21 Mei 2011

Pertama bukan terakhir

Hoi!

Nama gua Leplep, mana yang makwe boleh panggil Abang Leplep. Mana yang pakwe pulak boleh teruskan panggil Leplep je,jangan ngade-ngade nak jadi gay panggil gua abang jugak. Gua syak gua tak payah terangkan banyak pasal gua sebab orang putih kata mystery is sexy. Orang putih mana yang cakap macam tu gua taknak ambil tahu. Cukuplah lu orang tahu gua ni pesen puaka dan kuat mencarut.

Sebenarnya gua rasa berat hati nak join terfaktab mula-mula. Ada beberapa sebab dan satu darinya perempuan yang gua jatuh cinta tak baca terfaktab dan takkan baca terfaktab. Jadi gua rasa akan kehilangan spirit bila gua tahu gua akan menaip sesuatu yang takkan dibacanya olehnya. Walau bagaimana pun perempuan yang gua jatuh cinta support gua untuk try menulis di sini dan gua cakap gua akan cuba.

Kedua, gua percaya pada Cursed Of Terfaktab(COT). Kahkahkah! Gua percaya siapa-siapa yang menulis untuk terfaktab akan ada masalah cinta masing-masing. Gua cukup takut gua pulak akan terfaktab lepas join blog ini. Tapi gua percaya jodohnya letaknya di tangan Tuhan. Apa nak jadi kan jadi jugak ye dak?

Dan akhir sekali gua tak tahu gaya bahasa puaka macam gua ni sesuai digunakan di blog definisi cinta infiniti atau tak. Gua takut gua akan menjerumuskan terfaktab ke dunia kepuakaan. Selepas berbincang dengan ramai puaka,gua ambil keputusan untuk try. Lu orang boleh anggap gua buat praktikal je kat sini, jadi selaras dengan status budak praktikal gua akan ceritakan pasal cinta dengan bahasa paling mudah lu orang dapat faham. Budak praktikal katakan..

Oleh sebab gua juga menulis di Sokerleaks, gua akan terangkan definisi cinta mengikut perspektif Sokerleaks. Cinta itu macam permainan bola sepak. Ada menang,ada seri,ada kalah. Kalau lu menang alhamdullilah. Seri pulak macam bila dah clash tapi masing-masing tak berdendam. Kira seri la tu kan? Takde siapa kalah, takde siapa menang. Kalah pulak bila lu gagal dalam percintaan dan tak reti-reti nak bangun semula.

Penonton dalam stadium boleh menggambarkan orang di sekeliling lu. Orang yang akan judge pasal kisah cinta lu. Lebih lu femes lebih jugaklah orang-orang yang akan judge cinta lu, support cinta lu atau kutuk cinta lu macam jahanam.

Refree boleh dianggap seperti takdir,anggap je woi jangan lu ingat betei-betei pulak. Terpesong akidah lu gua tak jamin. Pernah lu orang rasa lu orang macam dah kompem yang pasangan lu orang adalah pasangan paling steady pernah lu orang dapat tapi tiba-tiba satu apa pun tak jadi sebab dah takdir tuhan.

Sama macam bola sepak jugak,lu orang punyalah yakin lu orang boleh menang tapi tiba-tiba last minute pihak lawan dapat penalti. 2 penalti pulak tu dalam masa 3 minit. Benda macam ni lu orang bangkang la camne pun lu orang tak kan berjaya ubah keputusan. Sama macam takdir jugak, jangan lawan takdir tapi pasrah dan terima apa jua ketentuan-Nya.

Dan seperti cinta,bola sepak juga ada dugaannya. Key player tiba-tiba injured,player lu orang kena red card, tak offsaid kata offsaid. Tak mustahil walau berapa banyak dugaan pun, lu orang masih lagi mampu menang. Sama macam dugaan cinta, jangan melatah dan cuba hadapinya.

Bola sepak tak boleh diramal,sama seperti cinta. Benda ni gua tak payah nak huraikan panjang-panjang. Semua faham kan? Apa-apahal pun berjuanglah hingga wisel penamat ditiupkan atau Tok kadi cakap "sah!"


