Surat untuk bakal ibu mertua

Assalamualaikum..

Hai mama eh makcik..Apa khabar? Saya harap makcik sekeluarga sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan Tuhan. Walaupun saya tahu makcik takde blog,takde fesbuk,takde formspring saya tetap degil untuk menulis surat ini kepada makcik. Siapa tahu ada kawan-kawan makcik yang membaca blog dan menceritakan tentang surat ini kepada makcik kan?


Untuk makluman makcik,saya sedang serius mencintai anak makcik. Maksud saya anak perempuan makcik,tak pernah terfikir lagi saya nak mencintai anak lelaki makcik. Jangan risau,saya normal orangnya. Saya yakin makcik cantik orangnya,kalau tak cantik mustahil makcik mempunyai anak secantik itu.

Untuk pengetahuan makcik,saya berasal dari Kuantan,Pahang. Rumah saya dengan Teluk Cempedak tak sampai 4 lagu main kat radio dah boleh sampai. Sebagai orang Kuantan saya tidak mempunyai loghat atau dialek yang sukar untuk difahami. Jadi saya yakin makcik boleh berkomunikasi dengan saya secara mudah dan jelas.

Pada masa lapang mungkin saya boleh membawa makcik ke kota keriangan Genting Highlands dan tahukah makcik Pahang satu-satunya negeri yang mempunyai kasino dalam Malaysia. Tapi sumpah saya tak pernah berjudi,setakat bet rokok time bola tu selalulah saya buat. Selain Genting Highlands,Pahang juga mempunyai Cameron Highlands yang terkenal dengan tanaman strawbery dan teh. Makcik suka makan strawbery? Kalau tak suka,jangan risau. Saya akan cari apa sahaja yang makcik suka..

Makcik..

Di sini saya ingin memberitahu beberapa kelebihan saya,bukanlah niat saya untuk membesar diri tapi sekadar untuk menyakinkan hati makcik. Sebagai seorang yang peramah dan mesra,saya boleh memeriahkan rumah makcik dengan kehadiran saya. Oleh kerana mak saya mempunyai sebuah kedai makan,saya juga tidak kekok untuk memasak. Selain dari itu,saya juga agak cekap menguruskan kanak-kanak dari usia setahun hingga 12 tahun lantaran sudah mempunyai anak saudara yang ramai.

Tapi saya juga sedar saya turut mempunyai kelemahan. Saya mendapat tahu yang makcik tidak suka mempunyai menantu yang menghisap rokok. Walaupun payah untuk saya lakukan,saya berjanji pada hari saya mengambil anak makcik untuk dijadikan orang rumah saya pada waktu itu saya sudah bebas dari nikotin. Atau paling kurang pun saya akan menghisap rokok secara curi-curi tanpa makcik ketahui. Percayalah,saya profesional dalam melakukan sesuatu tanpa diketahui orang.

Saya juga sedar saya masih tidak mampu untuk menjaga anak makcik sekarang tapi Tuhan saje yang tahu betapa saya mencuba untuk hidup secara stabil demi membahagiakan anak makcik pada masa depan. Saya boleh memberi jaminan ketika saya datang dengan rombongan ke rumah makcik pada masa itu saya sudah bersedia. Saya tidak akan mengada-ngada datang untuk menakluk hati makcik dengan keadaan di mana saya tidak mampu menjaga anak makcik. Ini saya boleh janji..

Makcik..

Saya tak pernah meletakkan syarat pada cinta saya. Tapi saya tidak kisah jika makcik meletakkan apa-apa syarat kepada saya. Makcik lebih mengenali anak makcik dari saya. Andai kata makcik tidak memberi restu,saya akan mengundurkan diri walaupun saya agak pada waktu itu saya geram-geram nak bawak anak makcik kahwin lari. Siapalah saya untuk membangkang seorang ibu yang lebih tahu apa yang bagus untuk anaknya.

Saya cuma ingin tegaskan yang saya mencintai anak makcik bukan untuk sehari dua,bukan juga untuk setahun dua tetapi saya mencintai anak makcik selagi saya boleh mencintainya. Saya mungkin paling puaka dalam dunia tapi tentang perasaan,saya mungkin yang paling true. 

Ketahuilah kalau perasaan saya terhadap anak makcik tidak serius,saya dah lama pergi. Saya syak makcik pun tahu anak makcik seorang yang degil dan keras kepala. Buat apa saya nak penat-penat tahan dengan sikap anak makcik kalau saya tidak serius dengannya ye dak?

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada makcik. Terima kasih kerana melahirkan,membesarkan dan menjaga seorang perempuan yang saya sayangi. Sepertimana saya sayang anak makcik,begitu jugalah saya sayang makcik. Kirim salam pada ayah eh pakcik dan sampaikan padanya untuk jaga kesihatan betei-betei kerana saya ingin dia sendiri yang menyerahkan anak perempuannya pada saya suatu hari nanti. Saya akhiri surat saya kali ini dengan serangkap pantun.

