saya berdegup laju-laju dengan muka separa sengal, saya tanya awak awak main-main ke, betul-betul awak bilang, sungguh awak nak memperisterikan saya saya senyum saya malu saya rasa muka saya dah merah tapi kulit saya tak putih nampak ke muka saya merah? tapi saya tetap rasa muka saya merah ermm.. oh dan atas lamaran itu saya setuju awak tahu? dari hari saya setuju menjadi isteri saya tak mahu toleh ke belakang lagi saya mahu terus berjalan ke hadapan seiringan dengan awak saya simpan semua kenangan saya yang dulu-dulu saya kunci ketat-ketat dalam satu peti sejak itu saya tak pernah mahu buka lagi yang saya tahu, saya cuma ada awak awak tahu? saya manusia yang jauh dari sempurna saya manusia yang...

bertunang

Imej
bertunang. satu fasa manis yang mana kebanyakan dari kita akan tempuh sebelum meneruskan langkah ke fasa seterusnya iaitu fasa perkahwinan.orang kata, semasa di dalam fasa pertunangan ni, darah sedang manis. dan orang selalu bilang, banyak dugaannya yang akan kita tempuh nanti. dugaannya lebih besar lagi dari yang sebelumnya. well.. ya tak dapat dinafikan sebenarnya dugaan semasa di dalam fasa pertunangan ini adalah lebih hebat lagi. malah, kalau kita gagal mengawal emosi, kalau kita gagal mentadbir perasaan sendiri, juga perasaan tunangan kita, perselisihan yang kecil boleh membawa kepada berantakan bahkan boleh membawa kepada runtuhnya sebuah janji yang termeterai beriring tepak sirih dan gelung emas yang tersarung di jari. sudahnya, semua yang dirancang tidak menjadi. syaitan yang sepatutnya menangis tidak lama lagi pun, mula bersorak gembira. maklumlah, putus sudah janji, dan anak adam tidak jadi bergoncang jabat melafaz akad.  tipikal orang kita sering saja mengaitkan ...

minggu istimewa perkahwinan: ada wang di sayang sayang, tak ada wang sayang melayang.

Imej
kalau ditanya kepada teman-teman seusia dengan aku, "engkau mahu kahwin?" laju saja angguknya. tak fikir dua tiga kali lagi. yang punya kecenderungan abnormal tu lain cerita. itu exception. semua orang mahu kahwin. berkongsi hidup dengan pasangan yang kita kasih dan cinta, bina masa hadapan bersama-sama dan tidak ada kekangan atau batas yang perlu kita langgar kerana semua yang dulunya haram dan terbataskan sudah jadi halal. tapi.. dalam pada kita seronok dan suka malah dalam pada kita terkinja-kinja mahu berkahwin, apa kita ini sebenarnya sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab dan melalui cabaran hidup berdua selepas berkahwin nanti? bukan calang-calang cabaran tahu? statistik yang diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diperoleh pada tahun 2009 menunjukan bahawa satu penceraian berlaku untuk setiap lima belas minit. dalam sehari kita ada dua puluh empat jam. kalau di kali kan dengan enam puluh minit maknanya total sehari ad...

Minggu Istimewa. Perkahwinan : Lelaki vs Perempuan

Imej
Sebenarnya untuk pengetahuan para pembaca Terfaktab sekalian, minggu ini adalah minggu istimewa di Terfaktab. Ya, tajuk yang kami pilih ialah mengenai Perkahwinan : Lelaki vs Perempuan . Namun, minggu ini sebenarnya tidak lah dapat berjalan dengan lancar kerana terdapat pelbagai dugaan mendatang yang tidak di rancang di samping kesibukkan para penulis yang mempunyai pelbagai komitmen. Salah satunya ialah projek menghasilkan buku terfaktab dan t-shirt untuk semua penggemar Terfaktab. Maaf di hulur, seribu kemaafan kami mohon kepada pembaca semua. Ikhlas dari Skuad Terfaktab. Namun, kami berpendapat minggu ini perlu di teruskan walau apa cara sekalipun. Walau tanpa header baru yang bersempena dengan minggu istimewa ini, perjalanan hidup, perjalanan blog ini mestilah di teruskan.  Seperti penulis juga. Dalam beberapa tempoh 48 jam sebelum ini, adalah tempoh dugaan yang penulis perlu hadapi. Apabila menyebut tentang perkahwinan, sudah buntu dan kering air mata ini cuba mengelak dari...

The Off Side Of Having A Beautiful Creature As A Partner

Semua orang suka bila dapat partner or gf or bf yg hot, cun dan segala pujian melangit yg menusuk hidung n mampu membuatkan manusia lupa diri dua tiga round. Sape tak suka? Kita manusia kan? Manusia punya definisi cantik indah and so on and off is benda yg dekat dengan sempurna. Hampir sempurna. Yup, tu memang sifat manusia. Sebenarnya tahi, air kumbahan, dan segala benda jijik dan kotor yg terlintas dekat kepala anda sekarang tu indah jugak. Cuma benda ni berbeza. Persepsi setiap manusia tak sama. Tapi Common human will actually prefer to agree with me at my 1st paragraph. Oleh sebab gwa lelaki, gwa nak cerita side lelaki. Takkan nak cerita off side cerita dalam konteks perempuan, gwa tak layak untuk jadik lesbian walaupun gwa suka lesbian. Kelaut sudah.  Pisang Goreng Panas Bila dia cantik, lawa, cun, hot, badan lentik, bibir mintak nak kena gigit, rambut ikal mayang, and so on, mesti sikit sikit dalam diri rasa tercabar. Masa ni lelaki tu akan cuba untuk jadik the better sid...

