Kau Sayang Dia Lagi Ke?




Hari ini aku banyak melepak di ruang Terfaktab.
Hari Jumaat adalah hari membaca lima kali ganda dari biasa dan memandangkan hari ini tidak perlu memasak disebabkan orang dalam rumah ini semua puasa, maka, masa untuk aku membaca dan menelaah banyak benda meningkat dengan jayanya. Oh, lagi satu, aku suka berkomunikasi dengan kamu semua di laman Terfaktab dan juga yang dah memberanikan diri ke laman peribadi aku.

#salute!
(Baiklah, ini bukan Twitter, main nak suka hati letak simbol #)
Dipersilakan baca hasil tulisan ceduk dari blog picisan warna putih susu lembu.

*******

Istilah sayang, suka dan sebagainya memang sukar mahu ditelah sebenarnya. Kalau kita suka seseorang, kadangkala bukan bermaksud kita mahukan dia sebagai teman istimewa. Kita mahu dia sebagai kawan sahaja. Ya, kawan yang memahami serta boleh duduk berbual dengan kita.

Tapi, itu yang kita selalu fikir. Malangnya bukan semua orang mampu merentas diri mereka sendiri dan lihat apa yang mereka mahukan dalam hidup. Lebih rela mencanang dan merencana benda lain sehingga terlupa apa sebenarnya kemahuan dalam hidup. Aneh-aneh sahaja manusia kan?


Gambar : Kadangkala hidup ini macam muzik. Tak semua yang kita dengar kita suka. Ada yang kita terpaksa dengar sebab perlu, dan ada yang kita tinggalkan sebab kita tak tahan. (Shafaza Zara, 2011)

Aku ada terbaca dalam kicauan burung di Twitter.

"When your ex asks if you can still be friends right after a break up its the same thing as having a kidnapper tell you to keep in touch."

Jujurnya aku senyum membacanya. 
Senyum dalam erti kata, setuju dan tidak setuju. Bergantung kepada keadaan juga kan? Tidak semestinya terus putus perhubungan bermaksud terus tiada istilah berkawan dan sebagainya. Tetapi itulah, bak kata seorang kawan aku, orang yang pernah kau sayang dan kau cintai, adalah hampir kepada negatif kemungkinan untuk berkawan selepas itu kecuali hati betul-betul kuat. Sekali lagi aku nyatakan, itu semua bergantung bagaimana peenrimaan kita sebagai manusia.
Mungkinlah.

Kawan : Aku baru lepas buang semua benda yang dia bagi.
Aku : Kenapa?
Kawan : Aku dah tiada apa-apa lagi dengan dia.
Aku : Kau buang, nanti kau ambil balik.
Kawan : Lupa nak cakap yang aku dah bakar sekali semua benda.
Aku : Kau kumpul abunya?
Kawan : Nak buat apa?
Aku : Mana tahu kau simpan dalam balang, letak atas meja.
Kawan : Tak adalah.
Aku : Kau sayang dia lagi.
Kawan : Tak.
Aku : Kalau kau tak sayang dia kenapa kau cakap pasal dia lagi?
Kawan : Aku kena bercakap dengan orang, kalau tak aku gila nanti.
Aku : Sebab itu aku kata masih ada terselit rasa sayang.
Kawan : (diam)
Aku : Kenapa diam?
Kawan : Betul, kau betul. Aku memang sayang dia lagi.
Aku : Kau cakap dengan aku hari tu yang kau boleh kawan dengan dia lagi.
Kawan : Aku ingat aku boleh. Rupa-rupanya tak.
Aku : Kenapa?
Kawan : Macam aku je yang cari dia, macam aku je yang ingatkan dia lagi. Rasa bodoh pula.
Aku : Sebab kau betul-betul sayang dia.
Kawan : Tak juga aku rasa lepas berpisah tu. Cuma sebab dah terbiasa dengan kehadiran dia.
Aku : Sebab rutin kan?
Kawan : Mana taknya, bangun BBM dengan dia, sepanjang hari pun BBM. Sebelum ada BBM, memang sentiasa SMS atau telefon.
Aku : Takpe. Rutin kau boleh ubah.
Kawan : Aku baru sedar sesuatu.
Aku : Apa dia?
Kawan : Cara untuk rasa terluka, dilukai dan dikhianati hanya satu. Kekal bujang.
Aku : Itu kesimpulan yang kau dapat?
Kawan : Kenapa? Salah ke?
Aku : Bob Marley pernah berkata bahawa kenyataannya semua orang akan melukai kita, cuma kita perlu tahu yang mana lebih menyakitkan dan membawa lebih banyak sengsara.
Kawan : Boleh tak kalau aku pura-pura benda ni semua tak pernah terjadi? 
Aku : Tujuan kau?
Kawan : Semoga ia tak menyakitkan aku lagi.
Aku : Pura-pura sesuatu benda itu tak pernah terjadi tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia akan membuatkan kau ada masalah untuk diselesaikan di kemudian hari.
Kawan : Habis apa aku nak buat ni?
Aku : Tukarlah rutin kau. Buat benda lain.
Kawan : Aku dah cuba. Ni pun aku tengah berusaha minta tukar ke cawangan lain.
Aku : Susah bersama dengan dia bawah satu bumbung?
Kawan : Sebab aku tahu aku akan sentiasa suka dia, maka itulah caranya yang aku dapat fikir. Jauhkan diri.
Aku : Semoga berjaya.
Kawan : Aku nak sangat berjaya.

