5 Mei 2011

Perempuan High Maintenance. Kau Sanggup?

Marilah kita meninggalkan saat saat sedih lagi jiwang romantis bagai. Hari ni ER ber mood happy happy lagi sarkastik bagai. Jadi sambil lepak memandang sekeliling, harus lah berkongsi pelbagai maklumat hal dalaman dan luaran wanita.

So, tajuk kita hari ini HOW TO SPOT HIGH MAINTENANCE GIRLS? Bukan How To Spot The Differences okayyyyy? Jadi marilah kita memulakan pengembaraan penuh makna dan juga peringatan kepada kaum kaum Adam supaya mem'prepare'kan mental dan fizikal sebelum terjerumus ke dalam relationSHIT dengan mereka meraka yang di dalam senarai tersebut.


1) Handbag, Kasut, Baju, Bra, bagai apa kejadah semuanya nak BRANDED
- Haruslah diketahui wahai lelaki lelaki sekalian yang perempuan punya barang ni most of it memang murah. Dengan SALE bagai. Nak dress cantik kiut miut pun boleh dapat harga RM25 kat Sungai Wang. Lelaki ada? Baju kemeja kerja pun bapak mahal. Patut lah asyik asyik tengok pakai baju sama je. Soooo, apabila si Perempuan ni memakai pakaian branded dari hujung rambut sampai hujung kaki, sangatlah dipercayai 100% bahawa mereka ni high maintenance orangnya.  Sebelum memulakan langkah haruslah diingatkan bahawa gaji anda paling koman pun 5 angka. Nanti susah nak jaga pulak, siapa yang susah?

2) Jenis makan dessert yang stock berbelit lidah nak menyebutnya
- Jenis-jenis golongan ni selalunya suka lepak lepak minum petang or after makan akan memesan Creme Bulee, Pavlova, Macaroons, Truffles,  Madeleine au chocolat, Baumkuchen dan sebagainya. Bukanlah seperti gadis gadis tipikal yang lebih suka makan Kuih Kaswi, Epok Epok, Tepung Pelita atau enjoy makan Pisang Goreng cicah sambal kicap petang petang. Kalau rasa segan nak menyebutnya maka pandai pandai la belajar usha usha. Orang kata tak kenal makan tak cinta. Ye dak?

3) Sentiasa kelihatan bergaya memanjang
- Naluri perempuan maybe. Tapi mereka yang tergolong jenis macam ni memang memerlukan dana yang lebih apabila berkahwin kelak. Haruslah kaum Adam memahami bahawasanya jika anda memerlukan seorang isteri yang sentiasa kelihatan cantik bergaya, investmentnya juga besar yeeeee. Apa tak nya, salon rambut, manicure, pedicure, eyelashes extension, makanan organik (jaga badan u ollss), spa, kosmetik berjenama, rawatan anti kedut, anti gemuk, anti jerawat, anti jeragat, anti hitam, anti apa-kejadah-la-sial-banyak-gila-duit-nak-perabih. Ingat senang ke nak maintain cantik? Kalau agak agak tak larat, lupakan sahaja niat suci murni mu itu.

4) Mereka suka sangat jaga STANDARD
- Contohnya, lunch makan kat Food Court je, tapi perempuan perempuan ni pergi Coffee House Kat Hilton. Ataupun kita delivery McDonald or Pizza Hut, mereka guna Room Service Deliveries order dari restaurants The Fish & Chippery, Pride of India, Brisik, The Talk, Las Carretas, La Bodega, Euro Deli atau Planter Jim's. Kita lepak Summit USJ, mereka penuh kat Michelangelo, Pavilion. Kita window shopping je...tsk..tsk..tsk, dieorang pulun semua penuh dengan paper bag, LV, Gucci, Prada bagai. Jadi apabila dah nampak dari jauh paper bag tersebut stock 6 orang angkat, sila ukur baju di badan sendiri ye. Sebab apa? Sebab STANDARD habis ah tu kannn kalau memilih air mineral, ngan air minuman ngan air reverse osmosis. Nak minum air Bling H2O atau Veen je.

5) Jenis semua pun tak boleh
- Haaa.. ni jenis memang rasa nak penampar. Tapi jangan terkejut sebab memang ada jenis lelaki yang suka melayan ataupun memang manjakan. Lama lama memang jadi spoil dieorang tu. Jenis ni memang tak boleh nak kena panas, tak boleh jalan jauh, tak boleh berpeluh, nanti cair make up la, nanti kuku patah la, nanti rambut kering la, nanti tu lah, nanti ni lah, nanti mampos cepat la. So lu orang haruslah mempunya kereta gojes lagi aircond super kuat dan juga melawati tempat tempat yang up up dan sila lempang diri lu orang sekrang kalau lu orang rasa lu orang memang bukan jenis melayan awek awek macam ni ye. Pastu apa lelaki tu pakai pun banyak complain. Kena pakai ni, ni, ni, tak boleh pakai tu, pakai brand ni. Haa.. Amik kau.