Hiburkan Si Dia

Imej
Gembirakan hati si dia dengan pay-attention . Pandang wajahnya. Renung mata dia dalam-dalam, lemparkan senyuman dan dengari apa yang si dia bebelkan. Mudah seperti ABC.  Si dia akan gembira. Semestinya. Menyakat itu penting juga sebagai bahan perbualan. Kalau jadi lelaki yang tiada sifat humoris. Masuk tabligh lagi bagus dari buang masa bercinta.  Humoris memang di perlukan oleh seseorang perempuan. Orang perempuan mudah ketawa. Reseptor ketawa mereka sensitif sangat. Jadi, kalau lawak yang bagi orang lelaki tidaklah selawak mana, ia berlainan dengan orang perempuan yang mungkin menjadi humoris yang boleh buat dia ketawa tak henti-henti. Jadi, tidak hairan peminat Amir Raja Lawak banyak dari kalangan perempuan.  Cuma, berhati-hati dalam humor. Jangan silap langkah. Sebab kalau silap langkah, mungkin terpesong kepada ' perasan ', ' bajek bagus ' dan mungkin juga ' lawak bodoh-murahan '. Atau macam Tizz Zaqyah kesayangan cakap ; ' sooo annoy...

pergi tak balik-balik lagi

Imej
kau suruh aku pergi.. dan aku benar-benar pergi.. selamat tinggal, jaga diri.. ihsan google [ link ] kadang-kadang aku tak faham dengan manusia yang bernama lelaki. lelaki selalu tuding jari kepada perempuan, sebab perempuan sering meletakkan emosi di hadapan apabila berhadapan dengan kemelut masalah yang menjerut-jerut. tapi sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, kalau dalam hati kita tidak semaikan benih sabar, macam itu lah jadinya. sekejap.. isu ini meluas. tidak semestinya terhad kepada hubungan kekasih-kekasih, malah boleh juga terpakai dalam hubungan kawan-kawan. yang terjadi, bila salah faham timbul, salah satu pihak mahu pergi. salah satu pihak menjauh. salah satu pihak berdiam. salah satu pihak akan suruh pihak yang lagi satu itu pergi dari hidupnya. tinggalkan dia. pehhhh !! emosi tak agak-agak. macam budak-budak baru mumayiz tahu? bila seorang naik minyak, seorang lagi pulak membara-bara macam api sikit pun tak mahu semai sifat sabar dalam d...

[Video] Sorry, It's Over (Male Perspective)

Imej
I play this video for 5 6 7 8 9 times already! Fucking funny. Video ini merupakan pendapat beberapa lelaki kenapa mereka mahu menamatkan sebuah hubungan. Lelaki yang dipaksa menonton cerita yang sama berulang ulang kali oleh aweknya Lelaki yang telah disalah fahamkan. Katanya dia melihat breast kakak awek dia. Padahal dia tengok benda lain. Bukan breast tu. LOL Lelaki yang takut awek dia buat kecoh masa date. Awek macam ni helpless. Sampai boyfriend dia kena cari tempat public untuk dating. Lelaki yang dipaksa memilih pakaian dalam untuk awek sendiri. Lelaki yang annoying bila awek sendiri order makanan tapi tak makan langsung. Lelaki yang menyampah dengan kawan kawan awek sendiri. Lelaki yang menyampah dengan cita rasa awek sendiri. Lelaki yang menyampah dengan awek sendiri bila awek sendiri pakai kasut yang tak selesa untuk nampak cute dan cantik. Lepas tu complain bla bla bla macam macam kasut tu tak bagus dan sakit kaki bila pakai kat boyfriend sendiri. *WIN!* Lelaki yang annoying...

Perempuan Dan Lelaki : Siapa Lebih Rasa Bagus?

Imej
Dah lama tak menulis untuk Terfaktab. Rasa macam nak lempang diri sendiri akibat terlampau lalai dengan urusan dunia dan kerja. Tetapi tidak mengapa, sentiasa ada keinginan itu adalah yang lebih penting. Jadi, antara lelaki dengan perempuan, siapa yang rasa diri mereka lebih baik ya? Gambar : Bukan lelaki sahaja yang merasakan dia jejaka terakhir, ada perempuan juga yang merasakan dia wanita terakhir yang wujud di muka bumi. Dan ya, perlu dinyatakan bahawa apa yang bakal kalian baca adalah hasil balasan kepada suatu penulisan tentang 10 Ciri Lelaki Bajet Malaya yang notanya boleh didapati di Mukabuku. Jadi, aku menulis berdasarkan pemerhatian aku kepada dunia. Dan ini santai, janganlah sakit punggung (baca : butthurt) sangat ya kalau baca? Jadi, apa ciri-ciri perempuan yang rasa diri mereka bagus? 1. Kalau depan kawan-kawan perempuan, cakap lepas laku - tapi bila depan lelaki, tiba-tiba jadi manusia paling ayu sambil meliuk lentok bagai. Kalau aku nampak yang jenis seb...