Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel terfaktab

Penutupan Terfaktab

Imej
MAKLUMAN & HEBAHAN Pada November 2017 ini, Terfaktab akan menyambut ulang tahunnya yang ke-7. Sepanjang 7 tahun Terfaktab di dalam arena penulisan dan perbukuan, kami telah menempuh pelbagai rintangan dan kejayaan dalam memandaikan masyarakat dengan buku-buku terbitan kami. Namun, segalanya seakan tidak menjadi dalam 2 tahun kebelakangan ini akibat kesan kelembapan ekonomi, penurunan mendadak minat membaca masyarakat terhadap buku dan masa depan industri buku yang terumbang-ambing. Hal ini membuatkan kami terpaksa melakukan keputusan yang berat dan pahit. Dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Terfaktab Media akan menutup operasi penerbitan pada akhir Disember 2017 ini. Keputusan yang berat ini merupakan keputusan sebulat suara anggota dan wargakerja Terfaktab Media setelah mendapat pandangan daripada pelbagai pihak. Bak kata pepatah; "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul." Sehubungan dengan itu, sebelum penutupan operasi Terfaktab Med...

Gratitude

Its not easy being us. Its not easy being one of us. We have to do a lot of reference about this and that to actually make all the things that we wrote makes sense in our readers mind.  Some of us, i believe, is having a non-stop relationship with squirgly squirmy love quotes, watching endless drama about love, watching sorta love life movies and pouring lots of first hand experience plus all the secondary experience we've been going thru in this life.  In order to make someone happy, sometimes you have to forfeit your own happiness. That's how things works. Its in order. Balanced. We do have our ups and downs. Personal stuff, readers stuff and all. Just because we wrote love shiznits, doesn't mean we're always in love or always in a state of trash-like life.  A lot of people is hoping to pinch the best out of us, which is kinda absurd since one of the most hardest thing to do in this world is to satisfy each and every one of you regardless your affiliations. We...

Dari Pejabat Terfaktab 6

Imej
SUBANG JAYA, 24 Feb - Terfaktab, sebuah kumpulan penulis-penulis blog yang berbakat kini boleh menarik nafas lega dengan satu perkembangan terbaru yang bakal memberikan impak positif terhadap hala tuju Terfaktab pada masa hadapan. Terfaktab kini secara rasminya telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama TERFAKTAB MEDIA  bagi melicinkan penerbitan, penjualan dan pemasaran produk-produk penulisan kreatif dari skuad penulis Terfaktab khususnya pada produk Kitab Terfaktab dan blog Terfaktab.           Disamping itu, dengan permulaan sebagai sebuah kolonial media, Terfaktab juga akan menghasilkan produk-produk yang bakal memberi pulangan memuaskan kepada pengikut-pengikut dan pembaca-pembaca blog, facebook, twitter dan kitab Terfaktab diseluruh negara. Antara produk-produk yang bakal dipasarkan ialah t-shirt Terfaktab edisi terhad, cenderahati, aksesori dan sebagainya. Pihak TERFAKTAB MEDIA juga berkenan untuk mengembangkan perniagaan...

Perutusan Terfaktab 2012

Imej
Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 ya?  Pejam celik pejam celik sudah masuk tahun baru. Pejam celik pejam celik dari ada makwe, dah takde makwe. Pejam celik pejam celik, dari takde makwe-pakwe, tengok-tengok dah nak bernikah. Kehidupan ini semakin singkat. Masa berlalu pantas dengan pelbagai rentetan peristiwa berlaku disekeliling kita. Begitu juga dengan organisasi yang di-salut ini, Terfaktab. Tiga tahun lepas di mana kita berada dan apa status kita? Apakah kita berjaya ataupun masih dalam kegagalan? Masih dihantui kenangan memedihkan hati atau mahu keluar mencari sinar harapan yang mampu menjulang diri kita lebih berdominasi menggapai kejayaan. Ini semua terletak pada tangan kita untuk mengubahnya. Pujangga ada menyatakan; "Nasib dan takdir itu dua perkara berbeda. Nasib boleh diubah, tetapi takdir tidak boleh. Kejarlah nasib yang baik, dan terus berdoa agar takdir sentiasa menyebelahi kita." Sepanjang penubuhan organisasi sejak November...

Terfaktab Setahun Bersama, Pertandingan dan Hadiah Untuk Pembaca!

