My (Ex) Girlfriend Theme Song

Every sound is a music. Every step you take is a music. Every heart beat is a music. Every breath you take is a music. Music is life.

-Lecturer kelas muzik gua.

Everytime aku ada girlfriend baru, aku akan adakan untuk dia theme song untuk dia - dan kalau cukup lama dan ada idea - i'll write her a song. Muzik bagi aku ialah satu cara untuk kita terus merasakan kita hidup. Dan setiap girlfriend aku - everytime aku dengar lagu theme song dorang - aku mesti tersenyum - even macam mana pun perangai dia, at least dia pernah singgah dalam hati aku.


Luv Ur Life
Silverchair
Diorama

#1
(21.05.02-06.08.02)

First girlfriend gua jumpa kat sekolah member gua.Gua kat sekolah adalah seorang mamat yang pemalas buat homework.So kerja gua melukis komik dan lukis je komik apa yang patut.Gua mungkin tak boleh lukis ala-ala Tony Wong yang gila gempak lukis figure,gua lebih ke arah brader Aie - Blues Untuk Aku dan Aku Dan Sesuatu.Masa gua kat sekolah - gua salah seorang dari trio yang lukis komik kat sekolah,member gua Shay dengan lagi sorang.Shay lukisan dia gempak - tapi gua lebih kepada menjual jalan cerita walaupun lukisan gua tak segempak Shay.

Dan melalui komik inilah,gua kenal sorang minah.Minah nilah first girlfriend gua.Gua kalau cakap ni,mungkin sedikit parabolalah - sebab gua cakap muka dia macam pelakon sinetron.Sebab tu gua sekarang anti cerita sinetron(nanti gua surahkan apa pasal gua anti sinetron).

So,bulan 5 gua dah nak pergi UiTM.Setelah sekian lama mendiamkan diri - kat sekolah pun saling tegur-menegur bodoh,hari-hari akhir gua sebelum gua nak pergi UiTM - dia confess kat gua dia suka kat gua.Dan hari-hari gua di UiTM dipenuhi dengan suasana ceria dan gembira despite skema macam kem tentera.

Tapi segala-galanya berubah bila ada satu mamat ni - mat baju Polo pakai spek dalam shopping complex,berjumpa dan menackle dia.Gua,tidak ada kuasa kewangan,dan menurut surah dari member gua,dia merupakan anak kepada ADUN somebody somebody,gua tak dapat pertahankan sebab apa,sebab gua tak berani.Gua gagal memberi offer yang lebih baik kepada dia.Sebab tu gua anti sinetron - dan gua anti borjois - gua honest dengan lu orang la.Tapi,the despise is not because of emotional basis je sekarang,it's more to intellectual and understand on social class la.


The Reason
Hoobastank
The Reason

#2
(29.03.04-23.05.04)

Sejak gua kena dump dengan minah berwajah pelakon sinetron Indonesia tu,gua hidup dalam kesepian.Akibat kesepian gua bergaul dengan roommate yang suka buat kapal selam.Kapal selam ni bukanlah kapal selam Scorpene tapi bong.Akibat gua suka mengebong dalam bilik,satu hari member gua perdajal,dia simpan bong dia dalam gua punya loker.Gua yang kantoi.Gua kena buang dari UiTM dan sejak tu,gua takde awek dan gua berhenti melukis komik.Melukis komik adalah sesuatu yang very painful.Gua punya phobia sampai komik Shin Chan pun gua tak nak tengok.Padahal dulu - penuh je memanjang komik - dari Aie ke Tony Wong,dari manga ke Marvel Comics.

Lepas tu gua try adjust masuk STPM sambil bekerja di warung tomyam.Kerja gua basuh pinggan.Lepas kerja - gua pergi CC online Friendster.Dari situ gua kenal nombor dua.Nombor dua ni memang misteri - gua tak tau datang dari mana.Dia add gua dan dia cakap gua ni jambu.Feck!Dia mintak nombor phone - gua rasa ni member gua pedajal gua buat akaun lain.Tapi I just give her a slack,gua bagi je la nombor gua.Bukan senang awek nak mintak nombor phone.

Serious,terasa seram pun ada,anonymous.Pastu dia call dan dia memang suara perempuan.Dude,I'm score!Gua tidak lagi menjadi cob-nobbler!Dan dari hari tu - gua declare je memandangkan dia yang mintak,bukan gua.

