Perempuan Perhiasan Dunia.
"Aku jemu Aqram, jemu dah dengan lelaki"
"Eh, kau kenapa Siti? Apa yang kau jemunya?"
"Aku bosan lah, kalau mesej, selalu tanya benda yang sama. Hari-hari nak mesej. Aku jemu. Aku kalau boleh mesej-mesej ni biarlah 3-4 hari sekali. Rasa nak cari boyfriend lain lah"
"Ishh kau ni, jemu tu bukan masalah besar pun. Kau tu je takde aktiviti yang nak di buat bersama dengan boyfriend kau."
"Masalahnya Aqram, kitaorang jauh. Dia kat KL, aku kat Penang. Nak aktiviti apanya"
"Lahh, dah tau tak boleh handle cinta jarak jauh, yang kau pergi layan buat apa? Kau dah declare ke couple dengan dia?"
"Tak. Belum lagi"
"Ceh, tu bukan boyfriend cik Siti. Tu teman mesra"
......................................................
Dilema. Masalah yang sering berlaku pada setiap perempuan lagi-lagi kalau bab bercinta. Kerana sifat malu yang ada pada perempuan, maka ramai perempuan sering patah hati bila lelaki yang mereka mahu, tapi tak dapat. Lelaki yang mereka tak nak, selalu datang menemani.
Kenapa jadi macam ni? Kenapa perempuan seringkali tidak mendapat pilihan lelaki yang mereka mahu? Kenapa kita sebagai perempuan adakalanya merasa cemburu melihat kawan perempuan kita mempunyai teman lelaki? Bahkan, sampai ada di antara kita berasa geram dan marah bila lelaki yang kita nak, akhirnya berpasangan dengan perempuan lain. Dan secara automatik, terus pandang 'slek', serong atau bermusuh dengan perempuan yang berdampingan dengan lelaki yang kita mahu itu.
Ah, sungguh banyak persoalan kenapa. Tapi, sedarkah kita dan adakah kita pernah bertanya pada diri kita. Kenapa kita tidak berusaha mendapatkannya? Kenapa bila ada peluang, kita malu dan segan menunjukkan yang kita sebenarnya, benar-benar mahu berdampingan dengan lelaki yang kita mahu itu? Kenapa kita tidak menjadi perhatian khas untuk lelaki yang kita suka itu?
Sekali lagi. Banyak betul kenapa. Dan ia menimbulkan dilema secara berterusan. Di tambah dengan kisah sedih dengan kekasih lama, membuatkan kita bertambah dilema mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan diri kita. Hingga akhirnya, kita pasrah, 'nak jadi apa, jadilah', mula rasa lelaki sebenarnya tidak diperlukan sangat pun dalam kehidupan ini.
Series gua cakap, itu memang pathetic.
Kita sebagai perempuan. Kita kena tahu bahawa lelaki secara normalnya menganggap kita ini sebagai perhiasan dunia. Ya, perhiasan bagi lelaki untuk memenuhi ruang saling melengkapi antara satu sama lain. Perhiasan yang lelaki tak ia mahu hilang. Tak mahu di curi. Tak mahu ia rosak.
Ia seperti music-box. Sebuah perhiasan yang cantik. Jika ada seseorang lelaki memilikinya. Dia akan pastikan music-box itu tidak akan hilang. Jika hilang, lelaki itu akan sedih dan rasa bersalah. Tetapi, lelaki itu tidak dapat menjaganya dengan baik. Kadangkala, music-box itu di biarkan di atas meja, berhabuk di biarkan. Di tinggalkan bila lelaki itu pergi merantau atau sibuk dengan pelajaran, kerja di luar rumah. Bila lelaki itu sedar, baru di bersihkan atau baru di mainkan lagunya sebagai hiburan hati yang lara. Dia tak berapa peduli sangat. Cuma, bila music-box itu rosak di rosakkan oleh adik, baru dia akan melenting dan mempertahankannya. Bila music-box itu hilang, baru dia rasa sedih atau geram atau kesal kerana tak menjaganya dengan baik. Dia akan berasa rugi. Music-box itu adalah kehidupan dia namun dia tidak pandai menjaganya.
Sebab itu, Tuhan menciptakan Hawa dari tulang rusuk si Adam. Siapa peduli dengan tulang rusuk berbanding dengan otak? Tapi, ia penting bukan untuk mempertahankan hati, jantung dan paru-paru. Kerana Adam meminta kepada Tuhan agar di berikan teman sebagai perhiasan dan hiburan untuk dirinya yang kesepian. Jika tiada perempuan di dalam dunia, maka tiadalah perhiasan. Apa lagi yang tinggal? Apa pula yang tinggal jika perhiasan tidak mahu bertuan? Jika perempuan menolak lelaki, benci dengan lelaki, tak mahu hidup dengan lelaki, mahu jadi lesbian. Adakah perempuan benar-benar boleh hidup tanpa lelaki?
