Vappy Valentine Vay
Hai semua. Aku di sini mewakili seluruh warga kerja Terfaktab ingin mengucapkan Selamat Hari Kekasih kepada seluruh pembaca Terfaktab khususnya Terfaktab-Lovers di seluruh Malaysia dan di luar negara. Jika di ingat semula pada Hari Kekasih lepas, kami skuad Terfaktab menganjurkan minggu Single bukan? Malangnya pada bulan Februari ini tidaklah dapat untuk kami mengadakan minggu istimewa kerana seluruh warga kerja sedang gigih menyiapkan karya-karya untuk edisi kedua Kitab Terfaktab yang dijangka akan diterbit pada April nanti. Sebelum itu, aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas undi-undi yang kalian telah beri pada anugerah Media Social Week 2012 di mana blog Terfaktab ini telah menjadi finalist untuk merebut anugerah Upcoming Blogger Of The Year. Ya, secara tak semena-mena, aku perlu menghadiri summit dan cocktail party bagi menunjukkan komitmen Terfaktab kepada pihak seketariat terutamanya. Tapi, bagus juga. Ada banyak input yang aku dapat dan boleh di aplikasi ke...