"You'll Never Walk Alone,Nami!"
Pintu pagar ini sekadar hiasan untuk artikel kali ini(courtesy:LFChistory.net)
"Kalau ikutkan hati, mahu saja aku kunci hati ini dengan mangga Solex tebal dan kemudian kunci ini aku campak ke laut."
Ya - cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta yang agung adalah cinta yang gagal. Cinta yang gagal seperti Quasimodo dengan Esmeralda, cinta gagal seperti Romeo dan Juliet, cinta gagal seperti Uda dan Dara, seperti cinta Khairuddin Wazir Khan dan cinta aku dan Sherina Ellyana - gagal kerana namanya dipanggil di Loh Mahfuz.
Aku pernah mengeluh, "why jerks can get girlfriend and treat like a jerk, I just want to love and to be loved", tapi seperti yang penyokong Liverpool pernah berkata, "you can't buy history". Benda yang agung macam ni tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, let alone dengan teddy bear besar gabak serta dressing baju Polo logo besar popped up collar dengan pakai sun glasses kat dalam shopping mall.
Aku merenung sejenak malam tadi sambil menikmati secangkir kopi pahit tanpa gula dan sebatang rokok Dunhill di tepi beranda. Aku merenung satu per satu kegagalan aku dan kegagalan aku selalunya telah digagalkan oleh saekor jerk. First girlfriend aku Intan telah dioverstreet oleh seorang anak Datuk yang bapanya kalah dalam pilihanraya umum tahun 2008. Kau tak tau aku gembira macam mana masa tu - walaupun aku bukan geng Pakatan Rakyat. Macam Luis Suarez melompat bila Asamoah Gyan ambik penalti tak goal masa quarter final Piala Dunia rasanya.
Aku sentiasa berjalan berseorangan. Dari kecik sampai ke besar. Dulu masa aku kecik, entah macam mana bapak aku buat keputusan yang menjadikan aku schizo pada hari ini - hantar aku rumah nenek sebab mak bapak aku nak kerja disamping mengajar sepupu aku yang dah darjah dua pun tak reti mengeja nama sendiri. Yang aku - umur 4 tahun dah baca paper. Umur 5 tahun dah boleh hafal semua ibu kota Asia, by 7 aku boleh hafal ibu kota seluruh dunia. I love that damn Atlas KBSM book. Siapa nak jadi sweet dengan aku bagilah aku hadiah tu confirm aku tersenyum riang.
Disebabkan bapak aku buat keputusan terfaktab tulah - aku bertemu dengan pakcik aku yang gila isim. Masa aku kat rumah nenek - even sepupu-sepupu aku pun tak nak kawan dengan aku. Ini kerana aku mat ulat buku, suka baca buku. I still remember my first book aku beli dengan duit raya aku, Mokhtar Dahari Lagenda Sepanjang Zaman. Ada diceriterakan pasal Hillsborough dimana disitulah aku kenal siapa King Kenny. By the time aku nak beli baju Candy, bapak aku penyokong tegar Man United mengarahkan aku beli baju Sharp.
Pakcik aku suka libas aku tanpa sebab. Apa dia ingat aku ni harimau sarkis ke nak libas-libas? Sepupu aku main mainan bersepah dia terpijak - aku jugak kena libas. Walhal soheh "toys" aku ada tiga je - buku komik Dragonball, Atlas KBSM dan Nirvana - Nevermind. Sepupu aku bising - dia tengah kat dalam bilik kunci - aku rasa maybe masturbate kot - bengang terus libas semua - termasuk aku yang sedang khusyuk menghafal ibu kota Afrika. Aku sedang nyenyak tido dan sepupu aku bising-bising sebab main mercun padi - gua jugak kena libas dengan pakcik psycho ni. Disebabkan pakcik psycho ini aku ada schizo, dan jugak insomnia akibat takut dilibas masa tido.