Imej
"Sudah setahun kita bersama sayang." ujar seorang lelaki sambil memutar-mutarkan sebatang lighter berjenama Zippo. Matanya tepat memandang anak kecil yang sedang seronok bermain-main gelongsor, papan jongket dan bermacam lagi mainan di satu taman permainan. Haritu ramai betul anak-anak kecil bergembira di taman. Maklumlah, sudah 3 hari hujan petang berturut-turut. Hanya facebook dan youtube sahaja teman mereka. "Hurm, yeap. Lama kan? Banyak betul naik turun yang kita alami." seorang wanita seperti teman kepada seorang lelaki tadi senyum menjawab ayat yang dinyatakan. Perempuan itu nak di katakan seorang yang terlampau keagamaan sangat tidak pula dia sarung jubah ke mana-mana. Nak kata terlampau seksi tidak menutup aurat, tutup sahaja semuanya. Tudung tiga segi yang biasa menutup rambutnya, baju t serta cardigan hitam di luar serta seluar labuh menjadi pakaiannya haritu. "Awak rasa kita ni bagus tak?" si lelaki tadi menyambung perbualan. Lighter tadi di...

"You'll Never Walk Alone,Nami!"

Imej
Pintu pagar ini sekadar hiasan untuk artikel kali ini(courtesy:LFChistory.net) " Kalau ikutkan hati, mahu saja aku kunci hati ini dengan mangga Solex tebal dan kemudian kunci ini aku campak ke laut. " Ya - cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta yang agung adalah cinta yang gagal. Cinta yang gagal seperti Quasimodo dengan Esmeralda, cinta gagal seperti Romeo dan Juliet, cinta gagal seperti Uda dan Dara, seperti cinta Khairuddin Wazir Khan dan cinta aku dan Sherina Ellyana - gagal kerana namanya dipanggil di Loh Mahfuz. Aku pernah mengeluh, " why jerks can get girlfriend and treat like a jerk, I just want to love and to be loved ", tapi seperti yang penyokong Liverpool pernah berkata, " you can't buy history ". Benda yang agung macam ni tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, let alone dengan teddy bear besar gabak serta dressing baju Polo logo besar popped up collar dengan pakai sun glasses kat dalam shopping mall. Aku merenung sejenak malam tadi sam...

Ciri-Ciri Lelaki Jenis Gred F

Imej
Hai semua. Hari ini mari merungkai ciri ciri lelaki yang bertaraf F. F di sini melambangkan lelaki #phailed dari semua segi. Memang red flag akan diberi kepada lelaki sebegini. Sebolehnya hindari diri daripada bercinta dengan lelaki gred F ini kalau tidak nanti sengsara hidup kau. Bukan telur gred F. Credit Picture . Cirinya ialah 1. Berlagak single padahal dah ada teman wanita. 2. Tidak dapat memberi sepenuh komitment kepada kekasih hati sendiri. #foreveralone kesian. Credit Picture . 3. Emosional mengalahkan perempuan sewaktu marah. Minta simpati orang ramai akan masalah yang dihadapinya. Cerita itu ini macam gempak untuk simpati orang. Attention seekers! 4. Pemikiran seperti kekanak ribena yang macam tak cukup menetek susu ibu semasa menangani masalah peribadi walaupun sudah bukan awal remaja. 5. Tidak pernah menghargai apa yang awek dia lakukan untuk dirinya. Hanya tahu complain apa yang tidak kena pada aweknya. Cuba belajar menghargai. Kalau teman lelaki kau mempunyai cir...

Tujuh Puluh Tujuh Perpuluhan Lima

Imej
“Apaaaa….naik lagi TIGA?” Hayley menjerit sakan. Dia hampir terlompat daripada skala penimbang digital itu. Ah, adakah salah kalibrasi? Ah, tak mungkin, baru semalam sudah setting. Diperiksanya bateri. Elok lagi. Lalu dia naik. Kemudian dia melangkah turun, kemudian naik semula. Turun, naik semula. Betul, nombornya memang betul. Memang sah, sudah naik berat badan. Tidak! Getus Hayley dalam hati. Tambah lagi tiga—dengan ketinggiannya 5’ 4’’, sungguh tak sesuai. Dia tercari-cari apakah salahnya. Senaman? Memang tak pernah tinggal. Diet? Memang terjaga. Dah berapa kurun tak datang ke McDonalds dan KFC. Tapi—ah! Coklat! Semalam, sepupunya Cassandra datang ke rumah. Dia hulur coklat Belgium. Tanpa berfikir panjang, Hayley menelan sebungkus. Hyaley duduk bergulung di hujung katil. Perasaannya cukup down sekali. Air matanya bergenang. Malu! Malu sudah naik berat badan. Hodohlah rupa diri selepas ini. Macam taknak pergi kelas la hari ni. Tapi dah lama pulak ponteng. Manakan tidaknya asyik t...

Cerpen : Janjiku Tetap Janjiku, Janjimu Tinggal Habuk.

