Apa Yang Perempuan Nak?
- Errgghh. Lelaki memang sukar di fahami. Apa yang dia nak dalam hidup? Apa yang dia nak dalam suatu masa? Susah nak di terjemahkan. Yang lelaki tahu balik-balik ; 'Rilek dulu, isap rokok sebatang, kalau ada, adalahh tu'.
- Kenapa susah sangat nak decide? Pavillion atau Sungei Wang? Tak pasal-pasal kereta kena hon kat simpang Bukit Bintang pasal argue ke mana tempat hangout yang best nak pergi. Lambat! Errgghh! Benciiii!!
- Kenapa lelaki suka buat keputusan drastik tiba-tiba? Penatlah kita mengharapkan sesuatu yang boleh di kongsi. Contohnya, berkaitan masa depan. Kenapa kebanyakkan lelaki suka mengelak bercerita tentang masa depan? Yang lelaki tahu, hanyalah bagi harapan pum-pang-pum-pang! Tapi, dari semua tu, hampir separuhnya harapan palsu. I benci laa...
Apakah yang perempuan risau mengenai lelaki?
- Taklah risau mana. Emm, risau jugak. Risau dengan lelaki yang nampak tak serius dalam perhubungan. Macam anggap perhubungan ni seperti permainan forex. Macam anggap kita yang perempuan ni diperlukan bila 'on-call' saja. Pleaseee, kami perempuan ada perasaan tahu? Silalah serius kalau kami kata serius.
- Bukan kami tak kesah dengan hobi lelaki. Tapi, berpada-pada lah. Ini bila kami call, ada benda penting nak cakap. Jawab call macam tak nak jawab, nada tak ikhlas. Isyhh, nak nangis tau bila kami tahu di perlakukan sebegitu. Tengok-tengok bukan ada kerja penting yang dia buat. Tak habis-habis download siri How I Met Your Mother. Mana yang dia pilih, Robin Scherbatsky atau kami niii?
- Lagi satu, huh!, tak puas hati kalau suka sangat down kami macam kami ni bodoh sangat. Tau lah kami perempuan, lemah. Tapi, jangan ingat kami ini tin kosong tak tahu segalanya. Penatlah mak bapak kami hantar kami ke universiti. Kami belajar penat-penat. Memanglah kami tak dapat jawab soalan 'Apakah nama menteri perikanan Mexico?'. Tapi, macamlah kamu yang lelaki boleh terangkan 'Apa itu organometallic compound in details?' Kita semua ada kelemahan okaayy. Urghhh, geramnyee..
Apakah harapan perempuan kepada lelaki?
- Kami bukan nak sangat dengan harapan dan janji. Perempuan normal seperti kami hanya mahukan lelaki yang boleh memberikan masa depan terbaik untuk kami. Jangan salahkan kami kalau kami tinggalkan lelaki dengan 'sekadar berlalu pergi'. Frust menonggeng orang lelaki nanti. Sudah tak guna untuk rasa deep. Tak guna untuk hembus asap rokok dengan rasa berat. Semua itu dah tak berguna tahu? Dah terlambat! Bohonglah kalau lelaki tak menangis bila putus cinta. Lelaki yang tak menangis tu bukan lelaki, tapi gigolo.
- Kami mahukan lelaki yang tak berputus asa. Yang tak buat kerja sekerat jalan. Yang tahu bahawa setiap perkara harus di setel satu-satu dahulu. Setel sampai habis. Biar pun susah, harus hadapi dan tempuhi. Itu lah lelaki yang kami mahu. Kalau gagal sekalipun, tak mengapa. Dah berjuang. Ia lebih baik dari lari dari perjuangan. Tuhan murka dengan orang yang lari dari medan perjuangan. Ia selangkah ke neraka. Huhu, mata I dah nak menitis..
- Kami juga mahukan lelaki yang pandai cari duit. Itu mesti. Dari melanguk depan komputer 24jam. Baik pergi cari lubang kerja. Atur hidup dengan baik. Bukannya tahu tidur saja. Okey, fine. Memanglah duduk depan komputer boleh dapat duit. Tapi, ingat lah. Kami yang perempuan tak mahu teman lelaki kami leka. Sebab kami tahu, lelaki kalau dah leka, bila-bila saja girlfriend sendiri boleh di campak sana-sini. Kami tak mahu itu. Selisih malaikat 44 di jauhkan lah.
p/s: Coretan dari gua khas untuk menyelami hati perempuan. Ada yang setuju? Tak setuju boleh komplen kat ruangan ulasan. Sila-silakan..
