Kenapa Bila Kau Setia, Dia Tetap Curang?


 
Salam (secara umum) buat semua.
Sibuk dengan satu projek khas ala-ala rahsia, serta kerja yang tidak pernah putus membuatkan aku kurang sempat untuk berbahasa basi seperti selalunya. Aku kongsikan sedikit dari penulisan aku di blog.

*******

[Dari penulisan asal]

Itu antara soalan yang aku dapat di Mukabuku, kutip dari kawan-kawan dan juga paling terbaru pagi ini bila ada seseorang tulis di Twitter aku. Benda yang masih berlegar kepada manusia itu sendiri, bergantung kepada hati dan perasaan, kenapa bila kita cukup setia dan menjaga perasaan seseorang itu, tetapi akhirnya kita akan dikhianati juga?

Pada pendapat aku, ia berbalik semula kepada soal hati dan perasaan seseorang itu juga. Benda itu adalah tindakan dalam kawalan dan juga luar kawalan. Manusia itu sendiri yang lebih kenal hati dan perasaan mereka berbanding orang luar. Nah, orang boleh kata dia memahami kau luar dan dalam, tahu buruk baik kau, tetapi apakah dia tahu apa yang terlintas dalam fikiran dan naluri kau?
Tidak bukan?

Gambar : Kunci sebenar dalam kepercayaan adalah mengenali siapa seseorang itu dan percaya mereka dengan siapa sebenarnya diri mereka. Tetapi, kita selalunya mempercayai seseorang itu sebagaimana yang kita mahukan mereka dan bila mereka tidak seperti yang kita sangka, kita menangis dan kecewa dengan anggapan sendiri. (Shafaza Zara, 2011)

Dan kenapa sebenarnya kecurangan boleh berlaku?
Statistik perpisahan, penceraian kebanyakannya disebabkan oleh kecurangan pasangan, tidak mengira jantina, sama ada lelaki ataupun perempuan. Itu pasti walaupun mungkin ia didominasi oleh jantina tertentu, tetapi masih lagi kita tidak boleh melemparkan tuduhan bahawa lelaki yang akan curang dan perempuan akan setia ataupun lelaki setia tetapi perempuan yang membuat onar di belakang.

Tidak.
Ia bukan dipengaruhi oleh jantina, tetapi lebih kepada hati manusia itu sendiri.
Mari kita lihat kenapa seseorang itu boleh bertindak melakukan sedemikian dan mengakibatkan kesan yang bukan sedikit dalam sesuatu perhubungan. Nah, curang adalah salah satu faktor perpisahan dan penceraian boleh berlaku dan itu tentunya membawa kepada kesan yang lebih buruk - pergaduhan, pembunuhan dan macam-macam lagi, kau namakan, salah satunya mungkin akan terselit sifat curang dan pengkhianatan.

1. Belum bersedia memberikan komitmen.
Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, sesetengah daripada kita mungkin lebih mahu terus memberikan tumpuan penuh dalam kerjaya dan mencapai sesuatu yang lebih tinggi dan baik dalam hidup. Masih banyak yang mahu dikejar serta diberikan dan apabila pasangan mula terus mendesak untuk membawa perhubungan lebih jauh dan bermakna, sesetengah daripada kita mungkin belum bersedia. Istilah kita kawan dulu, baru kita kenal lebih rapat sering digunakan untuk mengelakkan diri daripada terus didesak.

Kita kena akui bahawa setiap orang mempunyai sikap memberontak mereka yang tersendiri. Sesuatu yang disembunyikan daripada umum dan apabila terlampau mendesak, biasanya ia akan meletup dengan sendirinya kemarahan yang dipendam sekian lama. Maaf, tapi ini kebanyakannya berlaku pada lelaki yang tidak tahan didesak oleh kekasih untuk ikatan lebih serius dalam perhubungan. Lelaki tidak suka didesak. Mereka lebih gemar membuat sesuatu dengan acuan mereka sendiri, walaupun ia mungkin menyakitkan wanita mereka.

http://farm4.static.flickr.com/3267/2576281201_d1ea64a3ae.jpg
Gambar : Kau pernah lihat sinar mata yang polos dan sangat kosong?

