Kek Hari Jadi
Suasana sunyi itu mula terisi di dalam kereta yang sejuk dek penghawa dingin. Hati yang sejuk sukar di tembusi sebenarnya.
"Sayang, kek hari jadi itu penting untuk semua orang"
Aku mula diam membisu. Kelu memikirkan dan sesekali menjengah ke luar tingkap sambil mata fokus pada pemanduan.
"Biarlah tanpa hadiah yang mahal, namun kek hari jadi itu tanda kita ingat pada orang yang kita sayang"
Terus membatu, itulah yang aku lakukan. Jika bersuara, mula berperang. Tak bersuara, aku tak dapat memberi pendapat. Kesudahannya, aku statik dalam memilih sama ada hendak membuka mulut ataupun tidak.
"Kemanisan pada kek hari jadi itu ialah bukti mengingatkan kemanisan antara kita berdua sayang. Tanpa kek hari jadi, apa lagi kenangan manis yang boleh kita kenangkan?"
Oh celaka, air mata dia mula mengalir. Tambah dengan ayat yang menusuk, buat aku bertambah senyap, speechless.
"Cibai lah, apasal aku lupa nak belikan kek untuk dia?", monolog gua dalam fikiran
"Orang rasa lebih baik kita berjauhan. Dekat seperti sekarang pun, awak bukan curahkan kasih sayang awak sepenuhnya. Kalau dulu masa kita berjauhan, ada rindu. Dan kita akan berjumpa pada hari jadi yang mesti akan ada kek hari jadi. Tengok lah sekarang, bila semakin dekat, ia buat kita seperti menjadi jemu. Berjauhan awak akan jadi romantik, bila dekat, hilang romantik-nya. Kenapa?"
Aku memegang erat stereng kereta. Genggam. Lepas. Genggam. Lepas. Bukan menahan marah. Tapi, macam ada gelojak jiwa yang penuh dengan kekesalan. Mulalah fikiran terawang-awang memikirkan kesilapan. Dem!
"Maafkan saya, sayang."
Itu saja yang mampu aku ungkapkan. Tanda aku akur pada situasi yang tidak menyebelahi diri aku. Muka aku boleh di kira seperti rokok luput tarikh, lemau. Kek hari jadi memang suatu instrument yang praktikal. Sebelum ini memang aku merasakan tiada istimewanya dengan kek hari jadi. Mungkin kerana aku tak pernah terlalu di didik dengan kek hari jadi. Atau, aku merasakan kek hari jadi sudah terlalu tipikal.
Okay, aku kena sedar kek hari jadi itu perlu di masukkan dalam carta ensiklopedia cinta mulai saat ini.
Ambil perhatian ya. Kek hari jadi adalah salah satu objek yang menyenangkan jiwa manusia. Maka, cinta yang agung juga ialah cinta yang di hiasi dengan kek hari jadi. Noktah.
Happy birthday!
Ulasan
hmmm...xpe la kot kan..kire syukur lah aku lahir ke dunia ni
hapy bday alexia! :)
gelojak dalam BM
gejolak dalam B. Indonesia
sama maksud dua-dua nya.
rasa aku lah. cer kau check.
aku dgn izzie sesama BP eh?
betul. feel mkn kek mase harijadi tu lain. deep. terlampau deep lagi-lagi org tersayang tak kira la famili,sahabat,kekasih atau sesiapa yg bagi.
kau tahu apa aku maksudkan?
sedey bce post ni..
sy pn prnah rse mcm tu..
huhuhu
oh. birthday aku lama lagi.