Kesimpulannya,
Gua rasa tak salah kalau perempuan tu berabis duit untuk diri sendiri. Dah penat kerja, haruslah berbelanja sakan kan. Pada gua perempuan yang high maintanance ialah perempuan yang buat semua benda kat atas tu guna duit poket sendiri. Tak salah nak manjakan diri sendiri bai asalkan bukan bergantung pada lelaki. Memang susah nak maintain tu semua. Ye lah dah biasa buat benda tu sekali je kahwin, dah tak dapat buat sebab ye lah dapat laki jenis suruh lu duduk rumah pastu bagi belanja sebulan RM350, pastu hujung bulan siap cakap apsal la lu sebagai isteri gila selekeh, tak macam dulu dulu? Cakap ngan laki lu jangan banyak cekadak, ada hati nak kat lu, dana tak bagi lagi nak expect lu bergaya macam Victoria Beckham.


"Bang,  hadap je la minah pakai tracksuit ngan t-shirt free BN ni haaa.."


p/s: kalau lelaki jenis berduit, anak tokey SYABAS apa ada hal ye tak?

36 ulasan:

Wadi berkata...

muahahaha tepat sekali ER. tapi aku xmcm tu. xreti gune beranded-beranded ni :D

AlexiaAqram berkata...

macam puki.

puki pun tak macam ni.

gua pakai bundle je kak cik oi. tapi, bundle2 gua pun, paling cibai Uniqlo, Trusadi, Ashworth, Greg Norman, Mark Spencer dan tak lupa Beams.

tu dia abaq ang!

AlexiaAqram berkata...

ouh, lupa. perempuan sebegini harusss tahu apa itu penangan hennessy. VSOP ape de hal ye dak?


pergh!




;P

izz berkata...

tapi aku yang nombo satu tu je B-)

aku makan gak putu piring, cara berlauk, kuih kaswi, pisang goreng dan kuih muih tempatan seumpamanya. bende makanan western kau sebut tu aku tak penah dengar mahupun jumpa, haha.

aku tak bergaya pon,, jeans-tshirt-hoodies-skechers (tapi branded lah semua hihi)

jaga standard lagi lah tak,, aku lepak je mapley2 depan rumah, kat foodcourt, warung2. haram tak penah aku pegi tempat2 yang kau sebut kecuali mcd pizza tu ye lah kan. alah, biasalah mcd pizza semua pon mampu.

nombo 5 tu lagilah haram bukan aku. aku berdikari gila kot.

yang kesimpulan tu, aku setuju hohoho :D

jadi kesimpulan aku, kalau aku ada kategori yang nombo satu tu je pon dikira high maintanence? 0.o

Cob Nobbler berkata...

next time gua tulis pulak high expectation lelaki pulak.kalau perempuan ada high maintanance,lelaki ada high expectation.

tunggulah..tunggulah..

p/s:nasi goreng ER sedap tahap dewa.

AlexiaAqram berkata...

jenis makan nasi goreng sampai teringat mention lebih seminggu ni memang 'ada lah' tandanya tu.








keh keh keh!

misz aisya berkata...

huhu..high maintainance tp tak sussahkan org laen xpelah..

putrifayad berkata...

hahaha..btul2 high maintenance gune duit sendiri x pe..:) jgn susahkan orang lain..

MR berkata...

"Bang, hadap je la minah pakai tracksuit ngan t-shirt free BN ni haaa.."

= ="
macam stok baju aku jee

hanani fiee berkata...

aku sebagai pmpn pon lngsg xsuke pmpn cm ni.mengda lebih. and mesti berlagak kaya + sombng . tp xsume r

Akulah Aqilah Itu berkata...

kau dah buat aku teringin gorang pisang cicah kicap. Aaargh! Kat sini diorang tak bagi kicap. =(

Jemari MonteL berkata...

ai punye baju beli reject shop je bang...
kasut ai kat pasar malam... rege 10 hengget 2 pasang...

tp kalo nak high mentenen tp pakai duit sendiri pekesah??? janji tak pakai duit org lai... la la la

b a m b a m ' s berkata...

kalau duit dia byk xper ar.. hehehe.. den takdo duit.. beli baju pon bundle jek..hahaha.. :P

My Dear Carol berkata...

hahha nice topik..kenyataan yg x dapat dinafikan oo..

