11 Januari 2012

Pandangan Dari Seorang Post-Modernist Tentang Poligami.



Gambar dari tahun 1892 (tahun Liverpool FC diasaskan) - gambar ketua puak Toba - puak dari pergunungan Andes yang tinggal di Argentina, Bolivia dan Paraguay.

Apabila bos bersetuju untuk menjadikan minggu ini sebagai Minggu Poligami - saya kaget. Saya rasa ini adalah topik yang paling saya malas untuk saya tulis. Saya berfikir poligami bukanlah satu perkara yang saya gemari, after all saya rasa ia bercanggah dengan fikrah pemikiran saya. Tapi saya tampil juga, menulis entry ini dan memberitahu kenapa saya rasa poligami ini tak boleh masuk jiwa dengan diri saya.

Saya mengambil school of thoughts yang mengatakan "setiap undang-undang tidak akan relevan selamanya". Contoh, pada djaman dahulu sekiranya anda perempuan memakai baju hitam - anda boleh dituduh sebagai ahli sihir dan anda boleh dihukum bakar sampai mati. Saya memikirkan ini tidak masuk akal - samalah dengan poligami. Saya merasakan poligami lebih banyak mencetus masalah, tambahan pula dalam djaman pasca moden ini, lebih banyak masalah dari menyelesaikan masalah.

Sebelum saya mengupas perkara ini dengan lebih lanjut, eloklah dahulu saya bawa perkara ini dari sudut pensejarahan dan bagaimana poligami ini menjadi sebahagian dalam undang-undang manusia. Biar saya surahkan perkara ini terlebih dahulu.

Poligami ini datang dari sejarah apabila manusia mula tahu untuk bercucuk tanam dan menternak. Sebelum dari pensejarahan manusia reti bertani dan tidak memiliki apa-apa, kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama, kecuali lelaki dengan tugasnya memburu dan wanita memetik buah hutan. Apabila manusia sudah reti bertani, maka bermulalah era patriarchy - sistem susur galur datang dari lelaki.

Saya semasa mempelajari paper sosiologi pernah berfikir - apa gila datangnya keturunan datang dari nama lelaki, sedangkan yang beranaknya perempuan? Kenapa susur galur - yang dipentingkan adalah lelaki sedangkan lelaki yang tahu angkat tolak masuk picit. Perempuan yang kena morning sickness, muntah-muntah, bawak baby kehulu-kehilir, sakit pinggang dan merasai kesakitan bila beranak.

Bila diterangkan oleh lecturer saya - barulah saya faham. Pada djaman manusia pandai bertani, manusia mula membuka dan memiliki tanah. Dan lelaki - dengan kudrat dan iradat mereka yang kuat, secara tidak langsung menjadikan istilah "tanah ini aku punya" sebagai satu cara mempertahankan tanah. Dan dengan kekuatan itu juga - wanita telah diketepikan dan hanya menjadi mesin beranak semata-mata. Jadi, kerana itulah - lelaki mula menguasai politik manusiawi.

Now, poligami ini bukanlah datang dari djaman Islam. Poligami datang way before 600M. Poligami ini berasal dari perkataan Greek polys gamos - kerap berkahwin. Dari sudut istilah sosiobiologi dan zoologi, ini adalah multiple mating.

Poligami sebenarnya bermula bukan dari polygyny(lelaki yang kahwin banyak) tapi poligami asal ialah polyandry(perempuan yang kahwin banyak). Polyandry masih berlaku di Nepal, Bhutan dan pergunungan Tibet. Ini kerana bertentangan dengan patriarchy - mereka mengutamakan wanita untuk susur galur mereka. Namun segalanya berubah bila manusia belajar bagaimana untuk bertani dan lelaki mula menguasai politik manusiawi.

Poligami berlaku kerana banyak sebab. Pertama, kerana masa itu penghambaan masih lagi common. Dalam peperangan menawan tanah dan jajahan, banyak lelaki yang tewas dalam peperangan. Ada yang ditawan dan ada yang dibunuh. Maka perempuan - yang setelah pemilikan tanah ini wujud - bergantung harap dengan lelaki. Mahu tidak mahu, sistem memaksa mereka untuk berpoligami.

