"You'll Never Walk Alone,Nami!"



Pintu pagar ini sekadar hiasan untuk artikel kali ini(courtesy:LFChistory.net)

"Kalau ikutkan hati, mahu saja aku kunci hati ini dengan mangga Solex tebal dan kemudian kunci ini aku campak ke laut."

Ya - cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta yang agung adalah cinta yang gagal. Cinta yang gagal seperti Quasimodo dengan Esmeralda, cinta gagal seperti Romeo dan Juliet, cinta gagal seperti Uda dan Dara, seperti cinta Khairuddin Wazir Khan dan cinta aku dan Sherina Ellyana - gagal kerana namanya dipanggil di Loh Mahfuz.

Aku pernah mengeluh, "why jerks can get girlfriend and treat like a jerk, I just want to love and to be loved", tapi seperti yang penyokong Liverpool pernah berkata, "you can't buy history". Benda yang agung macam ni tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, let alone dengan teddy bear besar gabak serta dressing baju Polo logo besar popped up collar dengan pakai sun glasses kat dalam shopping mall.

Aku merenung sejenak malam tadi sambil menikmati secangkir kopi pahit tanpa gula dan sebatang rokok Dunhill di tepi beranda. Aku merenung satu per satu kegagalan aku dan kegagalan aku selalunya telah digagalkan oleh saekor jerk. First girlfriend aku Intan telah dioverstreet oleh seorang anak Datuk yang bapanya kalah dalam pilihanraya umum tahun 2008. Kau tak tau aku gembira macam mana masa tu - walaupun aku bukan geng Pakatan Rakyat. Macam Luis Suarez melompat bila Asamoah Gyan ambik penalti tak goal masa quarter final Piala Dunia rasanya.

Aku sentiasa berjalan berseorangan. Dari kecik sampai ke besar. Dulu masa aku kecik, entah macam mana bapak aku buat keputusan yang menjadikan aku schizo pada hari ini - hantar aku rumah nenek sebab mak bapak aku nak kerja disamping mengajar sepupu aku yang dah darjah dua pun tak reti mengeja nama sendiri. Yang aku - umur 4 tahun dah baca paper. Umur 5 tahun dah boleh hafal semua ibu kota Asia, by 7 aku boleh hafal ibu kota seluruh dunia. I love that damn Atlas KBSM book. Siapa nak jadi sweet dengan aku bagilah aku hadiah tu confirm aku tersenyum riang.

Disebabkan bapak aku buat keputusan terfaktab tulah - aku bertemu dengan pakcik aku yang gila isim. Masa aku kat rumah nenek - even sepupu-sepupu aku pun tak nak kawan dengan aku. Ini kerana aku mat ulat buku, suka baca buku. I still remember my first book aku beli dengan duit raya aku, Mokhtar Dahari Lagenda Sepanjang Zaman. Ada diceriterakan pasal Hillsborough dimana disitulah aku kenal siapa King Kenny. By the time aku nak beli baju Candy, bapak aku penyokong tegar Man United mengarahkan aku beli baju Sharp.

Pakcik aku suka libas aku tanpa sebab. Apa dia ingat aku ni harimau sarkis ke nak libas-libas? Sepupu aku main mainan bersepah dia terpijak - aku jugak kena libas. Walhal soheh "toys" aku ada tiga je - buku komik Dragonball, Atlas KBSM dan Nirvana - Nevermind. Sepupu aku bising - dia tengah kat dalam bilik kunci - aku rasa maybe masturbate kot - bengang terus libas semua - termasuk aku yang sedang khusyuk menghafal ibu kota Afrika. Aku sedang nyenyak tido dan sepupu aku bising-bising sebab main mercun padi - gua jugak kena libas dengan pakcik psycho ni. Disebabkan pakcik psycho ini aku ada schizo, dan jugak insomnia akibat takut dilibas masa tido.

