Satu pagi di Terfaktab: Kak Makjun membebel.
Pagi itu di pejabat Terfaktab keadaan agak sunyi daripada biasa. Tiada bunyi keletak-keletuk orang menaip ke komputer. Hanya bunyi pen Aqram mengetuk meja dengan ritma yang tetap.
“Harini siapa punya entri kita nak post?” tanya Aqram.
“Ntah..” jawab suara dari kubikel paling hujung.
“Leplep, udah la tu mengorat awek dalam fanpage. Buatlah entri.”
“Nantilahh...hari tu kan dah buat,” jawab Leplep sambil terkekeh ketawa. Amboi, adalah awek yang merajuk dalam fanpage tu. Kejap lagi boleh main pujuk-pujuk.
“Reeney, you ada entri?” Aqram beralih kepada ER pula.
“Takmau lah kacau. I sibuk ni.” Kata Reeny tanpa mengangkat muka dari kubikelnya.
“Eleh, sibuk baca Sperma Cinta lettew.” Usik Raksasa Jahat. Tiba-tiba dia dibaling kertas ronyok dari kubikel Amoi.
“Woit! Asyik usik orang je. Taknak buat entri, meh tolong aku buat heading ke, edit layout ke, ada guna gak,” arah Amoi.
“Tak mau! Nanti aku salah coding kau cubit aku lagi...” Raksasa Jahat melarikan diri.
.
“Dah! Dah korang semua. Kalau tak ada siapa buat entri, macam mana nak tambah follower?” Aqram mengetuk meja dengan pennya.
“Tak payah, kita post je email dari readers.” Tiba-tiba Husky Pusky mencadang.
“Ada ke?”
“Ada, meh sini tengok.” Semua orang berkumpul di mejanya lalu membaca e-mel tersebut.
_____________________________
_____________________________
To: terfaktab@gmail.com
Subject: Ni kak Makjun Nak Membebel
Hai you alls author Terfaktab! Harap-harap you all dalam kebahagiaang semata. Ni kak Makjun ni, saja nak berkongsi kisah sikit. No, bukan mengumpat tau, mengumpat dosew. Nak cerita je ni, buat pengajaran. Dapat pahala tau kasi pengajaran.
Kak Makjun gerwam sangat ni sebenarnya. Gerwaaam, ya, GERWAMM! Adik-adik dan ikan-ikans zaman sekarang ni semua pemalu-pemalu mengalahkan anak dara time malam pertama. Malu sangat nak merisik orang nak jadi pasangan. Malu sangat nak luahkan isi hati diorang. Yalah, malu tu boleh tapi kenelah bertempat. Kalau bab nak mencari pasangan ni jangan ler malu-malu sangat. Lagi-lagi yang lelaki.
Bukan apa, kak Makjun marah tau ni. Baru-baru ni kak Makjun terjumpa jejantas eh jejanTANS dan pompuan ni. Dua-dua macam suka sama sendiri. Tapi sampai ke sudah main tarik tali macam lagu Elena eh! Elyana tu. Ala ingat tak lagu tu “main tarik tali.... malu mahu memulakangg... luahan hati kita...” ha sedap tak kak Makjun nyanyi? Eh mana la korang tahu kak Makjun nyanyi sedap ke tak. Ni email la noks mana boleh dengar!
Yang lelaki ni kak Makjun tengok pi la tulis kat forum segala yang dia suka kat pompuan ni. Yang perempuan pun pi tulis kat blog dia ayat-ayat bunga-bunga cinta layu di pusara yang dia suka kat jejantans ni. Bila kak tanya si lelaki tak mengaku. Lepas tu delete pulak post dia kata “eh mana ada, kak Makjun salah orang ni.” Yang perempuan, hah--habis tak mengaku, dua kali lima je perangai. “Ala saje-saje tulis je kak Makjun...tulis bebenda cinta ni boleh naikkan rating blog. Nanti fofuler macam Terfaktab boleh masuk DigiWWWOW...”
