Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kahwin muda

Bila kawan kau dah kahwin...

Imej
Jangan tolong dia. Serius. Kalau kawan anda ceritakan masalah rumah tanggga dia, tolong! Tolong jangan bantu. Iye, aku serius. Walaupun kau dengan dia sama jantina dan kau confirm 99.99999% tak gay. Kau bantu dengar je. Bagi satu dua ayat "sabarlah member, apa-apa keputusan, aku support engko" satu tepuk di bahu atau peluk, lepastu setel. Dah. urut bahu pun boleh. "Tapi kalau member tu kena pukul, kena maki, kena curang, kena curi?" kau tanya aku. Well, jawapannya ya, tetap tak boleh. Nasihat sikit-sikit. Jangan maki jangan emo. Dah. Sebab apa kau tanya? Ramai dah kawan aku kena. Isteri menangis-nangis cerita lelaki curang DM perempuan lain. Kawan-kawan perempuan semua join bash lelaki tu. Siap offer support kalau cerai. Alih-alih, ehhh sambung balik. Lagi haru, persahabatan dengan kawan tu putus terus jadi musuh. Tak pasti samada sebab dia sentap laki dia kena kutuk atau pun dia rasa malu pergi balik kat jantan dia kutuk. Dua tiga kali juga aku ...

Self Fulfilling Prophecy

Imej
"Cik Pah, anak kita dua ni, Kamar dan Maya - sudah lima tahun kenal. Cik Pah pun kenal saya, dan saya kenal Cik Pah. Apa kata, kita kahwin kan saja mereka berdua. Sebelum mereka buat perkara lebih teruk," ucap ibu itu sambil menghirup teh. "Tapi Kak Jun...tak boleh tunggu ke. Maya tu kecik lagi, lima belas," jawab Cik Pah. Bayangkan ini mereka. ni tv3 punya sinetron apa entah. "Kecik apanya, dah akil baligh dah! Bila-bila masa je boleh berbadan dua, tahu. Sekurang-kurangnya kalau ada terlajak, tak ada orang mengata." Cik Pah meraup mukanya, berat hati untuk melepaskan si kecilnya Maya. Tapi lebih berat, kegusarannya terhadap generasi anak remaja sekarang, macam Maya; pergerakan mereka susah nak dijangka. Namun, apakah ini solusi sebenar? Entahlah. Bagi aku, yang belajar dalam aliran sains ni- aku akan komen sebanyak yang aku tahu, dari sudut sains. Benar, anak gadis berkembang secara reproduktif seawal 9 tahun. Dan benar juga...

Perihal Kahwin Muda dan Sirkulasi Pergaulan.

Imej
Tahukah anda akan kewujudan video ini? Video montaj majlis perkahwinan seorang Teruna dan Dara dari Rompin, Pahang. Makanan yang disediakan katering yang sungguh menggiurkan, penuh dengan hiasan. Bentara-bentara juga semuanya punya t-shirt hitam yang serupa, bercorak bunga-bungaan ditatahkan nama kedua mempelai. DJ yang menghiburkan tetamu juga tidak terkecuali dari mengisi majlis kenduri yang diadakan. Berapa agak-agak bajet yang perlu dikeluarkan? Adakah ia dijalankan dengan kutipan dana qariah ataupun hasil kumpulan duit keluarga masing-masing? Ataupun ia direalisasikan dengan hasil durian runtuh diberi Perdana Menteri Malaysia? Namun, isu yang aku hendak sampaikan di sini bukanlah isu wang atau politik atau kemampuan mereka dan kita. Isu yang aku hendak sampaikan di sini adalah isu Kahwin Muda dan Sirkulasi Pergaulan. Kahwin muda, atau nikah muda seperti disebut #hijabster, adalah satu perkara yang dibincangkan ketika ini. Termasuk aku. Termasuk kau, mungkin.(?) Ada perka...

(Komik) Suatu Hari di Pejabat Kadi

Imej
“Wahai sekalian anak muda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan maka bernikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata serta lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” [Muttafaq ‘Alaih] ps. If you are on Tumblr, reblog it! gambar: Penerangan hadith dari sini , Gambar Mufti dari Rusia dari sini dan gambar awek/pakwe dari sini .