2. Melihat pasangan sebagai seorang yang tidak adil.
Ah, ini menggusarkan.
Bila melihat pasangan lebih banyak menghabiskan kerja di luar dan tidak memberikan pujian ataupun kata-kata perangsang dengan usaha sendiri, terbit rasa tidak berpuas hati secara senyap-senyap. Maka, mulalah mencari alasan untuk mendapatkan seseorang yang akan sentiasa memuji apa yang dilakukan dan lebih menghargai kononnya.

Maaf, ini kebanyakannya berlaku kepada perempuan.
Naluri perempuan kebanyakannya mahu diberikan perhatian walaupun sedikit. Percayalah, kalau lelaki sanggup tinggalkan permainan komputer mereka walaupun sekejap untuk mendengar celoteh si perempuan, pastinya si perempuan itu sudah cukup gembira sampai bunga-bunga penuh atas kepala. Dan begitu juga lelaki aku rasa, jika perempuan boleh luangkan sedikit masa untuk mendengar apa mereka luahkan, itu sudah membuatkan mereka lega.

Timbal balik benda mudah dalam perhubungan.
Setuju?

3. Bosan dengan benda rutin.
Ini sebenarnya dalam diri manusia itu sendiri. Sesetengah daripada kita memang sukakan rutin dan sudah terlampau mangli dengan hidup berjadual sehingga kita sudah tidak kisah dengan apa benda lain asalkan kita mencapai matlamat yang kita mahukan. Tetapi kita jangan lupa, ada orang yang benci dengan perkara sebegitu. Ada orang yang mahukan hidup dia sentiasa dalam keadaan sesuatu yang tidak diduga dan seronok dengan perkara demikian. Tidak salah. Cuma jangan sampai berlebihan.

Sebagai contoh, zaman aku belajar dahulu ada seorang kawan ini yang menukar teman wanita silih berganti sehingga kami sendiri rakan-rakan dia tidak dapat mengenalpasti siapa kekasih dia yang sebenarnya. Pernah duduk berbual dengan dia dan bertanyakan hal ini.

Aku : Kenapa kau suka tukar teman-teman wanita ni?
Dia : Sebab bosan bila asyik buat benda yang sama.
Aku : Maksud kau?
Dia : Setiap pagi bangun ucap selamat pagi. Tengah hari lepas kelas, makan sama-sama. Petang nanti riadah atau makan sama-sama. Malam nanti kena ucap selamat malam. Bosan.
Aku : Takkanlah semua sama?
Dia : Hampir semua sama. Percayalah cakap aku. Hujung minggu nak keluar. Tak pun duduk belajar di perpustakaan walaupun bukan sama kursus.
Aku : Kan kau ada aktiviti lain dengan kawan-kawan kau?
Dia : Ada aktiviti lain macam bola ke 'jamming' ke pun semua perempuan-perempuan tu nak ikut.
Aku : Belum jumpa yang lain macam?
Dia : Belum. Takpelah, ni masa untuk berkenalan sebelum jumpa yang sesuai.
Aku : Sampai bila?
Dia : Sampai jumpalah.

http://farm3.static.flickr.com/2448/3898612858_e83f9d1033.jpg
Gambar : Sukarkah mencari kepuasan diri sendiri dalam hidup?

4. Ada cinta baru ataupun jumpa semula cinta lama.
Macam-macam.
Ada yang jumpa cinta baru dalam diri mereka dan mula mahu menggapai satu lagi pelabuhan dengan meletakkan kaki di sebuah lagi kapal. Ah, kata orang, satu kapal satu nakhoda, tetapi kadangkala dalam dua kapal, kita boleh ada satu nakhoda. Lagi hebat kalau bilangan kapal dan nakhoda saling berkadar terus bukan? Kuasa dominasi yang melampau bila dibuat dengan cara yang tidak baik dan pincang gaya.

Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka. Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian kita itu, tidak mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan betapa kejamnya kita bertindak sebagai manusia.

