Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mfaizsyahmi

Healthy-Toxic Relationship

Entah berapa ramai berada dalam toxic relationship dan masih duduk dalam tu sebab, well, satu, malas ulang proses bercinta. Dua..komitmen. Aku on the other hand, setiap kali berada dalam toxic relationship, memang akan keluar terus. Termasuk jika akulah penyebab toxic tu. No I don't want a relationship that makes me angry all the time. No I don't want a relationship that makes me sad all the time. Nope. No. So, if you live in a toxic relationship bubble, please, for fuck's sake, get out from it. No matter how good the sex is. Toxic relationship adalah hubungan cinta yang lebih membiak unsur negatif berbanding unsur positif dalam diri (dan hubungan). Manakala healthy relationship adalah hubungan cinta yang lebih membiak unsur positif berbanding unsur negatif dalam diri (dan hubungan). Contoh toxic relationship adalah apabila kau tak mampu jaga partner, asyik-asyik menyusahkan kau, bikin masalah sana-sini, kau perlu sapu. Contoh healthy relationship adalah apabi...

Babilah Dia Ni. Merajuk Pulak!

Semua orang cakap tak reti pujuk dengan perkataan, kalau sentuhan bolehlah, tapi dengan sentuhan pun tak terpujuk jugak. Macamana? Bukan masalah pujukan dengan perkataan atau perbuatan pun sebenarnya, tapi masalah apa kau buat tu tak kena gaya dengan dia. Untuk memujuk seseorang, kau perlu cari kelemahan dia (apa dia suka). Contohnya kelemahan dia; tak boleh terus merajuk jika dibawa ke zoo. So pandai-pandailah kau bawak dia pergi zoo. Orang selalu fikir nak pujuk orang ni kena guna wang ringgit baru boleh terpujuk. Tak pun sebenarnya. Yang penting tahu apa dia suka. Aku adalah seorang kaki rajuk dan susah dipujuk. Dan aku paling tak suka dipujuk guna wang. Makin kau guna duit untuk pujuk, makin merajuk. So, yeah. Different people different cara pujuk. Jangan ingat cara pujuk semua orang adalah sama. "Macamana entah kau nak hidup dengan aku selamanya kalau baru merajuk sekali dah give up taknak pujuk? Padan muka kena tinggal dengan aku sebab kau tak reti memujuk dan aku...

Cemburu Retrospektif dan Empati Terhadap Pasangan

Imej
Cemburu : Iri hati (kerana orang lain pandai, berharta dll); 2. Kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll) Retrospektif : Meninjau atau mengenang kembali peristiwa dan sebagainya yang lalu Cemburu Retrospektif : Iri hati atau kurang percaya pada seseorang atau sesuatu kerana perbuatannya di masa lalu Empati : Daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain Cemburu adalah sesuatu yang paling celaka sekali dalam hidup seorang manusia kerana manusia diciptakan mempunyai akal, psikologi, emosi dan perasaan(hati). Lebih-lebih lagi manusia yang mempunyai pasangan. Aku tak tahu kau yang membaca kata-kata aku ni adalah seorang yang belum mempunyai pasangan, sedang mempunyai pasangan, atau baru saja putus dengan pasangan, tapi aku rasa kau cukup faham apa yang aku maksudkan, bukan? Cemburu ni memang celaka. Kalau setuju, sila berdiri tegak dan cakap, “Ya, saya setuju. Cemburu ni memang celaka!” sekarang. Kalau kau baca da...

Cantik Selebriti Tidak Sama Dengan Cantikmu, Sayang

Imej
Seorang genius pernah berkata, dan aku ingin quote kata-katanya yang berbunyi :  “Tubuh selebriti perempuan yang diminati itu dalam kategori minat lain,  dan tubuh kekasih yang diminati itu dalam kategori minat yang lain.” Biar sini aku huraikan kata-katanya untuk kau; Tubuh selebriti perempuan seperti yang kita tahu adalah sempurna dalam segala segi. Dari ramping pinggangnya hingga bersih kakinya. Manakala tubuh kekasih yang diminati, selalunya biasa-biasa saja, bahkan ada yang berdaki sana-sini, kerana kekasih kita itu bukanlah jenis seorang perempuan yang pandai menjaga diri, walau seberapa banyak nasihat dan sabun pencuci yang telah kita belikan. Well, ya, of course ada perempuan yang walaupun dia berada dalam jenis average girl, atau the girl next door yang pandai menjaga diri. Boleh lihat saja ramai antara kawan kita, atau kekasih sendiri, yang memang pembersih orangnya, walaupun badannya tak berapa cantik. Tapi apa yang disebut dalam quote tadi bukanlah pad...