Aku pernah gagal bercinta beberapa kali. Kalau Muammar Gaddafi boleh menggelarkan diri dia Raja Afrika, aku boleh menggelarkan diri aku Raja Cinta Gagal. Despite masalah rumahtangga member-member aku, aku yang tolong settlekan - sampai jadi kaunseling pun ada, ada juga member aku nak adjust awek satu fakulti pun consult aku - guess aku boleh bukak company consult pasal lovey-dovey ni. Even member aku yang berguru dengan aku pasal menackle awek walhal dia ni mat nerd mengadap PC tengok kod C++ pun dah hantar kad kahwin dengan aku. Me? Gagal dan gagal lagi. Aku dah lost track dah berapa kali aku gagal.

Setiap malam aku menulis puisi kepada arwah Sherina sebagai tanda cinta yang mendalam terhadap dia. Setiap malam aku bacakan puisi itu di angin lalu, kemudian bakarkannya bagi tak siapa tahu - kecuali aku dan angin yang menderu. Kadang-kadang aku tak balik rumah pun housemate aku tak tau. Aku hanya duduk di tepi bukit - dan menghabiskan masa-masa sepi aku.

Lalu aku menonton filem Sepi yang didirect Khabir Bhatia. Adam, Sufi dan Imaan - semua macam aku.Macam Luqman dalam Pengejar Bintang, Nizam dalam Bau Semangat Anak Muda dan Hafiz dalam Awek Chuck Taylor. Adam, Sufi dan Iman - semua ada dalam diri aku. Adam menghadap cinta gagal, Sufi menghadap memori si isteri yang meninggal manakala Iman seorang yang sibuk bekerja sampai lupa orang sekeliling. Aku tonton filem itu dan tergelak sendiri. Khabir Bhatia ni buat filem pasal aku rupanya.

Jadi bila aku kenang kembali, mungkin aku tak keseorangan. Mungkin cinta hati aku sedang berada di seberang lautan Pasifik, mungkin ia berada di Toulouse, Perancis. Mungkin di Konya, Turki. Mungkin tertinggal di Walthamstow, London. Mungkin di Calgary, Canada. Mungkin di Accra, Ghana. Mungkin di Lanus, Buenos Aires. Atau mungkin kat depan mata aku selama ni aku tak pernah nampak dia. Atau mungkin Sherina Ellyana adalah yang terakhir - dan selepas satu demi satu kegagalan aku tak mahu lagi meruntun sedih dan emosi. Mungkin aku akan sibukkan diri aku, kunci hati aku dan campakkan kunci hati aku tu jauh-jauh. Siapa jumpa dialah bukak. Tapi kalau tak jumpa kunci tu, kalau rasa-rasa nak pecahkan mangga Solex tu - cubalah. Mana tau berjaya.

When you walk through the storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
It's a golden sky
And the sweet silver song of the lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Hold your dreams be tossed, and blow
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.

Ulasan

bukan penggoda berkata…
pertamaxxxxxxxxxxx!
bukan penggoda berkata…
yayyyyyyyyyy! aku suka ni. kikikiki.
Hey Watafak berkata…
wa dah lama jd silent reader lu...wa suka dgn pnulisan lu...
vague berkata…
"why jerks can get girlfriend and treat like a jerk, I just want to love and to be loved"



keluhan kau yang berjaya buat aku turut mengeluh.
Tanpa Nama berkata…
me too.. just want to love and to be loved..
Eve Hawa berkata…
speechless. btw, good luck Nami.

oh ya lagi satu, di terfaktab aku rasa macam wanita begitu dihargai. Aku suke perasaan tu.
TheBentPencil berkata…
bro, it's like your'e driving while looking at the rearview mirror all the time.

if you keep looking back how can you concentrate what's coming from the front?

#justsaying

p.s bukan penggoda sejak bila jadi pesen kejar first ni? wahaha
Tanpa Nama berkata…
you'll never walk alone, nami!!!!! =)
bukan penggoda berkata…
p.s thebentpencil: sejak dah lama x dpt fes. kikiki.
mengeluh kenangkan nasib sendiri lepas baca entry ni.. nice~~
ayue! berkata…
aku jd takut bila bace cerita kau='(
Suci Dalam Debu berkata…
entry yang dirindui..terbaik buat ke empat kali.tapi bro..cuba cari ide lain..yg tragis implikasi kesepian itu
Ms Yunis berkata…
Cinta agung ialah cinta yang gagal ??
HaKim is MiKaH berkata…
serius cool bro cara penulisan kau...best2...tentang Quote

