2 Januari 2012

Bermuka-muka di Muka Buku.


Assalamualaikum. 

Aku tules ni sambil ngadap tengok citer Ombak Rindu kat Astro First. Jangan tanya kenape aku tengok citer tu walaupon aku tak suka. Ya, memang mulut aku tak benti menyumpah citer tu. Kalau Maya Karin ke Aaron Aziz ke Osman Ali ke, atau sesape jela yang berkaitan dengan filem tu baca entri aku ni, mohon jangan mengada nak saman aku. Bawak-bawak la belajar terima hakikat. Huh.

Ohh, aku takde la nak tengok sangat pon citer ni tapi sebab aku tengah online kat ruang tamu, jadi takleh nak elak la. Takkan aku nak tutup mata sambil tules entri pulak kan. Memang tu namanya aku sedang ngigau dalam tido. =.= Haaaa, dan sebelum aku tules entri ni, aku macam biasa la bukak fesbuk. Facebook = Muka buku. Orang Melayu memang suka buat direct translation kan. Aku sampai skang takleh terima. Facebook bukan ke membawa maksud buku muka? Jadi, kenape orang sebut muka buku? Sebab Najwa Latif nyanyi lagu muka buku, so terus menjadikannya betul untuk sebut muka buku? Yela, yela. Aku tau ramai peminat dia kan. Fine.

So, masa aku bukak fesbuk tadi, ada la aku baca sorang kawan aku ni tules status dia, wishing one of his friend. Something like, 'Happy birthday ___________ (nama yang berwarna biru). Wishing you all the best bla bla bla'. Aku pon, okay jela kan tengok wish tu. Pastu aku pon klik la kat nama yang berwarna biru tu untuk konon-konon nak wish jugak la kan, tules kat wall ke kan. Ya, sebab dia pon kawan aku jugak sbnanye. Tapi, ape yang memeranjatkan aku adalah jeng jeng jeng! Ada butang ADD FRIEND ye di page dia. Ya, bila ada butang add friend tu ape maksudnya kawan-kawan? Ya, maksudnya dia dah remove aku daripada friend list dia. Eh wait, dia dah remove aku? Wth???

Aku ingat nak belagak cool blog kan walaupon selepas di-remove. Well, ini bukan kali pertama aku mengalami situasi ni. Tapi, masalahnya skang ape kes dia remove aku??? Oh, mungkin makwe dia jeles kot dengan aku. Sebelum ni, dia penah je pm (private message) aku kat fb, tanya ape hubungan aku dengan pakwe dia. Ayat dia memang pedas ah. Siap tanya penah check in hotel ke segala. Hoi, ingat aku murah ke nak check in hotel segala dengan pakwe kau? Pelik-pelik la pompuan zaman skang ni. Belum kawen lagi tu, dah serang aku macam-macam. Macam la aku hadap sangat pakwe kau tu. Tu pon belum tentu dapat jadi suami, dah menggelabah ayam.

Okay, untuk menambahkan lagi ke-cool blog-an aku, aku pon usha la fb si makwe, untuk check adakah dia pon sudah berjaya me-remove aku. Ohh ya, dia memang friend dengan aku (dalam fb jela) pon sebelum ni. So, bila aku check, memang kompom dia pon dah remove aku. Oookaayyyyy. Dedua merpati sejoli ni dah remove aku. Sepupu aku kate, boleh jadi si makwe yang tolong me-remove aku daripada fb si pakwe. Ahh tak kesah la. Yang si pakwe pon bangang duduk diam je biar makwe dia buat macam tu apekes? 

Aku bukan nak cakap ape la. Aku pon penah ada pakwe dulu. Tapi kena faham la. Masing-masing ada private life kan. Takkan la sume benda nak share. Dah tu, pakai la satu baju untuk dua orang, satu kasut untuk dua orang, senang citer pape pon mesti buat sekali, jangan pisahkan hatta spender sekali pon. Kau ni, aku nak kate bangang, ada akai. Tapi letak kat mana akai tu pon aku taktau. Janganlah jadi bangang bila dah bercinta. Karang yang orang salahkan cinta jugak. Patotnye salahkan orang bangang yang bercinta macam korang ni.

So, please la. Aku mintak sangat kepada yang sudi membaca ni, bila bercinta tu, jangan tolak terus akal korang ke tepi. Parah jugak kalau setiap masa nak ikutkan hati je, ikutkan perasaan je, logik akal sume tolak tepi. Please tolonglah jangan. Jangan jadikan perasaan cemburu korang sebagai alasan untuk korang mengongkong kehidupan pasangan masing-masing. Jangan jadikan perasaan sayang dan cinta korang sebagai alasan untuk membiarkan pasangan memperlakukan semahunya. Ada sebab kenapa Tuhan letakkan posisi akal tu di kepala, bukan di kaki. Gunalah akal sikit, jangan biarkan setakat menjadi lemak tepu yang teragung.

