pergi tak balik-balik lagi
kau suruh aku pergi..
dan aku benar-benar pergi..
selamat tinggal, jaga diri..
ihsan google [link]
kadang-kadang aku tak faham dengan manusia yang bernama lelaki. lelaki selalu tuding jari kepada perempuan, sebab perempuan sering meletakkan emosi di hadapan apabila berhadapan dengan kemelut masalah yang menjerut-jerut. tapi sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, kalau dalam hati kita tidak semaikan benih sabar, macam itu lah jadinya.
sekejap..
isu ini meluas. tidak semestinya terhad kepada hubungan kekasih-kekasih, malah boleh juga terpakai dalam hubungan kawan-kawan.
yang terjadi, bila salah faham timbul, salah satu pihak mahu pergi. salah satu pihak menjauh. salah satu pihak berdiam. salah satu pihak akan suruh pihak yang lagi satu itu pergi dari hidupnya. tinggalkan dia. pehhhh !! emosi tak agak-agak.
macam budak-budak baru mumayiz tahu?
bila seorang naik minyak, seorang lagi pulak membara-bara macam api
sikit pun tak mahu semai sifat sabar dalam diri
apa salahnya sekali sekala cuba jadi air
tidak akan terkalahkan ego seorang manusia kalau berlembut seperti air
air itu sebenarnya lebih power daripada api kau tahu?
aku ada menonton satu drama di TV1 tempohari
pasangan yang saling mencintai, bercerai macam tu saja hanya kerana sifat baran dan sifar sabar
talak tiga pulak tu
lepas tu aku malas nak cerita panjang.. cuma isu yang mahu aku highlight terang-terang di sini, lelaki pun boleh jadi super emosi bila hati mereka kosong, sifar sabar.
jadi..
tolong semai sikit sifat sabar dalam hati..
jangan bercakap ikut sedap mulut sendiri..
sebab bila minyak bertemu api..
terbakar hangus, tak ada gunanya lagi..
kau tabur saja abu dalam sungai nanti..
p/s: sedalam-dalam lautan, dalam lagi hati seorang perempuan. kau suruh pergi? dia pergi tak balik-balik lagi.
Ulasan
si dia meminta aku pergi kerana emosi.
bila aku pergi bawak diri,
mula memujuk merayu menyesali segala terjadi,
lalu, apakah hati masih boleh menerimanya kembali??
bila aku dh lupa kat dy, time nie jugak dy cari aku balik.. tlg la, perempuan memang senang nk maafkan keslhan seseorang.. tapi untuk lupakan apa yang telah terjadi, tidak sekali..
dulu ko tengking aku, aku diam.. sekarang boleh bla.. no more u in my heart k..
jangan kau datang mencari lagi.
bluueekk!!
:p
bila org dah xnk kat kte lbh baik jauhkan atau menghilangkan diri trus dr die..
huhu..
pakwe dia selalu mencurangi dia, marah dia, dan gaduh dengan dia.
dia selalu jadi air dengan memujuk dan sabar.
saya suruh dia jadi api, bakar jambatan tu dan pergi.
air tak guna kalau dibiar terus mengalir
tapi dye x bagi??
ape ke x bersYukur aku nih??
ke..dye jerr cari alasan supaya ade backup bile yg lg satu da pergi??
cZ all diZ while..dye pnah kate..
" awk jerr mampu sabar dgn sy, klu gurl lain dlme kne tinggal camtu jerr"
abez, ko igt sabar ak x de limit..
* eah2..terlebih sudah..
And i stay for you
But now,you say nothing
And i know you want me to go
Well,i have no reason to stay anymore
You're happy with the other girl
Be happy
Good bye jerk
Now i'm having a strong reason to hate you this much
Bila dah hati cukup kering, kau mandi wap, takkan sama macam dulu.
Aku nak pergi taknak balik-balik boleh?
Bila dah hati cukup kering, kau mandi wap, takkan sama macam dulu.
Aku nak pergi taknak balik-balik boleh?
Bila dah hati cukup kering, kau mandi wap, takkan sama macam dulu.
Aku nak pergi taknak balik-balik boleh?