Tapi minah ni overrule gua.Gua kerja dia cakap gua bercengkarama dengan gua.Gua nak tengok bola dia cakap gua tengok movie dengan awek lain.Gua malas awek macam ni.Paling bingai - final FA Cup - dia tak kasi gua tengok,sebab dia kata ada plan dengan gua.Rupanya nak tengok konsert Akademi Fantasia.

Cinta gua dengan minah ni berakhir bila ada seorang lagi minah datang dalam hidup gua.Later.


Only One
Yellowcard
Ocean Avenue

#3.
(23.05.04-16.08.05)

Gua kenal minah ni dari member satu tempat tuisyen gua.First time jumpa minah ni - gua rasa dia ni snoobish gila.Gila snoobish sampai gua pun actually fade up dengan minah snoobish ni.Tapi gua entah macam mana,dengan awek gua masa tu buat hal,gua rasa why not gua give a try?Anyhow,gua tak nak ada perasaan "I'm cob-nobbler and I'm living on the shite" dalam hidup gua.Gua main missed call phone dia - hasil gua mintak dari member dia.Gila meleis - mintak nombor phone ngan member.Kali keempat gua missed call,dia message gua "if you have a dick why don't you just call?".Peh,gua kena attack setepek.Gua pergi runner kedai topup dan call.At first minah ni agak angkuh dan sombong gak la.Tapi gua call dia hari-hari sambil gua call jugak awek gua yang #2 tu.

Minah ni,first time dia tanya gua,oleh kerana masa tu gua pakai Che Guevara,dia tanya gua soalan-soalan tentang kekirian gua.Serious,macam kena interview kerja pun ada.Macam kena soal-siasat dengan bogon pun ada minah ni.Dia tanya ketulenan kekirian gua ni atau gua ni cuma mat poseur nak bajet cool pakai baju Che Guevara.Dia soal siasat dan gua disahkan oleh beliau yang gua ni memang 'lefties tulen'.Tak tau la,boleh ke ada pengesahan camtu haha!

So,setelah selama berkeluar 'dating' senyap-senyap,gua mengadu dengan dia yang gua tension dengan current gf gua sekarang.So,dia kata,"dump je la",masa tu berbelah bahagi la jugak.Dia kata dia ada solution untuk gua.Rupanya solutionnya adalah,dia jawab telefon awek gua dan cakap dia adalah awek gua.Awek gua #2 menangis emo,sedih dan meninggalkan gua.Gua dah fikir takde nobody - tapi dia yang offerkan diri nak jadi #3,gua ambik je takde banyak tanya.

Dari #3 ni gua kenal abang dia yang perangai cam celaka,dan adik dia yang bakal masuk list jugak.So,setiap malam - gua,sejak dari filem Ada Apa Dengan Cinta,gua suka tulis puisi dan poetry.Sebelum-sebelum tu,gua ada tulis gak lirik lagu untuk band gua Nobody Heroes.Tapi masa Nobody Heroes semua lirik lagu grunge,lagu entah maksud takde apa.Emptiness la konon.Start filem Ada Apa Dengan Cinta,gua tulis poem.Habit tu berterusan hinggalah yang #3 ni.Setiap malam gua SMS poem gua tulis dengan harapan gua boleh bajet diri gua adalah Rangga.Ptuih!Cinta suka Rangga sebab rambut dia macho,muka handsome - gua muka cam Chin Peng.Tapi ya,dia suka baca poem gua.

Cerita #3 ni terlalu panjang sebenarnya - kalah sinetron.Jadi gua pendekkan cerita,dia pindah oversea satu family,gua stay sini.Gua break up dengan dia sebab gua fikir konsep ruang dan masa gua yang tak sama.Dia jauh kat sana sedangkan gua gersang kat sini.Mana boleh dol.Kahkahkah!


Creep
Radiohead
Pablo Honey

#4
(16.09.05-23.09.05)

Dia ni member gua.Dia ni minah yang teringin jadi Cinta sebab takde Rangga,so gua suka layan je poetry dia kat Myspace.So satu hari dia kena dump dengan boyfriend.So dia emo-emo dan sedih.Gua layan emosi dia.Entah macam mana,gua cakap je la,dah kita dua-dua lonely,kita take care each other la.