Gambar : Mungkin kenangan itu patut disimpan sahaja. Dikeluarkan kalau perlu melihat apakah yang boleh kita belajar daripadanya. (Shafaza Zara, 2011)

Satu benda yang aku belajar dalam hidup ini adalah, jangan pernah mudah mengalah.
Sebab selagi kita terus berusaha, selagi itulah jalan masih terbuka luas untuk kita tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Bukankah telah dinyatakan bahawa manusia itulah sendiri yang mampu mengubah nasib dirinya?
Kita semua berubah.
Tiada siapa mampu mengubah kita.
Dan kita mungkin boleh berubah disebabkan seseorang.
Dan itu lebih baik kalau kita berubah untuk diri kita sendiri.
Sayangi diri kita sendiri dahulu.
Itu sahaja.


Selingan khas Terfaktab :
Ada orang tanya jantina aku apa. Aku pun keliru sebenarnya. Nantilah kita bincangkan dalam edisi khas akan datang aku rasa. Dan ya, yang mahu menegur sapa di Twitter, boleh sahaja ke Twitter @terfaktab ataupun @zara_syed.

Lord Zara : Bagi setiap keindahan, pasti akan ada mata yang memandang. Bagi setiap kebenaran, pasti akan ada telinga yang mendengar.

Ulasan

bawal crepe putih berkata…
siyez ly, itu lah yg tgh mlanda dlm pale otak ex bF aku !
emeera asnary :

jadi, kau buat apa?
Unknown berkata…
haha...boleh aja kawan...! just be urself...xyah nk pretend2...face the fact !
FTF tu ke?

hahaha~

Tetiba #sarcasm
mieyra berkata…
betul...sebab betul-betul sayang apa yang kita buat akan teringatkan si dia. ambil berat tentang dia...rutin sebelum ni da terbiasa sms/telefon tp bile tetibe berubah jd kurang, rasa tak biasa. sakitnya cinta
i n - c h a n berkata…
i have just broken up with my ex like 2 months ago. and he requested to be friends so we be friends.

tapi yang susahnya ialah menggariskan line untuk mengelakkan dari perasaan yang sama wujud. sometimes menjadi sometimes tak.

sayang itu ada, cuma jodoh mungkin tiada. and dari apa yang saya lalui, being friends is kind hard.
anak abah berkata…
nasehat yang sesuai dengan keadaan sy sekarang. semoga sy juge berjaya seperti kawan anda itu. =)
si cebbie cholet berkata…
Hahaha...

Im break up with my 8 years boyfren...

Orang ramai tanyr Kenape nampak mudah sangat aku lupakan dia. X mudah pon actually...aku pernah menangis teruk Kol 3 pagi tepi mesin basuh..nak elak housemate dengar...dapat plak dia dah get ready ngan spare part waktu hubungan kitaorg dah ujung2..lagik sengsara...tapi cam Kau cakap lah...kena ubah rutin...n post motem..ubah mane yang kurang kat side kita....