Oh ye, jika pakwe atau laki lu orang asyik tengok bola je, janganlah marah. Mereka sedang memahami cinta sebenarnya.





Nota Cinta : Bola sepak hanya 90 minit lamanya tapi cinta lebih dari itu.

26 ulasan:

putrifayad berkata...

selamat dtg abang lep lep..hehehe..cara gak definisi cinta dari sudut bola..:)

Raihana Izzati berkata...

ABANG Leplep...

Tanpa Nama berkata...

gua suka ini :)

Tanpa Nama berkata...

Nice...walau kasar tp menarik

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

abang leplep!

jom main bola sepak

PK berkata...

mentol pun mula dinyalakan di sini. kehkehkeh!

dhayaluna berkata...

pelik.tapi my bf hantu bola.walaupun tengah final exam. bola tetap no.1..tapi yang xbestnye if die tgk bola dengan bestfriend perempuan die.. :(

EZAN IDMA berkata...

oke, lepas ni kene tengok bola. sbb gua tak

EZAN IDMA berkata...

memahami cinta. haha

**::CIKNUURUL::** berkata...

woww,rmntiknye name,.abg lep lep,.haha,..welcome to the club ek,.kih3,.ermm,patotla lelaki bile tgk bola,xlayan dh kaum hawa ni,.oo,tgh mnkmati cinta,.oke2,..fine,.huhu,.

paeh berkata...

puiihhh!

Elena Reeney berkata...

Terbaik!! hidup ARSENAL eh hidup Leplep!!

natasya nabiella berkata...

hehe law laki tgk bola dwg ngah memahami cinte yer...oke bgs2

Tanpa Nama berkata...

cinta is a GAME....until the referee say GAME OVER..!!and wating for a result WIN or LOST....

shahirahkhairudin berkata...

hai leplep.. saya suka man utd.. ggmu !

Dale berkata...

definisi cinta bola sepak infiniti

cik faiqah berkata...

selamat dtg ke terfaktab!

Norhafiza Yusoff berkata...

@dhayaluna

bestfriend perempuan die single ke x?
here's the case. aku single, akur aami bestfriend laki yang aku tgk bola sama2.
kadang2 ak g tgk berdua je, sebab kata bestfriend.
xde perasaan ape dah.
tp awek die mngamuk bro dekat aku :(

Leplep berkata...

ada lelaki lagi suka kalau makwe dia temankan dia tengok bola asalkan makwe dia tak kacau..

maksud kat sini,pakwe tengah ralit tengok bola makwe ajak bersembang pasal akademi fantasia pulak..

jadi ada dua cara,teman dan duduk diam-diam..ataupun support minat pakwe macam kalau team dia menang hantar sms,"yay!!arsenal menang!"dan kalau team pakwe dia kalah pulak kasila sms,"its okay dear"...

kehkehkeh..

Raksasa Jahat berkata...

Cursed Of Terfaktab, korang kena percaya dol!! huahua tengok aku,sebab join terfaktab aku clash..hahaha pastu stop menulis.. ex kawen len baru aku sambung tulis kat sini..kahkahkah... korang ingat senang nak menulis kat sini hahaha aku tak kuat macam alexia aqram..kahkah

Raksasa Jahat berkata...

@Elena Reeney

ARSENAL? binatang apa tu?

suha berkata...

hehehe tp definisi cinta dr sudut pemain rugby lagi menarik kan?

dhayaluna berkata...

@Norhafiza Yusoff

bestfriend die ad bf.tapi dieorg (my bf and bestfriend) banyak masa bersama .

-XaXao- berkata...

sangat benar! :D

ms. cha berkata...

@Raksasa Jahat

sian arsenal. naseb baek xde button like. kihkihkih~

TheBentPencil berkata...

@Raksasa Jahat

mana ada cursed of terfaktab dol.

lepas wa join terfaktab wa jatuh cinta.

pembaca blog ni gak.

KBAIIII