Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel poligami

Pandangan Dari Seorang Post-Modernist Tentang Poligami.

Imej
Gambar dari tahun 1892 (tahun Liverpool FC diasaskan) - gambar ketua puak Toba - puak dari pergunungan Andes yang tinggal di Argentina, Bolivia dan Paraguay. Apabila bos bersetuju untuk menjadikan minggu ini sebagai Minggu Poligami - saya kaget. Saya rasa ini adalah topik yang paling saya malas untuk saya tulis. Saya berfikir poligami bukanlah satu perkara yang saya gemari, after all saya rasa ia bercanggah dengan fikrah pemikiran saya. Tapi saya tampil juga, menulis entry ini dan memberitahu kenapa saya rasa poligami ini tak boleh masuk jiwa dengan diri saya. Saya mengambil school of thoughts yang mengatakan "setiap undang-undang tidak akan relevan selamanya". Contoh, pada djaman dahulu sekiranya anda perempuan memakai baju hitam - anda boleh dituduh sebagai ahli sihir dan anda boleh dihukum bakar sampai mati. Saya memikirkan ini tidak masuk akal - samalah dengan poligami. Saya merasakan poligami lebih banyak mencetus masalah, tambahan pula dalam djaman pasca moden ini, leb...

Syarat-syarat menjadi isteri kedua

Imej
Hai dan assalamualaikum semua. Ah, abang Aqram yang hensem tapi pura-pura ganas itu telah memaksa kami penulis mengepos tentang poligami minggu ini. Kang nanti dia tak relis check gaji kami pulak. Oh ya, dengar katanya buku Terfaktab tu agak laris. Time kasih korang semua yang membeli. Dapatlah pacal yang miskin hina ini kahwin tahun depan. Hikhik. Apa-apa pun kalau cakap fasal perkahwinan orang Islam mesti ada terbit isu poligami. Sensitip betei isu ini. Masyarakat tak suka. Tapi agama membolehkan. So nak taknak poligami mesti akan sentiasa wujud di negara Meleis ini. Jadi sebagai warga Meleis yang adil lagi prihatin, saya senaraikan LIMA syarat-syarat/tips-tips penyediaan sebelum menjadi isteri kedua.   Sila amalkan yewh gegadis sekalian. 1) kene membiasakan diri tidur sorang. Siapa jadi madu nanti saya kasi ni. buleh? < link > Aik? Kan dah jadi bini orang? Kenapa kena tido sorang? Ye, sure la hari-hari duk bilik tak keluar-keluar kan? TETTTT, wrong. That only happens...

Poligami: Kalau aku lah...

Manusia memang selalu tak puas dengan apa yang dia ada. Itu fitrah. Kalau boleh semua kita mahu ada, kalau boleh yang kita mahu itu mesti kita dapatkan. Tapi.. bukan semua yang kita mahu kita boleh dapat. Itu realiti. Berdebat dengan rakan rakan lelaki tantang isu curang. Kemudian berlanjutan pula sehingga ke isu poligami. Ya, subjek yang paling tidak digemari oleh perempuan sedunia. Aku persoalkan, apa alasan lelaki untuk berkahwin lebih dari satu? Salah satu sebabnya, kesempurnaan katanya. Tidak semua kualiti yang dia mahu, ada pada isterinya. Jadi kalau ada perempuan lain yang dapat melengkapkan kualiti yang digariskan, kan cukup cantik. Misalnya, isterinya pandai memasak, hebat di ranjang, pengasih dan sangat romantis. Tetapi tidak pandai mengemas pula. Rambut pula sudah serupa mi maggi. Disuruh luruskan nanti, kecil hati pula. Katanya tidak menerima seadanya. Ditakdirkan pula berkenalan dan bertemu dengan si Timah. Lawa orangnya. Berbudi pekerti, sesuai benar dijadikan cal...

SHARING IS CARING HONEY.

SELAMAT DATANG KE MINGGU POLIGAMI Pada kali ini aku akan memulakan minggu bertema kita. Jarang-jarang betul nampaknya bila aku yang memulakan acara. Tapi atas dasar permintaan boss aka kawan karib aku sendiri, memang aku tak boleh nak menolak. Aku rasa entry ini berbau serius. Ya, aku memang serius. Dan huraian-huraian di bawah adalah lahir dari hati dan naluri aku sendiri.  Bagi yang mengenali sisi penulisan aku, ramai tahu yang aku ini pejuang hak-hak kewanitaan. Dan sudah semestinya ramai yang akan berkata bahawa aku memihak anti-poligami. Tapi sebenarnya aku ini seorang yang PRO-POLIGAMI *lelaki bangun ramai-ramai dan tepuk tangan* Setelah aku rasa menulis begini dah macam jurnal majalah sekolah, baik aku menulis dengan lebih santai lagi.  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Prinsip ini aku dah pegang dari zaman sekolah. Jangan tak percaya. Aku selalu berangan untuk dapat 'Payung Emas'...