Kita sebagai perempuan perlu yakin bahawa sampai masanya kita akan bertemu juga dengan lelaki yang serasi dengan kita. Kita tak tahu, kita berharap. Tapi, kita juga perlu berusaha mendapatkannya. Tapi, kalau dah jumpa, jangan dok merenyam cari laki lain pulak. Cubalah menjadi setia.
"Kau nak tahu Aqram, kawan aku punyalah sanggup tunggu lelaki yang dia nak tu dekat 8 tahun. Sekali laki tu boleh pergi kahwin dengan perempuan lain. Kawan aku punyalah meradang, '8 Tahun aku tunggu, akhirnya kau buat aku macam ini', Geram giler. Tapi, akhirnya kawan aku bertunang dengan lelaki lain. Boleh bahagia ke Aqram?"
"Subjektif jawapan tu Siti. Cinta sebelum kahwin kena di cari, cinta selepas kahwin kena di pupuk. Kalau tak usaha, memang tak dapat apa-apa"
Sekian.
p/s: Perhiasan dunia. Perhiasan akhirat mungkin tak valid sebab banyak sangat bidadari nak di kerjakan. hehehe.. ;P
p/s : Oh, Selamat Hari Wanita Sedunia!
p/s : Oh, Selamat Hari Wanita Sedunia!
Ulasan
akhirny nmpk jgk writing yg brmutu.=)
aku ni baru student u.
so,,xprnh pikir psl cinta2 or watsoevr.
sbb bljr ni kn mcm jihad.klo ak like,, dok pikir2 llki lain,,mcm krg la skt pahala ak yg sejemput ni.
so,, 2 students,,awal lg bnda ni.
tggu jodoh=)
mak ayah cari pon mcm best.
br mcm novel.haha.
lol itu macam amiey sendiri hihihi
seronok tgk abang2 , sempoi~ x complicated pun.
21312312412412421412 like this.
**adakah sy seperti music box?
sbb skrg mungkin br dia sedar setelah kehilangan anda...
dlu mgkin sekadar terima, bila dh hilang mungkin br sedar anda amat berharga..
mungkin juga dia telah kesunyian dikala anda pergi...
mungkin juga dia br jatuh cnta pd anda...
segalanya mungkin...
Oooppss, i bukn skuad terfaktab..
sorry.. just bg pndpt..
psl entry ni ermm... subjektif sbnrnya...
sbb rata2 prmpuan kt luar sana x brani nk approach laki yg dia suka sbb takut kena reject mentah2? kalo prmpuan yg kena reject lg malu kot..
so.. i think, the best way is, kalo org prmpuan dh jatuh ht kt laki dlu, approach n bg hint je lah.. kalo positif je lps tu mksudnya ad potential la tu.. tp kalo mcm biase je that's means laki tu xde hati la. xpun laki tu lampi sgt..heheh then jauhkan diri anda.. n jgn pupuk dr anda utk terus jatuh cnta pd laki tersebut, sbb u will only hurt.. jgn berharap, be cool.. act cool.. and cr la yg lain.. hahhaha..
ermm.. btw i thought laki leh tau kalo ad gurls yg suke kt dia.. how i donno.. tp memang leh la.. betul ke?
benci lah..
n btol la kan... kalo approach then dia yg reject kite dulu.. mmg malu x malu la kan...
cm ne nk bg hint dia?? sumbody?? any idea??
ak pon dh x tau pe yg ak tulih nie
eh.. kamu wanita ka?
ekekekke
aku faham, nabi sendiri ada bersabda pasal ni(xpasti sama ada hadis sahih atau x)
perhiasan tu mcm utk mengindahkan tapi xde apa2 fungsi. mcm perhiasan dlm rumah, bkn bole guna buat apa pun.utk sedap mata pandang,untuk pegang.
erk..fungsi perempuan mcm tu ker?
maksud nabi lebih kepada jagalah perhiasan sebaik mungkin. bukan main campak sesuka hati.
perempuan mmg sedap di pandang , dan mmg 'sedap' di pegang. haha, lagi2 kalau bini pandai mengurut. ahhh, bestya!!
yang ini pula pasal tak confess tetapi cinta tak kemana. bagaimana itu?
Sebenarnya begini. kejar pun tak berapa nak boleh, tak kejar pun tak boleh. bila lelaki ada depan mata, dan kawan macam dah elok, selidik perasaannya pada kita. tapi kalau dia hint2 macam taknak, jangan kejar pulak.
*ni kes lepak lama sgt dekat forum cinta ni, habih comment saya berunsur cinta. hahaha*
"wanita...hiasan dunia...
seindah hiasan adalah wanita solehah...."
pernah dengar ini lagu nasyid tak?
even serbanistas say women are hiasan wei...