Tapi,entah macam mana,feeling tu tak boleh.Sebab dua-dua dah anggap macam member.Nak cintan-cintun jadi geli.Last-last downgrade balik relationship jadi member.Senang.Kalau tak,nak cakap je takut silap cakap.Kalau member main lepas cakap je.


Broken
Seether feat Amy Lee
Disclaimer

#5
(11.09.06-01.04.07)

Yang #5 ni gua kenal dari member gua Mamet.Mamet ni dia banyak access awek cun-cun,so gua pun terlibat sekali sama dengan dia.Even masa gua couple dengan #3 dulu,gua ada gak senyap-senyap keluar dengan awek lain.Tapi as member je la.Jangan risau #3,kahkahkah!Ada dari Mamet ni,yang keluar dengan abang anda juga.Kepada Abang #3,pandai makan pandai simpan lauk dalam almari yer.Kahkahkah!

Anyway,awek ni dari apa yang gua fahamkan,adalah dari strata golongan atasan.Gua faham pesaing gua bukan kecik-kecik anak,tapi selepas kegagalan #1,gua tak nak mengalah lagi.Gua sanggup keluarkan ongkos untuk tidak kalah.Ya - gua menang,tapi akhirnya gua tak boleh co-op dengan lifestyle dia,gua mengalah.Gua chow dari dia.


I Wanna Hold Your Hand
The Beatles
I Wanna Hold Your Hand,I Saw Her Standing There.

#6
(19.05.07-08.07.07)

Gua kenal dia bila satu hari,gua datang ke rumah #3.Abang dia kaki riuh,#3 kaki bebel(sorry #3,c'est la fait,kahkahkah!),tapi yang ni pendiam.Aku rasa bila first time berjumpa dengan dia,adalah sama perasaan macam Cinta jumpa Rangga.Ya - gua terbalik.Gua rasa dia ni seorang yang misteri.

So,one day,masa gua nak datang rumah berjumpa dengan #3,kucing #6 yang buta mata sebelah ni melintas jalan.Gua dengan tindakan refleks Edwin van der Sar gua terus melompat ke arah kucing yang tak nampak sebuah kereta yang sedang berjalan agak laju juga di kawasan perumahan.Nasib baik mamat tu sempat brek,tapi gua yang jatuh ni sakit juga.Sejak tu gua rapat dengan nombor #6.Apa kait mengait #3 dengan #6?Ya,dorang adik beradik.

Gua rapat dengan dia sejak dari peristiwa tu.Tidak seperti yang lain,dia ada nilai pessimistik sebab dia mengidap penyakit alalia literalis atau gagap.So,disebabkan penyakit inilah - dia lebih suka mendiamkan diri duduk one corner dan tak bergaul dengan orang lain.

Gua - yang semasa kecil turut mengalami sindrom yang sama sehingga gua Darjah 3 - gua lawan gagap tu,so gua ceritalah pengalaman gua terutama Darjah 1-3 dimana gua dihimpit tekanan hidup kat rumah nenek dapat pakcik cam celaka.Dari perkongsian pengalaman,dan gua perhatikan dia suka tulis poem,suka melukis dan suka menganyam - gua rasa gua boleh masuk kepala dengan dia.Lama-lama lepak,so one day,bila si #3 ni pergi Singapore atas urusan skateboardingnya tu,gua tak nak follow instead gua lepak dengan #6.Ya gua memang bitch masa tu.Abang dia dengan muka pelik - "woit,#3 kat Singapore,apahal lu datang?".Tapi abang dia pun banyak makan dalam jugak,so dia buat silent mode je bila gua dengan #6 ni.

Memori gua tak boleh lupa ialah masa dia main keyboard - lagu I Want To Hold Your Hand.Gua sambung gitar dan menyanyi.Abang dia berjoget-joget atas tangga - slack dia tak pakai seluar senteng je masa tu.Kalau tak,konfirm dah duduk Tanjung Rambutan dah sekarang.Ya - sejak tu jadi rapat sampai plan nak celebrate birthday bersama.Tapi,si #3 sudah tahu dan mengamuk.Start tu jadi slow balik.

