29 Mei 2011

Saranghaeyo~

Ape first impression korang kalau aku kate aku suka dengar lagu korea? Taktau la kan. Tapi, bagi aku setiap orang ada kesukaan masing-masing. Kalau ada orang suka dengar lagu yang bila-dengar-je-mesti-nak-headbanging, mungkin ada yang suka dengar lagu bila-dengar-je-rasa-nak-melentok-kepala-ke-kiri-dan-ke-kanan-dengan-sangat-mendayu-dayunya. So, itu kesukaan masing-masing yang takde satu law pon dalam dunia ni yang boleh judge benda tu salah atau betul selagi tak melanggar syariat.

So, skang ni aku nak reveal yang aku memang sedang addicted tengok citer-citer korea. Aku tak kesah la korang nak cakap aku tengok muka laki yang macam pompuan ke, aku tengok sebab ada kumpulan Gegula atau 24 jam 7 hari ke, yang penting aku memang suka tengok citer korea. Mostly aku suka tengok drama dan variety show. Drama korea ni macam jugak drama hindustan. Ada lagu sendiri dalam filem. Tapi, takde la sampai menari-nari kan. Cuma, lagu tu akan membuatkan korang immersed dalam certain situation.

Dan kenapa aku suka sangat dengar lagu korea? Sebabnya, walaupon aku tak paham setiap patah yang dorang nyanyikan, tapi aku dapat feeling tu. Taktau kenapa. Lagi feeling kalau masa tengah tengok citer tu, keluar lagu yang jadi background dan keluar jugak liriknya. Kekadang feeling lelebih pulak bila dapat tahu maksud dia. Kahkah. Rase macam lawak pulak bila tules macam ni. I mean, gtau terang-terang tentang kesukaan aku dalam blog. Sooooo not me. =.='

Biasanya semua lagu korea aku layan. Nak layan saje tanpa memahaminya pon bukanlah aku. So, aku sedang sedaya upaya belajar bahasa korea sket-sket. Entahlah. Mungkin betul kate orang. Kalau dah suka, macam-macam sanggup buat. Haha.

Tapi, untuk entri ni, aku ada satu lagu yang aku nak dedikasikan buat seseorang. Aku harap dia baca. Dan lepas dia baca, dia sedar yang dia adalah orangnya. Ehem ehem. Dulu masa first time dia nyanyi lagu ni kat aku, aku dengar lagu ni je berulang kali. Tapi bila keadaan berubah, aku dah tak boleh dengar lagu ni lagi. Pedih. So, untuk kamu, lagu ini saya dedikasikan kembali.

Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam

Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu

Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia

Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas 
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu


Rindu itu ada. Rasa itu wujud. Cuma, perlu disembunyikan. Walau apa keadaan sekali pon. 
Saya doakan kamu bahagia. :)


p/s: Rindu gua tau bila gua dah takde lagi nanti. Live life to the fullest yawww! Annyeong~ :D

14 ulasan:

aRa Naz berkata...

sama laa..minat lagu korea, drama, show, memacam lagi laa...hak3..terutama show dorg, kelaka gile..^^

aQi + GenGkey berkata...

pergh..
igtkn lirik lagu korea td..
rupe nye lgu search...:D

Ila Mhd Noor berkata...

kite same laa.. i pun minat cite, lagu and sume la pasal korea. dh t'lbih addicted da ni.. heee ^_^

~Ati_Hime~ berkata...

tak tau plak aku lagu kejoraku bersatu org korea nyanyi..kihkihkih..aku plak suke dgr lg jepun..lantak la klau aku x phm..hehehe..

Cik TeN10 berkata...

betul2 !! drama korea kl tgk mmg feel abes !! rsa mcm kita plak lalui jln cerita..

Cik TeN10 berkata...

betul2 !! drama korea kl tgk mmg feel abes !! rsa mcm kita plak lalui jln cerita..

strawberrycincau berkata...

guwa pon minat tahap gaban ngan lagu2 korea.. sngt mndalam mksud lirik2 dye... wuwuwuw..

peek a boo berkata...

" Lagi feeling kalau masa tengah tengok citer tu, keluar lagu yang jadi background dan keluar jugak liriknya. "

Setuju!. Drama korea mmg ada lagu2 dorg sendiri. Even tak paham lirik tp somehow lagu dia mmg boleh kasi feeling lebih utk certain scene dlm cite tu.

Wow, lagu search tu theme song. Best!

" Rindu itu ada. Rasa itu wujud. Cuma, perlu disembunyikan. Walau apa keadaan sekali pon.
Saya doakan kamu bahagia. :)"

Same goes here ;)

anisamir berkata...

entry ni buat aku truja nk komen.
cter korea best sbab plakon nsem. *wink* variety show diorg kelakar x hengat.

nunui Joe berkata...

suka drama korea jugak! :D

Nadirah berkata...

Oke nie best!

nursayidatina berkata...

sungguh,MENARIK :)

p/s : jangan hilangkan rasa itu :)

A, is for Anomaly berkata...

heheh aku tak malu mengaku aku pun sebenarnya addict dengar korea ni walaupun bukan semua artis korea tu aku suka.best pe walaupun honestly aku tak faham pun apa maksud lagu diorang tu,tapi nampaknya obsesi aku mengatasi segalanya sampai sanggup beli original album pastu tampal poster besar2 kat bilik.dan juga the fact aku sebenarnya seorang metalhead membuatkan orang sekeliling aku keliru dengan personaliti aku wahahahaha!

Syafi Najihah berkata...

Hi,
ade nak beli :-
Korean Drama
Korean Movie
Japan Drama
Chinese/ Taiwan Drama
Japan Movie
Korea Variety Show
Korea Concerts/ Award~
semua murah2.. Affordable and always available.
For any INQUIRY for price etc or ORDER please DIRECTLY EMAIL ME AT geniuslowpro5@yahoo.com or just pm us^^
tdapat dlm format DVD, VCD dan DATA
http://www.facebook.com/?ref=tn_tnmn#!/pages/Twinkle-Trio-Shop/320463608032717