"why jerks can get girlfriend and treat like a jerk"

aku pun pernah berkata demm..
Jangan Cari Aku berkata…
kisah aku tak macam kisah kau.

kisah aku lebih kepada aku terlepas kereta api. Kereta api tuh dok tunggu aku. Lama. Tapi last2 ada orang lain naik kereta api tu, terus dia blah tinggalkan aku. Kadang2 ada gak kereta api dok tunggu aku, aku dah naik dah.lama.tapi still xgerak.lepas aku turun dia gerak.tinggalkan aku. so aku masih menunggu kereta api yang lain yang sudi nak bawa aku pergi.


aku dah lama dah mangga hati aku. kunci je aku tak buang lagi. ada aku simpan dalam poket. mungkin suatu hari nanti ada yang akan berjaya seluk poket aku tanpa kene flying kick dari aku.

jom kita sama2 tunggu orang datang bukak mangga kita.
.drakula. berkata…
CINTA yang agung cinta yang gagal...hmmm cinta tetap agung yang gagal orangnya...hehe
Unknown berkata…
i was like...
woow...
after reading this...
:D
Tanpa Nama berkata…
tom tom, harap kau tabah :P
Tanpa Nama berkata…
like.... i feel you bro....
cikasutinggi berkata…
FUH~~~~~samala turut mengeluh sambil minum secawan milo panas....hmmmm...cinta..cinta....

"bila carik kau lari,bila malas nk carik...kau plak carik aku...itula cinta....,"
*khairany* berkata…
aku rasa kau patut buka pintu hati kau untuk perempuan lain n yakin bahawa jodoh kau akan tiba suatu hari nnt.. let bygone be bygone.. yg dh tiada, xboleh kembali lagi.. cuma perlu doakan arwah tenang di sana bersama Maha Pencipta.. kau yg kt dunia ni, perlu teruskn hidup.. yakin lah bahawa Allah ade perancanganNya yg jauh lebih baik drpd yg kau sangkakan..n Dia xkn kejam dgn hamba2Nya yg sentiasa yakin pdNya..
Tanpa Nama berkata…
meh la cinta dgn aku je. senang cite
Qbricks Enterprise. berkata…
She's out there waiting. Kalau ad jodoh tak ke mane kan? Gudluck! x)
asunDalbolong berkata…
gadis belon merah pe cite?
Miss FZ berkata…
nape aku sedih nii.dem. T_T
SHAHIRAH TERMIDI berkata…
demmit, sedih gila. T^T
Tanpa Nama berkata…
love it.seriously..
Tanpa Nama berkata…
at the rite time..at da rite place.. the rite person will come to u.. InsyaALLAH.. ur true love ada bro.. tp mybe ALLAH nk simpan dulu seblum kasi kat kamu.. mybe ALLAH bg peluang pd kamu jd yg terbaik utk that gurl rite? (^_^)
kaktuscomei berkata…
cinta yg dicari akn pergi...biarlah cinta tu dtg sendri...
penat berharap pada yg xsudi dan tidak mahu memberi harapan pada yg belum pasti...take time n slowly u will found the true one..now lets enjoy ur single life..be more than friend but less than lover...:)
sha2 berkata…
i cried. a bit. be strong,bro!
Unknown berkata…
Yup.. Cinta tu susah nak diperkatakan.. Bila kita dah fikir dia yang terakhir untuk kita, dan percaya dia sememangnya jodoh kita.. Dan, tetiba takdir berkata sebaliknya.. Sakit.. Dia memang tinggalkan kita.. Tapi kenangan tu masih lekat di hati.. Tipu kalau ko x rasa apa-apa bila terang-terang teddy bear yang dipeluk tiap-tiap malam adalah dari dia.. Huhu.. Bila semua berkenaan kita melibatkan dia.. Menangis pun tak guna.. Sekali pun kenangan tu tak kan berulang kembali.. So, berdiri jejak bumi.. Teruskan hidup dengan lebih baik.. Hope so..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.