Bolehkah Bersama Selepas Kejadian Itu?



Tulisan ini adalah daripada tulisan lama aku.
Sengaja aku siarkan kembali bila tercetusnya isu baru yang menghangatkan Twitter.
Dan komentar aku tentang isu ini?
Ada dalam penulisan sebelum ini.

Sempurna.
Siapa yang tidak mahu menjadi sempurna? Siapa yang tidak mencari kesempurnaan dalam hidup? Semua orang mahu mengejar kesempurnaan walaupun mereka mengerti tiada apa yang sempurna dalam hidup ini. Hanya Yang Maha Kuasa sahaja yang sempurna. Siapalah kita sebagai hamba mahu menjadi sempurna kan?

Walaupun begitu, kesempurnaan itu boleh dicari. Menghampiri maksud kesempurnaan pun dah mencukupi bagi sesetengah orang dengan mengelakkan kesilapan berlaku. Lompat dari satu perkara ke arah perkara lain membolehkan sesetengah dari kita yang hidup di dunia ini mencapai apa yang mereka gelar sebagai impian tanpa menyedari perbuatan mereka boleh membunuh manusia lain dengan senyap ataupun terang-terangan.

http://farm4.static.flickr.com/3647/3285298342_2791151ca1.jpg
[Gambar : Kadangkala ada orang merasakan dirinya terlampau sempurna dan mahu orang lain jadi sesempurna dia]


Kita mencari apa yang kita mahukan dalam hidup sehingga terlupa satu perkara - ketentuan takdir itu sudah lama tertulis dengan jelas. Kalau kita tidak dimaksudkan meneruskan atau mendapat sesuatu benda, betapa kuat kita berusaha ke arah itu, kita tidak akan dapat. Ya, memang usaha itu penting, memang usaha itulah tangga atau eskalator kejayaan, tapi jika tidak mendapat apa kita mahukan, apakah kita patut meratap kuat?

Tidak.
Masih banyak lagi benda yang boleh kita tumpukan. Alihkan perhatian kita. Cuma, apakah kita mahu? Adakah kita cukup kuat untuk tidak menoleh kebelakang semula - menangis kuat menyesali apa kita lakukan tetapi tidak mendapatkan pengajaran apa yang ditinggalkan? Kenyataannya, kita perlu tanya kepada diri kita sendiri. Peluang apa yang kita mahukan dalam hidup ini?

Seseorang ada bertanya sesuatu kepada aku semalam. Entah layak atau tidak aku menjawabnya, aku sendiri pun tidak tahu. Bukan kali pertama soalan ini diajukan kepada aku, tetapi setiap kali ada yang bertanya, tidak kira lelaki atau perempuan, aku akan tarik nafas dalam-dalam sebelum mengutarakan pendapat peribadi aku. Nah, aku katakan ianya bersifat peribadi sebab tak semua orang punya pandangan seperti kita kan?

D : Kalau orang yang kita suka sudah terlanjur dengan orang lain, bolehkah kami bersama?
Aku : Maksudnya?
D : Boleh tak tetap mahukan dia dalam hidup saya?
Aku : Terpulang. Kalau boleh terima kesilapan lalunya, dan dia mungkin sudah menyesal serta bertaubat, apa salahnya berikan dia peluang kan? Manalah tahu mungkin dulu itu kesilapan yang dia tidak sengaja buat.
D : Kalau dia tiba-tiba kembali kepada tabiat lama?
Aku : Sebab itu saya katakan terpulang. Ianya berbalik kepada soal hati awak sendiri. 
D : Ada tak kemungkinan dia akan balik pada kekasih lama dia?
Aku : Tak faham.
D : Dia balik dengan orang yang dia pernah terlanjur.
Aku : Ini mungkin menyakitkan, tapi kalau dia ada rasa tanggungjawab dengan kesilapan lalu, mungkin dia akan patah balik disebabkan hanya mereka berdua sahaja mengerti apa yang ditanggung. 
D : Tapi saya dah boleh terima dia.
Aku : Ini bukan mengenai awak sahaja yang terima dia, tapi ia melibatkan banyak benda.
D : Saya betul-betul cinta dia, berapa lama pun saya sanggup tunggu. Dia dah banyak berubah, saya tak nak dia kembali kepada tabiat lama.
Aku : Soal iman, soal hati - kita mampu berdoa moga perubahan itu akan kekal dan menjadi bertambah baik tentunya. Persoalan kalau dia kembali kepada kekasih lama atau apa, itu awak kena pastikan sendiri dengan dia. 
D : Saya risau. Saya tak boleh kehilangan dia.
Aku : Ada orang yang boleh kehilangan manusia yang dia sayang ke? Alangkah kalau telefon jatuh pun orang dah boleh rasa sedih, apatah lagi sesuatu yang istimewa, manusia, yang bernyawa.
D : Patutkah saya tunggu dia?
Aku : Terpulang. Kalau awak yakin dan bulatkan tekad, saya hanya mampu doakan yang terbaik.
D : Pada saya, dia antara manusia yang sempurna muncul dalam hidup saya, tak kisahlah dengan kesilapan lama sebab dia dah banyak berubah.
Aku : Awak guna perkataan sempurna.
D : Ya. Kenapa?
Aku : Sebelum awak sayang orang terlampau dalam, sayang diri awak sendiri dulu.
D : Sebab sayang diri saya, saya nak berikan yang terbaik pada diri.
Aku : Baiklah, kalau awak kata begitu. Cuma, perkataan sempurna itu datang dengan makna yang sangat mendalam. Tiada manusia yang sempurna.
D : Sekurang-kurangnya sempurna di mata saya.
Aku : Bolehlah kalau awak kata begitu. Menerima yang tidak sempurna sebagai yang sempurna di mata awak.
D : (simbol senyum)