Pecah kaca,pecah gelas,
Cukuplah makcik baca,saya tak mintak makcik balas.



Nota Cinta : Restu ibu bapa merupakan pengakhiran cinta yang hebat.


Nota penulis : Penulis terpaksa menggunakan kata ganti nama diri "saya" pada kali ini untuk mengelakkan dipandang kurang ajar oleh bakal ibu mertuanya. Segala kesulitan amat dikesali.

Ulasan

wah2..bertuahnya mkck nanti kan.. =)
Qaseh Dalia berkata…
makcik rasa terharu sgt baca surat ni ,, makcik terima kamu sebagai menantu makcik sob3x
awan[is]cloud berkata…
menantu soleh .

sejuk perut mak mentua ^.^
*cik syu* berkata…
hahahahhha ! kelakar betoii...
petulia berkata…
terbaik bro!!
hahaha :D
laskar pelangi berkata…
leplep! HAHAHA ;)
baik punya surat untuk mak mertua;)

ayat tak boleh blah! sebab baik sesangat;) btw, sebaik baik dalam surat ni. puaka tetap ada;)

HAHAHA =)

makcik tu mesti terharu sampai nangis nangis kalau baca nie ;)
Tanpa Nama berkata…
if im not mistaken...cameron highland was in perak
Atiqah Wadiah berkata…
haha~suitnyer menantu makcik ni..tacing macing..hehe :)
A.R berkata…
Kat bawah je perak.sampai puncak dah masuk area pahang.
Shuu Hrdn berkata…
terharu makcik baca
yeye berkata…
untung makcik dapat menantu sebaik leplep.huaaa...

makcik harap pakcik dulu sebaik leplep.tp,let baigon bi baigon.
Akim Iqbal berkata…
mcm pernah aku baca.. tapi di mana ya..
nada hanis berkata…
haha. lagi keng kalau tuli surat perempuan kepada mak mertuanya. sebab selalunya yang problem perempuan. hehe. nice entryyy :)
Erzarita Scarlet berkata…
suweet & nice.....konfirm touching bakal mak mertua bila bc surat ni....HAHA
Hasnita Hassan berkata…
hahaha menantu nya ada bg perli2 sikit,confirm mak cik pn panas2 sikit,apa2 pn menantu hebakkk huhu
Tanpa Nama berkata…
tanpa nama : cameron highlands is in pahang. jalan nak pergi je kena lalu ikut perak. tempat nya dalam pahang.
nerves berkata…
perasaan palllingg true eh...hahahaktuih
gds berkata…
cool gila makcikk, eh tak tak tak kamu yang cool
Hayati Hamzah berkata…
copy bagi kat bakal pakwe nanti boleh tak ?? suruh dia pos kat mak saya :(( boleh ? owh tq !
✿ cik pieQa ✿ berkata…
hehe ! terbaek dari ladang ! :)
Unknown berkata…
penulis ini tulus hatinya! haha
UKM-Solarian berkata…
We are young engineers who are working on to create a solar powered car which uses the least energy. Here is a humble request from our team. Please help us to promote our team to get more votes for People’s Choice Award. Your help is highly appreciated. Visit our blog to know how to vote. TQ. http://ukm-solarcar.blogspot.com/2011/06/peoples-choice-award.html.
misz athiqah berkata…
sweet!!!!!..sweet sgt!!!!..=p.. ha..ha... walaupun perangai kamu mungkin paling puaka..tapi mungkin perasaan kamu paling true..=p.. so makcik pastu trima..hehe...=p.. ganbatee!!!!
OrenLimau berkata…
nice :)

hahaha..
Izzah | zulkifli berkata…
haha..nice jea..

dah tentu2..makcik tuh tak pkir 2 or 3 kali amik menantu.. =P
Unknown berkata…
nice... aku sanggup belajar masak megi kalau cenggini penye ikhlas!
nurulasyikin berkata…
bakal memantu yg baek.. lawak pulak baca entry cam ni. lagi gentle cakap face to face je.. btw, like... ^^
Hanim Kujaji berkata…
surat nie terbaek...
susah nk dapat menantu pakai surat nie..ayat pulak boleh buat bakal ibu mertua gembira..hahah..kelakar betol..=)
hanjiechan berkata…
hehe..ini sgt manis..:)
mushroom berkata…
weyh2.. surat mcm nak ajak makcik g melancong je. haha. tp suweettt
DidyaJustsaythat berkata…
kahkahkah

I saspek you nak ngorat makcik ni dan bukan anak dia.

*membayangkan rupa makciknya seperti Rojitah cewan.
'iLiErOsLi berkata…
wah,org kuantan mmg best..i like..i pon org kuantan gak..jom berkenalan~...hahahaha
Hafzleen Amelia berkata…
makcik untung la dapat menantu yg agak baik..haha..so sweet:))

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.