Tips Cinta Lepas Subuh


Berikut ialah entri kiriman pembaca yang telah di kirimkan di e-mail terfaktab@gmail.com. Pengirim ini menggunakan nama samaran macho macha. Sebuah entri yang menarik di kongsikan kepada semua. Terima kasih.

Lepas subuh gua,
berteleku,
insaf

RE: Nak masuk dua tahun putuih cinta kali pertama.
Nak masuk setahun putuih cinta kali kedua

Sejak-sejak putuih cinta ni je lah bende routine gua apply dalam kehidupan seharian, tapi tak bercinta yang paling atas tu tetap gua buat. Cuma lepas subuh masa tak bercinta lebih cool, lepas subuh punya bila putuih cinta memang macam ayaq laut banjirnya gua cakap. Pergh pergh makin tua nak matangkan diri dengan air mata rupanya, hahaha terimakaseh Tuhan, macam mana jahatnya gua, gua rasa Tuhan tetap dengar segala macam omongan segala macam keluh kesah gua, ape ade hal kalau xde orang nak gua kongsi, Allah kan ada, keh keh keh *_*

Hari ini gua terpanggil untuk berkongsi segala rasa macam tips gua ada. Bila gua tengok terfaktab, gua tak rasa ape, gua mana penah gagal part bercinta, gua cool ok, ape ade hal. Buah hati pengarang jantung curang? Gua tak pernah rasa, hidup bermadu dalam diam? gua tak pernah rasa, madu kau canang segala apa aktiviti manis asmara depa? Gua mana penah rasa.. madu kau saiko sampai kau hilang fokus bekerja? Gua tak rasa, gua tak rasa, buah hati pengarang curang kau kata dia tak bahagia bersama selama? Perghhh memang tak pernah rasa lah perasaan macam ni.. Cinta yang membinasakan, yang membawa kepada kejahatan? Mana lah gua pernah rasa, cinta kedua yang lebih sempurna, lebih beragama, lebih suci sampai kau rasa ini cinta manusia yang mahu kau pegang sampai mati tup tup Tuhan masih mahu uji kau. Hilang sekelip mata bahagia kau kecapi? Haaaaa bende macam ni gua langsung tak penah rasa. Ape lagi jatuh terduduk ibarat tempang di langgar duka? Pergh itu bukan gua bukan , keh keh keh..

Cukup kau semua kenal gua sebuah jiwa keibuan yang telah hidup tak lebih tak kurang 57 tahun, jadi gua kirim tips yang gua rasa nak kirim, ha ha ha. Biasalah dek, dah tua ayat gua pon tunggang terbalik >_<

 >_<, Gua rasa muda letak emoticon macam ni, keh keh. 

Ini tips gua buat sendiri lebih lebih lagi garam dalam dunia dah gua telan banyak dah, jadi kalau tips gua tak kena agak agak sebab ape? Sebab umoq kita tak sama dek, tips *kite* lebih neutral, taknak pakai sekarang takpe dah tua kang engkorang bukaklah terfaktab ni baca akak punya tips, ape ade hal? Akak tak charge , akak yang gatal post kat terfaktab , ha ha ha. 

Tapi tips ni untuk adek-adek luar sana naa. Ni gua post supaya adek-adek tak gatai nak bunuh diri bila putuih cinta. Gua pon penah ape putuih cinta masa muda gila remaja, gua tak bunuh diri pon. Waima niat pon idak le ada, eh bukan gua lah, gua mana penah putuih cinta, tu tu akak yang kat atas tu, yang bagi mukadimah hok panje sangat, keh keh keh. 