Baiklah, itu sahaja permulaan bagi tahun 2012 yang sangat terfaktab daripada aku yang serius terfaktab. Maaf kalau kelihatan sedikit emosi. Tapi fb skang ni kan dah macam buku biodata masa kecik-kecik dulu. Sedih tahu bila kita penat-penat suro orang tules dalam buku tu, tup-tup dah kena koyak. Payoh doh la weh nok saing pah-pah ni. Gewe sep-sep ni bekeng belako. =.='


p/s: Cakaplah yang kau rase aku ada potensi nak rampas pakwe kau yang sampai kau takot sangat tu. Simpan pakwe tu dalam ketiak jela. Heh.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penulis ni perempuan rupanya.. penulis ni single lg x? klu single bleh ar kapel ngan sy.. umur lagi beberapa hari nk masuk 25.. cikgu, berwajah agak kacak sebab banyak kali org cakap sy ni hensem kat fb tp sy xrasa sy ni ensem pun.. huahuahua

Tanpa Nama berkata...

aku dulu lagi sadis. tetibe unfren dgn pakwe aku. pastu fren, pastu unfren balik. Rupanya tu keje ex dia. jilake betei. Bnyak kali tukar psword baru lah ex dia x leh hack dah.

AqilahTahir berkata...

oh sungguh laa durjana org yang sebegitu. kerana kebangangan makhluk camni orang salahkan cinta. cinta buta la apa laa. padahal orang yang macam ni dah kena laser kat mata dia.

bukan penggoda berkata...

anon 1: awk ni dah kenape? meroyan pagi2 buta ni?

anon 2: haih. masalah betei la bila kena makwe ngeng cenggini. klw dah jd ex, ex saiko la pulak. haih. mcm2.

bukan penggoda berkata...

aqilah: bengong kan. klw ada pakwe, jgn buat cenggini tau. haha.

Erzarita Scarlet berkata...

org kalau rasa insecure dia tinggi mmg camtu....gelabah x memasal....hahaha....mgkin mmg betul la dia nmpk potensi yg tinggi utk bukan penggoda merampas bf dia tu....sian betul, kalau xleh percayakan bf sdri buat pe couple....hihihi

pepol berkata...

terbaik ar entri ni,thumbs up

✯Miz Purple Violet✯ berkata...

Paling rasa geram apabila seseorang add balik bila dah remove sekali tanpa sebab yang tidak diketahui. =.=

Wadi AR berkata...

normal bagi couple jenis haktuii mcm tu

Aqiim berkata...

ya ya aku sokong!
aku menyampah betul kalau tgk org yg mengongkong psangan nie!
grrrr~

izwanyusof berkata...

mereka tengah bahagia kan.. hik3

Ms.fida berkata...

kahkah best tul entry ni!! gurls sekarang ni mmg always rasa insecure...well lelaki2 dah kurang aite kahkah yg byk jantan2 jer yg tinggal...tuu pun girls berebut2 nak buat laki/bf/suami sampai hidup 24/7 rasa risau takut dikebas perempuan lain.

A real man must lead his gurl and family,can make them happy and feel secure...but if a gurl lead the relationship opss sorry to say gurl'u must quit the relationship becuz its not love but obses' and for the guy just stop being a man if u don't know how to make a woman feel secure,wanted,being appreciate and happy (Psstt,nak tau mcm ner nak buat perempuan happy? senang jer...fulfill her emotionally,tell her everyday and nite that u loves her through ur words and actions, everything will be just fine but don't manipulate her trust and feelings because once its broken she will never be the same person again).

Terjadi kes rasa tak secure and not trust her partner tuu becuz emotionally not fulfill/feeling unwanted and unappreciated.

Its getting worst,bila dah jd bekas kekasih,tuu yg bertukar jd saiko (dari cinta/sayang bertukar jadi benci/dendam).klu nak break-up...cara baik ok don't ever make a woman angry becuz u can't imagine the damage that a woman can create.Sekarang pun dah byk kes kat news tuu simbah asid dekat suami/kerat tutt bg hanjing mkn/mcm2 lg arr.So be nice to a gurl.