Kedua, kerana pada masa itu ramai golongan wanita dijadikan hamba. Untuk pembebasan, lelaki mungkin meminta dia menjadi isteri mereka sebagai syarat pembebasan.

Di djaman Maharaja China pula, gundek adalah perkara normal dengan orang-orang pembesar pada masa itu. Maharaja pula standardlah, ada juga gundek. Begitu juga dengan djaman Turki Uthmaniyyah - dimana pembesar-pembesar dan Khalifah menghabiskan masa mereka dengan gundek-gundek mereka di harem-harem. Jadi, poligami menunjukkan status seseorang. Lelaki yang kahwin sorang bermakna dia orang biasa-biasa je. Kalau dia kahwin banyak - dia banyak harta dan tanah. Jadi dalam hal ini, bagi pandangan saya sebagai seorang post-modernist, ini satu penghinaan kepada kaum wanita. Wanita bukan harta lelaki. Wanita adalah pasangan untuk lelaki untuk berkasih-sayang.

Bagi saya - poligami tidak lagi relevan dalam djaman pasca moden sekarang ini. Sekarang bukan ada peperangan pun. Tidak ada siapa yang jadi balu akibat lelaki menjadi tentera yang terkorban, tidak pun. Lagipun, djaman sekarang ini - perempuan juga boleh mencari nafkah. Kalau dulu perempuan memang bergantung harap kepada suami untuk sumber ekonomi, sekarang saya percaya dah ramai perempuan bekerja. Jadi, takde sebab untuk lelaki berpoligami kecuali - bagi hemah saya - dia adalah seorang yang unfaithful terhadap perempuannya.

By the way, dalam krisis ekonomi yang mendatang ni - toksahlah berpoligami ni. Bini sorang pun belum tentu dapat maintain. Lagipun untuk apa nak berpoligami ni, bukannya best sangat pun. Sedap satu dua malam lepas tu tension beban keliling pinggang. Kahwin sekarang ni pun bukan murah.

Lagi satu - lelaki yang tua kutuk tak sadar diri dan tua bangka ni - bagilah chance kat mereka yang lebih muda untuk memiliki kekaseh. Yang lelaki ni, kecualilah kalau bini dah takde (mungkin telah pergi menyambut panggilan Ilahi), tak payahlah. Bagi je anak muda. Bagi mereka peluang untuk mereka mencari cinta. Jangan nak jadi Alpha Man sangat. Kita bukan kucing ke Blacksmith Lapwing nak territorial sangat.

Dan bagi perempuan tu - tak payahlah cari yang nak berpengalaman je. Kalau sikap macam nilah - ramai lelaki yang membujang. Samalah macam syarikat yang nak pekerja yang dah ada pengalaman je - akibatnya pengangguran dalam negara meningkat. Memang akan ada fucked up - but that's life. Kalau takde fucked up mana nak datang pengalamannya?

Akhir kata, saya rasa girlfriend saya adalah girlfriend paling cantik dalam dunia dan paling baik dalam dunia dan saya rasa dia telah berjaya membuatkan saya untuk tidak ada nafsu untuk cari lain. Sedangkan orang Brunei yang asyik telefon pukul 3 pagi tu pun saya tolak.




Lagu untuk semua lelaki jantan miang.

p/s: "Love: one considers lonely, three considers crowded. Two of us is just fine." - Sherina Ellyana.

36 ulasan:

shafiq ahmad berkata...

expecting u r a muslim, better apa pun research ko refer semula pada al-quran dan sunnah..untuk mengatakan poligami tak releven adalah satu yang tak tepat..research sendiri la pasal apa Allah kata macam tu :)

cinderella rapunzel berkata...

nami yang tulis. patut lah.

harap-harap tak ada lah so-called-modernist lain (muslim only) yang terpengaruh dengan tulisan ni.

Cob Nobbler berkata...

well - syafiq, explain me about slavery?

dalam al-Quran kata dibenarkan.

dalam piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengharamkan slavery.

so? Kau ikut yang mana? kau nak kerja tak bergaji?

Fikir itu. the rest terpulang pada kau. aku tak paksa kau ikut pun.