Perk Menjadi 3rd Wheel

Imej
Third Wheel adalah ‘lebihan’. Third Wheel adalah ‘sampingan’. Third Wheel adalah ‘tambahan’. Kebiasaanya orang macam kau tak suka jadi Third Wheel ni kan? Ah, kau tak payah nak tipu akulah. Tiap kali kawan kau ajak kau keluar dengan partner dia, mesti kau macam malas nak ikut sebab nanti kau boring buat semua benda sorang kan? Dia bolehlah. Ada partner. Boleh buat semua benda kongsi bersama. Kalau tengok movie, kau sorang jela layan perasaan kagum pada movie tu sensorang kau. Pastu kalau makan, diorang jela yang suap-menyuap, berbisik-bisikan. Kau? Kau duduk jela depan diorang mereput sensorang. Lepas tu, bila dia ajak kau keluar sekali tu, mesti kau bagi ayat lebih kurang macam, “Takpalah, nanti aku kacau korang pulak.” Betul tak betul? Sebenarnya, aku nak cakap kat kau yang best jugak sebenarnya jadi Third Wheel ni. Aku tak faham kenapa Third Wheel ni didefinisikan dalam Urban Dictionary sebagai sesuatu yang membawa maksud negatif. Aku pelik kenapa bab Third Wheel ni tak dika...

Konversasi Si Sent dan Si Received

23:58 : "Hai. Saya suka awak. Nak kahwin dengan awak." Sent 00:05 : "Haha. Kita kan kawan. Mana boleh kahwin." Received 00:06 : "April fool!" Sent 00:10 : "April fool balik! Saya pun suka awak. Nak kahwin dengan awak. <3" 00:11 : "Really? Omaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. :DDD" Sent 00:12 : "Amboi panjangnya terkejut. :)" Received 00:13: "Mestilah. Saya crush dekat awak dah lama kot." Sent 00:13: "Yakah? Sejak bila?" Received 00:14 : "Sejak mata bertemu mata. :)" Sent 00:14 : "Eh. Samalah. Omaiiiiiii (Saja tiru awak) :P" Received 00:15 : "Haha" Sent 00:15 : "Awak awak awak" Sent 00:16 : "Ya saya." Received 00:18 : "Sudikah awak jadi kekasih hati saya selamanya?" Sent 00:19 : "Erm. Kejap. Bagi saya 10 minit. Nak buat istikharah." Received 00:19 : "Baik! *Taksabar menunggu*" Sent 00:35 : "Maaf lambat. Saya pe...

Mana nak cari ... macam aku?

Mana nak cari gadis sebaya aku? yang berbahasa baku seperti aku? yang cantik sama padan dengan kekacakan aku? suka melukis macam aku? suka mewarna macam aku? suka membaca macam aku? suka menulis macam aku? suka menulis puisi macam aku? suka membaca puisi macam aku? suka menyanyi macam aku? suka menari macam aku? suka muzik macam aku? suka simfoni macam aku? suka pergi event art macam aku? suka dressup macam aku? suka bereksperimen dengan fesyen macam aku? suka workout bila perlu macam aku? suka cantikkan badan dan wajah untuk diri sendiri dan masa depan macam aku? suka makan buah-buahan macam aku? suka makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman macam aku? suka jaga kesihatan macam aku? suka persoal agama macam aku? suka persoal dunia macam aku? suka tonton wayang gambar macam aku? suka tonton siri TV macam aku? suka backpacking travel macam aku? Mana nak cari gadis sebaya yang macam aku?

Kahwin? Aku? Kahkahkah!

Sudah berapa lama agaknya aku ingin tulis segala isi hati aku, lepas keluar dari musim percintaan kali ini. Mungkin aku antara manusia bertuah (*atau celaka?) kerana sekejap berada dalam hubungan percintaan dua hala, sekejap berada dalam hubungan percintaan sehala. Mungkin juga. Mungkin juga aku hanyalah seorang lagi manusia tidak tahu erti syukur hingga banyak hubungan yang jika aku jaga hubungan itu betul, memang betul ia akan bawa aku ke saat bahagia ke syurga. Kecewa itu ya, kecewa itu ada. Dan kekecewaan ini sebenarnya membawa aku ke satu dimensi yang jika aku keluar daripada dimensi ini, aku khuatir aku bakal kecewa lagi sebagaimana kecewa aku sebelum-sebelum ini. Dimensi di mana aku lebih selesa bersendirian, berhibur ke sana ke mari berseorangan, tanpa ditemani seorang kekasih yang betul mencintai aku ingin hidup bersama aku selamanya. Ya, aku sebut kekasih, bukan gadis. Pernah satu tahap aku sampai tidak kisah jika ada seorang lelaki yang betul jatuh cinta padaku. Yan...