My opinions jer...klu tak setuju suka hati korang lahh hahaha!

reenapple berkata...

heh.. sib baik aku single.. so tak terasa... kihkh

ala.. aku pom pernah gak alami.. last-last aku tak layan... last aku check daa remove.. so who cares la..macam pakwe dioa tu hot.. macam yang kau kata.. tak semstinya pakwe tu akan jadik suami kan.. so tak de hak nak konkong life masing-masing..~.~

p/s- nice entry.. =)

biskut berkata...

pacebook ni kadang2 pelik. tbe2 unfriend dgn org. dlu aku tbe2 unfriend dgn kakak aku.

tp kau ni aku rasa maybe mmg kena remove. awek kepada membe kau ni tergugat dgn kau kot.

kalau jadi kat aku, aku add balik je tp tak add la awek tu. pastu aku conteng2 kat wall bg berapi. padan muka.

ana berkata...

Teiba aku rs bahagia baca komen biskut. The best lah.

Benci aku dgn pmpuan jenis insecure ni. Bangang. Kalau hak kau, ttp hak kau. Kalau dia p cari lain, sah2 la he's not that into u kan.

Tanpa Nama berkata...

ore kelate ko? ;)

Tanpa Nama berkata...

Hal ini pernah terjadi antara aku dengan abang angkat aku. Tapi takdelah abang angkat mana sangat sebab dia anak angkat mak aku so otomatik jadi abang angkat aku. Yelahh,dah abang angkat kan so memang la rapat. Apa-apa mak aku suruh dia jaga aku.

Pastu bila dia ada gf, terus senyap tak bertegur sapa dengan aku. Kot aku ni jenis hangen, mau aku baling dengan speaker kat rumah. Dalam FB pun dah remove friend. Adoii dapat awek possessive nak mampos. Padahal selama ni susah senang sakit sihat, aku yang jaga dia. Bila dah ada gf, nak buat aku macam stranger pulak kan.

missina berkata...

cemburu tk bertempat sungguh,,bahaya org camni,,lama2 dia leh jd psiko tu,,bukan kite jer,,huhu

syafiqakarim berkata...

haha tgh bahagia weh.bau kentut pun kata bau kata lavender.nanti putus,
masing2 remove masing2 punya.yg tak bole bla buka aib pun ada..kehkeh.

duadua loser.kau je hot.eh?

nitnot berkata...

HAHA superb !

Belum kahwinn dah over nak jadi queen control . Entah hape hape .

Tapi memang seronok kalau dapat hack FB ex . Kehkeh

*Mesti dia takut hang rampas pakwe dy tuh .

ana :) berkata...

taktau nape awek ex aku main blocked2 aku , kejap blocked kelap idak , tak paham , tak paham ,

cikPija berkata...

hahaha... ni lah facebook. kecik punya masalah pun boleh jadi besar. buat tak taw je.. biarkn pasangan tu dgn dunia diorg sdri. esok2 pndai cari kwn jg bila da clash. pastu baru pdn muka diorg. huhuhu, btw, sblum ada fb ni xpna aku dgr org merungut bila d'unfriend n d'remove kat friendster or myspace or tagged or ap2 la... haha, facebook fact.

nor berkata...

begitulah kawan2...lumrah manusia...asewny ramai ag diluar cana yg merasai pengalamn d remove kemudian dia add balik,dengn terbuka hati kita approve..ttb di remove balik sehingga membuat kita fikir "lantak p lew"

aku adalah lelaki berkata...

Ha ha ha..perempuan mmg semua mcm tu..
Time bercinta mereka 3 suku normal..

Tanpa Nama berkata...

insecured..mmg btol. dan itu yg aku rasa bile aku stalk fb bf aku. aku try control emosi aku bile nmpk bf aku daring brchat ngn pmpn tu. ape yg aku buat just ckp kt prmpn tu supaya respect cket perasaan aku sbgai gf kpd boyfie aku. then, die terasa kot. die update status fb die mcm peli2 aku. then,selang bbrp hari, die block aku n bf aku. meowww..aku x brniat nk putus kwn tros mcm tu. cume bg reminder je. huhu.

Tanpa Nama berkata...

insecure mmg ada dlm diri every gurls. cuma dlm kes mcm2 ni. kite kena la trust each other. oh btw, i stalk my bf fb and he stalk mine too. so, its fair n square! haha. dan kitorg msg2 tak kisah, sbb im not cheat even die pun x cheat. just dlm kes kitorg, ex die suka stalk fb die. byk kali add my bf n byk kali jugak my bf reject dia. smpi terpaksa block. tp bila dah diblock, die buat fb baru. Last2, privatekan fb my bf then letak DP gambar kitorg menunjukkan betapa bahagianya kami! hahaha! after that, tros senyap dia.