Kembali Pada Landasan Yang Betul

Berakhirnya minggu poligami pada minggu lepas telah menghamparkan kita pada seribu persoalan dan nukilan pendapat mengenai cakap-cakap poligami yang jika dilihat, masih berada dalam tahap 'tidak dibenarkan' dari 'dibenarkan'.

Namun, itu bukanlah masalah pokok yang boleh mengheret kita pada permusuhan kerana di akhirnya, poligami merupakan suatu pilihan, bukan ketetapan. Sesiapa sahaja boleh bercerita dan berpandangan dalam isu poligami kerana kebebasan bersuara di Terfaktab ini adalah mutlak dan fleksibel pada sesuatu kondisi. Kita perlu lihat isu poligami bukan saja pada kaitan keagamaan, bahkan kepada kaitan sejarah, sains-sosial dan juga releven poligami pada suatu masalah dan keadaan. Itulah landasan yang tepat dalam memupuk masyarakat cenderung berfikir secara kritis dan kreatif. Kita tidak mahu masyarakat kita berfikir secara membabi buta seperti yang telah kita lihat di luar sana.

Kesimpulan untuk minggu poligami? Tiada kesimpulan. Kerana adakalanya sesuatu perkara itu lebih baik di biarkan menjadi pilihan tersendiri. Itulah infinitinya definisi poligami yang berkait rapat dengan cinta dan relationship. Unik.

Pada masa yang sama, aku ingin mengumumkan tentang projek penghasilan Kitab Terfaktab Edisi Dua telah bermula dan kami di Terfaktab sedang bertungkus-lumus memberikan komitmen penulisan yang terbaik kepada pembaca dan peminat penulisan skuad Terfaktab. Kitab Terfaktab Edisi Dua dijadual terbit pada hujung Mac atau awal April. Seiringan dengan itu, kami akan menyertai Pesta Buku Antarabangsa dalam memperluaskan hasil penulisan kami di seantero Asia Tenggara.

Terfaktab dan Lejen Press juga mengumumkan bahawa Kitab Terfaktab Edisi Satu boleh dibeli dengan menggunakan baucer buku 1Malaysia. Ini merupakan berita baik kepada para peminat dari golongan pelajar untuk membeli buku keluaran kami.

Adakah Kitab Terfaktab merupakan buku ilmiah?

Persoalan ini sering ditanya kepada aku apabila kaitan Kitab Terfaktab boleh dibeli dengan baucer buku 1Malaysia. Jadi, di sini aku ingin menerangkan bahawa sejak dari awal lagi, matlamat penulisan dan kawalan kualiti penulisan kami telah ditetapkan untuk mempunyai 40 peratus kandungan ilmiah dalam sesebuah penulisan.

Kandungan ilmiah dalam Kitab Terfaktab adalah berkait rapat mengenai hal sains-sosial, kemasyarakatan, ilmu pemujukan, psikologi dan motivasi. Kitab Terfaktab bukan sekadar buku cinta dan novel cinta picisan. Ia adalah buku bermotivasikan memberi panduan kepada pembacanya untuk bertindak dengan betul dalam percintaan dan relationship pada zaman sekarang.

Kamu mungkin takkan jumpa persamaan pembezaan, persamaan kimia, rumus fizik, cara-cara membuka perniagaan mahupun hal politik dalam Kitab Terfaktab kerana itu bukan bidang keutamaan skuad Terfaktab dalam berkarya. Jadi, jika sekali aku ditanya adakah Kitab Terfaktab sebuah buku ilmiah? Aku akan katakan;

Ya. Kitab Terfaktab adalah buku ilmiah kemanusiaan yang paling santai pertama di Malaysia. Juga yang paling angkuh bak kata seorang professor komunikasi sebuah universiti tempatan di utara tanah air.


Sekian, terima kasih. Jumpa kalian di lain hari. 

Ulasan

minat terfaktab tapi... berkata…
aku dh beli novel kitab terfaktab n aku rasa xde la motivasi mane pun buku tu but still ok utk release tension lps blaja..nasib la beli time promosi 3buku rm52..pada aku awek chuck tylor tu best citernye..tapi kalau sperma cinta, aku xtau apa yg berfaedahnya.
TheBentPencil berkata…
sperma cinta ni bergenre komedi. sama je la macam terfaktab, boleh kira jadi buku release tension...

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.