Aku pernah gagal bercinta beberapa kali. Kalau Muammar Gaddafi boleh menggelarkan diri dia Raja Afrika, aku boleh menggelarkan diri aku Raja Cinta Gagal. Despite masalah rumahtangga member-member aku, aku yang tolong settlekan - sampai jadi kaunseling pun ada, ada juga member aku nak adjust awek satu fakulti pun consult aku - guess aku boleh bukak company consult pasal lovey-dovey ni. Even member aku yang berguru dengan aku pasal menackle awek walhal dia ni mat nerd mengadap PC tengok kod C++ pun dah hantar kad kahwin dengan aku. Me? Gagal dan gagal lagi. Aku dah lost track dah berapa kali aku gagal.
Setiap malam aku menulis puisi kepada arwah Sherina sebagai tanda cinta yang mendalam terhadap dia. Setiap malam aku bacakan puisi itu di angin lalu, kemudian bakarkannya bagi tak siapa tahu - kecuali aku dan angin yang menderu. Kadang-kadang aku tak balik rumah pun housemate aku tak tau. Aku hanya duduk di tepi bukit - dan menghabiskan masa-masa sepi aku.
Lalu aku menonton filem Sepi yang didirect Khabir Bhatia. Adam, Sufi dan Imaan - semua macam aku.Macam Luqman dalam Pengejar Bintang, Nizam dalam Bau Semangat Anak Muda dan Hafiz dalam Awek Chuck Taylor. Adam, Sufi dan Iman - semua ada dalam diri aku. Adam menghadap cinta gagal, Sufi menghadap memori si isteri yang meninggal manakala Iman seorang yang sibuk bekerja sampai lupa orang sekeliling. Aku tonton filem itu dan tergelak sendiri. Khabir Bhatia ni buat filem pasal aku rupanya.
Jadi bila aku kenang kembali, mungkin aku tak keseorangan. Mungkin cinta hati aku sedang berada di seberang lautan Pasifik, mungkin ia berada di Toulouse, Perancis. Mungkin di Konya, Turki. Mungkin tertinggal di Walthamstow, London. Mungkin di Calgary, Canada. Mungkin di Accra, Ghana. Mungkin di Lanus, Buenos Aires. Atau mungkin kat depan mata aku selama ni aku tak pernah nampak dia. Atau mungkin Sherina Ellyana adalah yang terakhir - dan selepas satu demi satu kegagalan aku tak mahu lagi meruntun sedih dan emosi. Mungkin aku akan sibukkan diri aku, kunci hati aku dan campakkan kunci hati aku tu jauh-jauh. Siapa jumpa dialah bukak. Tapi kalau tak jumpa kunci tu, kalau rasa-rasa nak pecahkan mangga Solex tu - cubalah. Mana tau berjaya.
When you walk through the storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
It's a golden sky
And the sweet silver song of the lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Hold your dreams be tossed, and blow
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.
Ulasan
keluhan kau yang berjaya buat aku turut mengeluh.
oh ya lagi satu, di terfaktab aku rasa macam wanita begitu dihargai. Aku suke perasaan tu.
if you keep looking back how can you concentrate what's coming from the front?
#justsaying
p.s bukan penggoda sejak bila jadi pesen kejar first ni? wahaha
"why jerks can get girlfriend and treat like a jerk"
aku pun pernah berkata demm..
kisah aku lebih kepada aku terlepas kereta api. Kereta api tuh dok tunggu aku. Lama. Tapi last2 ada orang lain naik kereta api tu, terus dia blah tinggalkan aku. Kadang2 ada gak kereta api dok tunggu aku, aku dah naik dah.lama.tapi still xgerak.lepas aku turun dia gerak.tinggalkan aku. so aku masih menunggu kereta api yang lain yang sudi nak bawa aku pergi.
aku dah lama dah mangga hati aku. kunci je aku tak buang lagi. ada aku simpan dalam poket. mungkin suatu hari nanti ada yang akan berjaya seluk poket aku tanpa kene flying kick dari aku.
jom kita sama2 tunggu orang datang bukak mangga kita.
woow...
after reading this...
:D
"bila carik kau lari,bila malas nk carik...kau plak carik aku...itula cinta....,"
penat berharap pada yg xsudi dan tidak mahu memberi harapan pada yg belum pasti...take time n slowly u will found the true one..now lets enjoy ur single life..be more than friend but less than lover...:)