cintai dia yang mencintai engkau.




berapa ramai dari kita yang pernah putus cinta? aku percaya, dalam sepuluh orang, sembilan darinya pernah putus cinta.. ye dok? heppp.. baik mengaku sekarang..

aku nak tanya sikit ni. masa zaman-zaman korang bercinta, pernah tak korang bilang pada diri sendiri begini:

dia cintaku yang terakhir. aku akan cintakan dia sampai bila-bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama..

pehhh ! hindustan habis ! bajet cinta suci la kan?
kemudian ditakdirkan kau bukan lah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang engkau angankan selama ini. kau kecewa. kau merana. kau bawa hati yang luka. lalu kau berjanji pada diri bahawa kau akan pelihara cinta dan kasih sayang engkau hanya untuk dia. kau mahu tutup pintu hati engkau. sungguh-sungguh kau mahu kunci pintu hati engkau biar tidak dapat dimasuki sesiapa pun.



kau rasa, kau bahagia kalau kau buat begitu?

cuba lihat pula hidup lelaki yang buat hati engkau sengsara, apa kisahnya? hidupnya baik-baik saja. dilingkungi teman-teman keliling sedang engkau mengisolasikan diri, makan entah ke mana, kerjaya juga kau abai begitu sahaja. hidup engkau sudah tidak serupa hidup. kau penjarakan hati dan jiwa engkau demi lelaki yang tidak mampu beri engkau bahagia walau untuk secebis pun.

seandainya ada antara kamu orang yang sebegini rapuh, tolonglah bangkit kembali dan jadi kuat demi untuk bahagia kamu sendiri. bahagia itu kita yang corakkan. bebaskan diri dari belenggu cinta yang sia-sia. tuhan tidak akan pernah berkata tidak kepada setiap permintaan kita. semua akan diperkenankan. cuma lambat atau cepat sahaja yang membezakannya.

aku mengaku, dahulu aku pernah serapuh itu. tapi kamon lah ! sebenarnya pada permulaan fasa kecewa sahaja kita jadi manusia yang serapuh-rapuh manusia. tapi, seiring dengan masa yang berlari, kau akan pulih. kau akan jadi perempuan yang lebih kuat. dengan syarat, kau jangan jadi perempuan bodoh. kau mesti bina kekuatan untuk bergerak ke hadapan. kau mesti kena ada usaha untuk melupakan. jangan terus membelenggu diri engkau dengan cinta yang bajet-bajet suci, setia membuta tuli. cuba kau amat amati semula... apa berbaloi meletakkan setia kepada lelaki yang tidak cintakan kita?

tahu tidak apa penawar yang paling unggul?
penawar yang paling unggul itu adalah doa..



engkau akan kecapi manisnya nanti selepas pahit
akan tiba bahagia selepas air mata

pada suatu waktu yang benar-benar tepat, di suatu tempat yang benar-benar indah, tuhan akan hadirkan seseorang untuk melengkapi hidup engkau, mampu membuatkan engkau bahagia dan merasa terwujudkan. bonda pernah bilang, cintailah dia yang lebih menyintai engkau, yang lebih dalam cintanya berbanding cinta engkau terhadap dirinya. setelah itu nanti kau akan merasa lebih bahagia.

aku akui kata-kata bonda. bonda benar..

:)

jangan layankan sangat merana dan lara hati itu lama-lama. bila hadir saja insan yang mampu membahagiakan engkau, hargai lah dia, bersyukur dengan segala kurnianNya.

jangan teringatkan sangat akan cerita semalam yang telah jadi sejarah, jangan pula terlalu obses menilik masa hadapan yang kita sendiri tidak pasti akan terang-kelamnya, malah berbahagialah dengan hari ini yang telah tuhan kurniakan untuk kita.


p/s: kat negara ongputih tengah summer.. kat pearl of the orient ada musim bunga..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
thanx ;')
Dekna berkata…
woo woo.


tersentap hati kecik aku..

memang sebijik dengan aku.

ok. move on!

i will...huhu


brpaa kali dah aku kata move on, tapi duk sama gak..

btw, ur word meyedarkan aku jugak..
Nur Liyana berkata…
dok lyn patah hati tak guna la. xDD
IeDa berkata…
i like! menerima org yg mencintai lebih bahagia dr berharap pd apa yg xpasti..
azs berkata…
thanks.. mmg betul, better bangkit dari layan kesedihan itu.. selalu dgr, kahwinlah dgn org yg syg kita dari org yg kita syg.. mungkin, ada hikmahnya..
Balqis Riza berkata…
when i was young and naive, i did say that i promise i'll love him forever eventho he cheated on me..
but as i grow up, i realize that it was a stupid vow..haha..
but he was my 1st love..i will always be a little bit in love with him..but i guess thats ok..as long as it doesnt stop me from moving on..it doesnt :)
and im happier now more than ever..eventho im still single..