Kak Makjun tepuk dahi bila dengar fasal dua-dua orang ni. Hok aloh mu berdue ni! Sama-sama suko kot! Ikutkan hati Kak Makjun nak ikat je korang dua dengan tali merah macam dalam drama Jepun tu. Tak pun garikan dua2 pakai gari polis yang rambu-rambu pink macam cerita Hollywood tu. Hadooooyai!
Kamu berdua ni, laki ke perempuan ke, kalau dah suka, cakap je la suka. Jangan kata “alah entah-entah kita je suka dia, dia tak suka kita.” Mana tau dia suka. Kalau dia tak suka apasalahnya aceterai cuba test dewater sikit. Kalau segan nak cakap ce pakai member sat. Suruh member gi risik. Kalau dia macam suka, ajak berdepan, cakap terang-terang. Apa susah sangat. Janji la dengan member tu, kalau dia tolong, mu belikan buku Kougar dari Fixi, dia mesti nak punya! Aum nyahh!
Yang perempuan ni pun satu. Tak kisahlah orang cakap perigi cari timba ni tak malu ke apa, buat la juga. Taknak? La, dah kamu pergi tersuka lelaki pemalu tu buat apa. Haram sampai ke kiamat la dia tak cakap dia suka kamu. Dia ingat perempuan tu ada kuasa mejik boleh telepati ke apa. Jadi kena la tanya dia terang-terang sebab kalau tak tanya, haramjadah dia nak beritahu.
Alah, kak Makjun bukan suruh kamu confess dengan stranger. Kalau baru dua tiga jam kenal, lepas tu confess, sah-sah la tak ada respon. Kamu ni dah tunggu lama, dah kenal lebih lima enam bulan. Bak kata Amoi dalam Tumblrnya kalau lebih empat bulan tu bukan cinta monyet (crush) dah, tapi kalau masih tidur tak kenyang mandi tak lena makan tak basah, cakap pun tonggang terbalik, twitter pun asyik typo, cinta betullah tu!
Kalau kamu tak pasti, gunakan je la orang ketiga. Tak pun cari pendapat orang lebih tua atau pengalaman macam kak Makjun. Tunjuk, cerita semua benda yang dia pernah cakap dan buat, pastu tanya sama ada tu benda biasa ke benda “istimewa”. Kak Makjun pengalaman banyak dalam benda ni tau! Tapi tua bukan la. Kalau cakap akak tua akak gigit pipi sekor-sekor!
Dah, kalau betul-betul dah sedia fizikal dan mental nak confess, silalah confess. Kalau ada kawan, bawak kawan. Kalau berani buat sorang-sorang (lagi baik macam ni sebab takde la dia rasa malu sangat). Tapi buat la sopan santun ayu-ayu gadis Melayu. Jangan pakai seksi lepas tu buat ekspresi muka macam orang gatal tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut (ha kan terpaksa sensor ini perkataan). Yang penting cakap terang-terang. “Saya rasa awak ni _____,_____,dan_______ (insert 10 perkataan pujian yg describe beliau), saya tertarik dengan sikap awak tu. Dan saya rasa sekarang saya ada perasaan kepada awak lebih dari sekadar kawan.” KAN SENANG KAN?
Paling penting jejais dan gegurls sekalian, cinta ni trial and error. Ye la orang cakap jodoh tu ketentuan Allah semata. Tapi tak adalah salah mana pun kalau mencuba. Mana tahu yang diconfess ni jodoh tu kan? Haa...mana tahu. Dan kalau pun dia bukan jodoh pastu dia rijek kaw-kaw sampai nak printscreen tunjuk kat member buat modal lawak minggu ini, ingat je la yang ni sebahagian dari pengalaman. Kalau tak merasa jadam manakan tahu ia pahit atau manis kan? Ala, biasa la kene rijek menangis adik-adik sekalian. Cabut gigi pun menangis, inikan pulak cabut cinta dari hati. Eh berfalsafah macam Fedtri Yahya pulak Kak Makjun ni. Ala kak Makjun minatlah Fedtri tu. Dia aum. Oh dia dah kahwin ke? Eh mana akak tau! Akak tak baca la Ohbulang-Ohbulang ni.
