4 Januari 2012

Awak, jodoh itu rahsia Allah

Berikut ialah entri yang dikirim oleh saudara Ceghap di email kami creativesupport@terfaktab.com . Sebuah entri yang mengajak kita berfikir tentang jodoh. Jika anda ada entri yang baik untuk dikongsikan, sila email kepada kami ya!.


Assalamualaikum. Aku ceghap. Aku saja nak menumpang tulis kat sini. Sekian. Aku saspek yang mesti segelintir dari pembaca terfaktab ni sendiri pernah post status seperti di bawah ni tak kira sama ada di facebook mahupun laman sosial lain. Mesti ada punya tak payah nak bohong lah.
                                                                                                                                                          

Awak jodoh itu rahsia Allah..
 ☻♥☻
/█\/█\
.||.||.
SEKUAT mana awak setia...
SEHEBAT mana awak merancang...
SEJAUH mana awak menunggu...
SEKERAS mana awak bersabar...
SEJUJUR mana awak menerima saya...

Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama..
                                                                                                                                                          

Aku sebenar nak komen sikit pasal statement di atas ni. Korang sebenarnya tahukah apa yang korang post ni? Terutama barisan yang aku dah boldkan dan warnakan Merah tu. Kelakar la korang ni. Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama kita tetap tidak akan bersama? Ya aku tahu semua yang berlaku memang sudah tercatit di loh mahfuz sejak awal dahulu lagi. Tetapi tidakkah kamu tahu tentang sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah? Tepuk dada tanya selera.

Aku rasa tak perlulah aku huraikan kesemua sifat-sifat tu sebab korang dah pandai guna google kan? Cuma aku nak terangkan sedikit sahaja. Sifat-sifat Allah, Allah ada 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus. Kat sini aku nak huraikan tentang 1 sifat harus bagi Allah. Apa ya? Sifat harus bagi Allah adalah BERKEHENDAK ya adik-adik. 

Ha! Jadi komen aku pada statement "Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama.." adalah, dapatkah korang hubungkaitkan 1 sifat harus bagi Allah dengan statement ini? Masih belum? Isk kamu ni takkan lah masih belom faham? Owh lembab betul kamu ye. Mari abang terangkan.

Ya seperti yang diterangkan pada awal tadi, memang betul semua perkara yang berlaku sudah tercatit di loh mahfuz. Tetapi dengan 1 sifat harus Allah, Allah boleh menukarnya jika Allah berkehendak untuk berbuat demikian. Kun fayakun (Jadilah, maka jadilah). Jika Allah tidak boleh menukar peraturan yang Dia cipta maka bukan tuhanlah Dia. Betul kan?

Mungkin ada yang bertanya, kenapa Allah nak tukar pula? Allah boleh tukar kalau dia suka. Misalnya Hambanya berdoa kepadanya. Allah kan maha memberi, maha mengasihani, maha penyayang. kan? Dengan berkat usaha, doa, dan tawakal, tak mustahil Allah berkehendak untuk menukar apa yang telah ditulis di loh mahfuz.

Ok. tu saja komen aku pada status tersebut. Dan aku berharap dapat menukar mentaliti segelintir masyarakat kita. Aku juga harap yang ini boleh menjadi info berguna kepada semua. Semua yang baik sesungguhnya datang dari Allah dan yang buruk adalah dair kelemahan saya sendiri. Semoga hidup anda diberkati Allah. InsyaALLAH. wassalam.

17 ulasan:

Wadi AR berkata...

tepat

C-Ha Nasiha berkata...

sgt setuju! jika Allah nak tukar, sekelip mata je Dia boleh tukar! :)

fatinizzati berkata...

maksudnya macam perjalanan hidup dah ditentukan Allah tapi kalau kita ada usaha, doa dan tawakal means ada kemungkinan perjalanan tu akan bertukar la eh?

.rENEx. berkata...

s e t u j u :)

e4ezzati berkata...

benar.

TheBentPencil berkata...

ringkas tapi padat ceghap. dan saya mahu tambah sikit: konsep soulmate yang kita fahamkan tu agak lari dari konsep sebenar. kenapa? kita rasa seseorang itu datang dan melengkapi kita sesempurnanya.

malangnya bila orang itu dikahwini dan kita mendapati dia mempunyai kekurangan, apakah kita berfikir "ah, ni mungkin bukan jodoh kita, kita harus berpisah."

ah, itulah yang menyebabkan penceraian yang banyak sebenarnya kan?

pokoknya, soulmate itu bukan "diberikan" kepada kita tetapi "dibuat" oleh kita. Kalau ada kekurangan, kita terima dan kita sesuaikan. tak perlulah kata "ini bukan jodoh aku yg Allah takdirkan etc etc"

nidda berkata...

saya rase bab JODOH n MAUT adalah sesuatu yg Allah tetapkan dr luh mahfuz.. tp bab2 len bru blh bertukar dgn adanya konsep doa.kat ctu gunanya sifat Allah yg berkehendak..
wallahualam

Dorky Guy berkata...

awak rasa? jadi Allah tak boleh tukar lah? tuhan apa yang tidak boleh tukar peraturan yang dia tetapkan? tak cukup tuhan la kalau begitu.

fahmi berkata...

aku sokong ko..org kita ni suka copy ssuatu tnpa memahami ape yg dicopy tu.jgn terlalu bergantung pada takdir.usaha pn perlu..

rekbing berkata...

hi dorky guy hi ceghap!

*bunyi gay siot*

Adni berkata...

ya benar.agree

Wawa.Wafiyyah berkata...

ustaz sy pon ade pernah bgtau, rezeki,jodoh,walaupun dah ditetapkan,kalau kita ada usaha dan sentiasa berdoa, semua tu akan berubah,,dengan kehendak Dia..

fairos berkata...

melegakan hati yg resah. trima kasih.

fatin qurratuaini berkata...

bila kita belajar untuk redha, kita takkan rugi.

Mizz MieLyaN berkata...

bg aku doa jela..berubah ke tak..tue..kerja Dia..lagipun..Dia tahu kau akan buat ape lepas2 nie..doa ke tak..andai kata..lau doa dpt..syukur..andai kate..xdpt..redha..Allah tahu ape yg tbaik..n knp xbg kat kau..

Mizz MieLyaN berkata...

bg aku doa jela..berubah ke tak..tue..kerja Dia..lagipun..Dia tahu kau akan buat ape lepas2 nie..doa ke tak..andai kata..lau doa dpt..syukur..andai kate..xdpt..redha..Allah tahu ape yg tbaik..n knp xbg kat kau..

Mizz MieLyaN berkata...

bg aku doa jela..berubah ke tak..tue..kerja Dia..lagipun..Dia tahu kau akan buat ape lepas2 nie..doa ke tak..andai kata..lau doa dpt..syukur..andai kate..xdpt..redha..Allah tahu ape yg tbaik..n knp xbg kat kau..