i love your words..kipidap! :D
mye berkata…
cintakan bunga akan layu..
cintakan harta akan rugi..
cintakan manusia akan mati..
cintakan Allah kekal abadi..
itula cinta yang sejati..
huuu..
ewanthology berkata…
hidup mesti terus
izuddinrahim berkata…
ehem ehm. gua kebal. ha ha ha.
Kaki Merapu berkata…
setuju....doa membawa berbilion hikmah...aku dah rasa :)
ika :) berkata…
btul3x..bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor :D
Tanpa Nama berkata…
tau tape.. like diz entri very much ! baru2 nie aku breakup ngan bf aku.. cam ta caye.. bahgia then suddenly we're broke up.. sedih beb.. aku ase hidup aku hancur.. malam2 nagis bile terkenang dy.. padahal dy da bhgia ngan org lain.. siap leh ckp ag kt aku dy da ade someone else.. hancur beb.. strungle gle bape bulan nie.. last2 aku leh trime hakikat yg dy bukan tok aku.. watpe aku nak bazir air mata aku tok lelaki yang trnyata da sia2kan aku rite?

skunk aku da move on ngan life aku.. actually tengs to terfaktab sbb aku salu bace entri u olls.. naik semangat aku walaupun kdg2 kena btg idung aku sendri..

♥♥♥♥
shahirahkhairudin berkata…
:)

aaa.. seronok dengo ko dah leh move on.. satu masa nanti, ko akan jumpa lelaki yang sampai mati sayangkan ko..

sabar.. dan doa..
two THUMBS UP!! setuju! baru je pulih dr kekecewaan. eceeh. dah tak rasa apa2 pada cinta lama. bukan sbb ade cinta baru. tp rasa berbaloi tak bg cinta pd lelaki yg tak tahu menghargai ape yg dia ada. buat mereka yg sedang berbahagia, hargai pasangan anda :) mmg masa ubat terbaik.
Miss canine berkata…
oh betape aku harap mase ade jwpnnye sbb aku xleh move on dr dulu smpi skrg padehal dak laki tu mmg tgh bahagie ngan hidup die..entah la...time heals rite..?? =)
shahirahkhairudin berkata…
aku sungguh sungguh bukan perempuan sempurna.. tapi aku percaya doa ubat paling mujarab.. banyak-banyak minta pada Dia.. aku yakin kau akan boleh move on..
g.r.e.a.t.g.i.r.l berkata…
terima kasih untuk segalanya kakak.. *hugs*
aza yunalis berkata…
tp... hmmm.... x jumpe lg la....

mne agaknye.... lalalalala
Tanpa Nama berkata…
bahgianya kalau dpt jmp yg betol2 cintakan kita...tak de la istilah frust 7 kali dlm cinta...huhuhu...semoga Allah pertemukan....
QarteeNi berkata…
@qarteenieven orang itu sngt2 menyayangi kita , but it's useless when we dont have the same feeling . sebab itu sy sentiasa memilih untuk hidup single .
DidyaJustsaythat berkata…
wah terbaik lah.

teringat dulu, saya selalu cerita dengan member baik pasal crush saya. "dia ni begitu dan begini, i like him veryveryvery much uuuu.."

kemudian member pun cakap. "ni cuma perasaan awal je babe."

she's right, every begninning has an end. tak pastilah end yang baik ke yang tak baik.
Tanpa Nama berkata…
Its easy to say but its difficult to do it. Its not easy to forget the relationship where we have put all our love and efforts towards him and he can leave us in a sudden for no reasons. Its really hurting & suffering:(
Tanpa Nama berkata…
@shahirahkhairudin, kita sama. Aku pun PERNAH serapuh itu. :)
Lulu Rahman berkata…
Aku pernah putus cinta , tapi Alhamdulillah masih tidak serapuh itu . Aku masih boleh senyum di depan kawan dan keluarga . Aku masih boleh makan dengan kenyang . Sebab lagi difikirkan , lagi sakit rasanya . So aku pilih kuatkan diri sendiri dulu .
Diana Zainal berkata…
Susah la nk move on.heee the time will come insyallah. Ya doa paling mujarab. Lpas putus dgn dia aku lebih byk masa dengan sang pencipta dan ternyata hati lebih tenang!:-)
Tanpa Nama berkata…
@Tanpa Nama

ak sgt suke ayat ko. btw ak lalui bende y same dgn ko. totally same.! wonder la bertaon kapel tp fact he has gf belkg ak. aishh. really down.

but nanges , rndu, harap cmne pon. xmungkin kite dpt dy balek kn? fact now dy epi. ak j. hah. xp la.

ak cye takdir. kne kuat sendiri. bia owg tgok kite kuat. maybe its just frame but later on maybe kite kuat tol2.

so move on. fokus on study dl lah.

p/s : penat + letih sgt3 nk pujuk diri sndri. so, xpyh pk kapel dl kot. kn ? =)

-larra91 -

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.