Untuk apa bercinta lagi jika kau sudah tidak percaya kepada si dia?
Baru selesai bermain game Runescape. Sumpah best game ni. Aku dah belajar tengok peta melalui game ni. *tepukan gemuruh untuk diri sendiri*
Sekarang stalk tak payah pakai penyiasat persendirian. Cuma stalk melalui alam maya. Mudah dan percuma! Credit Picture.
Menjadi stalker tak bergaji di Facebook dan Twitter. Kau mahu memastikan si dia tidak berfoya foya di alam maya. Jadi kau stalk 24 jam. Hasil stalking, kau mendapati si dia selalu bermain comment di status Facebook atau bermention mention dengan seseorang di Twitter yang kau tak kenali langsung.
Jadi tak lama lepas itu sudah pasti kawan kawan si dia pun kau akan stalk sekali semata mata mahu melihat sejauh mana hubungan mereka. Sudah pasti banyak nama kawan kawan si dia dalam "list must stalk" kau itu bukan?
Untuk apa kau mahu stalk? Tambah sakit hati kau sahaja sebenarnya bila kau seorang diri memerhatikan perbualaan mereka. Walaupun perbualaan yang biasa seperti seorang kawan biasa kepada seorang kawan biasa. Tapi minda kau sudah beranggapan mereka mempunyai affair atau scandal. Ini terjadi kerana cemburu yang meluap luap dalam hati.
Kenapa mahu meletakkan limit pada kekasih sendiri dengan siapa dia boleh berkawan dan dengan siapa dia tidak boleh berkawan. Kau takut kehilangan si dia jika si dia berkawan dengan bukan kaum sejenisnya? Usahlah menghalang. Ini hanya menambahkan rasa rimas pada si dia.
Perlu ke kau sampai remove semua kawan lelaki dalam friend list Facebook kekasih hati idaman hati kau itu? Kalau dia benar benar menyayangi kau, dia akan setia dengan kau walaupun beribu lelaki yang cuba memikat hatinya. In fact, kalau dia nak berfoya foya pun bukan di alam maya. Di alam realiti pun sudah cukup banyak manusia untuk dia berkenalan bukan.
Hey! Si dia pun ada kawan kawan dia sendiri juga. Dia ada life dia juga sebelum kenal kau lagi dia dah kenal dengan rakan rakannya itu. Kalau dia ada perasaan kepada kawan bukan sejenisnya, kau dengan dia tidak akan bercinta sekarang. Logik tak? Logik tak? Jawab sekarang! Lain lah si dia tu memang nak main kayu tiga kat belakang kau. Bukan style doggie.
Sepertimana kau pegang tangan si dia dengan kuat supaya si dia tidak berpaling tadah pada kau. Macam itu juga lah level kepercayaan kau kepadanya. Credit Picture.
Kenapa takut kehilangan si dia? Kau patut yakin kepada diri sendiri yang si dia tak akan curang dengan kau. Tanpa kepercayaan yang tinggi itu bagaimana hubungan tersebut itu mahu berkekalan lama dan kuat?
Kalau jodoh kau dengan si dia kuat. Tak ke mananya si dia tu boleh lari. Lama lama kembali jua kepada diri kau juga. Kalau dah tak ada jodoh face the truth and move on. Hidup ini bukan ilusi dalam facebook semata-mata. Sedarlah bahawa jodoh itu tetap terletak di alam realiti. Kau silap langkah, kau terperangkap selamanya.
p/s : Memang jilaka!
Ulasan
stalker ? mmg cilake :)
betul . if xde jodoh . just move on . takkan nak meraung .
p/s:kekadang jadik stalker mcm best ja. ahahaha :p
mmg bile trust tu faded sgt ssah :(
=D
kalau nak curang, apekejadah nak tunjuk kat fesbuk? songai!
kalau tak percaya nape nak bercinta? songai!
sebab tu aku dah deactivated fesbuk. sekian.
yang penting TEO~ trust each other.
btul kan..hiks
nak3 bg org yg mudah cemburu buta..
mmg haru biru jadi nya
ape jawapan terbaik dia bagi 'kita berpisah'. goodbye! aku pulak, kisah apa. haha. lantak kau lah. single lagi bagus. takyah fikir pasal kau dah. baik punya. cayalah! I WANT FREEDOM! haha
catch .22 situation.