27 Januari 2012

Tercalon di Social Media Awards 2012!!


Engko kenal siapa abang? Ha, kalau engko kenal, bagus. Dua ibu jari abang tuju pada engko. Ni sekarang ni abang ada benda nak umum. Boss abang cakap yang blog Terfaktab ni, yang abang dah join untuk berapa kerat bulan ni telah tercalon dalam Social Media Awards 2012.

Ini sudah bagus. Ini..ini..ini.. power!

Keh keh keh! Kalau engko tanya abang apa ke benda award ini. Mari sini rapat sikit abang nak kasi tahu. Award ni, champion je boleh masuk. C.E.M.P.I.O.N! Champion!

Untuk nak kasi Terfaktab menang dalam award ini, engko semua kena mengundi. Atau dalam bahasa Inggerisnya, VOTE. Vote. Bukan KOTE. atau BOT! Paham? 

Jadi, abang menyeru kepada semua pembaca Terfaktab. Yang termasuk engko, engko dan engko semua sekali, pergilah mengundi untuk Terfaktab. Abang terus terang, engko sanggup menduakan Terfaktab ya sampai engko undi blog dan web lain yang tak menjamin dan membantu masa depan engko ke? Nurul Ain dengan Ariffshah yang tengah leading ni binatang mana pulak ni? Berani betul diorang. Dia tak tahu ke abang ni siapa? Ha? Engko tak tahu ke Terfaktab ni patut menang? Engko tak sedar ke sebab Terfaktab lah engko kembali hidup bersemangat lepas putus cinta? Engko tak pernah rasa ke dengan kuasa-kuasa motivasi dan ayat-ayat lejen dalam Terfaktab lah pakwe dan makwe engko makin bertambah sayang kat engko?

Terfaktab ada keluar buku. Dioarang ada apa? Ha, engko bagitahu sikit diorang ada sumbang apa? Sumbang lagu dengan suara yang sumbang ada lah abang tengok. 

Ha, abang bukan nak mengungkit. Tapi, abang nak kasi tahu, kasi can lah Terfaktab menang woi. Engko kena tahu jugak yang Terfaktab kena bernafas. Award ini bagi abang akan beri satu nafas dan iltizam baru buat semua skuad Terfaktab memberi sumbangan karya terbaik untuk Kitab Terfaktab Dua. Jadi, abang dah malas nak membebel panjang. Engko dah besar panjang, engko boleh pikir sendiri.

Sekarang, abang nak engko klik link yang abang dah bagi tu, kalau engko rabun, engko klik gambar kat atas tu. Engko cari web Terfaktab, engko tekan vote. Kalau dia kata suruh daftar dulu atau bahasa omputehnya sign-up. Engko jangan mengata leceh pulak. Engko daftar taim tu jugak. Kejap je. Belum sempat engko cium ketiak sendiri je dah siap engko tahu? Lepas tu kau cari kategori Upcoming Blogger Of The Year. Engko terus dan seyakin-yakin jangan patah balik fikir lagi, undilah Terfaktab.

Kalau Terfaktab menang award ini, abang akan reveal diri abang. Pegang janji abang ni. Abang tekad! 

dari Pi kepada Es : Yang dah vote Terfaktab tu, engkolah manusia paling power kat planet bumi ni!

oleh : Abang Borhan

14 ulasan:

e4ezzati berkata...

wa dah vote! haha hebat

violetmelody@fafa berkata...

yang ke 69..ain ? siapakah ? b0ring jep bel0g tu..

Benjy berkata...

Hi Salam Kenal,

Benjy suda VOTE blog ini di Blogger & Sosial Media Awards
2012. Mohon bantuan juga untuk VOTE blog benjystanis dalam
kategori 'Worst Blog'. Sama-sama membantu secara positif,

terima kasih.

Bui Junaidi berkata...

GUD LUCK YER..HEHE..*_*

yangbaik berkata...

tahniah... semoga berjaya... nampaknya saingan kita amat tipis setipis kulit bawang... hehehe..

Ling berkata...

Abang Borhan ni macam kenal lah.

akak eskrem berkata...

baru vote!

gudlak terfaktab!

p.s: ehem..nape stail abang borhan ni macam leplep pulak?? hikhik :p

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA berkata...

i've just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. all the best ya..

Plsssss vote me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @ http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com ye terima kasihhhhhh

Tanpa Nama berkata...

pengemis undi :)

Vee berkata...

jap lagi aku vote!

aLyA_syGS berkata...

vote terfaktab sebijik :)

Tanpa Nama berkata...

perlu ke panggil binatang?

Terfaktab Fuckedup berkata...

Ko x cukup power nak menang la borhan. Bodoh suke2 gelar org binatang

Tanpa Nama berkata...

Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2