3 Januari 2012

Perutusan Terfaktab 2012


Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 ya? 

Pejam celik pejam celik sudah masuk tahun baru. Pejam celik pejam celik dari ada makwe, dah takde makwe. Pejam celik pejam celik, dari takde makwe-pakwe, tengok-tengok dah nak bernikah. Kehidupan ini semakin singkat. Masa berlalu pantas dengan pelbagai rentetan peristiwa berlaku disekeliling kita. Begitu juga dengan organisasi yang di-salut ini, Terfaktab.

Tiga tahun lepas di mana kita berada dan apa status kita? Apakah kita berjaya ataupun masih dalam kegagalan? Masih dihantui kenangan memedihkan hati atau mahu keluar mencari sinar harapan yang mampu menjulang diri kita lebih berdominasi menggapai kejayaan. Ini semua terletak pada tangan kita untuk mengubahnya.

Pujangga ada menyatakan;

"Nasib dan takdir itu dua perkara berbeda. Nasib boleh diubah, tetapi takdir tidak boleh. Kejarlah nasib yang baik, dan terus berdoa agar takdir sentiasa menyebelahi kita."

Sepanjang penubuhan organisasi sejak November 2011, aku melihat organisasi ini berjalan menempuh pelbagai rintangan dan dugaan. Aku sedar bahawa terdapat suara-suara sumbang yang mengkritik dan mencemuh organisasi ini. Mungkin bertujuan untuk melemahkan, menghakisi kepercayaan dan ingin mengambil kesempatan. Manusia-manusia sebegini bagi aku (jenis suka down-kan orang lain), tak perlulah untuk kita warga kerja Terfaktab dan para pengikut yang dicintai ambil endah sangat. Kepercayaan yang diberikan dari para pembaca, terfaktab-lovers dan para puaka yang setia amat pihak aku dan warga kerja hargai, dan itulah yang seharusnya dipupuk dalam segenap pemikiran anak muda yang dahagakan kasih sayang, cinta untuk kekal positif bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Terima kasih dari aku dan warga kerja kepada kalian. Kalian adalah permata berharga. Kehadiran kalian membuktikan sebenarnya masih ramai lagi manusia yang berhati mulia yang mahu melakukan perkara-perkara kebaikkan. Salut!

Kami di Terfaktab terdiri dari latar belakang penulisan dan profil yang berbeza. Tetapi kami bersatu hati dan seiring sekata mengatakan setiap orang layak mendapatkan cinta yang baik, dan bertindak betul dalam memilih cinta. Juga kami turut sama berpendapat bahawa hubungan yang baik antara lelaki dan perempuan itu datang dari sikap yang baik. Buruk sikap kita dalam hubungan, maka buruklah hubungan itu. Itu saja peraturannya. Mudah difahami. Namun, secara realitinya sukar untuk kita cernakan kerana subjek cinta dan perhubungan itu dalam dan besar. Komplikated juga kerana terdapat pelbagai perkara-perkara kecil yang perlu diteliti.

Secara peribadi, aku memberi kepercayaan sepenuh hati kepada semua warga kerja di Terfaktab. Mereka bukan sahaja pekerja yang baik, anak buah yang berdedikasi, tetapi juga rakan karib aku sendiri yang aku hormati. Setiap ahli skuad yang ada, punyai cara dan gaya masing-masing dalam menjalankan misi. Kesungguhan mereka juga memberi inspirasi kesungguhan aku sendiri. Menjadi kapten dalam sebuah organisasi yang berkembang pesat sebegini bukan mudah sebenarnya. Namun aku lebih sukakan sikap optimis untuk mara kehadapan. Sikap steady dan kental yang digunapakai juga membantu mengekalkan kestabilan yang ada. Love it.

Untuk para pembaca dan Terfaktabians (Terfaktab-Lovers), ada banyak plan yang kami rancang untuk kalian semua. Kesemua rancangan-rancangan itu telah kami permesyuaratkan sebelum ini. Kitab Terfaktab edisi #2 misalnya akan menemui kalian pada akhir Mac atau awal April. Kami juga akan menghasilkan beberapa produk edisi terhad seperti baju dan merchandise yang difikirkan sesuai pada tahun ini dan akan mula beroperasi pada Mac nanti. Disamping itu, untuk menggiatkan bahagian kaunseling, kami juga bercadang untuk mewujudkan siri-siri video khas bagi melicinkan kefahaman permasalahan relationship kepada kalian. Kiranya, selepas ini kami tidak lagi tertakluk kepada penulisan sahaja. Ya, kami akan bergerak ke video blog pula. Oh, juga dalam perancangan ialah menerbitkan sebuah filem cereka pendek Terfaktab yang akan mendapat usahamasa dari penggiat video independent terkenal. Untuk setakat ini, kami masih dalam proses menyiapkan skrip dan filem cereka pendek ini dijadualkan memulakan penggambaraan pada April dan menemui kalian di pawagam-pawagam indie berdekatan pada Jun hadapan. Nantikan ya.

Bagi memulakan kerancakkan tahun 2012 ini. Kami akan mengadakan minggu istimewa! Yeah, minggu istimewa akan datang lagi. Bila-bila masa dalam minggu ini, sebuah minggu istimewa dinamakan Minggu Poligami akan diadakan bagi membincangkan skop poligami secara santai. Kami harap anda menyukai topik sebegini dan turut sama menyertai perbincangan yang disediakan. Pasti mengujakan.

Akhir kata dari aku dan warga kerja Terfaktab. Kami berharap kalian akan terus setia bersama kami. Semarakkan cinta hingga sampai ke bima sakti.! Semoga tahun baru ini kita semua akan lebih cemerlang. Chalo, Asalammualaikom!

5 ulasan:

Wadi AR berkata...

strict peraturan ni. woww!

aku berkata...

sentiasa menunggu cerita untuk dicerna

fe3adzim berkata...

untuk yang terbaik hanya dari yang terbaik. salut!

reenapple berkata...

yeay... selmat tahun 2012. semoga hari2 mendatang lebih dari hari3 berlalu.. =)

Tanpa Nama berkata...

Panjang nye, malas nak baca. Tapi aku pembaca setia blog ni. Peace.