26 Mei 2011

Maybe She Will . Maybe Not.



Bagaimana ya hendak aku mulakan? Tolonglah. Kenapa kamu terlalu menganggap cinta itu amat serius sampaikan setiap masa dan waktu perlu kamu ambil tahu perkembangan pasangan 24 jam? Mungkin kerana kamu terlalu sayang. Kamu terlalu bersikap tidak mahu melepaskan diri dari perjanjian dan obses dengan pasangan kamu sebenarnya.

Itu tidak steady namanya. Tidak layak untuk kamu merasa terlalu comel dalam berpasangan jika itu yang kamu sedang lakukan. Ini bukan pernyataan kelakar. Tetapi aku lihat, sangat berbeza pandangan kita mengenai cinta dan komitmen. Eh, kenapa ya?

Aku perasan, dan mungkin kamu perasan yang kita di umur muda ini terlalu sangat mengikut PERASAAN dalam bercinta. Ikut alunan lagu-lagu dewi dan mahakarya yang melalaikan kita dari menjadi seorang normal. Normal seperti manusia, bukan seperti budak-budak rambut emo/gothic yang tak habis-habis memegang jambul di depan untuk di luruskan. Ataupun perempuan-perempuan bermata bulat hitam hasil dari contact-lens dari Korea. Aku rasa kalau aku ada penyembur nyamuk, mahu saja aku nyalakan pemetik api dan semburkan ke arah mereka. Biar terbakar, padan muka.

Terfikir tak tentang nenek dan datuk kamu, atau ibu dan ayah kamu dengan situasi sebegini ;
"Nenek, atok mana? Tak nampak dari tadi?"
Lalu nenek kamu jawab,
"Entahlerrr, kejap lagi baliklah tu"
Berbanding kamu pula bila di tanya ;
"Eh beb, boyfriend kau mana?"
Dan kamu menjawab,
"Ini yang aku risau, dia tak call-call aku dari tengahari tadi, entah-entah keluar dengan perempuan lain"
Aku cuma nak cakap. Heh.

Mungkinlah semua orang mempunyai lagu cinta. Bahkan, lirik cinta. Cinta di ranjang memang menyeronokkan dengan alunan lagu John Mayer bertajuk Gravity. Ada sesetengah lelaki menganggap feel lagu cinta di atas ranjang berbeza dan ampuh penangannya.

Tapi, janganlah salah sangka. Aku tak pandai bab ranjang-ranjang sebegini. Apatah lagi di dalam Perodua Myvi berhawa dingin pada waku malam. Di sinari cahaya dahsboard bewarna jingga. Percaya atau tidak, kereta nasional sering menjadi ranjang kedua pasangan bercinta. (masih dalam kajian)

Entahlah, jika aku cubit pipi teman wanita aku, yang aku nampak hanyalah nota kosong. Umpama berjalan secara solo di dalam Pavillion. Janggal tapi menyeronokkan. Lagak tapi tiada duit. Tapi, hati tetap gembira sebab dapat melihat pelbagai aneka buah-buah yang ranum dan wangi. Eh, aku mula mengarut lagi. Maaf.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk menjadikan lagu-lagu bercorak post-rock ataupun post-metal sebagai lagu tema cinta aku. Ia tanpa lirik. Hanya bayangan dalam fikiran mencorakkan cerita di dalam sebuah lagu. Ia hanya sekali petik, bukan sengaja di reka. Seperti lagu ini ;




To the skies from a hillside. Aku analogikan lagu ini dalam menyamakan cinta itu perlu mencari dan di cari. Bukannya terhegeh-hegeh mengenangkan yang lama itu masih tetap terbaik. Perbandingan. Ini bumi. Bukan Cybertron. Sedangkan Optimus Prime sendiri selesa duduk di bumi sambil bermegah dengan lori-nya yang berkilat. Yang kamu masih di takuk lama kenapa?