[Lagu ini boleh dikatakan sumber inspirasi untuk aku. Oh, ini aku letak yang versi bersih. Tapi aku lagi suka versi yang kurang bersih sebab maksud yang disampaikan boleh kedengaran lebih mendalam. Liriknya]


Sudah.
Aku tinggalkan untuk kalian hadam.
Itu sahaja.

Dan jantina D?
Agak-agak kalian?

Selingan : Ada pembaca Terfaktab yang tak suka tulisan aku panjang-panjang. Maaflah ya, itu memang kepuasan aku menulis. Nak baca pendek-pendek, tengok Tumblr aku. 

Zara : Bila baca surat khabar dan berita (termasuk juga dalam Twitter dan blog), tengok banyak kes melibatkan budak sekolah, aku teringatkan anak-anak murid aku. Ya, sebab aku paling dekat golongan umur belasan tahun begini.

Ulasan

DidyaJustsaythat berkata…
fakta:

orang tak terlajur dengan ex pun, ada kemungkinan akan balik kepada ex dia.

orang yang terlanjur macamana pun, ada kemungkinan dengan kekasih baru dia lebih menjada maruah diri.

so, macam zara cakap la, berbalik kepada hati.

p.s. one of my friend of a friend of a family friend, kahwin dgn pelacur. of course lepas kahwin tak buat dah la kan :)
Miss Dee berkata…
tak semua orang sama, semua berbeza dugaan yang Allah bagi, mungkin dia pernah buat silap, tapi peluang untuk orang tu berubah masih ada.

saya pernah dihakimi atas kesalahan kecil masa lampau, ya, malu, sedih menyesal semua ada.
tapi saya ada percaya ada ruang untuk saya berubah. kalau saya tak diberi peluang tu, mungkin saya tak boleh nak berubah menjadi lebih baik.

kadang-kadang manusia nak orang lain sesempurna dia tapi tak pernah pun dia reflect balik diri sendiri. saya rasa tak salah menegur, tapi biar berhikmah, tak salah tengok dan ambil pengajarn, tapi jangan menghukumi. ^_^
Diana Zainal berkata…
Orang yang zara ckp tu , I mean ur friend tu perempuan ke? Yg boleh terima laki mcm tu?? Or tu lelaki yg blh terima keadaan perempuan yg dah terlanjur??


Btw for me it all depends... Allah xkan dtg kan pada kita org yg xlayak...kalau jahat kta, dpt lah yg jahat..kalau baik kita, dpt lah yg baik kan??

Kenapa nk menghukum bagaikn kta cukup sempurna..and kenapa nk org yg xpernah buat silap sdgkn pernah..

A friend of mine pernah mengadu, he said dia pernah tny girlfriend dia tentang masa silam, and gf dia ckp gf dia pernah 'ringan' in terms mcm raba2 and cium mulut.. And my friend ckp dia blh terima yg kiss mulut sbb dia pernah jugak tp yg meraba tu dia xboleh terima..