Ulasan
:)
BLOG CERITERA KISAH
kikikiki!
incik boyfie aku klu da stat ym ngn kwn2 mmg die leka.. smpai aku msg pun tak rply.. jap g ble aku majuk, di kate nye aku tak matang la ape la.. die b'cinte ngn aku ke ngn ym tu..?? cer cite..
kadang2 lelaki sibuk mengadap pc main game 24jam sampai contact kite pon seminggu sekali. tu pon anta 1 msg buat cukup syarat.
bile kite sentap tak hengat, mule la cakap perangai mcm budak2, tak matang la.. ape la.. geram tau!!!
-kami mahukan lelaki yg cakap serupa bikin.kalau setakat bercakap pung-pang-pung-pang konon memahami,konon cinta,konon sayang,konon nak kawen nanti; boyfriend #adindaevans pun reti.if you want something,go for it and prove that you really deserve it.
kalau wa cakap betol, wa dikira seksi jugak ke??
Kami bukan nak sangat dengan harapan dan janji.
Nonsense~ tipu sume tuh~
Kami mahukan lelaki yang tak berputus asa. Yang tak buat kerja sekerat jalan. Yang tahu bahawa setiap perkara harus di setel satu-satu dahulu. Setel sampai habis. Biar pun susah, harus hadapi dan tempuhi. Itu lah lelaki yang kami mahu.
juga tipu~ bhahaha~
Eh suka hatilah nak buat apa pun. Time aku call kaum pompuan buat kerja lain takda pon kecik ati aku. Rilek aja. Kaum pompuan nak emo lebih apahal..
ikut kau lah fiq. kalau kau ada makwe, kau try tanya. keh keh keh!
@fatin
bukan bosan. tapi, inilah lumrah dalam bercinta. masalah sikap. tahan tak tahan je lah.
@sleep reader
dengar nama sleep. ni yang buat gua makin ngantuk. tapi, memang betul lah apa kau cakap.
@ery
aku tahu. pakwe kau tahu?
@kaizen
aku tak hairan kalau kau tak setuju. dari dulu memang kau tak setuju dengan aku. apa de hal?
@aebob
kalau kau yakin. belasah saja.
@najla
oh, terima kasih.
@huruhara
memang huruhara jugak soalan kau ni.
@aisumi
tq tq tq!
@rasta
ha, jangan nak tercekik kat sini plak.
@mawar
gracias!
@ekin
apa lagi. share lah, share lah.
@headmaster
hmmm, berat aku nak jawab. betul jugak.
@rerehalim
ya! tahniah!
@xaxao
tanya KUMPULAN GEGURL POWER TERFAKTAB.
@wadi
kau kena cari perempuan yang betul faham dan boleh tuliskan lah.
@kim
HAHAHAHA!
@shinobee
pentingg!
@whitelover
gua up lagi 20% !!
@nitnot
sila2kan lah share.
@yan
aku bersimpati dengan apa yang kau hadapi.
Sebagai seorang perempuan yang sangatlah tipikal dalam bercinta, aku agak terkejut bila kau cakap perempuan tak nak banyak kecuali masa bersama, dan lelaki susah buat keputusan.
Kalau nak cakap pasal keputusan ni, sesiapa pun boleh jadi guilty. Lelaki tak suka buat keputusan remeh, perempuan pulak TAK RETI bagi kata putus dalam hal remeh, e.g. Nak makan mana, nak lepak mana. Perempuan akan jawab tak kisah, tapi pihak yang betul-betul tak kisah sebenarnya kebiasaannya lelaki. Perempuan suka merajuk. Sebab nak perhatian, sebab nak jual mahal, dan lepas dah dipujuk, nak rasa bahagia lagi.
Aku sendiri sebagai perempuan selalu rasa diri aku terlalu complicated. Aku faham kenapa lelaki susah nak faham wanita. Tapi, walaupun aku faham fakta ni, aku masih buat keadaan tegang bila aku rasa kehendak aku tak dipenuhi ikut selera aku yang aku tak beritahu bila ditanya.
Complicated enough? I know. LOL!
Cuma perempuan senang berlembut hati. Orang selalu cakap macam kerak nasi, kan? Tak ada perumpamaan yang lebih tepat dari ini.
PS: Based solely on own experiences and friends. So rasanya, tak lari mana.
aku pulak yg byk leka klu hadap komputer bbanding bf aku..
bl aku nk mkn ke pe aku lgsg xmsg bf aku..
tp bf aku pulak yg bgtau pe2 yg dia wat..
dia da rancng ms dpn kami..
aku pulak yg asyik maen2 n xsrius ..
tp pe pn..
bl bf aku de prob aku sntiasa b'sama dia..
komputer pn aku sgup tglkan..
huhe..
sbnrnye xkisah la laki atau pompuan..
prangai kite boleh jd lbh kurg sme jer..
bf aku tbaekkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!
nway jom kita cari lelaki yang pandai buat duwettt..:P ~~~~
well darling..it's a norm..actually both us women n men are confused...
men said, we r difficult to understand..n complicated...but as a woman, i admit...it is man who r actually complicated...
or lebih tepat lg..men luv to play tarik tali...