Oh aku tahu. Kamu buntu. Ya, aku turut merasakan buntu bila terkena dugaan. Kadang-kala mahu saja ambil tali, gantung diri. Biar orang lain menyesal. Ataupun berenang ke tengah laut, membiarkan diri tenggelam di mamah longkang Selat Melaka. Itu semua bayangan, akhirnya yang aku hanya mampu lakukan ialah duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Korek hidung kedua-dua belah tangan misalnya.

Sungguh rumit pemikiran kamu dalam cinta. Ambilah lagu di bawah ini. Tanda ikhlas dari aku tentang cinta yang rumit. Kalau kamu rasa rumit mendengar lagu ini. Jangan gusar. Bukan kau seorang saja yang pakai shawls, loafer mahupun skinny jeans. Ramai lagi manusia di luar sana yang mempunyai pemikiran rumit dalam cinta.

Sendiri yang merumitkan keadaan, lepas itu salahkan orang lain. Memang tak guna punya kognitif.


10 ulasan:

peek a boo berkata...

Itulah beza kalau bercinta ngan kahwin. Kahwin tu kire mcm dah for sure org tu terikat ngan kita, sbb tu x kisah pg mne2 pun. Tak mcm bercinta, x terikat. Bukan tak percaya tp berhati2. Ni pndangan aku lah. Biasa lah perempuan, syg tu lbih sikit kt pakwe. Ini pendapat aku lah.

Pape pun, kalau ada jodoh tu x kemana, usaha takat termampu. Sampai masa, kahwin. So chill! :))

Ada berkata...

OMG BF AKU IS LIKE 24-7 TANYA SOALAN YG SAMA. SAMPAI AKU RASA KENAPA-LA-AKU-COUPLE-NGAN-DIA-SINGLE-KAN-BEST? huhu.

dah la tanya soalan sama hari2. aku dah naik muak ngan soalan dia tu. isskkkk.

im sooo not the kind of girl yg suka menyibuk kat bf 24-7 tanya buat apa-sihat ka-dah makan ka-dah mandi-dan blablab.

aku lagi suka mesej bila perlu. call bila betul2 rindu.

tapi bila aku ckp mcm tu kat bf aku, dia tak faham. dia ckp aku dah boring ngan dia.

OHHHHHHH GODD!! oke ter-emo.

milimilo berkata...

omg so true lahhhh. lagu kognitif ni panjang gila tapi.

mendatak hijau berkata...

50-50

Halusinasi berkata...

tak suka akan cinta, sayang, atau rindu...dh muak

AlexiaAqram berkata...

first of all, sorry. aku ada buat kesilapan dalam tatabahasa. tapi, tak mengapa, dah edit tadi.

@peek a boo

bercinta tapi dah buat hubungan seks pun lain ceritanya beb. aku dah jumpa banyak kes. buntu aku memikirkannya.

@ada

bercintalah bila di perlukan. jangan jadi hamba cinta.

@milo2

selamat datang ke prasasti unik.

@mentadak

besok naiklah ke 60-40. hehe.

@halusinasi

berhenti baca terfaktab. serious.

Wadi AR berkata...

sila kawen cepat!

Amni berkata...

Dulu tunang aku macam ada... tapi dah lama2, cool je kitorang... perlu sms, tak perlu, tak payah.. nak cakap, call je terus.. tu pun ada tak sampai 5 minit.. yup! kecuali kalau dah rindu betul2... baru cakap banyak.. tu pun, tengok keadaan jugak.. aku? kdg emo jugak... sebab macam dah lain dah kan... tp bila fikir balik... mungkin sebab dah matang... nice entri!

syeedafabewlaz berkata...

bgi aku,,,mmg tak perlu la nak smpai 5 mnt kol,,,kalau rasa tak pecaye sgt,,,3g je tgok awek or boyfie tuh kat mane,,,lgi sng,,,kalau dye tgh curg kat tmpt pelik2,,msti kantoi,,

laskar pelangi berkata...

bila dipersoalkan pasal cinta.. rasa nak tolak jauh2 pun ada perasaan tu..kadang2 cinta tu menyampahkan!
benci bila fikir. perasaan tu tak boleh nak lari...

bila cinta sudah takde. mula nak mencarikan..dah memang lumrah dunia kot