Ok tak pe la, suami akak dah balik ni tau. Akak terpaksa berenti gosip eh menasihat dulu tau. Akak nak kena layan suami ni. Nak ambik dia punya anu..anu...anugerah dalam bo-bo-eh botol eh bonet kereta ok! Bonet kereta. Dia baru menang Anugerah DigiWWWOW sebagai retis blogger paling kekwat di alam semesta. Auw, kekwat-kekwat pun die hensem you. Jangan bagi dia membebel sudahlah.
Sekian terima kasih. Assalamualaikum.
____________________
“Camne ni Karem. Panjang bebeno e-mel dia, nak post ke?” kata Apit PS selepas selesai membaca.
“Ah, letak je la, dah takde post lain. Unless kau punya cerpen ada lagi,” balas Aqram.
Apit menggeleng kepala. “Mana ada cerpen lagi bos. Idea dah habis kot,” katanya. Aqram menepuk belakang bahu Apit sambil membantah.
“Ish kau ni, pantang single je idea terus kontang. Awek-awek Sarkasis kan ada...”
“tak nak, aku tengok muka diorang semua sepesen je kat FB...”
"Bidaah semata je tu...dah, dah...jom pergi makan..."
Ulasan
tapi biar nama buruk. asalkan selalu boleh ambik anu..anu..anugerah dalam botol.. eh bonet kereta kan...
keelllaaaaass~~~
haha
regards,
Sofia Smiley
hehe
takde nama lain bang.
ingat nak letak nama kak Pornahrono tapi kang Kah Pornah gosip retis tu claim copyright pulak. hahaha
Bagi seploh markah. Yeay!
Bagi seploh markah. Yeay!
sedap kak makjun nyanyi noks!
main tarik tali.
ayt nie mmg stempek kt ak !
"Yang perempuan ni pun satu. Tak kisahlah orang cakap perigi cari timba ni tak malu ke apa, buat la juga. Taknak? La, dah kamu pergi tersuka lelaki pemalu tu buat apa. Haram sampai ke kiamat la dia tak cakap dia suka kamu. Dia ingat perempuan tu ada kuasa mejik boleh telepati ke apa. Jadi kena la tanya dia terang-terang sebab kalau tak tanya, haramjadah dia nak beritahu"
Is better than wonder and wonderingggggg
:)
sebab ape? kalo betul la dia ikhlas nak kan sorg pempuan tu, dia akan BERUSAHA jd lelaki yg sebenar. lelaki sebenar bersifat PELINDUNG. Dia sendiri akan dtg kt pempuan tu, bg melindungi/elak pempuan tu dr terasa rendah diri & malu2 akibat jd perigi carik timba.
satu je lelaki ni, kalu dia kata:
"awak, saya ni pemalu. awk la mulakan dulu" ini bermaksud:
"awak, sy 50-50 je nak kt awak ni.. kalo mau kan sy, cube la nasib. mana tau untung sabut timbul"
sedangkan nabi Adam sendiri pn request kt Tuhan nk teman masa sunyi duk kt bumi.. mana ada Hawa yg mulakan dulu. ye tak? (betul ke sy tulis kesah Adam ni? kalau silap hrp maaf)
KAHKAHKAH!
nais!
pergh, I donno who you are and where you came from but you cleared my head really good. btul ah, kalau orang nak dia mesti berusaha. kalau tak berusaha belum cukup lagi la kot cintanya.
lebih baik enjoy hidup single kan. tak payah fikir pasal orang what ifs and what nots.
wahahaah~!
akak, fokus akak, FOKUS!
hahahaa
mmg senget la.. ^_^
widdy~ ^^