Bila jumpa dengan kekasih lama, benda yang kononnya sudah lama mati, tiba-tiba hidup kembali bagaikan disemai dan dibajai semula. Padahal, ada kekasih ataupun pasangan yang sedang menanti penuh setia.  Hanyut dalam coretan dan layangan kanvas cerita lama dan entah bagaimana, ceritera baru mahu dilakarkan semula. Aneh-aneh sahaja manusia.

http://farm4.static.flickr.com/3269/2340999549_02bbd8d4be.jpg
Gambar : Ada orang bertanyakan kepada aku kenapa manusia begitu susah untuk setia, dan aku hanya dapat bertanyakan kepada mereka kembali, kenapa sukarnya untuk mempertahankan sebuah janji? Itu menggunakan konsep yang sama. (Shafaza Zara, 2011)

Aku pernah menulis tentang kecurangan dan konsep kesetiaan suatu ketika dulu. Betapa orang yang tidak setia itu dikatakan bodoh oleh seseorang yang aku kenal rapat. Tidak juga sebenarnya, aku anggap dia sebagai orang yang rapat dengan aku dari segi komunikasi sebagai manusia. Itu sahaja, dan nasihatnya mungkin berguna walaupun ternyata sesuatu berlaku menggoncang paradigma nilai percaya.

Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini. 

Curang satu proses pelarian?
Bukan.
 
Nota Kaki :
Sedikit sebanyak hidup aku sudah mula lari dari kebiasaan. Aneh, aku sudah dapat membiasakan diri dengan cepat. Hidup memang indah. Dan kita yang bertanggungjawab untuk membuatkan ia lebih indah, semuanya bergantung kepada apa yang kita mahukan, dan tentunya apa yang telah dirancang oleh Allah buat kita. 
 
Lord Zara : Membekukan diri daripada menerima apa jua tekanan negatif daripada luar. Itu aku. Aku akan berusaha sedaya upaya untuk tidak melukakan hati orang lain di sekeliling aku, walaupun akibatnya aku yang sakit menanggung kesakitan sendirian. Senyum dan ketawa aku adalah kekuatan yang bukan sedikit aku himpun dalam menjalani hidup yang semakin buas memaksa aku agar lebih tabah.

Ulasan

Amni berkata…
alasan aku dulu.. kawan dulu lah.. tak nak couple ni semua.. padahal takut dilukai... =)
Kc Kasedah berkata…
apa yg kau tulis harini bagaikan luahan hati aku utk HARI INI. kebetulan mungkin. terima kasih buat aku berfikir kembali walaupun sejenak :)
shinobee46 berkata…
kadang2 aku rasa semua itu alasan semata-mata.

atau mungkin sebab bukan mencintai kerana Allah/ke arah perkahwinan.
Bella Enveeus berkata…
saya setuju, semuanya terpulang kepada soal hati setiap individu.. mungkin org yg setia ini mempunyai jati diri yg kuat, sebab itu org golongan ini susah utk curang walaupun banyak cubaan dan dugaan yg dilemparkan pada mereka dimana jika mereka tiada jati diri yg kuat, sudah lama mereka tewas juga.

org2 yg curang hanya dapat memberikan pelbagai sebab untuk menjustifikasikan apa yg telah mereka lakukan. tetapi sebenarnya sebab yg utama mereka curang adalah kerana DIRI MEREKA SENDIRI.

mungkin dengan kuasa Tuhan mereka akan berubah, mungkin masa akan menukarkan mereka tetapi yg penting ialah mereka sendiri perlu berubah - lebih2 lagi jika ada org yg tetap setia yg sentiasa menyayangi dan mempercayai mereka selama itu.
sya berkata…
ya..catatan mu ini sedikit sebanyak berkait dgn apa aku lalui kelmarin. terlalu percaya sidia tidak mungkin berlaku onar diblkgku akhirnya memakan diri sendiri. bagaikan bom atom baru meledak nun seinci diatas kepala sendiri.menangis sambil memangku sikecil bukti cintaku pd sidia membuat aku merenung kembali ape salah silapku padanya. sudah nasib. mungkin juga kelebihan berpihak pd sidia.. mahu memenuhkan kuota mungkin.. dan aku cuma mampu pasrah..
Ms Ikin berkata…
terima kasih TERFAKTAB... nukilan mu ini adalah situasi yg sering aku rasakan... rasa dikhianati.. ini bukan kali pertama die curang.. sehingga kadangkala rasa diri semakin rapuh bile sering diuji.. ape harus aku melepaskan die pergi??? T__T
namasayatihah berkata…
Juz a thought, yes..bila berckp soal curang..it is true,ini sume soal hati..no matter if u r a woman/man..curang itu depends on hati..;)

as a woman my self, i have seen so many curang cases, from org tua to younger peeps and from married to non married..but sorry to say, on normal curang case, basically it involved men..

