HACCP and Quality Control Chart of Breakup (Entri Penutup Minggu Dump)
Sekian tamatlah sudah, minggu You Dump I I Dump You You Dam Dam We Dump You All...eh? Terlebih sudah! Ok balik ke topik. Terima kasih kepada semua yang mengomen (dan meneroll) serta tidak lupa juga kepada penulis-penulis sahaja dan tidak bersahaja yang bertungkus-lumus menulis entri untuk perkongsian semua. Oh tidak lupa juga kredit kepada encik bersuara Husky tetapi tidak Pusy yang telah membuat Banner yang sungguh merah dan cantik ini. Bak kata Hellioz "Gua sayang lu lebih!" Anyway, sebagai salah seorang author paling mengada-ngada kemain izinkan saya merumuskan entri-entri minggu ini. Saya tuliskan dalam dua bahagian, kepada Orang yang didump, dan kepada tukang mengedump. Kepada orang yang didump Kepada anda yang pernah dibuang oleh seorang insan yang bernama kekasih--tidak kiralah apa caranya--bersabarlah. dan terima hakikat perpisahan itu. Terimalah bahawa dia bukan untuk anda lagi, dan terimalah bahawa peristiwa perpisahan itu telah berlaku. Mungkin dia bukan j...