2 Januari 2012

The Real AdaMaya!

Bapak atuk aku (moyang aku) adalah orang india.Jadi atuk aku punya muka pun automatic jadi macam Saif Ali Khan.Dia memang handsome I tell you.Sampai sekarang pun masih handsome.Dia cikgu daripada Johor yang ditugaskan di Terengganu (kampung nenek aku),dia mengajar english.Dia suka lepak dekat satu kedai dengan membe-membe dia setiap petang (kedai moyang aku,sebelah nenek) atuk aku ni memang friendly tapi bahasa terengganu dia teruk gila.Apa-apa pun dia berkawan dengan ayah nenek aku,Pok Mail.

Satu malam,atuk aku nampak nenek aku baru balik daripada kelas mengaji.Masa tu atuk aku tengah duduk melangok kat padang bola sambil hisap rokok.Terus dia panggil nenek aku dengan mengeluarkan bunyi burung. (dimana pada zaman ini hanya dilakukan oleh rempit dan bunyi itu sangat dibenci oleh kaum wanita.Take note,jangan mengulangi kesilapan atuk aku) nenek aku,of course rasa sangat meluat tapi aku tak faham kenapa dia layan juga atuk aku.

"apa?"

"pergi mana?"

"balik lah."

Nenek aku,pada zaman itu salah satu anak dara paling hot dekat Gong Kapas.Dia memang cantik.Cantik gila gila punya cantik.Nama nenek aku Railey.Nama atuk aku Rahman.

Malam tu,atuk aku dah jatuh hati dengan nenek aku.Love at first sight bak kata omputih.Pagi esoknya dia bagitahu membe dia pasal nenek aku.Membe dia pulak ketawakan dia,membe dia baru pecah rahsia yang nenek aku tu anak Pok Mail,pemilik kedai temoat dorang selalu lepak tu.Dan bila atuk aku dapat tahu,aku tak faham kenapa dia buat tindakan drastik untuk pergi merisik nenek aku.Family nenek aku semua suka dia,kecuali nenek aku.Mungkin sebab atuk aku buat bunyi burung kot. Tapi menurut cerita nenek aku.Dia tak suka atuk aku sebab atuk aku macam keling. K.Macam jahat. Lagipun pada masa yang sama nenek aku dah ada boyfriend.Dengan profesor. Profesor vs cikgu? Damn. Jauh beza.Tapi disebabkan keluarga,nenek aku kahwin juga dengan atuk aku.Kira macam kahwin paksa. Tapi nenek aku untung. Atuk aku sweet kot.

Menurut cerita pakcik,mak dan makcik aku.Dorang jumpa dairy atuk aku. Dia tulis pasal nenek aku. Dia tulis kisah saat dia panjat bukit and jerit nama nenek aku kuat-kuat. So sweet.Dah mabuk cinta sangat lah tu.Zaman sekarang laki jerit nama bini sebab nak suruh ambikkan something je.Hmp! Tapi akhirnya nenek aku pun jatuh cinta dengan atuk aku yang handsome ni.Until now,they still call each other darling.I'm always so impressed when their love story.Come to think of it,they are the "Adamaya" of their century.Kisah cinta ni klishe,cuma klishe dalam terma cinta ada seribu satu cara untuk diluahkan.





(my nenek and atuk,yang aku panggil Nani and Tata ikut gaya orang india)


(my lovely Tata)


*takde kena mengena*

11 ulasan:

e4ezzati berkata...

dah boleh didramakan dah nii. kahkah

mr_right berkata...

hokey2! ini memang sangat suwettt.. cam novel plak dah. hee

Aqiim berkata...

apasal sweet sgt?!
buat aku tersenyum tgah2 malam nie..
hahaha

n u r e e l y s a berkata...

ouhh , so sweet ! ( ;

.::TAIKO ::. berkata...

huk aloh sweetnye..
tu la org tua2 sweet smpai ke tua..
yg muda2 sweet awal2 je..pas kawin pon sweet tu jd sour dh..erkkk?

Lizzie Yasmin berkata...

Jumpa Diary? Best nya orang dulu berdiary bagai. Harap laki skang, status FB pun malas update.

nitnot berkata...

nanii ? *tuh nama gua . kahkah .

sweet nye orang zaman dulu2 , macam atuk n nenek gua jugak . ;D

mohdhazlan Dreadlock berkata...

nenek gua orang melayu ..atuk gua pun orang melayu ...so gua pun oarng melayu lah ..:)

follow blog ni ..slm thn baru :)

Tanpa Nama berkata...

seriously, sweet ke?

biasa-biasa saja.

TheBentPencil berkata...

bapakku ada diari jugak. saya baca. yang paling suka ialah part berutus2 surat sesama sendiri. Setiap 3 hari mesti ada satu surat. Almaklumlah mana ada hanset kan masa tu.

ehhh kantoi baca diari bapak! huahuahua

eh tapi seriously best ah baca diari orang.

fahmi berkata...

haha..xbaik dowh bace diari org.