Aslina berkata...

kampungnya aku.

patut la orang tak pandang. :(

fatinizzati berkata...

aku makan goreng pisang :)

vampire's lovex berkata...

betoiii pmpuan jenis ni selalu nya blnja pakai duit sniri je takda nak kikis hrta laki selalu nya..


so lelaki yg nak pmpuan cmni,byk2 la keja kuat2,pastu gaji tu kasi up setara dgn kenaikan hrga brg kat mlysia ni haaaa..

kbai

Nur berkata...

no 5 tuh menyampah giler..ada jugak lai yg sanggup melayan eh

♥c!k Ann♥ berkata...

wakakakakka!!!!

kuantiti vs kualiti....
saper nak jawab?

x salah kot berhigh class kalo titik peluh sendiri...

p memang x malulah jalan berdabik dada kalo supplier bukan dr poket sndr...durgh??!!

hahahha...

ader ke yg sggup perabih duit ntuk pompuan skang??
n ader ke yg sanggup perabih duit untuk lelaki??
zasss

eira sakura berkata...

aku sk bli bj kt times square jer kot..
kiut loh..
murah2 lg..
brg plg mahal aku rembat minyak wangi n kasut..
tp suka ht aku la nk pki bdr branded ke pe,aku pki duit aku bkn pki duit bf aku pn..
wahahahahaha..
penat keje then g shopg..
perghhh..
knikmatan bganda..
hlg letih aku..
wakakakakaka..


gunelah perfume treson in love from lancome..
hlg stresss siut~~~

Tanpa Nama berkata...

aku lgi prefer prempuan jenis mcm nih. sbb, diorang nih kurang didekati oleh lelaki(takde bran la tuhhh) ;p ,
susah na tackle, ada class, fashionable, pndai memperagakan diri.
-SZ-

shimakamal berkata...

nasib baik tak tergolong dalam high maintanence.gua apa pun gua lalu:P

shimakamal berkata...

gua nasib baik bukan high maintanence ape semua pun gua lalu:P

make up uptown.baju danau:P

fatenalina berkata...

semua itu semata-mata untuk dunia..???
O EM JI !!!

zey berkata...

oklah tu, at least girl yang high maintenance nih guna duit sendiri. tak gitu?

yunZ berkata...

ahaha..aku pakai cap ayam jek.murah pun kalo pndai gayakan orang ttp kta cantik :) pcya tak kalau aku kta bju aku smua cap ayam n rmai kwn yg ingt aku bli high branded nye..ahahaha

op terq berkata...

nice one akim, tp aku nk share sket, aku pernah ada gf yg mmg gila2 high maintenance. yelah dtg pn dr family org berada la senang cita. tp die jenis yg tadehal nk lepak mamak maple smue, mkn pn xberkira, kira die xbergantung dgn family die sngt la. rajin kerja nk dtpt duet lebih, better dpt perempuan yg mcm tu aku rasa:)

SangDaraPujangga berkata...

@Akulah Aqilah Itu aqilah sayang, pernah dengar iklan budak makan goreng pisang cecah sos cili cap jalen dengan mak dia tak?

♥c!k Ann♥ berkata...

@op terq...
nice one!
dats what im talking about!

♥c!k Ann♥ berkata...

@op terq...
nice one!
dats what im talking about!

ak ttp ak berkata...

Haha.. ak tergelak besar bc entry ni.. ak leh trime lg kalo prmpuan high maintenance, sbb biase kt dgr n nmpk.. tp kalo laki yg memiliki ciri2 kt ats caner?? bf ak dulu high maintenance.. walhal ak x ksh pun. ak x ksh pun kalo dia kuar dgn ak pkai t-shirt pagoda n seipar.. serius ak x ksh.. tp dia memnag high maintenance.. ak yg simple ni lak yg risau kalo dia xnak kuar dgn ak.. dh tu nk pau duit ak lak tu.. menyampah!

H.A.N.A berkata...

first of all, aku nak tergelak! sbb mmg trueeeeee.

aku bukan jenis mcm tu but dlm point2 yg ko bg satu je aku setuju beb. BRA MAHAL. barang mahal memberikan effect yang cantik. agree? NO?!

selain dr tu, bab toiletries. yeah high maintenance gileeeeeee.. aku yg perempuan ni pon takutttttttttttttt.. EVERYTHING MAHAL!

anyways, tu smer rezki beb..

Bg AKU, selagi tak duduk sebmbung dengan perempuan, ko tak tahu tang mana high maintenance sbb perempuan mmg mcmtu. 1 akal ? nafsu. THINK!

TheBentPencil berkata...

Hm...baguih punya entri cik reeney. cuma dah lama tak jenguk ini blog.

bagi saya, ppuan high mantainance bukan saja ditakuti oleh lelaki, malah ppuan juga.

cuba jadi bestfren diorg sebulan dua. kalau dulu gaji habis dalam masa tiga minggu, kawan dgn awek high maintainance seminggu lepas gaji dah kering.

mana taknya dua hari sekali shopping. kalau keluar shopping dgn diorg kita akan terdorong beli sama. Dan dia masuk beli macaroon ke ice cream cake ke, mocha frappe ke takkan kita duduk luar cafe je ye tak?

serius. skrg geng dengan member2 mapley je. senang hidup.

ishiko berkata...

adesssss... keh3x... penatt wooo ^^

Encik Amman berkata...

Tak salah nak beli barang branded, kalau itu duit dia. Tapi bab demanding, yang cerewet, yang itu tak boleh ini tak boleh. Hehe.. memang semak la. Lebih baik yang bersederhana dan jenis beringat. :)

Tanpa Nama berkata...

t-shirt free BN?? muahahahahahaha