Tips untuk adek yang rasa depa tak/kurang cantek/jelita/menawan/hidungmancung bak seladang, ehh seludang >_< 

Gua paham, bila adek-adek tak rasa adek tak bape lawo (Baca dengan tenang: ni adek yang rasa, gua/akak tak tahulah adek macam mana ke tak lawa annya tu ) mesti adek rasa confident level tu macam tipis je kan nak bercinta. Tapi dek selow selow, jangan gelabah tak tentu pasal, tak cantek tak bermakna tak ada cinta untuk hang dek non oi. Tu ape lah gunanya pepatah masa gua muda muda dulu , *yang cantek selalu dapat yang tak bape hensem/bolelah, yang kurang cantek sikit dari yang cantek akan dapat yang lebih hensem/good looking dari yang tak bape hensem/bolehlah, dan yang kurang cantek lagi dari yang sememangnya kurang cantek. Akan sah sah lah dapat yang macho/hensem/taf macam lelaki lelaki di luar sana, keh keh keh. 

Kiranya yang rasa down je tengok diri tu jangan down sangat, tapi jangan level confident tu tak memasal hang pi up, tu memang taknak berpijak di bumi yang nyata. Yang cantek melentik macam gua, *ha ha ha* pon kena tinggal ape lagi yang macam adek adek seperti tajuk gua ni, ye dak ? Peh jangan panas, ni pengalaman, gua tak kata gua cantek, gua melentik je , ha ha ha yang penting dek, jangan risaw. Jodoh tu rupa kau tara mana sekalipon, tetap ada. Tu Tuhan tak buat rupa kita jadi macam ni tak memasal. Kau rasa tak cantek, kau jawab lah dengan Tuhan nanti, sebenaqnya cantek itu ada, cuma kau je tak rasa, macam cinta, cinta ada. Kkau je tak rasa, tak pon kau yang tak nak rasa. So main point : JANGAN RISAW, jodoh ada dek non oi, cuma kalau dia dah meninggal ke redha je lah, tak ke suweet kalau jumpa kat syurga, keh keh keh. 

Jangan lah lupa diri bila berjaya memiliki pakwe yang lebih tinggi taraf kehensemannya, gua yakin lah perasaan ni muncul sebab gua dah hidup 57 tahun. Jangan melawan cakap gua, haip ! Haha haha. Nanti adek dah bercinta rasa dunia indah, haaa masa tu lah lupa segala, lupa Tuhan lagi lah. Kalau dulu kemain siap duduk berteleku mintak peluang kasi bercinta. Haaa dah elok elok Tuhan bagi toksah lah lupa daratan naa, toksah, dek non, hidup kau takkan tahu kau akan kena tipu ke tak, kau takkan tahu kau akan jauh terpesong sebab dikaburi cinta buta. Peh peh. Gua tahu macam mana manis nya ayat lelaki, kalau adek silap langkah dek menangis tak de lagu dek, kalau ada mai habaq kat akak, eh mai habaq kat gua , keh keh keh. Kalau dah tersilap langkah takpe, silap akak sebab post tips ni lewat sangat, ha ha ha. 

Takpe takpe, nanti akak kasi post baru untuk yang silap langkah, jangan bunuh diri dek, hidup tak selamanya gelap, iklim dunia kita ni ade je hujan kejapkejap, sama lah macam dugaan, kejap kejap ja, anjing/kucing/hamster pon tahu berhenti berlari, ni kan dugaan. Pandai-pandailah nanti depa berhenti, jangan bunuh diri bila adek adek muda tersilap langkah naa, jangan jangan jangan. Tak cium bau syurga kang dek non, haa lagilagi kalau true love hang sebenaqnya nunggu hang kat syurga, haaa kalau bunuh diri cemana nak dating nanti, nak cium bau bau syurga pon tipis . So : JANGAN BUNUH DIRI. Dek kau nak menangis, meratap, meraung buatlah dek, tapi jangan bunuh diri, kau nak baling henfon baling lah, gua tahu kau banyak duit. Kau nak pegi tepi tasik meraung lah, tak kan keringnya air tasik, kau nak tekup muka kat bantal buat buat lah, tak dosa. Paling koman busuk je lah bantal+ayaq liuk lentuk basi tu, ha ha ha. Tapi, ingat pesan orang tua tua, jangan bunuh diri, nanti kau tahu manisnya putus cinta tu tara mana. Gua tak boleh habaq biaq kau rasa sendiri dek , manis manis, manis lah sangat kan , keh keh keh. 