Cinta #VanillaCoklat derr..

Ahhh.. Cinta cinta, kahwin muda, Kononnya nak elakkan berzina, Kalau rasa nak cegah dosa, Dari awal tak payah nak mengada, Duit takde, nak perjuangkan cinta, Ya, cinta tu suci dalam agama, Tapi tak salahkan kalau kau ambil langkah berjaga, Ni tak, belajar ke mana cinta je ada, Kau ingat kahwin muda tu setakat sweetnya pergi kelas bersama? Nak halang nafsu bergelora? Apa kata kau berpuasa, Kau ingat masa belajar tu dah masuk syarat wajib bersenggama? Cuba kau kejar dulu impian masa muda muda, Dah kerja, bayar balik jasa ibu bapa, Senangkan mereka, travel satu dunia, Baru kau berumah tangga, Ni nak nikah gantung aja, Lagilah nanti nak support keluarga, Habis mak bapak lagi macam mana? Lain lah kau tu jenis kaya gila, Cuba bukak mentaliti tu kasi luas punya, Banyak lagi benda patut di dahulukan sebelum cinta, Ni aku tengok bersepah semua bermesra-mesra, Duit nak top-up pun bergantung kepada keadaan semasa, Diri sendiri tak terjaga, Rasa dah boleh pikul tanggungjawab bawak ke syurga? Pel...

Gatal dan Jodoh.

Imej
Assalamualaikum. 안녕... Aku rase bila dah cecah certain umur, isu kawen-pasangan-jodoh ni sume dah macam minum air. Punyalah kerap orang citer pasal isu ni. Nampak tak? Kalau tak nampak, taknak kawen eh maksud aku taknak kawan. Heh. Aku pon sbnanye sama je sedang lalui fasa yang kemaen merenyam lagi sikit-sikit je bukak citer kawen. Sikit-sikit je yang rase seronok di dunia ni adalah kawen. Yang rase meriah gila dalam dunia ni adalah kenduri kawen. Lebih-lebih lagi bila kawan yang rapat dengan aku pon dah nak melebihi fasa yang aku sedang berada. Maksudnya, aku hanya berada pada fasa yang 'hanya boleh CAKAP pasal kawen', tapi dia akan melebihi fasa ni dan akan berada pada fasa 'AKU AKAN KAWEN'. Huhu. Tak, tak, aku mane ada jeles pon. T_____T So, bila orang sekeliling aku dah mula citer sana sini pasal kawen, aku pon ape lagi, haruslah ikuti perkembangan semasa dengan bukak citer pasal kawen-kawen ni jugak. Aku bukanlah nak kawen sangat dalam masa terdekat ni, tapi bi...

Cerpen: Melankolik Nasi Telur Goreng

Imej
“Assalamualaikum.. .honey, I’m home !!” Aku terdengar sayup suara yang amat dikenali itu. Tangan kananku membetulkan sanggul rambut di samping tangan kiriku menolak kuali ke dalam sinki. Aku menyusup keluar melalui pintu dapur dan melihat si suami baru sahaja menutup pintu peti surat. Lalu dia berjalan ke arah aku sambil tangannya menyelak satu persatu helaian surat yang dikirim. Pantas aku ke pintu—surat itu ku sentap dengan tangan kiri—dan menyalam tangannya. “Baru balik, bang?” kataku sambil mencium salam dia. Helaian bil berwarna merah dalam celahan surat itu aku sorokkan di belakang dan aku lontarkannya jauh dari pandangan. Lalu menariknya ke meja makan. Bang, tengok...Dila dah siap masak untuk abang,” aku membuka tudung saji. Sepinggan hidangan lengkap, masih berasap; berserta dua gelas Teh-O. “Amboi, Omuri rice ...” katanya. Omuri rice adalah Nasi Goreng Pattaya versi Jepun, pastinya membuatkan dia tersenyum. Aku tau sangat apa kegemaran weaboo macam beliau. Tambah lagi b...