Harap Kau "The Perfect Ten" untuk Aku.



Gambar hiasan. Gadis rambut hitam curly dan mata hazel memang buat aku cair.

Dia datang dalam keadaan paling aku paling rendah sekali. Dalam keadaan aku sedang memburu kerja, dalam keadaan aku miskin, dan keadaan aku paling selekeh sekali. Susah nak cari awek yang datang dalam keadaan yang macam ni. Especially bila kau sedang miskin. Bak kata Elena Reeney, nak masuk jamban pun sekarang 40sen.

Seperti yang telah ditakdirkan, aku adalah seorang yang banyak kali gagal dalam percintaan. Tahap Leplep punya gagal dan menunggu pun bagi aku macam tunggu bas kat Seksyen 2 Shah Alam je. Daripada 10 kali berjaya couple, aku rasa yang aku gagal 10 kali ganda rasanya. Dah banyak kali gagal sampai aku lost track dalam mengira berapa kali cinta gagal aku. Aku dah macam Charlie Sheen takpun Ryan Giggs dalam seks - tapi dalam kes aku cinta gagal. Berapa kali gagal entah. Nama pun aku tak ingat.

Umum mengetahui aku ada schizophrenia - split identitical personality. Ini macam Dr Jekyll and Mr Hyde. Atau Tyler Durden dengan si Edward Norton dalam filem Fight Club. Untuk mengetahui betapa teruknya schizo aku, si @arilunited pernah tengok aku bertumbuk dengan diri sendiri. Adik aku pernah dengar aku bertekak dengan diri sendiri. Well, dalam hal ini, aku dengan Jack. Kadang-kadang apa yang aku tulis - sama ada dalam blog, dalam Twitter atau dalam Facebook - kalau lain macam tu, tu bukan akulah tu. Itu Jack. Kadang-kadang aku rasa diri aku tidur tapi sebenarnya aku keluar merayau-rayau. Aku pun tak tahu besok pagi-pagi aku dah tidur kat luar pintu sebab member aku kunci rumah aku tak bawak.

Dan bukan semua boleh faham schizo aku. Aku telah alami kegagalan yang maha banyak sebab Jack. Banyak benda yang dia buat yang aku tak tahu tapi merosakkan hubungan aku. Kadang-kadang kalau dia tak suka perempuan tu, dia sendiri yang dumped perempuan tu tanpa consult dengan aku. Dan sebelum ini - ada sembilan gadis yang pernah hadir dalam hidup aku - 3 aku(atau Jack) dumped, 5 lagi dumped aku manakala 1 meninggal dunia. Dan bukan senang kalau aku ada not just Jack - tapi ada lagi 8 lagi character selain Jack. Ada satu character perempuan. Tu lah aku. Kalau ada 8 character dalam split personality kau - tanpa lorazepam dan tanpa penjagaan rapi gua memang akan terfaktab di Tanjung Rambutan.

Tapi jangan pandang negatif kepada Jack sangat. Dia inilah yang menguasai bahagian ilmu dan falsafah. Kalau aku tulis pasal benda-benda yang agak falsafah, komunis Marxis tu maka tu bukan akulah tu. Aku selalu tulis bab cintan-cintan macam Awek Chuck Taylor. Jack yang menjadikan Teh Tarik Gelas Besar itu macam tu. Kalau aku je, mungkin tulisan berbunga-bunga atau a whiner tulisan cinta gagal. Dan Jack seorang yang perfectionist. Aku tak kisah sangat pasal kalau nak jadi girlfriend aku tapi tidak Jack. Dia ada standard level dia sendiri so kadang-kadang ex aku terpaksa raise the bar to meet his standard. Dan disebabkan ini kadang-kadang karenah yang Jack buat menyebabkan aku banyak kali terkandas dalam relationship.

Jadi sebagai ubermensch aku(ubermensch ialah apa yang dikatakan oleh Friedrich Nietzsche sebagai Superman - orang yang kau harap kau akan jadi), Jack sebagai seorang diktator Stalinist memikirkan apa yang paling terbaik untuk aku. Kadang-kadang bukan takde awek yang nak datang menyinggah, tapi Jack yang cakap tak nak. Kalau aku accept tanpa Jack, dia akan kacau awek tu sampai awek tu menyampah dengan aku. Dan bila gadis ini datang, dalam keadaan aku paling miskin, paling rendah dan paling hina - Jack cakap, mungkin dia boleh membantu aku untuk terus berjaya. Jack pernah bercakap tentang "space monkeys" dengan aku. Dia cakap "no space monkeys, no satelite. No guts, no glory" bermaksud kau perlukan sesuatu untuk mencapai kegemilangan.

Dia berambut curly. Dia bermata hazel.Dia datang dengan meredah hujan dari satu tempat yang jauh. Senyuman dia manis. Dan dia tidak pretentious dengan tahu semua perkara. Dia tidak cuba menjadi macam ex-ex aku yang lain. Tapi dalam satu hal, English dia so flawless sampai aku yakin kalau aku nak translate novel aku dan nak jual ke oversea one day pun kalau boleh aku nak dia buatkan. Grammar aku banyak kali kena betulkan dengan dia ni. Dan dia benar-benar nak memahami siapa Jack. Dengan ini Jack berikan dia peluang - sebab dia tak pretentious dan dia cuba nak memahami keadaan aku.