LelakiSemalam berkata...

mungkin belum sampai masanya jika sudah sampai ketikanya entry ini harus dibakar....:)

Cob Nobbler berkata...

done my research. and this is the result.

kau nak aku kaji sampai aku setuju - macam tu baik aku telan bulat-bulat je apa yang ditulis. tak payah baca buku itu dan ini.

p/s:apa kata dapat voucher RM200 ni, instead kau beli novel ombak rindu ke apa-apa novel ke, kau beli buku pasal sosiologi, sosiobiologi or mungkin pasal pensejarahan ugama. Mungkin masa tu aku boleh cakap kau buat research.

Tanpa Nama berkata...

memang dalam islam dibenarkan. tapi sy setuju dgn pendapat nami. kebanyakan yang berpoligami skrg hanya berlandaskan nafsu. dan saya tak rasa dia menolak poligami cuma dia sedar kemampuan dirinya yang mungkin tak mampu utk berpoligami. so kalau tak mmpu jangan buat2 mampu untuk berpoligami. sekian

Cob Nobbler berkata...

Tanpa Nama:macam ni.

secara analoginya
macam kau dapat voucher RM200
tapi kau bukan beli buku untuk belajar
kau beli buku bukan-bukan

djaman nabi djaman perang
ramai balu kehilangan suami
mereka hilang mata pencarian
tu dulu

sekarang dato tan sri kahwin sebab nak mencari gundek
dah jadi macam status kelas masyarakat
sape kawin banyak, dia lagi banyak berharta

kau cuba fikir
wanita ni dah jadi harta ke?
dah jadi komoditi?

ini bukan soal ugama
aku tak fikir Islam cakap kau wajib kawin poligami
aku simply cakap benda ni tak boleh masuk kepala aku
sebab aku nampak

1.tidak ekonomikal
2.tidak menyokong emansipasi wanita
3.tidak ada sebab yang menyokong.

lagipun
perempuan sekarang dah banyak yang kerja
tak caya kau pergi bukak web vacancy
kerja untuk perempuan banyak apa.

so
nak cakap apa?
nafsu seks?
tak boleh bagi peluang kepada mereka yang lebih muda juga menikmati cinta?

perlu ke semua orang tua yang kaut?

Cob Nobbler berkata...

cinderella:correction
not modernist
post-modernist.

@ezmira86 berkata...

The problem with religion is you always want to stick with that time, that space. Never had a thought in adaptation of time and space when rules and fatwas decided.

As for me, marriage is the way of state intervene your rights to having sex. Control the population through tonnes of paperworks and lot of red tapes just to be a Homo Sapiens. Sex is nature, and thus, imagine that when human being need a license to let out its feces.

Polygamy for me is just plain unfaithful. In this modern world, patriarchs still believes that women need men so badly that everything is rely on them. That's pure bullshit.

And Nami knows what he said, because he speaks at his own experience, his own research and his own point of views. How about you?

My mom died 4 years ago due to kidney problem. And even though my dad had a several chances to married another one, he refused because he said to me, "give the young lad a chance".

Let me finish my comment by quoting George Carlin,

"If you don't do what He said, He got a special place, full of fire, smoke, burning, torture, anguish, He will send you to suffer, and choke, and burns, and scream and cry, forever and ever, til the end of time.

But he loves you, and he needs money!"

In my dad case, it's not even polygamy. Let alone if my mom still alive, it will be a BIG NO.

It's hard to find men who against polygamy, but it's ironic it's easy to find women in Malaysia who blindly accepted polygamy as their refuge to seek experienced lovers.

And I bet Erica sleep in smile when she read this.

Cob Nobbler berkata...

@ezmira86: Actually tujuan tulisan ni bukan nak attack ugama, Ez.

Tujuan tulisan ni ialah untuk membuktikan bahawa ugama mengajar kita untuk bersederhana. Kenapa nak sampai banyak2 bini ni?

Ugama mengajar kita agar tidak tamak, am I right? So dalam hal ni, kenapa kita kahwin dan mengikut nafsu kita?

Djaman dulu perkahwinan poligami dilakukan kerana balu perang tidak ada sumber ekonomi untuk meneruskan kehidupan. Sekarang vacancy perempuan lagi banyak dari lelaki, dan bukan perang pun, kenapa nak ada poligami lagi?

Tu je. Don't drag religion to this way. Relax la.

Tanpa Nama berkata...

