Untuk apa bercinta lagi jika kau sudah tidak percaya kepada si dia?

Baru selesai bermain game Runescape. Sumpah best game ni. Aku dah belajar tengok peta melalui game ni. *tepukan gemuruh untuk diri sendiri*

Sekarang stalk tak payah pakai penyiasat persendirian. Cuma stalk melalui alam maya. Mudah dan percuma! Credit Picture.

Menjadi stalker tak bergaji di Facebook dan Twitter. Kau mahu memastikan si dia tidak berfoya foya di alam maya. Jadi kau stalk 24 jam. Hasil stalking, kau mendapati si dia selalu bermain comment di status Facebook atau bermention mention dengan seseorang di Twitter yang kau tak kenali langsung.

Jadi tak lama lepas itu sudah pasti kawan kawan si dia pun kau akan stalk sekali semata mata mahu melihat sejauh mana hubungan mereka. Sudah pasti banyak nama kawan kawan si dia dalam "list must stalk" kau itu bukan?

Untuk apa kau mahu stalk? Tambah sakit hati kau sahaja sebenarnya bila kau seorang diri memerhatikan perbualaan mereka. Walaupun perbualaan yang biasa seperti seorang kawan biasa kepada seorang kawan biasa. Tapi minda kau sudah beranggapan mereka mempunyai affair atau scandal. Ini terjadi kerana cemburu yang meluap luap dalam hati.

Kenapa mahu meletakkan limit pada kekasih sendiri dengan siapa dia boleh berkawan dan dengan siapa dia tidak boleh berkawan. Kau takut kehilangan si dia jika si dia berkawan dengan bukan kaum sejenisnya? Usahlah menghalang. Ini hanya menambahkan rasa rimas pada si dia.

Perlu ke kau sampai remove semua kawan lelaki dalam friend list Facebook kekasih hati idaman hati kau itu? Kalau dia benar benar menyayangi kau, dia akan setia dengan kau walaupun beribu lelaki yang cuba memikat hatinya. In fact, kalau dia nak berfoya foya pun bukan di alam maya. Di alam realiti pun sudah cukup banyak manusia untuk dia berkenalan bukan.

Hey! Si dia pun ada kawan kawan dia sendiri juga. Dia ada life dia juga sebelum kenal kau lagi dia dah kenal dengan rakan rakannya itu. Kalau dia ada perasaan kepada kawan bukan sejenisnya, kau dengan dia tidak akan bercinta sekarang. Logik tak? Logik tak? Jawab sekarang! Lain lah si dia tu memang nak main kayu tiga kat belakang kau. Bukan style doggie.

Sepertimana kau pegang tangan si dia dengan kuat supaya si dia tidak berpaling tadah pada kau. Macam itu juga lah level kepercayaan kau kepadanya. Credit Picture.

Kenapa takut kehilangan si dia? Kau patut yakin kepada diri sendiri yang si dia tak akan curang dengan kau. Tanpa kepercayaan yang tinggi itu bagaimana hubungan tersebut itu mahu berkekalan lama dan kuat?

Kalau jodoh kau dengan si dia kuat. Tak ke mananya si dia tu boleh lari. Lama lama kembali jua kepada diri kau juga. Kalau dah tak ada jodoh face the truth and move on. Hidup ini bukan ilusi dalam facebook semata-mata. Sedarlah bahawa jodoh itu tetap terletak di alam realiti. Kau silap langkah, kau terperangkap selamanya.

p/s : Memang jilaka!

Ulasan

shaerin syazwan berkata…
yeah , xperlu sekat . sekat hanya penambah masalah .

stalker ? mmg cilake :)

betul . if xde jodoh . just move on . takkan nak meraung .
Arm_mj berkata…
yeah percaya n trust!!
Marlina Salleh berkata…
aku percaya pada jodoh! yeah!

p/s:kekadang jadik stalker mcm best ja. ahahaha :p
@amabanzai berkata…
selalu jugak aku jadi stalk. heheh
Nur Amy Yussiela berkata…
aku jd stalker time de org cr psal ngan aku je.. :D
mmg bile trust tu faded sgt ssah :(
b@w berkata…
stalker adalah satu kerjaya yg semakin mendapat sambutan masyarakat.tahniah.kah3
Ms Yunis berkata…
Cemburu yang melampaui batas membuatkan pasangan kita rimas. Sokong entry ni sepenuhnya! Tetapi menjadi stalker berjaya itu penting, sebagai tindakan untuk berwaspada. selidik, faham baru bertindak. bukan terus tuduh membabi buta. Kalau cemburu, bincang dengan pasangan biar dia tahu. Ini tidak, chatting dengan mak cakap sayang2 dah fikir boyfriend curang belakang kita. hahahaha


=D
ezsyani berkata…
@Cha Gloxiniaagreed wif u nokss! ;D
Lalala berkata…
thumbs up amoi
Tanpa Nama berkata…
agreee!!!!..x suka owg yg cemburu2 ni..rimas....mcm x de privacy je...hehhhee... =P
H berkata…
agak arrr
Tanpa Nama berkata…
ape jadah privasi aku pun dia nak control? ni baru couple. kawin nanti lagi banyak dia control. hahaha
maksurozana berkata…
kalau nak curang,tayah tunggu ade fesbuk. songai!
kalau nak curang, apekejadah nak tunjuk kat fesbuk? songai!
kalau tak percaya nape nak bercinta? songai!

sebab tu aku dah deactivated fesbuk. sekian.
M.a.r. berkata…
jadik stalker mamat yg d admire best apa. Hiks :)
Amni berkata…
kadang bukan nak stalk.. tapi mungkin sebab nak jaga supaya tak terkawan ngan minah gedik.. hahaha...
R.R.Z berkata…
aku xpnah stalk partner aku. Stalker ni ibarat mental kan diri je.


yang penting TEO~ trust each other.

btul kan..hiks
Nusra berkata…
aku seorang stalker. dan aku harap BF aku seorang stalker juga. supaya kami boleh saling menstalking life masing-masing. :P
Cik SCC berkata…
stalking is very suck..

nak3 bg org yg mudah cemburu buta..
mmg haru biru jadi nya
Tanpa Nama berkata…
haha. sebab aku pernah jadi stalker best punya. terkantoi lak dah. pastu. padan muka kau lah kan. apalagi. rimas lah pihak lagi satu. kan dah.
ape jawapan terbaik dia bagi 'kita berpisah'. goodbye! aku pulak, kisah apa. haha. lantak kau lah. single lagi bagus. takyah fikir pasal kau dah. baik punya. cayalah! I WANT FREEDOM! haha
Tanpa Nama berkata…
good entri, he is not your hubby yet ~!
Tanpa Nama berkata…
saya stalker terhebat. terasa tau! hehe ;) ok2! face the truth and move on ;(
TheBentPencil berkata…
depend la jenis stalkingnya. cuba kalau time tgh stalk tu dapat 'info2 hangat'. conthnya anda terjumpa komen yang mendedahkan perbuatan jenayah ke, kezaliman kat orang ke, memang susah nak ignore. tapi kalau bawa ke depan kantoi pulak stalking.

catch .22 situation.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.