Its help sgt membantu...sekrang hdup aku lagik teratur n paling kelakar ex aku yg konon2 ckp aku Tak Boleh lupa dia Tu..g soh awek br dia...beli keter..sebijik cam aku..beza plate jerk...aku senyum jerk tgk...hhehe...da terbntang sape xley lupa sape...

Panjang da..macam entry plak..haha
Yana Meera berkata…
yeahh susah untuk berkawan blek ngn ex kita..tp xkan nak putus kawan trus plak kan? bole bkwan but be careful takut kembali terluka..
Gigi Besi berkata…
salam zara.

Kadang kala berhubung dengan bekas kekasih menyemai lagi kasih sayang dan cinta kepadanya. MUNGKIN.

Teringat satu azimat kata.kata.

' I can't talk to you anymore, it's not that I am mad at you, it's just that when I talk to you I realize how much I love you and when I realize how much I love you, I realize I can't have you and that makes me love you even more. '

Thanks for the great input :)
Wadi AR berkata…
to live is to learn, and to learn is to live. live and learn
Shareeza berkata…
"When your ex asks if you can still be friends right after a break up its the same thing as having a kidnapper tell you to keep in touch."

actually... 2 mggu after break... yg mana that guy yg putuskan hubungan kitorg.. mintak nk jd kwn aku.. aku cm.. what the fuuu??? after 4 years i treat u as my boyfie... suddenly nk aku pndg muka ko n ckp 'kita kawan,dude!'..

dah la luka putus cinta xbaik lagi kan.. xkan tetiba nk aku anggap ko kwn seyh... ni pon after 5 months die still nk jd kwn.. aku xphm r.. senang ke nk ubah kasih syg dr kekasih kepada kawan??? well.. aku rase die senang kot.. sbb die dh ade org len.. n aku?? aku prefer let him be my history.. a mistake that i wont forget.. but i take a lesson from that mistake... now.. im happy without him.. but seriously sometimes i still cant forget him... i will forget him.... but i need times..

and i took this from twitter: "2 people who broke up could never be friends and if they are, they are either still in love or they never were"

and.. i still have feelings for him.. thats why i cannnot accept his offer to be friends... when the times come, where i have no feelings for him.. i think i will able to face him and says "we are friends dude"
PS berkata…
aku sayang dia lagi.
Dekna berkata…
seperti apa terjadi jugak pada aku..
setelah 3 tahun..tiba2 aku diputuskan..
n minta jadi kawan shaja

nak terima jadi kawan rasa besalah
tak terima pulak x smpai hati..

yes, sume brgantung pada diri n hati sndri
sbb diri sndiri pun masih keliru sbnarnya..

memang dah xde prasaan.tpi takot kalau masih bkawan. aku akan sperti mengharap sesuatu dari dia..tpi kalau x kawan.diri ni terasa macam dipinggirkan..

maybe perlukan masa kot.
The Ex-Girlfriend berkata…
i believe that ex-es cannot be friend sbb it's weird bila kawan2 dan cerita psl life mcm nothing happened. padahal lot of things dah jadi. and one more, i just dont like the phrase "ingat tak dulu kita......."


i just hate it.
zoobida wiwi berkata…
awesome!nak share boleh tak?? :)
intan permata berkata…
entry ni betul-betul sedang berlaku dlm hdup sy, sangat tepat hmm.. thanks ea, nak share blh ;)
beL cLoud9 berkata…
oke lagila.ex mintak nk kawan.
kes aku plak, bini exbf aku yg nk berkawan dgn aku.wtf. soriila. aku xnak..
esah ezral berkata…
Dan aku salah satu daripada ramai orang yang perasan 'post ni untuk aku'. hihi.
ieqa miza08 berkata…
hehehe...
mcm pernah mngalami situasi ini bersama kwan2x....
mmg pyah kalu ade depan mata lgi tapi kita sebagai mnusia kena tbah...
itu kan lumrah hidup kita sebagai manusia yg hidup atas muka bumi ni...
moonbulan berkata…
selesai baca entry nieh..aku taw keadaan xubah seperti yg aku lalui skrg...sakit blum hilang..
Unknown berkata…
bila bercinta aku ikut nsihat ayah aku jer, jgn cinta 100% selagi xkahwin, xde gune pon.kalau kahwin pon boleh cerai n boleh berebut harta~

erk. #kimkardasian

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.