Sampai gua break dan beberapa tahun lepas tu,diorang pun ada kat negara atas angin,#3 pun berjaya contact gua.Masa tu gua dah takde apa-apa dan gua rasa ok je la,kan kalau dia add gua.#6 pun turut add gua juga.Haha,entah macam mana - bila MU kalah dengan Chelsea FA Cup 2007 - dua-dua sedih,dan dua-dua declare balik cinta lama yang terpendam.Dia ada janji - kalau gua sanggup tunggu,2010 dia akan pulang.

Tapi,8 Julai 2007 - dia meninggal.Gua tau tu bukan a happy goodbye - but life must rock on - walaupun gua tau amat susah.


Unintended
Muse
Showbiz

#7
(18.11.07-24.05.10)

Gua hidup macam harsh realm gila.Gila cob-nobbler.Loser la senang cerita.So,gua extend dua semester sebab gua nak bagi relax mental gua sejak #6 meninggal.Emosi gua betul-betul tertekan - sampai gua jumpa #7.Nombor #7 ni ditemui oleh abang kepada #3 dan #6 - dia tengok gua hidup dalam tertekan - so dia kenalkan gua dengan nombor #7.What a cupid.Gua masa tu masih lagi berangga-cinta walaupun Rangga dah jadi Joni dalam citer Janji Joni.Pfft,what a lamestain gua ni.Tapi #7 - seperti #3,#4 dan #6 - suka juga kepada poetry.Setiap malam gua bagi poetry.

Lepas tu gua mula hidup selepas universiti.Macam-macam pancaroba gua lalui - #7 banyak membantu gua,especially kewangan.#3 pun turut menghulur-hulur.Pergh,walaupun penganggur - gua boleh stable lagi - terutamanya masa tu baru lepas balik dari UK.Duit pound sterling member suruh belikan rokok,tapai atau apa jadahnya pun dorang tak mintak balik,instead suruh gua simpan.Dapatlah around 100 pound.Duduk rumah,dengan 100 pound aka RM611 yang gua dapat,boleh la survive sebulan dua.

Lepas tu gua ni dirundung masalah yang macam-macam,gua tak contact,dia rasa gua macam menipu dia - dan akhirnya macam-macamlah.Gua breakup lepas dia berkali-kali mintak break up.Dia yang mintak - takkan gua nak paksa teruskan pulak.So,dengan rela hati gua lepaskan.Gua sedih sebenarnya - tapi masa yang menentukan segalanya.Esoknya - gua buat entry ni,sambil tengah bloated gila.


Don't Want A Miss A Thing
Aerosmith
Armageddon OST

#8
31.10.10 - 21.12.10

Segala-galanya bermula dengan Facebook.Dia dapat tau dari member dia yang beli buku Pengejar Bintang.Oh - buku ini DIY - buat sendiri la.I want to know about this guy.All started with that words.

Aku kenal dia bila satu hari dia add aku di Facebook.Start dengan perkenalan di chat Facebook,dia bagi nombor phone,aku call - dan aku jumpa dia di pejabatnya.Asalnya nak jumpa borak-borak tapi akhirnya dia jadi borak-borak topik yang serius.Tentang hal ex boyfriend yang gila talak,tentang dia dah bosan dengan ex boyfriend.

Setiap malam dia akan call aku - vice versa.Duration call tu kalau tak panas telinga bukan berborak la tu.Kadang-kadang daripada malam ke pagi ke malam ke pagi pun pernah.Tu memang menggila la bila call.Sampai aku rasa telefon aku dah nak meletup pun ada.

But segala benda indah tu jadi sengal - bila aku terpaksa berebut dengan ex boyfriend dia.Setiap kali dating mesti ex boyfriend dia call.Aku diam - tak bercakap apa-apa setiap kali call.Siap ada sayang-sayang aku dengar.Memang nampak aku ni bodoh gila tapi aku sabar.

Satu hari ditakdirkan aku naik LRT ke rumah dia.Entah tiba-tiba bila sampai di stesen LRT KLCC - dia terus bangun dari sebelah seat aku,berdiri dan buat tak kenal.Aku panggil dia,dia buat tak tau.Dia buat tak kenal.Sampai ke LRT rumah dia baru dia cakap dengan aku.Rupanya dia nampak ex boyfriend dia naik train(atau muka macam dia).