Penulisan saudara tak salah...maybe kene tambah lagi info...so org takde la nampak saudara ni cakap tak buat research...agama memang la membenarkan berpoligami tapi meletakkan juga syarat2 untuk berpoligami...tapi org skang memang totally berpoligami sbb nafsu...sepatutnya peristerikanlah wanita2 untuk membantu mereka...

CtZ berkata...

tapi saya nak yg berpengalaman. haha. jodoh kan ketentuan tuhan.

Tanpa Nama berkata...

Nob cobbler bullshit

Xana Razak berkata...

@CtZ
ajal itu ketentuan tuhan.
jodoh itu perlu dicari.
must agree with nami bila bab bersederhana. Kalau bab makan pakai lain2 pandai pulak bersederhana eh...bab nafsu? lebih2 pulak

Tanpa Nama berkata...

nowadays polygamy is for the sake for multiple fucking. 140%

Cob Nobbler berkata...

Tanpa Nama 3:33PTG:research is done. Ugama kata "peristerilah untuk membantu wanita".

tapi apa yang berlaku now?

Secara analoginya, ini samalah macam "dengan voucher RM200 ini belilah buku sekolah atau buku pelajaran".

Indeed, kau gunakan voucher kau tu untuk beli buku novel cintan-cintun atau buku doraemon.

So, bagi aku, lebih baik tak payah bagi voucher. Biar dia tau susahnya beli buku. Analogically speaking.

So, in this topic, baik tak payah bagi poligami. Stick to your wife. Simple as that.

Tanpa Nama:4:36PTG: Now explain your bullshit.

Tanpa Nama:4:58PTG: Enough said.

Tanpa Nama berkata...

Enough said polygamy is rules where it's said men can be unfaithful but women can't! Fairly unfair and totally absurd!
Lynx

Ez Puella Sapiens berkata...

When was the last time religion are started from feminist?

It's absolutely patriarchy.

.diannorhayati. berkata...

poligami tu x salah.

but im agreed with this blogger.

skrg tak relevan. no issues with religion i guess.
cume kalau dari segi kewangan kebanyakan org,its better jgn berpoligami.

dulu org Islam berpoligami di ats tujuan yg baik,melindungi wanita and so on. berlaku adil. isteri yg sebelum atau selepas rela n redha. its different from now. ade ke wife yg rela and cukup baik serta solehah utk let this poligAmi happen to them. tak kot.

and now,tak semua berpoligami dgn adil i guess.

mcm Cob nobbler said,stick to ur wife. simple as that.

Tanpa Nama berkata...

setelah baca komen2 kt atas, aku dpt terima justification yg diberi oleh penulis..tp aku rse patut lebih berhati2 dgn penggunaan ayat..jgn smpai seolah2 kita memperlekeh agama (walaupun kita x sedar). perkataan x relevan tu aku kurang setuju..sunnah nabi ttp relevan smpai bila2..sekadar bg pandangan..

Tanpa Nama berkata...

Terlebih history channel buda ni

aust berkata...

Dr Fadhilah Kamsah pernah wat research psl laki yg mane hampir semua laki, jauh disanubari mereka nak kawen lebih dr 1, yg xnak kawen lbh dr 1 tu gila @ so on...

sebut sal ekonomi, kdg2 pompuan tu mmg kaya pun sanggup jd bini num 2 org bese, driver maybe, diorg bkn nak sgt duit laki tu tp kasih syg...

nisbah laki kpd pompuan skang pun tau knp poligami ni perlu dizaman serba modem ni...

ada jgk yg kawen ikhlas even aku tau ramai giler yg kawen lbh tu sbb nafsu...

tepuk dada tanya selera, hehe...

aust berkata...

@aust

btw, jgn kate aku sokong poligami yg berasaskan nafsu tp jgn letakkan yg poligami x relevan lg skang...

aku sndr ada mak tiri n pengalamannya tidaklah sebaik mane bile aku ada 2 rekod polis psl mak tiri aku ni...

tp jika btl2 leh berkongsi n isteri2 redha, ape salahnya...