Imej
Dah lama betei gua tak menulis cerkon. Bagi siapa yang tak tahu, cerkon tu ialah cerita kontot. Gua dulu di grab masuk ke skuad terfaktab ni sebab cerkon jiwang gua yang merapu. Semalam boss kasi notis 24 jam untuk gua update satu cerkon untuk tatapan semua pembaca setia Terfaktab atau gua di buang kerja serta-merta. Jadi, selamat membaca. ***** Malam tu Adam (bukan nama sebenar) dan Hawa (bukan nama sebenar) keluar makan buat kali terakhir sebelum Hawa kembali ke Universiti Teknologi Malaysia di selatan sana. Cuti semester kian menipis buat Hawa. Dalam seminggu ni, Hawa diam betul. Setiap kali Adam ajak keluar, ada sahaja alasannya. "Harini saya nak rehat. Eh?" "KLCC jauh sangat tu Adam. Saya nak jimat duit. Nanti buka semester nanti ada banyak barang nak kena beli." Macam-macam lagi alasan yang di berikan Hawa. Padahal gua syak dia memang tanak keluar. Seminggu ni macam-macam Adam buat untuk buat Hawa senyum kembali di depan dia. Tapi ternyata gagal. Malam n...

Cerpen Faktab : Tiada Rahsia Antara Kita?

Imej
Berikut ialah Ruangan Entri Penulis Jemputan yang dikirim oleh :  http://aremierulez.blogspot.com/  Enjoy! Tahniah kerana terpilih! Untuk menghantar artikel anda ke Terfaktab. Sila alamatkan ke email kami di terfaktab@gmail.com Yosh! Ahmad Durrah dan Chinta Chanduri sepasang kekasih yang sama-sama menuntut di UiTM Segamat dalam jurusan Ijazah Pengurusan Perniagaan (Pemasaran). Mereka sudah menjalinkan hubungan cinta semenjak dari zaman diploma lagi. Ahmad Durrah dan Chinta Chanduri mengamalkan sistem " Tiada rahsia antara kita ". Dengan kata lain - " sila bagi password e-mel, Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan segala benda yang menggunakan password supaya saya boleh check setiap hari supaya awak tidak curang dibelakang saya (atau diatas talian sebenarnya) ". Chinta Chanduri sangatlah jealous kepada Nur Amina, kawan baik Ahmad Durrah semenjak zaman sekolah rendah. Walaupun tidak belajar di IPT yang sama, mereka sering berhubung melalui telefon mahupun lama...

Tips Cinta Lahanat #5 (Pasangan Curang?)

Imej
*Raw images are taken from free stock photo sxc.hu

Cerpen Faktab : Hidup Yang Terfaktabkabkan Setelah Menfaktabkan Hidup Orang Lain

Berikut ialah Ruangan Entri Penulis Jemputan yang di kirim oleh : http://shahirahkhairudin.blogspot.com “ Woi apa yang kau dah buat dekat dia hah? Kau tau tak dia dah macam separuh gila? Makan tak nak, belajar tak nak. Exam dah nak dekat. Kamon la wei. Tak kan sebab bende kecik kau besarkan jadi cemni ” “ Apa aku dah buat? Aku nak bepisah dengan dia. Titik. Dia kena terima la. Kau cakap kat dia, sudah-sudah lah. Jodoh sampai sini je ” “ Sampai hati kau buat dia mcm tu ” Kawan-kawan baik dia cari aku tiga hari selepas aku berpisah dengan dia. Ya aku yang dump dia. Aku cakap aku dah ada boipren lain. Boipren baru aku lagi kacak dari dia. Boipren baru aku berkarisma. Dia sayang aku. Dia dah pernah jumpa mak bapak aku. Ah ! macam-macam aku cakap kat boipren lama aku sebab aku nak kasi dia benci kat aku. Kalau dia benci kat aku, takde la aku nak rasa bersalah sangat. Keji kan aku? Haha ! Ekceli boipren baru tu tak wujud pun. Aku saje je amik gambo dengan coursemet aku masa malam dinner faku...

Cerpen Ringan Ringan: Cinta Susu

Imej
*macam biasa kata ganti diri aku dalam cerpen ni adalah "Pisang". #harapmaklong "Berikan aku segelas susu panas, nescaya aku akan tidur nyenyak" -Anonymous ( Anonymous tu sebenarnya aku. Saja buat nampak macam quote orang- orang terkenal). Aku suka susu. Aku cinta susu. Lebih spesifik, aku cinta susu ibu. Warnanya putih cair, teksturnya tak sepekat warna susu ibu lembu. Cair, tapi manis- manis buah, berlemak. Tiada yang lebih, tiada yang kurang. Aku bercerai susu lebih kurang 2 tahun lebih. Waktu tu adik lelaki aku belum lahir lagi. Disebabkan dia lahir lambat(4 tahun selepas tu), aku agak manja dengan ibu aku. Ibu aku dulu mak andam. Jadi kalau dia dan bapak aku pergi jauh untuk mengandam, aku akan tidur dengan bantal busuk dan gambar ibu tahun 80-an pakai baju purple dengan pad bahu macam askar troy di sebelah aku. Kadang- kadang kalau terlalu rindu(walaupun mak aku hanya keluar untuk beberapa jam), aku akan menangis sambil cium gambar ibu aku. Paranoid kalau- ...