Dulu - masa aku tulis Bau Semangat Anak Muda, aku ada big argument dengan Jack pasal bagaimana ending cerita itu hendak diakhirkan. Jack berkata jika kau tanam "percaya dalam diri kau" maka benda itu akan datang dengan harapan kau berusaha ke arah itulah. Ini yang dikatakan Jack - "law of attraction". Contoh, kalau kau percaya kau nak awek yang rupa macam ni, dia macam tu, dan kau tanam dalam kepala otak kau - maka dia akan datang. Sebab dalam cerita ini - watak utama, Nizam, yang jatuh cinta dengan seorang gadis cun kat sekolah - Kamelia, yang sebenarnya stalk Nizam dulu sebelum Nizam stalk dia. Sebab Jack nak Nizam, yang menaruh minat dengan Kamelia, untuk berjaya dengan kepercayaannya.

So dia suruh aku bayangkan seorang awek. Aku sebut ciri-cirinya. Rambut curly, mata hazel, tinggi 4 kaki 7 inci lebih kurang, tinggi lebih kurang Ez #3, aku gelakkan je bila Jack cakap "kau bayangkan dan simpan dalam kepala otak kau, esok dia akan cari kau.". Aku gelakkan sebab selalu awek jenis macam ni hot stuff sampai orang macam aku takde chance langsung nak dapat. Orang power macam Obefiend je boleh dapat awek jenis macam ni. Instead, Jack (technically, sebahagian dari minda aku jugak), berkata, "kau tunggulah nanti".

Dan "Law of Attraction" ni akhirnya menjadi kira-kira 6 bulan selepas tu bila dia datang. Aku admit dia ni hot stuff. Sampai sekarang kalau dia jumpa aku pun tangan aku boleh keluar peluh sejuk macam keluar dari peti ais. Dan tak sangka "Law of Attraction" ni benar-benar berjaya. Aku berfikir aku mahu jadi penulis novel - dan aku masih mencuba. Kalau berjaya, "Law of Attraction" ni berjaya. Dan semoga dengan kehadiran dia - buat aku bersemangat mengatasi masalah yang aku sedang lalui ni. Dan aku harap - bila aku dah jadi penulis berjaya nanti, serta ada kerjaya, aku mula fikir benda-benda yang agak serius - kahwin, ada anak, mula nak merancang ekonomi keluarga. Stuff like that. At the beginning aku masih lagi tak memiliki apa-apa lagi. Hutang kawan masih banyak belum settle. Semoga ini satu pembakar semangat untuk aku.

Harap kau adalah "The Perfect Ten" untuk aku.



Lagu tema untuk #10. Both are Liverpool FC fan so we pick this song. Plus, now we feel that we'll never walk alone again.

Ulasan

Wahida Samsuddin berkata…
Good luck with her dude :D
Tanpa Nama berkata…
ayat kau susah untuk difahami, dan membuatkan org mlas nk baca. sorry, just apa yg aku rasa. TQ.
Unknown berkata…
terbalik boleh x? rmbut perang mata hitam..^^,
Amoi berkata…
Weh. Good luck with her.

OMG. I can't believe this. Move on ready ke?

:)
Dekna berkata…
wow..
mmg susah nk paham
tmbh2 bab schizo..
takpe2

whatever is, wish her can be ur perfect girk!

goodluck!
ayin~weeweet berkata…
ini cerita benar ke?yg schizo tu?woahh!

selamat maju jaya beb :)
Halusinasi berkata…
good luck bro...hopefully memang dialah jodoh ko...^^
Ne0 berkata…
jgn hnye hrp die jodoh kau... berusaha ke arah itu... okeh...
ayue! berkata…
wooooo...dh ade yg bjaye knock da door and enter into ur life proudly r. suke2. xsbr nk bace ko tulis bunge2 lak pasni.
rekbing berkata…
berat entri kau nami. xbole baca malam2. otak penat. pagi2 ok

nice btw!
Wadi AR berkata…
baru nk ayat CN ekeke
LAILA berkata…
Interesting entry. serious menarik. I wish I could write something like this. you got talent, seriously. :)
Allah's Servant berkata…
ini cte betul ke?coz aku bru bc psl split personality kat metro.it seems kau dpt idea dr situ coz aku pon bercdg nk buat entry psl DID ni(Dissociative identity disorder)
Tanpa Nama berkata…
Hi! I am so flattered by this entry. Oh baby, you really know how to make a girl smile, don't ya?
But then, I am not that perfect.
About that Law Of Attraction, we (Nami and I) discussed about it but what matters the most is YOU BELIEVE WITH ALL YOUR HEART.
Kalau setakat nak je xdapat la bai.
Aku amat terharu ramai yang menyokong hubungan kami. Thank you Nami supporters!

