Solitud Si Carik Rupa
Kau adalah antara orang yang bangun paginya sentiasa melihat cermin kerana kurang yakin dengan wajah diri. Sejak kau mengenali apa itu mimpi basah dan datang bulan, seringkali, kau ke mana-mana, menghias badan dengan pakaian cantik-cantik dan mewah-mewah, tidak dipandang oleh mana-mana yang berlainan jantina. Walaupun kau berpakaian indah-indah ketika hari ulangtahun kelahiran, kenduri kahwin dan hari perayaan, langsung tiada mata yang memandang. Kau fikir, apa yang salahnya pada wajah kau. Hanya sedikit berlainan dari orang lain. Hidung pesek tidak terletak di tempat yang betul, gigi tidak sama rata antara baris, mata bulat besar sebelah, telinga capang dengan cuping besar, pipi dahi hidung dagu berjerawat jeragat, kepala berkelemumur yang tidak terkawal adalah antara sifat-sifat pada diri kau. Itu baru sifat yang berada di kepala, belum lagi sifat di bawah kepala. Entah apa lagi kecacatan yang dimiliki kau, segalanya menjadi rahsia milik kau buat selamanya. Malu jika diketahui ora...