kenapa??me too hav no idea..mungkin itu fitrah seorang lelaki, they just love to hav more..am i correct?well...tepuk dada, tnya diri masing2 yaa wahai lelaki...;)

I've been facing a cheated hubby bby as well as a cheated fiancee.
ya..i know..i pn xfhm..why la lelaki hak org luv to approach me..please la..am so in need of lelaki bujang please...
if u ask me, why do they cheat??
i hav no idea..because men is such a complicated creature and only god knows wht inside their head..
Just want 2 share, if ur partner were to cheat, run!!!run as far as u can...like me..am running as fast as i can..;)
AkuBukanLelaki berkata…
aku carik yg TIDAK membosankan hidup aku.senang.
Balqis Riza berkata…
tak boleh nk seksis kalau ckp psl curang..bkn laki shj, or pompn shj..
ternilai kat individu msg2..

org kata pompn sng curang coz hormone..they always want more from their partner..menjadikan mereka tak puas dgn apa yg dorg ade, seterusnya, curang..

laki curang, well reason dia sgt obvious la..not many men can keep their 'snake' in their pants..

tp tak semua cmtu kan..so, bergantung kat org..

i was a curang-victim..the love of my life destroyed me when i found out that he was cheating on me with a bimbo..*ok shes not a bimbo tp siapa nak puji pompn yg dh rampas kekasih aku kan..haha*

altho im heartbroken n have trust issues, i still refuse to believe every men are the same..its just the matter of, he is not meant for me n someday i'll find someone yg tak kira aku gila bangang buruk mcm mana pon, dia takkan curang kat aku..

btw, kalau bab curang ni, takleh salahkan si pencurang je..salahkan juga si perampas..pokok tak goyang kalau takde angin..work both ways..
-XaXao- berkata…
memang betul ape yg kau tulis. luahan hati dari aku jugak. kadang2 kita tak boleh salahkan diri sendiri. kenapa semuanya boleh jd mcm tu kan?

mungkin ada cacat celanya sedikit dlm perhubungan tu. tapi walauapa pun kita boleh perbaiki kelemahan tu.

jadikan iktibar, tapi jgn pulak kita membalas kpd org lain.
ZeBentPenzel berkata…
sebenarnya walaupun tak pernah mencurangi orang, saya faham tentang soal hati ni.

saya percaya hati manusia tu tak boleh jadi milik sesiapa. kita kasih dengan orang macamana pun, hati dia tak 100% kita miliki. walaupun couple 10 tahun , walaupun kahwin 20 tahun, walaupun dia cinta kita ketat2.

tapi hati tu, sesuatu yg kompleks. dia yang tentukan berapa peratus hatinya nak sayang orang tu dan sayang orang ni. dan kalau dah hati tu terpaut kepada orang lain, nak buat macam mana?

jadi adalah lebih baik bila mula merasakan hati tu dah terpaut, cakap dengan jujur dekat pasangan, dan pergilah kepada org yg dia sayang. baik berpisah daripada menyakitkan hati orang.
Tanpa Nama berkata…
cube mempertahankan janji... erm...
Engku Sofea berkata…
terfaktab, previous entriy sofia pun byk tulis tentang r'ship! teringin nak join korang.. :') singgah lah jenguk belog.

http://engkusofea.blogspot.com/2011/06/frust-in-love.html
Tanpa Nama berkata…
Hye. Boleh tak tulis post pasal relationship yang gf mntak couple instead of bf? Thank you.
Tanpa Nama berkata…
tunggu cinta itu datang dari Allah,, insyAllah,,putus cinta itu sakit walau apa pun sebabnya,,:)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.