Baby, nak tulis pasal ni jugak kat our blog boleh? Hehehe. My version. (Poyo je keje)

Sorry guys, gua mmg dramaprincess.

U tulis gak I merempit dalam hujan tu kan? Dengan xde lesennye, xtau jalannye. Hihihi. *blushing
Well, coccain you are made of. What else can be said?

I love you, ma teddy! -Erica
Mcjust berkata…
semoga hubungan kau kali ni kekal. amin...


*aku paham elok je bab schizo tu, manede entry berat... org lain mesti tk biasa baca pjg2 ni.
yeay ! CB da ade awek . yeay :)
happy for you .
awan[is]cloud berkata…
bca entry=blurr
bca komen= ooooooooo ! ^.^
Tanpa Nama berkata…
ko ni cm physco je..
Tanpa Nama berkata…
memerlukan ketahanan mental yg kuat nk pham entry ni.
neway, congrates CB. ^^
Tanpa Nama berkata…
tertarik kat Jack! ^.^
Encik Amman berkata…
Aku baca, aku terasa ada wow factor. Dang! Schizo n ur jack.. Mcm mana korang berkomunikasi dan berdiplomasi itu. Apekah kalau jack yang menguasai , maka kau adalah tidak sedar.
Tanpa Nama berkata…
macam michelle branch rite..hurmm :'( aku pun teringin mcm 2
Akulah Pak Lan berkata…
I heard your blog from a close friends of your, yeah I am a new reader here..

apa yang aku dpt katakan dont giveup man, even sometimes u cant see the light
Tanpa Nama berkata…
@Tanpa Nama

setuju 100%...aku igt aku sorang je tak bape nk phm...messy structure...
Cik Amni berkata…
walaupun ada kalanya aku tak suka baca entri kau sebab tak sependapat dengan aku, tapi aku tak kisah.. sebab masing-masing ada pendapat masing-masing... dan teori kita tak semestinya betul pada orang lain.. asal kita puas hati, abaikan je yang lain...

dan pasal law of attraction, aku sangat setuju dengan erica.. kena percaya dengan sepenuh hati, baru akan dapat..dan aku memang percaya sepenuh hati DIA mendengar bisikan hati kita...

orang takkan percayas esuatu sehingga orang mengalaminya sendiri.. Yeah!

Entri ni tak cukup panjang bagi aku baii! =P
Aslina berkata…
bab tinggi tu buat aku naik sikit confidence level.

sebab... aku tinggi sikit dari tu. 4 kaki 10 inci. wakakakakaka.........

at least aku tak la rendah dan kecik macam orang semua cakap kat aku skang...

akibat ketinggian sebegitu dan muka mcm budak2... walaupun aku 26, tapi budak umo 19 tahun pun iye2 nak jadikan aku awek dia sebab mati idup balik tak caya aku 26. dia ingat aku 18.

huhuhhh...

masa interview keja pun orang terkezut pasal aku ada degree coz dorang expect aku baru 18 for their first impression.

apape pun good luck ah kalo ko dah move on. harap2 happily ever after lah.

bawak2 ah suh jack tu memahami sikit jiwa ko. keh keh keh...
yaya berkata…
bukan senang kan jadi schizo..aku faham perasaan kau..kadang2 terperangkap tak boleh jadi sendiri sebab ada "the other halves"..good luck with ur life..selalu dekat dengan Allah ok :)
PointBlankShot berkata…
good luck brother!
Cob Nobbler berkata…
Tanpa Nama:if let's say you don't understand the jargon words, it's okay - Google will help you.

just want to make it brief.

If you follow my cN column after all these while you might find out it's a messy structural writings - which is what makes me distinguish than others.

In the end this is about Law of Attraction - it's like you will get what you believe in. Tu je.

:)
Fauzan Zain berkata…
macam ryan giggs.bhye btol..kah3
aljambz berkata…
you'll never walk alone nami.
orang kurang rajin berkata…
ini panjang? ini berat? kahkah.

btw untuk Nami dan Erica, aku doakan korang kekal sampai akhirnya :D
Tanpa Nama berkata…
panjang tu tak tp ayat lain mcm.
TheBentPencil berkata…
Walaupun saya dah dapat tahu lebih awal dari FB n tweet, saya masih juga nak congratulate lagi sekali pada korang.

and oh nami, remember what I said on tweet--that your next girl should be the one able to support you emotionally as well?

well, this young but mature and level headed girl, seems to fit perfectly. I say PERFECT TEN!

ohai Erica. :D
TheBentPencil berkata…
p.s. pasni mesti ramai awek beli curling iron. kihkihkih
Tanpa Nama berkata…
Law of Attraction,hukum tarik menarik,dan kuasa niat,aku ada jga study psl bnda ni dan try untuk mintak awek yg hot,its happen n Aku dpt sorg awek spain mix malay, tp x kekal lama,coz i dun hav a car LOL!
damn! i shud ask a babe that dun mind to ride a kapchai wagagaga!! @@

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.