Start dari tu hati aku dah tawar.Dan dia selalu mintak izin aku nak jumpa ex dia dan aku cakap,"pergilah,I'm not your husband yet".Dan aku berikan privacy sebaiknya.One day,tiba-tiba ex dia call aku dan sound aku macam-macam.Nak pecah kepala aku la,apa la.Aku rasa pissed off.So aku suruh dia decide - pick him or me.Dia marah aku sebab aku menyulitkan dia.Aku tak sulitkan dia - aku nak memudahkan dia - so aku boleh undur diri.Aku tak berminat nak dipecahkan kepala semata-mata perempuan.

So end up - aku undur diri,dan sejak itu telefon ini tak bergayut panjang lagi.


Evan and Jaron
Crazy For This Girl

#9
16.04.11 - 21.04.11

Cinta lima hari.Seperti nyawa si kupu-kupu dalam metamorfosis dari ulat menjadi kupu-kupu.Segalanya bermula dengan si dia memfollow Twitter aku.Dan aku follow dia kembali.Dari mention memention,ke DM - ke panggilan telefon.Si dia menerima aku seadanya.Tetapi - hatinya berkata,dia masih sayang dengan ex boyfriend dia.

Pada hari lahir ke-27,dia ingin bercakap sesuatu dengan aku.Betapa dia tidak boleh melupakan kekasih lama dia.Dia turut berkata - kalau aku tak boleh lupakan #6 - dia pun sama.Dia tinggalkan aku pada hari jadi aku.Well - it's short,but it happens on the day that I'll always remember.My own birthday.

p/s:cob-nobbler,lamestain,harsh realm kalau lu orang tak faham,sila refer sini.
Wikipedia:Grunge speak
Lexicon of Grunge:A Story of Success

Nota:kepada ex girlfriend yang dikenali sebagai nombor-nombor ni,jika ada yang terbaca,silalah dengar lagu kita - kerana walau macam mana faktabnya ending relationship kita - aku masih ingat.Aku takkan lupa.Dan kepada #6 - we never break up,we just be split up by time and space.My eternal love.Forever,like always.

Ulasan

azuwa berkata…
sedihnya. mesti lu hensem kan, ramai pompuan minat, hahaa
Cinderella Rapunzel berkata…
Erh, entry yang panjang. Jap lagi la baca.

Dengar Radiohead dulu.
kuma2 comel berkata…
rmai gle awek?? ehehhehe
aku nabihahaha:) berkata…
utk future awek theme song boleh try faber drive- when i'm with you.. lalala
BESTnBAD fren berkata…
lpk la wei. ak pn mcm ko skang ni. tp nsb ak baek skit la dr ko. damn. laki mmg teruk!
tieykah berkata…
yg Only One tu memang galmour giler tyme sekolah.Sumer dok love in the air tyme sekolah.pergh!
Tanpa Nama berkata…
All this songs, are the ones I know and love.

And oh, that unintended song? I have a little story about it. wanna hear?

A girl met a guy at a bus stop. she tried to chat him up about the weather (cuz she's naturally friendly), but the guy was a bit sombong (or shy, dunno). So she let it pass.

And then how many weeks/months after that, they met again, waiting for a turn in on the firing range. (well somehow luck has it, they both met again in military training 0_o). So they both sat side by side, like that first day again. Quiet.

she got bored, and started humming Muse, Unintended.

"What? Was that Unintended?"
"Yeah, I like that song, why?"
"Me too!"

That very song somehow, cemented them together. And five years later. still going strong.

Why do I wrote this? dunno, cuz I have so much time now, and also I miss both of them so much. Uuuu
Patenggg berkata…
ramai doe awek ko..
tapi aku sukaa..
Unknown berkata…
mesti lu ensem, kesian keh3 ;D
Akulah Aqilah Itu berkata…
cerita lagu unintended tu pon sweet. =)
Tanpa Nama berkata…
Sorry sbb i jd anon. Yes, kita mmg benci anon. Tp i xnak menumpang populariti u. Xbest. Hehe.

Baby, lupekan i ek? Xtulis pn psl i.
Oh lupe, belum declare. Hik3.

I declare ngan Jack kang!

Btw, i hope u take care. Tulis entry ni tgh demam. I hope u r doing fine.