Kata Lima - Perihal Menjolok Mata

Imej
Disebabkan ramai wanita di dunia, ada sesetengah mereka memilih untuk memakai pakaian yang menjolok mata bagi menarik perhatian lelaki kerana gusar dengan nisbah 9:1 yang dikhabarkan golongan ulama untuk menakutkan umat Islam di akhir zaman membuatkan mereka rasa terancam dengan banyaknya saingan di dalam sirkulasi kehidupan mereka. Harus diketahui bahawa menjolok mata itu bukan sahaja yang tidak cukup kain dedah sana dedah sini, bahkan yang berwarna meriah di sana di sini juga sama menjolok mata sebenarnya. Jalan sahaja ke mana-mana, maka segala gerak-geri menjadi bahan perhatian lelaki. Bagi aku, aku lebih memilih dan lebih nampak gadis yang memakai warna-warna biasa. Putih, hitam, biru cair, kuning cair dan segala warna cair lain yang mampu mencairkan hati aku melihat memandangnya sepanjang masa. Bukan warna-warni seperti trend semasa yang digelarkan colour-block dalam seni fashionista yang pelbagai rupa entah apa-apa itu. Sumber Ya, hari ini aku bercakap pasal Sains ...

Wordless Wednesday

Imej
Terjemahan : Untuk Dijual : Kasut bayi, belum diguna.

Cinta Pandang Pertama

Kau yang kupandang buat kali pertama ketika kita bertemu muka, membuat hatiku berpaut nakal mendiktator mata supaya asyik memandangmu. Ruang magnetik antara kita yang menimbulkan mewujudkan hubungan sintetik terus membuat hati mulusku tulus rasa ingin mendekatimu. Lebih, lagi, makin, rapat dekat. Yang pasti ruang antara kau dan aku wujud tanpa kewujudan walau sezarah luar dari lingkungan persendirian kita. Kau nampak aku, kau senyum. Kau belum tahu detik derap debarnya hatiku saat kau menzahirkan senyum tepat ke wajahku. Betul seperti rasa bagai ada arjuna terbang memanahkan anak panah cinta tepat ke hatiku dengan busurnya. Ya, itu baru senyummu. Belum lagi kudengar manis merdu bicaramu. Walau dari jauh kupandangmu membuatku rasa goyah lagi gugah hendak menegurmu, kutahu saat hati bicara kutelah terpaut padamu. Betulkah ini rasa cinta? Cinta yang membawa satu aura dan nyawa baru untuk hidupku? Atau ini hanya rasa terpikat? Terpikat tertarik dengan langsungnya kecantikan keluc...

Perihal Kahwin Muda dan Sirkulasi Pergaulan.

Imej
Tahukah anda akan kewujudan video ini? Video montaj majlis perkahwinan seorang Teruna dan Dara dari Rompin, Pahang. Makanan yang disediakan katering yang sungguh menggiurkan, penuh dengan hiasan. Bentara-bentara juga semuanya punya t-shirt hitam yang serupa, bercorak bunga-bungaan ditatahkan nama kedua mempelai. DJ yang menghiburkan tetamu juga tidak terkecuali dari mengisi majlis kenduri yang diadakan. Berapa agak-agak bajet yang perlu dikeluarkan? Adakah ia dijalankan dengan kutipan dana qariah ataupun hasil kumpulan duit keluarga masing-masing? Ataupun ia direalisasikan dengan hasil durian runtuh diberi Perdana Menteri Malaysia? Namun, isu yang aku hendak sampaikan di sini bukanlah isu wang atau politik atau kemampuan mereka dan kita. Isu yang aku hendak sampaikan di sini adalah isu Kahwin Muda dan Sirkulasi Pergaulan. Kahwin muda, atau nikah muda seperti disebut #hijabster, adalah satu perkara yang dibincangkan ketika ini. Termasuk aku. Termasuk kau, mungkin.(?) Ada perka...