Dear lelaki,
if u like us..so woo us...make us hepi n b yours..
if u dun like us..please2 go away....we dun need ur sympathy...;)
a quote from a movie "He's just not into you" by Jennifer Aniston,
"Don't be nice to me if u don't want to marry me"
So guys, take note will ya...
chills~
also, saya juga sama seperti anda. bila dia mesej saya mesti menyumpah (ya tak baik betul perangai). Kalau call mesti cancel. lagi2 kalau tengah tgk cerita feveret. Tapi saya kasi la alasan tersilent ke tak dengar ke. tapi kalau dia tau saya tulis ni, marah agaknya dia pasni. LOL
agree pasal makan-makan tu weh. tapi lelaki pun sama juga. teringat dialog cerita Narita Divorce (zaman2 minat J-Drama dulu) yang ditranslate begini:
"Ayang ni kalau waiter mintak order asyik cakap 'sama je dengan dia'. pastu ayang komplen pulak kita pilih tak sedap. HUGHHHH!"
nak suruh inche bf baca la..*gelak jahat*
apepon , inche aqram , terima kaseh yer entry ni . nak kena suh inchek gemok tatap entry nih :p
Apa kata kita kowtim lady? U provide the love, i provide the endless money.. u bleh shop smpai tergolek.. amacam? lu nak satu coach satu bulan pon tadehal.
haha nak cari yg ada duit kan?
cuma kadg2, tentang buat keputusan drastik..prubahan drastik tuh mmg blh pass la kat lelaki..hehe
regards,
Sofia Smiley
tiap kali gua frust ngn relationship,gado ngn ***** sumpah gua masuk terfaktab.entri korang memang tak pernah tak kene dengan jiwe gua.thanks guys
anyway.gua ade bf yg tak bape nak steady.sbb die macam tak sure je ape die rase.gua plak dah penah fail sekali,bile jadi macam ni gua pon da rase malas la nak pk panjang2.
ngn gua susah gile nak respon.ym ke twitter ke fb ke sume susah nau.yg gua panas tu bile die bole selambe badak je respon kat org laen.ek eleh,abes yg ckp sayang2 tu mende kalau msg se'ciput' tu pon susah nak respon.kan ?
berbalik pade topik ni,gua takde la harap ape pon kt bf tak steady gua tu.tapi gua harap die paham aa ganas ganas gua hati gua tetap tisu beb.selambe badak nak respon kat pempuan laen instead of respon kat gua, pehhh memang berdarah dalam hati ni.
selalu pun camtu. aih, aku da la jenis bagi 100% kebebasan sebab aku pikir wat hape aku nak kongkong manusia takde apape ikatan YANG SAH dengan aku...
tapi besenye tu ah... ade je amik kesempatan.
patutnye hargai je ah gelfren jenis liberal mcm aku nih. nak usya awek lain? ajak la aku sama. aku open je. muahahaha...
bila aku buat camtu... tau plak komplen aku jenis tak kisah sangat la hapa tak sayang la bagai... dia pasang lain blakang aku tu takpe plak...
lagi sadis bila suh gelfren baru susah2 bazir topap tepon dia belikan untuk call maki2 aku sebab nak clash cara senang.
dasar takde telo.
tu la.bile orang tak bg space kate kene kongkong la rimas la ape la.bile dah bagi space naek lemak gatai nak try awek tu awek ni.bullshit
jangan nak bajet hot sangat la sume pompuan nak terai
rasa nak terjun laut jerk. HAHA
xsume laki cm 2 beb....
kamu pn perlu kan laki untuk dpt ank
begitu jugak pompuan perlukan laki
da i2 ciptaan tuhan
ada kelemahan dan kebaikan...jd terima je la...
bermakna kamu seorang yg reti bersyukur dgn nikmat yg tuhan bg...
peaceeeeeeeeee
-TRONOH-
jika perhubungan bermasalah, jgn terlalu menyalahkan psngn. nilai diri kita terlebih dahulu. bukan semua lelaki itu tidak berguna, dan jgn pula terlalu mengejar kesempurnaan kerana tidak ada makhluk pun yg sempurna di sisi tuhan. rasanya tak perlu lah wanita nak salahkan lelaki, dan lelaki juga tak perlu salahkan wanita. kalau bermasalah, duduk bincang semeja. kalau baru diduga dgn sedikit mslh pun kita dh tak boleh nk tahan, bagaimana pula nnti nk memikul tggungjwb sbg seorg suami/isteri. ini belum masuk hal perkahwinan. apa-apa pun, cinta yg suci dan halal itu cinta yg diredhai oleh Allah dan dijamin kebahagiaan olehNya. jika kita nak perhubungan kita kekal dan bahagia selama-lama, pastikan kita sentasa mendapat keredhaan Allah swt. Ishaallah.
by:
Lelaki ini....