Tapi kenapa dia nk yg perfect sdgkan dia x? Huhu

Btw ur entry always terbaik la zara! I loikeee :)
cikpia berkata…
let bygone be bygone...... yang sudah tu sudah kata imran ajmain....
bukan boneka berkata…
@Diana Zainal eh ntah pape la bf tu. nak maen calculate salah org pulak. mcm lah dia tu baek x pernah pijak semut. mcm loser je mamat tu. dia igt dia baek sgt. ntah2x org yg dah terlanjur tu lg baek berbanding org yg konon stakat pernah ringan2x..
Tanpa Nama berkata…
Miss Dee : saya suka ayat terakhir awak. jgn menghukumi insan lain kerana tidak layak bagi manusia seperti kita untuk menjatuhkan hukuman kepada manusia lain kerana hanya Tuan Pemberi Hukum yang layak iaitu Tuhan yg satu.
Saya juga pernah melalui saat genting seperti ini kerana kesilapan lalu yang membuat diri sedikit fobia dan asing untuk didekati tp saya bersyukur kerana Allah tak pernah tinggalkn saya seperti manusia yang sering berlalu pergi meninggalkan saya. Tuhan sahaja sumber kekuatan saya selain keluarga dan impian. Sekarang hikmah dari semua kejadian telah saya lihat sedikit demi sedikit. Manusia lain mungkin tak nmpk tp Allah dan saya tahu. Jadi, menerima seseorang seadanya dia adalah keputusan yg paling sempurna daripada mahukan dia supaya menjadi sempurna seperti yang dikehendaki. Kerana sedikit penerimaan itu kita akan sama2 mendekati alam2 sempurna walaupun tidak dapat mencapainya. Kepada kwn yg keliru tu, tak salah kalau kita menunggu kerana Allah akan beri ganjaran bagi orang yang sabar. =)
Dekna berkata…
so,semua ni kena dari hati sendiri ek Kak Zara?
Nur Liyana berkata…
tiada manusia yg sempurna. yes! i agree with that! :))
Faiz Ezanee berkata…
Salam to all readers and bloggers.

Nice post Cikgu Zara. Congratz!
Kita semua berharap pada kesempurnaan. Kita nak pasangan kita sempurna serba serbi. Ya, kita letakkan harapan. Harapan yg tinggi menggunung. Maka, sedarlah kita silap. Kerana erti hidup ini adalah pada yg menberi. Kita berikan yg terbaik utk diri kita & org lain. InsyaAllah kita juga akan bertemu dgn org yg memberikan yg terbaik buat kita.

Tentang org yg dah terlanjur ni, tak tau la nak cakap apa. Pintu rahmat Allah itu luas. Semua org pernah berbuat khilaf. Pernah buat kesilapan. Mungkin kawan Cg Zara tu kena isthikarah, jumpa org 'alim (ustazah/ustaz/siapa2 yg bijak ilmu agamanya) supaya boleh buat pertimbangan yg betul. Kalau syg pada pasangan hidup kita, kenapa perlu buat benda yg Tuhan larang. Kita syg pada org tu, tp dia... Arggghhh...Wallahu 'alam. Tepuk dada, tanya iman. Begin with an ends in mind. Fikir masak2 apa yg akan jadi di hari kemudian. Di hari tua anda.
Milimilo berkata…
mana ada orang boleh terima ketidaksempurnaan orang lain sebab semua orang mencari yg sempurna tp diri sendiri tu kena sepadanlah dgn apa yg dicari.benda yg lepas,walaupun pahit,tp kalau hati betul2, boleh terima, insyaAllah.
Tanpa Nama berkata…
kita kena yakin.Yang lepas jangan dikenang,tekadkan hati untuk menerima kebaikkan dan berubah ke arah itu
noramieza berkata…
everybody has a past.
Tanpa Nama berkata…
terkena pada diri sendiri dan hanya mampu berdoa yang si dia tidak kembali kepada kekasih lalu.
Diana Zainal berkata…
@bukan boneka

semua manusia boleh berubah kan?we should accept them and guide them to be a better person. agree jugak dgn awk ;)
mushroom berkata…
D seorang yg sgt sweet.. Ada orang lain seperti D.. dia tetap menunggu kekasihnya yang macam haprak tuh.. walau macam haprak, tapi kalau dah cinta dan syg, mesti tetap nampak sempurna jugakk.. pada pendapat sy lah kan, x slh kalau kita terus mengharapkan budak tuh..

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.