Overstreet:Apa Yang Terlebih?Apa Yang Jalan?
Ini Knox Overstreet - salah satu watak dari cerita Dead Poet Society - salah satu cerita wajib bagi anak muda yang sukakan counter culture.
Dead Poet Society adalah sebuah movie anak muda yang mengisahkan sekumpulan anak muda membuat kumpulan pemuisi untuk mengekspresi diri mereka. Dalam kisah cerita ini, sekumpulan pelajar asrama yang dikongkong oleh dogma disiplin tradisi sekolah berasrama penuh, dan seorang cikgu yang mahu mengubah dan mahu rebel. Bagi mereka yang ingin menjadi pemuisi ala Beat Generation Jack Kerouac atau Dinsman - you better watch this movie.
Tapi di sini aku bukan nak cerita pasal movie ni. Aku nak cerita pasal Overstreet.Apa itu 'overstreet' ni sebenarnya? Well, most of my Tumblr readers pernah baca article ni aku pernah tulis - so to be fair, I'll say it again. Dalam cerita Dead Poet Society ni - seorang mamat yang bernama Knox Overstreet, mengadjas awek orang yang bernama Chris dengan puisi-puisi sampai si Chris awek blonde cun ni cair dan sanggup keluar dengannya. Dan Chris ni adalah awek kepada seorang mamat American Football yang popular di sekolah - tapi perangai jerk gila.
In the other word, "overstreet" ini bermaksud "merembat" awek dengan tujuan balaknya seorang yang tidak membahagiakan awek tu vice versa.
Contoh klasik overstreet ini ada dalam Awek Chuck Taylor. Si Hafiz couple dengan Fadilah - tapi kemudian di-overstreet oleh Mira - kerana Fadilah mengongkong Hafiz dan menekan Hafiz, kemudian Mira melakukan overstreet dengan merembat telefon dan terus memaksa Hafiz untuk dump Fadilah. Hafiz tinggalkan Fadilah dan happy bersama Mira, not happily ever after but daripada miserable dengan Fadilah.
Jadi saya ingin bertanya kepada semua pembaca - sesiapa di sini pernah meng-overstreet awek/balak orang lain? Atau pernah dioverstreet?
So satu soalan yang timbul di fikiran aku adalah - sejauh mana kita boleh overstreet, bila kita boleh overstreet, dan bagaimana kita untik overstreet dan yang paling penting, sebab kenapa kita overstreet kekasih orang?
Situasi pertama:
Faris jatuh cinta dengan Rina. Tetapi Rina sudah punya kekasih. Pun demikian, kekasihnya suka memukul, mengherdik, membelasah, kadang-kala meminta tubuh badan atau wang ringgit. Rina hanya merelakan dirinya didera kekasihnya yang langsung tak kasih. Faris mahu membebaskan Rina dari kekasih, mahu membahagiakan Rina serta tidak mahu dirinya didera lagi, so one day Faris ini menjadi hero dan membelasah balaknya ketika balak si Rina sedang pow duit Rina. Kemudian Faris menyelamatkan Rina dan menjadi hero dan gaduh dan menang. Akhirnya Rina mintak putus dan bersama Faris.
This is classic overstreet. Secara teknikalnya, overstreet sini sudah berlaku sejak djaman Roman lagi. Oleh kerana kekasih dia ni abusing dan membuli Rina - maka Faris dengan perasaan luhur dalam cintanya mengoverstreet Rina. Dan keluhuran mengakhiri kejahatan. Ini cerita Hindustan punya overstreet.
Situasi kedua:
Hamdan mempunyai hati dengan Melah, tetapi Melah sudah menjadi isteri orang. Tetapi Hamdan tau yang suami Melah ini main kayu tiga. So one day Hamdan ni tiba-tiba berserban dan membawa torch light dan mengkantoikan suami Melah konon-konon dia ni Pegawai JAKIM. In the end, sikap John Terry suami Melah ini terbarai dan si isteri kecewa dan tuntut cerai. Lepas cerai si Melah pun dipinang Hamdan selepas habis edah.
This is Meleis overstreet. Ini overstreet paling bangsat dan sehina-hina busuk hati. Well, kecualilah kalau Melah yang dapat tau sendiri, kemudian cerai dan menjadi janda baru dia masuk - tu cerita lain. That's not even overstreet - sebab time dia masuk line dia dah single - menjanda. Takde rampas-rampas sebab takde sape yang punya.
Situasi ketiga:
Shamsul merupakan pelajar di 4 Kenanga dan mempunyai hati dengan Diana. Tetapi Diana sudah bercouple dengan Shidee yang merupakan pelajar 4 Anggerik serta superstar bolasepak. Entah macam mana Shamsul ni pun fight untuk dapatkan Diana disamping dapat posisi striker untuk peringkat sekolah lawan Shidee. Shamsul berusaha keras dan akhirnya berjaya mendapat pemain striker sekolah, dalam masa sama cuba menawan hati Diana dan akhirnya berjaya menawan hati Diana(kalau gua jadi Shidee gua tumbuk je mamat Shamsul ni, posisi bola dah angkat, awek gua pun nak angkat).
