Pemberian Ikhlas dan Senyuman Ikhlas.

Isnin lepas, err, maksud gua 14hb Mac ialah satu hari penuh dengan plan si jejaka. Yelah. 15hb tu hari ulang tahun dia dan gadis selama 6 bulan. Dan pada hari kejadian gadis tidak ada pula. Pergi bekerja kononnya. Tidak mungkin mereka dapat berjumpa. Jadi si jejaka anjakkan segala plan dia ke 14hb.


Kononnya si jejaka ni mampu buat surprise pada jam 12 tengah malam 15hb Mac. Tapi segala plan sekali lagi di tarik ke petang 14hb selepas habis kelas si gadis sebab si jejaka terlampau rakus. Gua syak, dia orang yang selalu siap makan nasi sepinggan walhal orang lain baru setengah pinggan.

Macam-macam yang si jejaka plan. Tak perlu kot gua nak mention dekat sini. Sekadar dia seorang je tahu cukup lah. Tapi segala plan terkambus dalam tanah bila gadis habis awal dari kelasnya. Lalu si jejaka tiada masa untuk buat semua penyediaan plan tu.

Paling gua kasihan, si jejaka tidak punya back-up plan. Mereka hanya keluar atas sebab si jejaka mahu mengajak si gadis menonton wayang Hikayat Merong Mahawangsa. Setengah perjalanan mereka,

"Jom singgah secret recipe."

"buat apa?"

"Orang teringin kek pula tiba-tiba"

Gadis jadi pelik. Sejak bila si jejaka kaki kek? Penuh tanda soal keliling kepalanya. Sampai sahaja di kedai kek itu, si jejaka park kereta di seberang jalan. Dan berjalan melintas jalan untuk ke kedai kek. Sesudah selesai, dia pun kembali nak ke kereta.


"Kalau aku accident time bawak sepotong kek ni ke seberang sana, bapak tragis kan?"


Macam celaka kepala otak si jejaka memikir perkara negatif. Namun dia sampai ke seberang sana dengan selamat.

"nah."

"Eh, nah?"

"yelah. Untuk awaklah."

"Err. Bukan awak beli untuk awak?"

"Ambik je lah hadiah ikhlas dari orang."

"Untuk apa?" - notatepian : si gadis memang selalu lupa.


"Saje-saje lah. Amik je lah. Makan ye?" si jejaka berkata sambil memandu ke destinasi seterusnya. Si gadis macam sudah dapat agak, benda apa yang dia lupa. Dia ambil henfonnya dan tengok sesuatu di skrin.


"Oh yeah! Orang lupaaaa!"

Terus gadis senyum simpul.

"Orang takde budget sangat nak beli kek sebesar alam. Nak beli awak bunga walaupun orang tau, awak tak suka bunga. Atau beli kad berlagu. Ini je lah orang mampu."

"Ini pun dah cukup dah oi. Hehe." kata gadis sambil senyum ikhlas. Tersipu sebenarnya.

Puas. Puas hati si jejaka tengok gadis senyum macam tu. Si gadis tak henti-henti melafazkan terima kasih sepanjang perjalan mereka hendak ke panggung tonton cerita aksi melayu yang heronya tak pakai baju sepanjang cerita.

"Berian yang ikhlas, walaupun semurah sebatang aiskrim pop-pop doposen, ternyata mampu buat orang lain beri semula senyuman ikhlas dekat kau."

penulis.sahaja.

Gambor ikhlas dari henfon gua. Lokasi : Port Klang.

Geli dak entri gua kali ni? Sila tekan like untuk setuju.

Ulasan

Misshy Innz berkata…
like gile.
nak share dekat fb sang bf. kah kah kah ;p
Dale berkata…
untung laaaa
Ms Yunis berkata…
Saya yang membaca pun tersenyum. Apelagi pasangan tuh confirm senyum bibir sampai ke telinga. sweet doh! Nak jugak!

:P
afrohead berkata…
jejaka mana yang tak ikhlas tengok awek senyum. hehe :)
Tanpa Nama berkata…
comel :D
IftiMonstaa berkata…
geli apa nyaa. SUWIIIITTTTT GILE AH!
erysweetie berkata…
ok, mmg best kalau cinta hati bg hadiah..even benda tu kecik je..weehhuu =p
Nurul berkata…
wow...hebat lah jiwang cm ko nih..hahahahkkkk~
adeyla berkata…
aww..haha..sweet gilaa doooohh!(:
Tanpa Nama berkata…
btul3....yang penting, ikhlas...hehhehe... =P
♥ tiah ♥ berkata…
alamak sweeet ;D
Tanpa Nama berkata…
kahkahkah. *siku*
M.a.r. berkata…
sweeeetttt~!!!
Tanpa Nama berkata…
hahaaa
ade lagi ke kaum adam mcm ni..?
ngeh3~

widdy~ ツ

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.