Tanpa Nama berkata...

poligami memang tak relevan sekarang.
enough said.

yang mempertahankan poligami ni bukan yg truly religious or pious pun. sekadar nak tegak kan kebenaran untuk multiple fucking legally.

bila nak ckp soal nisbah di malaysia ni bilangan lelaki lebih ramai dari perempuan. tengok statistik perangkaan tahun 2011.

poligami adalah penindasan terhadap wanita dan anak2.

Tanpa Nama berkata...

"Dr Fadhilah Kamsah pernah wat research psl laki yg mane hampir semua laki, jauh disanubari mereka nak kawen lebih dr 1, yg xnak kawen lbh dr 1 tu gila @ so on..."

you're argument is invalid. ramai je aku tengok laki yg mati bini tak kahwin lain. jauh lagi untuk berpoligami kahwin pun lepas 4 5 tahun lepas tu.

so mereka2 ni gila la yer?

come on la.. jangan pukul rata semua laki mcm tu. mungkin kau jenis yg mcm tu.
ramai lagi lelaki kat luar sana yg menolak untuk berpoligami.

Cob Nobbler berkata...

Dr Fadhilah Kamsah ni bagi aku level2 Dr Phil je..

Kau tahu, Dr Phil ni adalah bahan lawak di US.

kahkahkah!

I don't easily buy when people from Malaysia with in front of his name Dr. okay?

Kajian apekah itu? Deep down lelaki nak kahwin dari sorang? Tu dia sorang je kot. kahkahkah!

Dengan angkuhnya aku ludah hujah tu. Bapak kawan aku mak dia dah meninggal, tak kahwin2 pun walaupun dia berharta dan mampu.

aust berkata...

@Tanpa Nama

"Laporan kiraan permulaan ini menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan"

ya btl, laki lg ramai dr pompuan tp tgk statistik laki2 yg ramai ni duk mane? penjara @ pusat pemulihan? yg tul2 ada kat luar ni, brp sgt? kat ipt?

hahaha, aku x pukul rata based on myself tp based on ape yg cob nobler(tul ke aku eja ni) ni ckp...

"Akhir kata, saya rasa girlfriend saya adalah girlfriend paling cantik dalam dunia dan paling baik dalam dunia dan saya rasa dia telah berjaya membuatkan saya untuk tidak ada nafsu untuk cari lain. Sedangkan orang Brunei yang asyik telefon pukul 3 pagi tu pun saya tolak."

smpi satu masa dimana Allah nak bg keinginan die utk berpoligami, skang leh ar ckp mcm tu...

lgpun aku ckp jauh disanubari mereka, samaada nak @ x je tp keinginan ttp ada, phm x ni?

then, ko tau ar plak aku ni jenis camne, cam aku ckp, aku sndr ada mak tiri n mak tiri tu wat aku ada 2 rekod balai, bkn ke spttnya aku benci giler ngan poligami?

tp Allah membenarkan sesuatu tu bersbb, mmg bkn wajib tp bkn juga haram utk menafikannya...

aust berkata...

@Cob Nobbler

x suh ko trime pun, name pun pndgn...

bkn nak berhujah ape pun tp sekadar pandangan dari aku yg hina ni...

andrea berkata...

"tp Allah membenarkan sesuatu tu bersbb, mmg bkn wajib tp bkn juga haram utk menafikannya..."

ape pendapat CN?mungkin boleh bt entry len,yg ni x cukup strong lg, boleh bt org konfius nak2 pulak yg x bpe tahu agame,cetek,belajar agama kat skool je pastu tinggal terus(me included)...mungkin boleh include pendapat ulamak ke or pendapat 4 mazhab tuh,dr2 yg relevan...

just my two cents...

TheBentPencil berkata...

Meh kita letak ayat AlQuran sikit. An Nisa (3):

“Dan jika kamu khawatir tidak dapat berbuat adil terhadap anak-anak atau perempuan yatim (jika kamu mengawininya), maka kawinlah dengan perempuan lain yang menyenangkan hatimu; dua, tiga, atau empat. Jika kamu khawatir tidak dapat berbuat adil (terhadap istri yang terbilang), maka kawinilah seorang saja, atau ambillah budak perempuan kamu. Demikian ini agar kamu lebih dekat untuk tidak berbuat aniaya” (An-Nisa` 3).

Tahukah anda bahawa poligami diwartakan pada zaman Rasulullah tersebut bukan untuk "memberi freedom" kepada para jantan, sebaliknya ia adalah untuk mengawal mereka?