Next week la i merempit jumpe u okay? - Masih belum gaji. Hehe.

And don't be so stressed out kay?

Te queiro. *abrazo y besos*

(Sengaja komen ngada2)
hanis azlan berkata…
aku salute kau sbb kau respect perempuan even yg #3 tu mcm taik sikit perangai kau
yeye berkata…
kau lah antara insan yang sangat menghargai wanita.i like..kehkeh...seb baik aku dh ad ehem2.n mostly lagu2 kt atas tu,lgu cinton kitorang.hehek..


sukalah the way u 'sandarkan pada kenangan'.semua bleh ingat.mantob!
Halusinasi berkata…
tak sangka kau boleh ingat semua tarikh2 tu, mereka semua mesti istimewa untuk ko kan? aku plak, bab2 tarikh ni memang payah nak ingat.
Tanpa Nama berkata…
gua belum tengok siapa writer dia tapi based on lagu lagu yang dia letak gua terus dapat tangkap siapa writer dia. and nasib betul.

you are a good guy (:
gadishebat. berkata…
ok,gila aku boleh baca dari awal sampai habis.aku pun suka ada lagu tema in every relationship.

and aku tau mcm mana perasaan ditinggalkan on our own bday.aku dah terkena wehh.menangis tak hengat punya.tp dat guy tu mcm skandal je.sbb die pun ada gf tp aku taktau. haha. gila kesian. tp takpe, dah lepas.

tp relationship ko byk yg mcm kejap2 je kan. and dlm byk2 tu sure ada sorg yg btul2 kau takkan lupe..harap skrg ada yg lebih baik. semua tu jadi pengajaran untuk teruskan hidup.. :))
Wadi AR berkata…
weh, slh la. CN patutnye
Gumiho berkata…
wahhh,,ramainya..!
mushroom berkata…
aku baca dari mula sampai habis.. sedih.. lagi2 yang ninggal tu.. aku dapat rasa.. sebak woo.. emo pulak aku ni.. yang masa main piano n gitar tu, sweet gila pulak aku rasa
Tanpa Nama berkata…
aku tak ingat tarikh la pulak. salute lu la still ingat.
cik ketawa berkata…
jangan mencari seseorang yang mampu menyelesaikan semua masalah kita.tetapi carilah seseorang yang mampu menghadapi masalah bersama dan tidak akan pernah meninggalkan kita seorang diri untuk mengharunginya ;)
Yuyu berkata…
aku baca dari awal sampai abes.best.

aku dapat tahu macamana perasaan lelaki sebenarnya bila baca entry ko nih...

byk awek,byk ragam,byk pengalaman.
mahirahkamal berkata…
Cayalah Nami! =)
i think u will find your soulmate soon!! Have faith. Insya Allah..
Aslina berkata…
gila ah. semua story lu semua pompuan yg minat kat lu.

phergh.

kagum siak...

aku pun konon kapel bleh tahan ramai. tapi ntah. accept bodo2 je. sebab nak isi masa lapang dan ikut trend. dorang dump aku lantak dorang la. sebulan je aku emo. lepas tu aku teruskan penghidupan seperti biasa sebab aku tak rugi ape pun. dorang ah rugi topap dan bil telepon. bukan aku. huahuahua!!

gua tarak masa nak cintan-cintun ni bro!! hahahahh...
Tanpa Nama berkata…
emmm.....best2 tp ni cite betul2 ke tipu...sng jer lau nk create sndiri kn3..hehhe
Cob Nobbler berkata…
Tanpa Nama yang last:well,aku kalau nak create better aku cakap aku pernah couple dengan Diana Danielle.

Alang2 nak menipu kan?

LOL!
Cob Nobbler berkata…
AKU:memang aku ni membosankan pun.

Tanpa Nama abrazo y bezos:abrazo y bezos muchacas!

hehehe..Ingat kat Jack je ke LOL!

mahirahkamal:thanks!

semua:No I'm not handsome.But a man treat girl the way they should be - itu je la.

Handsome tapi layan perempuan macam kucing gua layan najis dia tak guna gak.
peek a boo berkata…
Ramai gila awek. Umur dah brape ni? Kekeke.

Nway, benda2 yg jd ni sbnrnya ada pengajaran spya kita tak ulang kesalahan yg sama. Kalau cara tu x bleh, try cara lain.

