Dari Pejabat Terfaktab 2
Merealisasikan sebuah perhubungan cinta yang harmoni bukanlah mudah dengan hanya kata-kata. Kerana perhubungan cinta adakalanya memerlukan suatu paradigma yang serius. Paradigma menyentuh unjuran konsep cinta manusia sama ada mahu berbentuk cool, flexible, tolerance, control mahupun future.
Memang kami sudah lama mencari penulis yang boleh menulis kisah cinta seorang yang bersifat serius. Lebih serius dari Blog Serius. Hatta sehingga kamu hendak bercukur ketiak pun perlu serius tidak boleh ketawa. Yalah, pernah kah kamu bercukur ketiak sambil ketawa? Kalau kamu rasa kamu yakin, cubalah. Tapi, jangan salahkan kami kalau pisau cukur terbenam dalam ketiak. Tanggung sendiri lah.
Tercari-cari bakat penulis. Akhirnya kami menjumpai seorang penulis dan kami baru sahaja mengambil beliau menulis bersama Skuad Terfaktab. Beliau ialah saudara Nami atau nama manjanya Cobb Nobbler. Beliau adalah penulis blog tersohor Teh Tarik Gelas Besar yang selalu membincangkan hal-ehwal majmuk yang memerlukan penjelasan minda kelas pertama. Berikan tepukan kepada saudara Cobb Nobbler.
Apa pandangan AlexiaAqram selaku Kapten Terfaktab, ikuti temubual bersama beliau ;
"Apakah yang menyebabkan lu nak ambik Nami walaupun masa mesyuarat tingkap, hanya 5-6 orang yang hadir?"
"Hak ela, lu tak payah lah serius sangat. Nama pun mesyuarat tingkap. Rumah lu ada sampai 12 tingkap ke? Mestilah sikit kan? Nami bagi gua adalah seorang penulis yang ada halatuju beb. Obefiend pun rekemen penulisan Nami. Dia tak macam orang tuuuuu."
"Siapa orang 'tuuuu' yang lu maksud kan tu? Dan apa yang hebat ada pada Nami tu? Dak-dak Terfaktab lain setuju ke, lu jangan buat Terfaktab macam kompeni lu beb."
"Eh, sekarang lu aper citer? Nak kena penerajang? Lu tanya tak nak macam wartawan OhBulan plak kan?"
"Jawab je lah, lu ingat gua hingin nak temuramah lu sangat ke? Pelacur blogger!"
"Haha. Pungkoq, tak habes menganjeng gua. Ye lah, ok. Orang 'tuuuu' yang gua maksudkan ialah orang yang berlagak skizo tu, apa punya pesen dah cari gaduh dengan gua, boleh plak nak main-main mata dengan gua, pastu mintak kat gua ambik dia masuk Skuad Terfaktab. Hingin plak gua. Patut tak patut? Siap boleh menganjing author yang lain. Apa dia ingat dia dewa blogger ka apa?"
"Betul betul betul. Tak patut. Lu tak payah layan orang macam tu. Ok, lagi? Cer crite cer crite"
"Bagi gua, Nami memang penulis yang ada kisah-kisah tersendiri. Gua ada baca jugak tumblr dan kisah awek Chuck Taylor dia. Boleh tahan lah. Bagi gua, memang gua perlukan penulis yang berfikiran ala-ala Sosialis sikit. Baru straight dan tegas. Sebab gua sendiri berfikiran tolerance, yang lain pun ada konsep fikiran masing-masing. Baru lah nampak Terfaktab lebih dinamik ye dak? Ala, janji semua berikan input positif, ok lah tu. Pasal dak-dak lain, diorang okay saja. Macam biasa lah cara Terfaktab. Kalau yang lain on, masing-masing on ikut follow ja"
Secara positifnya, dengan kemasukkan Nami ke dalam Terfaktab ini bakal memberi satu persepsi yang baru kepada Terfaktab agar blog ini tidak lah terjerumus kepada satu jantina saja. Sebagai sebuah Blog Rasmi Cinta Buatan Malaysia, penglibatan kaum Adam juga wajar di giatkan agar keseimbangan perhubungan pasangan lebih harmoni. Inilah strategi Terfaktab bagi merealisasikannya.
Sekian dari bilik berita Terfaktab, semoga kita beroleh keharmonian bersama. Peace yaw!
Ulasan
saya menantikan pemulisan anda .
welcome kepada penulis baru.. akan terus baca terfaktab!
camtaek!
hai, nama awk sapa?nama sy nami...nami ke mamee?awk mainkn sy ye?**jadah?kehkehkeh
nami o fish ;)
saya sambal tumisist!
anyway,thanks to all.and thanks to boss!
entry satu dah siap.
aku suka penulisan ko kat ttgb!
akhirnya muncul gak ko kat sini,yeay!!!
#makin melekat la aku kat terfaktab ni hahahah...#