Kerana pada zaman itu, memang seperti yang nami cakapkan--lelaki mempunyai ramai wanita simpanan. Makin hebat status maka makin ramailah wanita simpanan. Dan mereka tidak dijaga dengan baik--kalau rasa tak ingin, mereka cuma perlu cakap "kau punya belakang macam mak aku" (selepas kedatangan Islam, even ayat ni pun diharamkan cakap kepada bini).

Apabila ayat An Nisa ini turun ia jelas mengatakan cuma maksimum empat isteri.dan, kesemua empat isteri tersebut pula diwajibkan mendapat hak sama rata dari segi nafkah wang, layanan, dan wasiat di kemudian hari. "jika tidak adil, kahwinlah satu sahaja"-- maknanya poligami disekat hanya kepada yang mampu. kerana ia digunakan untuk further menyekat lelaki daripada mempunyai penguasaan melampau terhadap wanita.

in that sense, in that time--ia mungkin satu bentuk feminisme terawal. ye tak?

p.s. perasan tak cuma ada satu ayat ni je pasal poligami dalam AlQuran? Jadi, kenapa kita terlalu fussy terhadap satu isu kecil ini apabila banyak lagi isu besar yang kita boleh fikirkan? woha!

Ez Puella Sapiens berkata...

I think Nami should end this polemic with this simple, last, conclusion.

"Go fuck themselves if they really wants to do polygamy, and you Nami, just stick with your lover."

Nami, your penis, your way. Meanwhile they can do whatever they want.

Until the statistic fucked up then they know what are you trying to say.

Jaga Erica elok-elok, jangan curang. Katok you dengan tukul besi nanti.

asad berkata...

dari ape yg aku paham dari entry n comments di atas....poligami masih lg relevan iaitu untuk yg mampu berlaku adil,bg nafkah secukupnya(kaya harta n tinggi ilmu agama)

takut gile ak dgar kau kte hukum Allah dah x relevan, sbb bkn senang nak mansuh2 hukum nih setahu aku

islam itu betul n benar,mungkin penganut yg kurang ilmu pasal agama sendiri jd penyebab masalah(poligami dimanipulate tok nafsu kuda diorang misalannya)

last2 tuding jari kat hukum pulak...kbai

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn cob nobbler....laki sekarang ni poligami sebab ikot nafsu ja lebeh....padahal tanggung dosa anak bini diorang tak pikir langsung

Ainaa berkata...

Aku agak kurang setuju bila kau kata :
"Now, poligami ini bukanlah datang dari djaman islam. Poligami datang way before 600M."

Setahu aku,Nabi adam merupakan manusia pertama di muka bumi nh.Which is agama yg dibawa walaupun pada masa tu bukan digelar Islam tetap konsepnya sama bukan? Dan lagi,bukankah Nabi Muhammad juga berpoligami?Apa era Nabi Muhammad itu selepas 600M?ouh aku bukan nak bom kau.hanya bertanya,aku kurang ilmu juga. Tapi bagi aku poligami ni hurm..nak kata aku setuju..takde lah setuju mana..aku pun tak nak hidup bermadu.Cuma..Yeah!Kau boleh berpoligami kalau kau rasa kau mampu.Btw,thx baca komen aku.Adios.

harniza hameed berkata...

saya rasa macam something wrong with this artikel

awak perlu selidik lebih dalam,
takut nanti terpesong akidah


"Now, poligami ini bukanlah datang dari djaman islam. Poligami datang way before 600M."

saya rasa tak betul.

TheBentPencil berkata...

@harneza

dik, cari balik pasal sejarah agama Islam ya.

rasanya bila Nami cakap "dijaman Islam" dia merujuk kepada kerasulan Nabi dan turunnya AlQuran sebagai "zaman permulaan Islam."

dont get me wrong. Allah SWT exists way before 600M. tapi sebelum itu diturunkan banyak agama samawi lain. Hanif? Yahudi? Nasrani? Ya. Dan macam saya cakap di atas tu, dalam buku-buku sirah "zaman Jahiliah" specifically disebut sebagai
"zaman jahiliah"--zaman sebelum turunnya wahyu Allah SWT. Ia tidak disebut sebagai "zaman Islam".