One day, perhaps sooner, u'll find someone that good enough for you. Bila ms tu tibe, confirm, u'll be thankful atas apa yg pernah jd sblum ni. Be happy :)

Cheers! :)
Tanpa Nama berkata…
tak boleh dengar #7 punya anthem
very heart-broken.

*sorry jadi anon
heym berkata…
I read fr first till the last, and its awesome. How u remember all the song bout u n them? tulis diari eh? :P
Nur berkata…
pergh..ramai giler tuh. Sweet giler ada lagu untuk setiap orang tuh..
mochalisa berkata…
aku suka gf hang yg #3 and #6 :)
Masturah Idrus berkata…
friendster, myspace, facebook, twitter.pendek kata 'social network'. possibility to connect us with the wrong person is high!

Kau ni macam encik H aku, segala benda dia ingat, pasal diri aku pun dia ingat,padahal aku tak ingat pun.

Aku ingat pompuan je bulih di rename sebagai bitch. hahah.
Tanpa Nama berkata…
Nami : Mane ade ingat kat Jack je la.
Jeles la tu. Hehehe.

If i ingat kat Jack je, xde la gayut ngan u dari sampai pukul 6 pagi.
Hehehe.
Kalau xkeje arini sampai pukul brape pn i xksh.

Sape nak tau real name Jack?

Sorry Jack, I just love to troll you.
Adinda berkata…
Tak ssangka ada gak laki yang minat tulis poem;minat Cinta dan Rangga.The song Tentang Seseorang in AADC is a theme song of my past relationship.
shahirahkhairudin berkata…
aku sedih bila yang no #6 tu pergi. Aku pnh bca cite penuh dlm tumblr.
MaFia Murano berkata…
Saya bukan ex awak pun, tapi nah lagu ni saya dedicatedkan untuk awak.. Will.I.Am - Heartbreaker.. Lagu itu sesuai dengan awak.. haha ;p
Yana Shaharuddin berkata…
panjang karangan anda
but i likeeeeeeee
Tanpa Nama berkata…
pnjgnye................
nk muntah
Nurul Atiqah (iQa) berkata…
agak panjang entry..tapi still bace..coz u know what..agak terharu bile ada lelaki still ingat tarikh tarikh penting and masa bercouple..heee..even u hane a lot of gf..nice entry =)
Unknown berkata…
one day akan jumpa yang sesuai kot tapi apa2 pun yang paling penting cinta kepada-Nya..^^
gds berkata…
wahhhh. #6 sedih.
sabar, itu key paling penting. hehe
Izzah | zulkifli berkata…
pergh..rmai gle awek..

sdih jea bace..rlax2 keyh.. =)
Tanpa Nama berkata…
masalah jiwa. =='
arra aziz berkata…
an honest love story.salute! =)
Tanpa Nama berkata…
x kire nak komen gak! walaupon da terlewat...kisah cinta awk ni something la...giler ah...kuat semangat la awk ni...berlinang gak air mata + sebak...rasenye susah nak jupe lelaki camni...
dan...first time rasanya bace love story camni...
semoga tabah menghadapi kehidupan di masa akan datang...:)
Tanpa Nama berkata…
rasanya pernah bace sal #6 tu....corak penulisan u i kenal... entry yg bagus...xleh blah sy dpt fokus bace 2 3 kali...sbb nk tgk susunan tempoh tu...hehe
QarteeNi berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
QarteeNi berkata…
perghhh . x penah lagi aku jumpa laki mcm ko . salute bro . citer kite lebih kurang . ko pun trima spe je yg nak kat ko . but start from now , maybe ko patut fikir masak2 dulu . maksud aku , ko pilih lah orang yg bleh wt ko tsenyum setiap hari . hati lg penting dari rupa :) . hope ko akan jumpa mrs.right ko lepas ni .
Wardah alisya berkata…
hope you will find ur soulmate oneday~~
Tanpa Nama berkata…
awek2 kau mesti jeles dengan yang num6, sebab kau takkan mungkin lupa rasa cinta tu.
fi berkata…
senyum.
setiap orang punya kisah.
setiap kisah punya rasa.
setiap rasa kadang ada bahagia mahupun duka.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.