This is "best men win" overstreet. Biasanya awek jenis demanding dan mahu only the best. Sekali baca ini dah macam Animal Planet - rusa jantan bertarung tanduk siapa yang menang dapat kekah rusa betina, betul tak?
Situasi keempat:
Nami adalah seorang loser di sekolah. Pakai pun selekeh, memang nerd gila. Nami ni jangankan awek cun - makcik cleaner pun tak hingin dengan dia. Tetapi dia ni suka menyepi dan menyendiri seperti Rangga Ada Apa Dengan Cinta. Hasil kemisterian dia - dia diusha seorang awek cun yang bernama Shayna Zaid. Shayna Zaid ini walau macam manapun sudah mempunyai balak. Shayna Zaid ini tiba-tiba mahu mendekati mamat ini. Nami mula tersentuh dan mula merasakan dirinya akhirnya diberi perhatian. Tapi mamat Nami buat macam biasa je. Lama-lama balak si Shayna Zaid ni tak puas hati lalu belasah Nami ni dengan geng beramai-ramai. Shayna nampak dan mintak clash dengan balaknya hari tu jugak. Dan terus Shayna Zaid bercouple dengan Nami.
Yang ni dipanggil "pity" overstreet. Jatuh cinta sebab kena buli, atau mamat ni takde kawan. Yang ni aku selalu style-style drama Hollywood cerita loser couple dengan dengan supermodel.Cerita macam ni aku memang menyampah - sebab ia tak logik - dan jarang berlaku.
Overstreet dikalangan wanita selalunya aku rasa jatuh di kategori ketiga.Kategori siapa paling cun, siapa paling hot, siapa paling cantik. Dan balak kena overstreet dengan awek lagi cun. Macam tu jugak lelaki ada kereta besar rembat first girlfriend aku sebab aku jalan kaki je pergi sekolah - ini kategori ketiga - "best men/women win" atau aku lagi suka panggil dia "Animal Planet" overstreet.
So - apa pendapat aku terhadap style-style overstreet ni? The first one - honest, jujur, dan niat yang baik. Yang ni aku bagi thumbs up. Tapi lepas kau dah overstreet kau pun buat benda sama macam ex dia - yang ni aku bagi punch up.
The second overstreet - adalah paling Meleis. Mengambil kesempatan di atas kesempitan. Ini taktik keji dan kotor. Selalu drama Cina ada macam ni. Antagonis drama Cina selalu keji lagi mengejikan sampai kau betul-betul benci gila kaudu dengan watak jahat. Memang respek drama Hong Kong kalau tengok watak jahat. Yang ni aku memang tak boleh blah lah.
Overstreet ketiga - seperti overstreet pertama - adalah common. Dan overstreet ni memupuk semangat persaingan dan kadang-kadang berlaku sampai perkara keji. Dan kadang-kadang boleh jadi overstreet kedua bila salah seorang tu kantoi dan gagal.
Overstreet keempat adalah paling jarang dan ia seperti kejadian supermoon yang berlaku 18 tahun sekali punya event. Cuma dalam drama-drama Hollywood je rajin - cerita-cerita loser ni.
Tapi dalam kes aku ni - aku mengharapkan overstreet keempat - yang macam menunggu LRT di Kuala Jenahak. Mungkinkah ia berlaku?
Tunggulah orang bina LRT di Kuala Jenahak.
Sementara itu saya akan terus menunggu untuk menjadi penunggu yang ditunggu-tunggu.
Ulasan
boleh ke agak2 overstreet ke 4 jd kat gadis?..mcm tak.xD.
aku dioverstreet sbb ex aku duk jauh.. jadi jarang jumpa while dorang sekelas...
haha...aku xsampai ati dowh nk overstreet member sndr...sampaikan kalo aku suke dlu kat org tuh,then kwn aku plak ckp dia suka org tuh...aku trs undur diri senyap2...coward kan3???xD
meng-overstreet..masih beLum lagi.
=_='
aha saya bukan peng'overstreet' mahupun di 'overstreet'.
tapi aku lebih suka
si ketua geng pemberontak-entah-aku-lupa-nama
tu.
n nasib baik knox takbunuh diri
- tggu i kt lrt Bangsar.. =)
sekarang of coz memang bahagia dah ppuan tu, tp geng2 lelaki td mcm marah jugak la. salah seorang siap marah lagi si awek
"kalau pun si Joe tu layan kau camtu, ape hak kau pergi kepada bestfren dia?"
sampai macam tu pulak.
for me overstreet is right, selagi bukan orang yang berkahwin @ bertunang. lagipun dalam kes di atas mmg lelaki itu xberapa baik.
Oh dead poets society? semalam jumpa buku pasal Psychology from Movies. ada sebut Dead Poets Society. cam seronok eh...
bila meng-overstreet - sebab dah bosan + hati dah ada yang lain.