Dua tips je untuk adek-adek? Selama 57 tahun ni je lah dua tips yang gua jamin relevant. Biaselah, bila down rasa tak cantek rupa paras fizikal mulalah ubah penampilan lepastu bercinta mula lah lupa diri semua haa. Lepas tu yang cukup amal iman takwa bolehlah lepas ujian, yang tak cukup macam mana, kool dek kool, tak terlambat untuk kau duduk hadap Tuhan. Kau jumpa manisnya kat situ, kalau tak jumpa? nanti aku ajar cara jumpa Tuhan, kasi lah respon sikit ok, keh keh keh *ayat pancing*. 

Nak jadi jahat boleh, solat jangan tinggal, -pesan orang tua- 

Kau bukan tak lawa kau lawa di mata akak, keh keh keh. Bersyukur dek non bersyukur >_<

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
terbaik. tenang
Tanpa Nama berkata…
the second break up lebih menyakitkan dari yg pertama. family dah kenal, tp alihalih putus :(
Mashe berkata…
bila jumpa org kedua, lebih baik, putus, sakit.
mushroom berkata…
weyh? aku mimpi ke nih? saat aku tgh terfikir kan benda ni, ko post entry ni. ko tlh merubah fikiran aku. jyeah!! syg ko la akak. lu bagi wa semangat la derrr. aku harap pesan ko ni akan tetap aku ingat. (aku x rasa ni tips tp lebih kpd pesanan dan nasihat utk aku)
Wadi AR berkata…
mase break dulu impaknya dkt result exam. amikk kau! kehkehkeh.
siti ika berkata…
aku putus cinta masa, result naik mendadak. *gila riak..*
none berkata…
bang, buat lah entri cara jumpa Tuhan pulak.
p/s: keep on writing. jangan bunuh diri.
Akim Iqbal berkata…
57 ? kalau 20 kan bagus..
Tanpa Nama berkata…
kebetulan.mmg hari ni duk pikir pasal nak memutus pun.tiba2 terjumpa post ni kt blog ni masa tgh geledah blog semut.omg...sgt2 memerlukan motivasi skrg ini.
ksyu berkata…
Jodoh tu Allah dah tentukan...adakalanya Allah datangkan masalah tu untuk mengetuk pintu hati kita supaya mengingatiNYA...disebalik ujian itu terselit hikmah terindah...
Tanpa Nama berkata…
peh. yang duk tepi tasik tu, saya la tu. siapa park kereta betul2 depan tasik, lepas tu keluarkan notebook, buat tulisan-tulisan dengan sketch muka orang segala.

syok weh.

-zebentpenzel
si-kakak-tua berkata…
gua sedang rajen balas komen ni :

@tetopek : haha, gua bajet tenang je dek.

@tatannpa nama-1 : kita senasib, sirius weyh! haha cool cool >_<

@mashimashitahmaro: memang sakit >_< semua sakit ade ubat, relax:)

@mushroom-put : tak mimpi, ini realiti punya :)

@wadi tok kadi : gua rasa putus cinta dengan peperiksaan ada tali persaudaraan lah kan? :)

@siti nurhaliza ika : haha, rejeki nama nya :)

@cik sakit puan esah : hahaha, kalau gua rajin gua post lah ye :)

@akim AF : haha, mase gua 20 taknak pulak ngorat gua kan,

@tatanpa nama-2 : habes tu dah baca entry ni kau putus ke ?

@syada : komen kau ni gua kira rumusan entry gua lah ye :)

@tatanpa nama-3 : hahaha, gua pon penah buat, syok habes. share lukisan ngan gua lah nak, amacam ? ade beran? haha!
Tanpa Nama berkata…
dlm proses...buat pelan2 sbb nak berpisah cara baik.

(tatanpa nama-2)
si-kakak-tua berkata…
kalau gua kata jangan putus kau nak dengar tak cakap gua ? bertahan dulu dek, >_<
Tanpa Nama berkata…
jap2....sapa penulis entry nih ek?
gaya tulisan mcm si mr k jer...
ni mr k pye ke pe?jgn tipu..dose tahu?ahahaha

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.